Kenapa Khalis tak melawat dan tak balas komen
Assalamualaikum..
Khalis tau ada yang perasan yang Khalis agak kurang melawat blog dan meninggalkan komen.
Malah komen di blog Khalis sendiripun Khalis tak balas.
Maaf sangat-sangat kerana Khalis sekarang banyak berada di kampung orang rumah sebab Sayf Muslim, anak sulung Khalis kurang sihat sekarang. Dia ada penyakit namanya tak boleh tido malam dan ajak orang main-main. Jadi Khalis terpaksa bermaraton dengan orang rumah untuk menemani Sayf.
Hasilnya.. bila datang kedai kepala Khalis sangat ting tong.. berat dan rasa nak letak dalam ais.. Menariknya, lepas elok sahaja selepas azan subuh, Sayf akan terus tido lena tanpa rasa bersalah. Rasa nak gigit je pipi Sayf.
Udahla kuat minum susu,, dalam masa 15 hari sahaja, beratnya sudah naik dari 3kg kepada 4kg lebeyy.. Ini menyebabkan ibu Sayf kelihatan sangat cengkung.
Sahabat-sahabar blogger yang dihormati, POst-post yang ada kerana Khalis wat advance post yang mana kite leh set timing pukul, dan hari entry kita mahu di post kan. Walaupun Khalis berada di kampung, namun sudah ada entry2 menanti untuk publish secara automatik.Tapi yang anda baca ini live tau. Khalis datang je terus taip. Khalis buat begini untk memastikan blog Khalis tidak dilupakan seperti dulu.. Seminggu tak update pageview tinggal 300-400 je..huuu..
Maafkanlah sekali lagi, bila badan Khalis dah biasa menerima perubahan masa tido, dan kembali bertenaga dengan Super Power!!! Khalis akan terjah tanpa henti sampai korang kata Khalis stalker..hehe
Wat masa ini, Khalis akan melawat mereka yang datang mengomen di blog Khalis dulu ek. Kalau tengok follower Khalis tak bertambah langsung semenjak 5 hari.. sebab Khalis takde BW langsung.
Kepada sahabat-sahabat dalam bloglist, Khalis akan wat rombakan kerana ada blogger yang sudah hilang, sudah tidak mengomen, sudah tidak aktif dan lain-lain. Bloglist Khalis adalah untuk blogger yang saling ziarah dan komen mengomen..hehe,, bukan ape,, seronok oooo kalau post kita ada orang komen..kalau takde sedihh..rasa macam syok sendiri je..
Last sekali,, Khalis sudah 26 tahun, mempunyai isteri yang merupakan wanita tercantik di mata Khalis, anak yang sangat hensem dan comel, 2 orang mak yang sangat memberi sokongan terhadap kerjaya dan kehidupan, pekerjaan sendiri yang stabil, kereta yang takde loan, adik-adik yang sedang balajar dengan tekun, sebuah blog yang dibaca orang, serta seorang abah yang mengajar Khalis erti kuat semangat dan berdikari..Alhamdulillah atas rahmat-Nya..( 2 orang mak, Mak mentua dan mak kandung,,bukan mak tiri aaaa..Khalis tiada ayah mentua kerana meninggal semasa orang rumah Khalis usia 7 tahun lagik, Al-fatihah)
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..Happy blogging dan happy reading..
Comments
ila pn ada anak buah camtu...
kdg rase marah gak sebab ila yg jaga dia...
sabar je la khalis...
hehe,
camne pun anak lagi penting kan kan?
al-fatihah untuk arwah
sbb kita bukan duk dpn lappy 24 hour kan..hehe
mksih khalis salu dtg umah saya..
smoga semuanya berjalan lancar.. =))
sayf dh brp bulan ?
marilah kita saling ziarah menziarahi ..hahahaha
terima kasih ila..tapi bila ada nak sendiri mmg kene sabar sangat..heee
ish, xleh2x... 6t mami Sayf marah abess Miz, adeiii
jage wan n baby baik2..
wan tu..apesal smpai cengkung?
iskk...jage wan..bg die mkn yg bkhasiat tau..