Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, March 24, 2012

Posted by mykhalis On 2:19 PM 5 comments

Jual kucing rebus ikut jenis... parsi ada.. kampung ada,,., egypt ada... mau?


Di Guangdong China ada makanan yang namanya kucing rebus, atau "water boiled live cat". Di restoran tersebut pelanggan boleh memilih jenis kucing yang akan disantap, ada yang kucing biasa (kucing liar) atau kucing highclass seperti kucing persia dan lain-lain.






Harganya pun bermacam untuk setiap bahagian tubuh kucing, misalnya

* Cat meat¥10 ($1.25)/lb
* Cat's brain ¥30 ($3.5)/lb
* Cat's intestine ¥50 ($6.4)/lb



Kucing  dipukul, lalu kucing tersebut akan di celur kedalam yang air mendidih hidup - hidup, kemudian kucing tersebut akan dibuang kulitnya agar dapat dimasak kembali. Tukang masaknya berkata "semakin hebat siksaan yang diterima si kucing, maka rasanya akan semakin nikmat !!" ( gila betul chefnya)

Posted by mykhalis On 2:18 PM 0 comments

Adesslaa.. kantoi skodeng di siang hari

bkin malu je ni

Posted by mykhalis On 2:04 PM 0 comments

Best ke cara pakai seluar camni?

semakin lama semakin ke bawah ek?

Posted by mykhalis On 1:50 PM 2 comments

Putus cinta kerana berdada saiz besar melampau


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.

Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.

“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.

Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia. – Mynewshub.my

Posted by mykhalis On 1:35 PM 0 comments

Bunuh keluarga kerana malu


China – Hanya kerana marah selepas ditangkap akibat mencuri, seorang remaja membalas dendam ke atas seorang lelaki, dikenali sebagai Huang dengan membunuh lelaki itu dan dua lagi anggota keluarganya di Nanning.

Remaja itu, Xiao Wei berbuat demikian kerana Huang telah membuat laporan polis bahawa dia telah beberapa kali merompak kedai milik Huang.

Kerana malu, dia bertindak nekad dengan menembak mati Huang dan isterinya dengan menggunakan senapang patah.

Sementara anak lelaki pasangan itu dipukulnya hingga mati dalam kejadian pada 3 Mac lalu.

Selepas melakukan pembunuhan kejam itu, Xiao Wei telah mencuri wang tunai sebanyak AS$6,340 dan membuang senjata berkenaan.

Ketika ditangkap polis, dia tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah sebaliknya hanya tenang.
Dia juga dilaporkan memberitahu polis “Saya telah menceritakan semuanya, boleh saya balik ke rumah sekarang?,”.

Posted by mykhalis On 12:49 PM 0 comments

Kejadian Wanita Merogol Lelaki Semakin Menjadi-Jadi Di Zimbabwe


MASHAVA, Zimbabwe – Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.
Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

“Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita,” kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar ‘pemburu sperma’, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

“Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini,” kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
“Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam.”

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

“Isu ini sukar untuk difahami,” kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
“Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam,” tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
“Perkara ini telah lama berlaku,” katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
“Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya,” kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. – AFP

Posted by mykhalis On 12:47 PM 0 comments

Perghh..gambar rare : Salman Khan makan semeja dengan Great Khali

Bukan Khalis.. tapi Khali tau.. bekas bintang WWF.. apa lah yang diorang bualkan gamaknya


 salman dah nampak tough gile dalam filem.. berdiri sebelah Khali cam bebudak je




Posted by mykhalis On 12:43 PM 0 comments

Kakitangan Perubatan Di Terengganu Lakukan Seks Oral Dengan Pesakit

AKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – SINAR HARIAN

Friday, March 23, 2012

Posted by mykhalis On 2:08 PM 2 comments

Alangkah Bodohnya…18 Tahun memakai Lampin


London – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.

Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil.

Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya.

“Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
“Dengan menjadi `budak dewasa’ saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,” katanya.

Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.

Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.

Dia yang pernah muncul dalam rancangan TLC’s My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.

Posted by mykhalis On 2:03 PM 0 comments

Pasangan Gay Asmara Di Dek


ROSEAU (Dominica) – Dua lelaki California yang menyertai pelayaran kapal khas untuk golongan gay di Laut Caribbean ditahan di Dominica negara yang mengharamkan hubungan seks sejenis semalam.
Polis berkata, mereka menaiki kapal berkenaan dan menahan dua lelaki terbabit kerana disyaki berkelakuan sumbang dan meliwat.

Lelaki terbabit dikenali sebagai John Robert Hart, 41, dan Dennis Jay Mayer, 43, tetapi tiada sebarang maklumat mengenai tempat tinggal mereka.

Kata polis, suspek didakwa melakukan hubungan seks di atas dek kapal Celebrity Summit.

Mereka didakwa di mahkamah dan boleh didenda RM1,140 dan penjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah. Celebrity Summit berlepas dari Puerto Rico dengan membawa kira-kira 2,000 pelancong pada Sabtu lalu dan tiba di Dominica semalam. – AP

Posted by mykhalis On 2:01 PM 4 comments

Damn!! Fahrin dimalukan Owen Wilson tak mahu bergambar dengannya


KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius.

"Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagu untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti," katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.

Fahrin Ahmad
 
Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada malam Khamis dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye.

Posted by mykhalis On 1:59 PM 0 comments

BEYONCE TIPU KEHAMILAN??! CIS CIS


MENJADI satu perkara yang normal bagi seseorang wanita tidak mendapat tubuh badan yang langsing dalam jangka masa dua bulan selepas proses melahirkan anak.

Namun, hal itu tidak pun berlaku kepada penyanyi Beyonce Knowles yang baru saja melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter, pada 7 Januari lalu.

Ia terbukti apabila dia muncul pada sebuah majlis amal pada Selasa lalu. Dia kelihatan sempurna dengan tubuh badan yang langsing, mengenakan gaun pendek busana jenama Victoria Beckham.

Ketika itu, tubuh badan Beyonce sedikit pun tidak menampakkan perubahan seperti ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Khabar angin mengenai penyanyi seksi itu memalsukan kehamilannya mula bertiup kencang apabila membuat kemunculan di America's NBC News Today baru-baru ini.

Perut Beyonce dikatakan bergerak seperti mempunyai bantal tambahan semasa duduk di sofa untuk diwawancara.

Terdapat juga dakwaan bahawa penyanyi bersuara emas itu melakukan taktik tersebut bagi menyerlahkan perutnya ketika muncul di khalayak.

Penampilan Beyonce yang cukup sempurna pada majlis amal itu dengan mengenakan pelbagai aksesori bersama kasut tumit tingginya menguatkan lagi dakwaan bahawa kehamilannya sebelum ini berkemungkinan besar adalah palsu.

Thursday, March 22, 2012

Posted by mykhalis On 10:19 PM 1 comments

Pemakaian seksi mahasiswi yang menimbulkan kemarahan

atau keghairahan??

Dengar cite IPTS kat Malaysia lebih kurang je.. ye ke?






Posted by mykhalis On 10:14 PM 0 comments

Kerana kesusahan...tinggal dalam tandas

Pasangan Zhang telah berhijrah pada tahun 2008. Pada masa itu mereka masih berdua..tiada yang tiga. Waktu mula2 sampai, mereka hanya mampu menyewa sebuah tandas yang tidak digunakan lagi. Tapi selepas mempunyai anak, mereka sudah mampu untuk tinggal di sebuah rumah yang agak selesa.

namun, kerana kos sara hidup..akhirnya mereka akur dengan menyewa kembali tandas yang mereka pernah duduk dahulu. Menurut pasangan ini.. tandas ini sudah menjadi sangat bersih. tapi adakala keluar juga bau bau yang tidak sedap, dan mereka hanya flush sahaja..

kat sana ni kalau susah susah betul..kalau senang senang betul.. kat sini kalau susah takde pinang2 dah..kahwen je terus.. tapi ada jugak bertunang sampai RM400ribu habis..kerja apa gamaknya..

Posted by mykhalis On 10:11 PM 2 comments

Comelnya.. rekaan beg yang menyerupai lukisan komik

Chay Su dan Reka Lin telah mencipta beg tangan 3D dengan memberi nama JmpfromPaper. Diilhamkan dari gambaran beg tangan tangan dalam komik dan majalah.. mereka cuma menghidupkan beg beg ini dengan warna yang lebih menyerlah







tengok lama-lama comel la pulak..

Posted by mykhalis On 9:20 PM 0 comments

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.

Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. – AFP
sumber: kosmo.com.my

Posted by mykhalis On 9:15 PM 0 comments

Padan muka! penjara 10 bulan sebab letak gambar bogel bekas awek


BANDAR SRI BEGAWAN: Seorang lelaki berusia 28 tahun, dipenjara 10 bulan setelah mengaku meletak gambar lucah dan klip video bekas teman wanitanya di Facebook.

Adi Adip Mohammad, meletak nama samaran akaun Facebook bekas teman wanitanya lalu meletak beberapa gambar separuh bogel dan klip video wanita yang dikenali sebagai Miss X, serta aksi seks mereka di laman itu.

Defendan mengaku melakukan perbuatan itu pada 18 Februari lalu dan berniat mahu memalukannya serta
mendapatkan perhatiannya selepas dia memutuskan hubungan dengan defendan.

Posted by mykhalis On 8:42 PM 0 comments

Taboo..seorang ayah melukis gambar anaknya berbogel


Pelukis Zhuangping Li yang melukis anak perempuannya menjadi model bogel telah menimbulkan perdebatan panas. Para ahli budaya menyatakan, dari sudut pandang etika, tindakan Li Zhuangping memang salah. Namun si pelukis dan anaknya berkata: "Tidak peduli warna kacamata apa yang dipakai orang lain untuk melihat kami, kami sangat murah hati."



Li Zhuangping adalah seniman Sichuan, sementara anaknya bernama Li Qin. Dia bilang dia hanya bersedia menjadi model  untuk lukisan minyak ayahnya dan "tidak akan menerima" menjadi model dalam bentuk yang seperti filem. Li Zhuangping dan anaknya menjelaskan bahawa ini semata-mata untuk seni. Isteri Li Zhuangping juga setuju dan dia juga mengatakan bahawa dia "cukup iri" pada anak perempuannya. Menurut sang istri, suaminya telah menggunakan cara yang begitu indah untuk melukiskan dirinya ketika muda.

Posted by mykhalis On 4:36 PM 1 comments

Kes naya : Wanita berkerusi roda dipaksa terjun bungee jumping

Kenyataannya.. dia ingin merasai nikmat bungee jumping.. itulah hasrat seorang wanita berkerusi roda dan sahabat-sahabatnya sedaya upaya menunaikan hasratnya.

dan boleh tengok videonya


Posted by mykhalis On 4:34 PM 0 comments

Jepun berjaya reka tandas segera



Bila kita cakap segara..maknanya bila bila masa di mana-mana sahaja.. betol tak?
nak tau camne fungsinya..tanpa korang faham sepataharampun..melalui video ni korang akan agak2 la apa yang terjadi

entahla.. tapi kalau betul2 terdesak memang dah tak kira tempat..ye tak?

Posted by mykhalis On 4:06 PM 1 comments

LOL! Bila ahli bomba sedang berpesta dipanggil bertugas


2 orang ahli bomba mendapat pujian ramai kerana sikap profesional mereka. Ted Aubart dan Ben Tahaar sedang mengenakan pakaian ratu sempena hari St Patrick. Dan mereka menerima panggilan bertugas kerana sebuah kereta terbakar.



Tanpa berlengah lagi.. dengan mengenakan apa yang mereka sedang pakai.. mereka bersungguh2 memadamkan api..

Out of costume: Mr Aubart (left), and Mr Tehaar (right) reacted to the fire forgetting that they were wearing full-length gowns at the timeOut of costume: Mr Aubart (left), and Mr Tehaar (right) reacted to the fire forgetting that they were wearing full-length gowns at the time

Posted by mykhalis On 4:04 PM 0 comments

Bosan Terlalu Lama Hidup, Nenek 105 Tahun Gantung Diri

Anastasia Khoreva, seorang pencen yang telah berusia 105 tahun, memutuskan untuk gantung diri setelah mengatakan kepada keluarganya bahawa Ia sudah penat menantikan kematiannya.

Menurut kawan2 dan sedara mara, Anastasia mengalami depresi setelah mengetahui ia terkena penyakit radang paru-paru.

Menurut mereka lagi. sebelum ini, Ana pernah cuba bunuh diri..tapi mereka berjaya menghalangnya.. sayangnya kali ini mereka tidak sempat

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...