Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, October 15, 2011

Posted by mykhalis On 11:20 AM 1 comments

Ibu dari Romania ajar anak perempuan berusia 2 tahun merokok dan minum kopi..


Seorang ayah mendakwa bekas isterinya telah mengajar anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun supaya merokok. Malah menggantikan susu dengan kopi.




Pendakwaan ini dilakukan oleh bekas suami kerana menuntut hak penjagaan anak perempuannya.

cerita detail lagi ulasan bermutu tinggi di sini.. Khalis tak larat nak baca citer berita omputih..heh

Posted by mykhalis On 11:07 AM 3 comments

Anak ditemui melalui facebook


KANGAR: “Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.
Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.

“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.
“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.

“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya

Tengok pada cara ayahnya macam tegas.. sepatutnya mulai saat ni ibu dan ayah sila mintak password fb anak anak anda.. betull.. walau bijak dan baik camnepun, mereka tetap anak dan remaja yang ingin mencuba pelbagai cara.. lepas ni tengok Filem 3GP nnt ada yang test rakam ghairah la pulak.. tak percaya tengokla.. si lelaki ingin mencuba..si perempuan kerana cinta akan merelakan.. tahun depan..9 bulan dari sekarang.. berlambak lambak kes buang bayi akan kita dengar.. dalam longkang.. mangkuk tandas.. dalam almari.. dalam surau..semua ada..

Posted by mykhalis On 11:01 AM 2 comments

Ciuman Luna Maya hanya untuk Ariel


JAKARTA: Pelakon yang baru saja menggemparkan dunia hiburan Indonesia, Luna Maya, mempamerkan kesetiaan kepada kekasihnya ketika menjadi tetamu rancangan dahSyat, semalam.
Ketika diminta mencium pipi vokalis Ungu, Pasha, Luna Maya menolaknya dengan baik.

Insiden itu berlaku ketika kedua-dua selebriti terkenal itu berdiri bersebelahan.
Diminta peminat supaya mencium pipi Pasha, aktres kelahiran Bali itu terus membantah.

“Tak mahu. Saya hanya mahu cium pipi Ariel,” katanya. - DH

Untung Ariel ada awek yang setia menanti..

Posted by mykhalis On 10:57 AM 2 comments

Dipecat kerana merakam hubungan seks ketika skydiving

 
Khalis malas baca banyak artikel ni.. tapi lelaki ni PE ( primtaure ejaculation) kot..sebab tu dia sempat nak wat projek dari start terjun dari kapal terbang sampaila nak landing.. yerla..bukan lama sangat kot..dalam 5-10 minit je tempohnya..tak kira time lompat..time landing.



Tapi bila baca kejadian ni.. Teringat Barney Stinson ( HIMYM )cakap.. antara banyak2 pengangkutan atau keadaan..atas papan luncur sahaja yang susah nak wat hubungan badan.. Yang lain semua boleh.


Kejadian ini dilakukan oleh seorang jurulatih skydiving dan setiusaha yang bekerja di sekolah mengajar untuk skydiving yang kini telah dipecat kerana memuatturun video peribadinya ke dalam blog. Walaupun persendirian, namun ianya melanggar etika..

sumber

Friday, October 14, 2011

Posted by mykhalis On 6:02 PM 18 comments

Polis... misai tebal bukan bermakna mereka kuat

Betul tak??hehehe.. ala bucuk bucuk en polisss..

Posted by mykhalis On 6:01 PM 6 comments

Rasa bersalah yang tinggi.. mungkinlah ini lelaki idaman?

wahahha..inilah statement paling suci pernah Khalis baca

Posted by mykhalis On 3:35 PM 3 comments

Mimi 3GP filem cakap dia dah tolak 3 kali berlakon filem ni


Pelakon kontroversi filem Klip 3GP, Mimi pernah menolak tiga kali tawaran berlakon dalam filem itu kerana tiada pengalaman dalam bidang lakonan biarpun telah terbabit dalam bidang seni sejak hampir tiga tahun lalu.

Penyanyi kumpulan One Nation Emcees itu berkata, dia bagaimanapun memberanikan diri menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Aidil Fitri Mohamed Yunos itu selepas mendapati jalan ceritanya sesuai dengan dirinya.

“Walaupun saya pernah menolak tiga kali tawaran berlakon dalam Klip 3GP tetapi saya kemudiannya menerimanya kerana mendapati watak Maya yang saya lakonkan itu sesuai dengan saya. Ini adalah kali pertama saya berlakon filem. -mynewshub-
Kiranya camni.. Mimi rasa jalan cerita sesuai dengan dirinya.. apa maksudnya itu? pernah terlibat dengan 3gp? pernah tengok 3gp? tahu nak buat buat lakonan sedang melakukan hubungan seks?

Apapun.. Bob Loqman kena tahan sebab berceramah.. Jakim kata tak boleh.. sebab takde pentauliahan..
Mimi berlakon sedang beromen dan dirakam.. Jakim kata apa? 

APA APAPUN TAK KATA.. DIAAAMMMM AJE!!


Posted by mykhalis On 3:24 PM 5 comments

Cerita Lawak : Budak paling bodoh

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”
Sumber

Posted by mykhalis On 3:18 PM 1 comments

Gambar Kilang Honda di dalam tragedi banjir di Thailand..

Sedia maklum mengatakan bahawa insuran tidak mengcover kemusnahan akibat bencana alam. Tapi ada orang cakap Honda ada insurannya sendiri.. Agaknya, apala diorang buat kat kereta2 ni kan? mesti cuci elok2 lepas tu jual balik..heh






Sekarang musim bencana alam kan? tak disangka sangka..ianya datang tanpa diduga..

Posted by mykhalis On 3:05 PM 3 comments

Kisah si kura kura



Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi.. dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..

Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok.. Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya..

Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..

Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..

Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…


Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.

“Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”

Sumber

Posted by mykhalis On 2:23 PM 2 comments

Muzium Arnold susahnakeja(schwarzenegger)

Sedar tak sedar, dalam blog ni banyak dah Khalis share mengenai hero Terminator sorang ni. Sampaikan gambar anak diapun Khalis dah sharekan tak lama dahulu.

Meskipun pernah menjadi Gabenor California,bercerai dengan isterinya kerana curang dengan pengasuh yang ternyata tak jauh beza dengan mukanya sendiri, ternyata Arnold masih lagi merupakan kekaguman bagi mereka yang dahagakan hero sasa.. Kalau sekarang The Rock la penggantinya.. ye tak?

Muzium Arnold yang diberi nama 'Arnie's Life ini dibuka di negara kelahirannya iaitu Thal, Austria dan dibuka sempena harijadinya yang lalu.30 Julai. Ianya dibuka oleh rakan baik Arnold masa sekolah lagi iaitu Peter Urdel













Thursday, October 13, 2011

Posted by mykhalis On 6:15 PM 6 comments

Bila Dato' Siti cakap omputih.. perbezaan tahun 2005 dan 2011

comel je senget senget kepala..

Ok.. entry ini ditujukan buat adik bongsu Khalis..

Ya.. along tak jumpa lagi CD To' Ti.. Ya beli ar dulu..claim nanti k?heh.. kat Rompin kedai cetak rompak halal.. so susah la nak jumpa yang Ori..

Ini adalah sedutan video Khalis wat menganjing adik Khalis bila bercakap pasal siti nurhaliza.. cuba dengar BI siti masa ni.. memang kesian gile.. rasa nak tutup YT(youtube) serta merta jee.

tapi manusia akan berubah.. sitipun dengarnya belajar dengan sifu hebat.. mahadhir luqman.. so,, jangan pandang sebelah mata.. inilah antara perbezaannya..

walaupun still kasihan..tapi masih ada keberanian..dan yang penting CT sangat berani untuk terus mencuba.. cuba mintak Khalis ditemubual.. entahla.. mau menitik air mata masa menjawab..hehe..

Posted by mykhalis On 4:21 PM 17 comments

Ramalan Uncle Seekers: Zizan dan skandal seks


Macam-macam cerita jugak si Uncle Seekerz nie,dari kerja mencari hantu,menulis tentang Mantan Permaisuri agong,bertikam Lidah dengan Dato' Fadzilah Kamsah,kini Uncle Seekerz muncul dengan Ramalan tentang Selebriti pulak..

Menurut Uncle dia mendapat ramalan-ramalan ini dari aktiviti tidur siang,lalu bermimpi.dan ditafsir mimpinya tue dengan ramalan-ramalan seperti kat bawah nie..

Seperti yang kita sedia maklum,Allahyarham Ahmad Jais telah pulang kerahmatullah.
Sebelum beliau meninggal Uncle Seekerz ada menulis di blognya tentang mimpi beliau yang seorang Selebriti terkenal bakal meninggal dunia.Walaupun tidak menyebut dengan jelas siapakah gerangan selebriti yang dinyatakan Uncle memaparkan gambar Ahmad Jais..

Tapi bagi Sensasi nie cuma kebetulan sahaja,Uncle menulis tentang ramalan kematian seorang Selebriti tersebut pada 25 September 2011, pada masa tue Ahmad Jais dah pun terlantar sakit dengan Unit kawalan Separa Rapi di Hospital KPJ sejak 22 September lagi. Mungkin Uncle Seekerz ada mengambil tahu tentang keadaan Ahmad Jais ketika itu dan mengambil kesempatan untuk membuat ramalan kononnya untuk membuktikan beliau pandai meramal...

Sensasi memang sangat lah tak percaya,tambah-tambah lagi mimpi di siang hari.Mimpi dising hari sememangnya takda maksud lainlah kalau mimpi tengah malam sehingga subuh.

Antara Ramalan Uncle Seekerz:

-Reputasi Zizan Raja Lawak bakal jatuh ekoran kes ‘seks’

-Perjalanan Karier Nabil Raja Lawak perlahan dan menyebabkan Nabil mula berniaga

-Pemimpin PAS, Nik Aziz bakal letak jawatan sebelum 2013

-Anuar Zain akan membujang sehingga ke-tua

-Lisa Surihani dan Yusry KRU tidak akan kahwin

-Siti Nurhaliza harus meminta maaf kepada seseorang kerana kesilapan yang sengaja/tidak sengaja beberapa tahun lalu sekiranya mahu dapatkan zuriat

So..apa komen korang ek?? Bagi Khalis..Uncle Seekers tau bila nak muncul balik untuk dapatkan perhatian setelah kes dia dengan bekas permaisuri agung haritu

( Sumber )

Posted by mykhalis On 4:00 PM 3 comments

Gambar bakal isteri Lan A to Z

Disebabkan top 5 post Khalis adalah mengenai artis.. so.. Khalis memang rasakan macam korang ni memang minat citer artis agaknya.. padahal.. cerita artis adalah keluar sekali seminggu.. tapi yang itu jugak di klik.. ishh.. karang Khalis tukar blog ni jadi blog artis karang..

Tapi sebab Lan A to Z ni antara artis yang Khalis minat dari kecik.. so Khalis share la.. Sebab khalis ingat lagi masa kecik dulu,, baca majalah mangga.. Lan akan kahwin dengan pramugari. Perghh..masa tu jeles gile sebab bakal isteri dia masa tu memang lawa gile.. pramugari la katakan..

Tapi orang dah cakap.. melalui statistik mengatakan  lelaki yang paling banyak terkandas dalam rumahtangga ialah lelaki yang kurus dan hensem.. Yang perut mamak, bulat, comel memang setia dan susah untuk bercerai. Itu statistik cakap tau.. so, wahai  isteri.. sila buncitkan suami anda.. Khalis? isteri suruh hilangkan buncit.. tapi khalis kata nnt Khalis hensem camne?ada orang goda.. dia kata tak heran..huuuu








komen?? suami yang tak mampu membimbing keluarganya ialah lelaki yang dayus.. dan dayus ni.. bukannya masuk.. nak bau syurgapun tak dapat.. betulkan kalau Khalis salah.. semoga Ain bakal isteri Lan kesian kat suami dia ni dan menutup auratla harapnya.. ye tak?

Posted by mykhalis On 2:40 PM 3 comments

Berita lucu : Hospital 100juta sebesar sedepa.. memang kagum gile

mula mula baca paper ni.. pada tahun 2008 tau.. selepas 3 tahun..
Kini gambar semasa hospital selepas 3 tahun pembinanannya

dan inilah gambar realiti hospital berkenaan

so cute...

Berita kelakar ini disumbangkan oleh semut dan papan

Posted by mykhalis On 1:42 PM 4 comments

Aduan pusat kepada Majlis Daerah Rompin mengenai pusat judi mesin kuda


Pada minggu lepas, Khalis diberitahu oleh seorang pelanggan tetap CC Khalis yang selang beberapa kedai dari kedai Khalis akan dibuka sebuah pusat komputer lain. Memandangkan Kuala Rompin ni kecik dan dalam mesyuarat awal tahun ini bersama Majlis Daerah Rompin (MDR) bahawa lesen pusat komputer telah dibekukan untuk permohonan baru,Khalis rasa keciwa la jugak.. Yerla.. nanti terjejasla pendapatan.. Nak bukak cari la kat taman atau bangunan lain.. tapi selang 3 kedai je?

Kemudian, yang peliknya, CC baru ni siap ada cctv kat depan pintu serta kalau nak masuk kena masukkan no pin.. kiranya yang tertentu jerla boleh masuk.. Apa jenis CC macamnikan? Kebetukan pelanggan Khalis tu berbangsa India, so, apalagi, hantar spy la suruh gi siasat kedai tu.. hehe.

Rupanya, pusat judi mesin kuda rupanya.. jadi,,kerana tak mahu kawasan taman Khalis ni jadi kawasan "panas" dengan judi, nnt cc Khalis kena tempias sekali,asyik kena serbu je.. so Khalis telah buat aduan pada MDR melalui facebook rasmi..yerla.. pekerja tak cukup, jadi takut mereka tak perasan.. so, bila Khalis buat aduan, harapkan ada tindakan. Dan ini balasan yang baru diterima..jadi Khalis nak tunggu jugakla.. berapa lama lagi tindakan akan diambil..

Untung jugak ada facebook ni.. boleh la simpan post ni sebagai bukti.. kalau dalam masa seminggu takde apa2.. RakanCop la jawabnya..

Posted by mykhalis On 1:02 PM 2 comments

‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak

MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

“Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Pengajarannya.. kalau 'anu' terputus boleh disambung..


Posted by mykhalis On 11:51 AM 7 comments

Strategi budak nerd mengorat

memang sweet gile.. Khalis tau mesti ada yang try nak wat camni nanti.

hahha.. tipula kalau tak terasa nak try..

Wednesday, October 12, 2011

Posted by mykhalis On 6:02 PM 2 comments

Review timeline facebook >>>> 4 / 5 bintang

inilah rupanya kalau kita gunakan timeline..

Seperti ramai tahu.. Khalis ni memang lembab sungguh bab internet ni.. Pandai update post tak bermakna pandai banyak benda.. Jadi, Khalis memang tak ambil berat langsung pasal timeline ni. Malahan.. kalau facebook berubah wajahpun jujurnya Khalis tak perasan pun..tak kesah.. apa jadipun jadila.

antara penting yang diimbas kembali melalui facebook timeline

Tapi entah camne.. terasa nak cuba guna timeline yang disediakan oleh facebooker. Buat masa sekarang masih dalam beta(percubaan) dan hanya developer sahaja boleh guna. Malah, kalau kita editpun, dah berjaya, orang lain akan tengok facebook kita still macam facebook lama.. hanya yang dah bertukar sahaja boleh nampak perubahan ini,

ruangan kosong yang Khalis kena isi mulai malam ni.. kena cari gambar nak scan ni.. heh

Khalis baru sahaja sejam yang lalu ubah interface facebook Khalis kepada timeline. dan bagi Khalis ianya lebih kemas dan lebih tersusun malah lebih lega berbanding kalau kita tengok tulisan yang banyak2. Mengenai bab privasi.. padan muka Khalis sebab add sape sahaja yang add.. cuba beberapa bulan ni, Khalis dah stop dari approve.. sebab yang khalis add, Khalis tak kenal pun.. entah suka suki je add.. dah la kita add.. bagi salam pun tak.. wat pe dia nak add pun tak tau..

Khalis tak pandai review sangat,, tapi tujuan asalnya nak berlagak sebab Khalis dah tukar pada timeline.. korang belum lagik.. wahahhaha.. kalau nak tau cara.. sila tanya uncle google.. Khalispun dah takleh nak undur balik camne Khalis buat..

mesti korang cakap..

ADA KITORANG KESAH?? KECOHHH JE..

lepas tu Khalis jawab

wekkkkk..jelessss

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...