Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, April 14, 2012

Posted by mykhalis On 11:08 AM 1 comments

cehh..Agnes Monica bercinta dengan ahli Super Junior

Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea, Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama 'Suju'.
Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku" ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.
Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.
Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.
"Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial," jelasnya.
Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu peminatnya.
"Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu sahaja," ujarnya.

Posted by mykhalis On 11:02 AM 1 comments

Keunikan telur setelah direbus air cuka

Telur direndam di dalam cuka.. kalau tengok clever edisi BM mesti korang pernah tengok eksperimen ni kan? tapi diorang setakat tunjuk telur menjadi elastik..tak tunjuk apa yang terjadi pada telur di dalamnya..

Anda boleh mencuba eksperimen ini di rumah, hanya perhatikan langkah-langkah keselamatan apabila bekerja dengan asid asetik dan memakai sarung tangan pelindung. Kita lihat hasilnya dibawah.












Thursday, April 12, 2012

Posted by mykhalis On 8:37 PM 2 comments

Asal usul penggunamaan elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . 
Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang..


Posted by mykhalis On 8:33 PM 0 comments

Aduhh..tv3 kantoi tersiar adegan bogel dan sudah memohon maaf

samada dah terlalu banyak tengok babak bogel sampai dah tak tau bogel ke tak..ye tak?heh

Khalis tak tengok pun filem ni di tv3 tapi dapat tahu pasal ni dari forum Cari dan terjumpa posting video kat atas ini.Dalam video ni memang nampak pelakon Emile Hirsch kat dalam air tanpa sebarang pakaian.Khabarnya tv3 dah pun buat permohonan maaf berkenaan isu ini!Apa pendapat pembaca blog ni pula tentang penyiaran "open" ini?



psst..korang mesti hampa sebab lelaki..tol tak?wahahha
sumber

Posted by mykhalis On 8:26 PM 0 comments

Perghh..gila gayat..Kehidupan pengumpul madu di Nepal

Pengumpul madu di Nepal menggadaikan Nyawa mereka
 mendaki cerum yang tinggi dengan tangga buluh
 untuk mendapatkan madu di celah-celah tebing.













Posted by mykhalis On 1:35 PM 1 comments

Comel:Anak Ikut Jejak Langkah Steve Irwin


Australia – `Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’. Seperti mana keberanian bapanya, bekas pengacara Crocodile Hunter, mendiang Steve Irwin, anaknya, Bob Irwin turut mengikut jejak langkahnya.
Biarpun baru berusia lapan tahun, namun dia sudah berani memberi makan kepada buaya ganas di zoo di Australia.
Keberanian Bob itu disaksikan kira-kira 200 orang di zoo yang dimiliki keluarganya itu.
Imej Bob ketika bayi pernah dirakamkan selepas Steve memberi makan buaya berkenaan dengan sebelah tangannya sedang memegang anaknya itu.
Dua tahun lalu, anak sulong Steve, Bindi telah membintangi filem Free Willy: Escape from Pirates Cove yang diterbitkan dalam bentuk DVD.
Menurut Bindi, mereka sekeluarga ingin meneruskan legasi bapanya.
Steve meninggal dunia pada September 2006 apabila tertusuk sengat ikan pari di dadanya semasa melakukan penggambaran di laut, di Great Barrier Reef.
Ketika kejadian, dia sedang bersiap sedia untuk merakamkan terumbu karang yang turut menyaksikan Bindi berlakon dalam filem itu.
Semasa pengkebumian bapanya, di hadapan kira-kira 5,000 orang dan 300 juta penonton televisyen di seluruh dunia, Bindi yang ketika itu baru berusia 8 tahun, turut menyampaikan ucapan dengan penuh perasaan mengenai bapanya yang digelar ‘wira saya’.

Posted by mykhalis On 1:10 PM 19 comments

Beromen di kubur untuk line clear

Ipoh - Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan.

Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam.

Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut.

Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbuan sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh oleh pegawai penguat kuasa Jaipk menggunakan lampu suluh.

Sewaktu sesi soal siasat dijalankan teman lelaki pasangan terbabit memberi alasan dia mahu menghantar gadis tersebut pulang ke rumah selepas habis waktu kerja.

Bagaimanapun, pasangan itu diarahkan meninggalkan kawasan terbabit selepas diberikan amaran lisan oleh pegawai Jaipk yang bertugas.

Sementara itu, Pengarah Jaipk, Mohd Yusop Husin berkata, seramai 10 pegawai penguat kuasa Jaipk yang menaiki dua van melakukan rondaan cegah maksiat di sekitar taman rekreasi tersebut sehingga jam 3 pagi.

Menurutnya, rondaan berkumpulan itu tidak hanya dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum malah turut membabitkan hari biasa.

“Kami memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam.

“Berikutan itu kami sentiasa kerap melakukan rondaan dan operasi rambang pada setiap masa bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu daripada terus berleluasa.

“Selain itu, kami juga turut melakukan tindakan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan golongan remaja dan belia terhindar dari aktiviti yang menghampiri zina,” katanya. -SH



sumber

Posted by mykhalis On 12:33 PM 0 comments

Sadiss..kerana hidup susah.. ibu bapa terpaksa biarkan anak tanpa wajah




Akibat melecur dalam kebakaran,Wang Xiopeng kehilangan wajahnya.. dan lebih mengedihkan apabila keluarganya tidak dapat menolongnya. Ini semua kerana hidup dalam kesusahan.

Kos pembedahan yang mungkin mencecah RM60ribu sememangnya sangat sukar untuk dipenuhi.. Walaupun terpaksa melihat anaknya tidak dapat hidup sempurna..apa lagi yang boleh mereka lakukan?

Malah, Wang Xiopeng tidak dapat bergerak dengan bebas kerana jari2 telah bercantum semasa kebakaran.


Posted by mykhalis On 12:08 PM 0 comments

Aaron Aziz Nafi Dapat Taraf Pemastautin Tetap, Risau Permohonan Tertangguh Akibat Berita Palsu

Kasihan juga apabila pelakon kacak yang juga merupakan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz risau permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia tertangguh berikutan tersebarnya berita yang dia telah pun mendapat taraf tersebut.
Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aaron memberitahu yang permohonannya sebenarnya sedang diproses oleh pihak berkuasa.
Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.
Berita ini mula tersebar di media sosial sejak semalam  dan dilaporkan juga di blog-blog hiburan (bukan BeautifulNara) seperti berita sahih.
Dalam perkembangan lain, Aaron sedang berlakon dalam drama bersiri 20 episod Adam dan Hawa, manakala perkembangan lain yang lebih menarik, ada pihak yang mendakwa mereka ialah Aaronators FC telah menggodam akaun Fanpage Zed Zaidi semalam, berikutan ketidakpuasan hati aktor itu dengan kemenangan Aaron di ABPBH.
Beautifulnara

Posted by mykhalis On 11:52 AM 1 comments

Perghh..ganjaran RM100ribu pada sesiapa ada bukti dato'K akan kahwin satu lagi



10 Apr – Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.
Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.
Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.
Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.
"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."
Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta.


Posted by mykhalis On 11:27 AM 0 comments

bangang!!Fesyen terbaru: gaun mesti tunjuk bontot

Sila senyum kalau anda nak pakai..kalau tak suka dengan design baru ni sila facepalm.. apa kejadahnya la rekaan camni.. tolong laa

Lina Petrauskene dari Greece telah mencipta gaun ini kerana baginya.. lelaki lebih suka wanita yang nampak seksi tapi tak nampak sangat.. maknanya.. sebagai contoh..walaupun di kelab bogel.. lelaki lebih tertarik dengan pelayan yang berpakaian walaupun ada ramai wanita yang berbogel di sekitarnya..

ye ke? ntah







adehh..macam macam sekarang ni

Posted by mykhalis On 11:01 AM 0 comments

Tahukah korang siapakah ini?


Korang tahutak siapa yang korang tengok sekarang ni? tahu tak? ape la korang ni..



Inilah dia awek pada T-800 iaitu android dalam filem terminator. Disebabkan kebanyakan pengusaha atau pereka android mencipta robot yang terlalu comel sehingga kelihatan tidak real.. di reka oleh Hiroshi Ishiguro dan dibiayai oleh Universiti Osaka dengan menelan belanja USD 1.2 juta

Kelebihannya.. boleh bersoal jawab.,.menyanyi dan pergerakan yang sangat lembut disebalik badannya yang "bergetah"


Posted by mykhalis On 10:42 AM 1 comments

Aaron aziz kini sah penduduk tetap Malaysia



Permohonan Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2011, Aaron Mustapha Bin Aziz atau lebih dikenali dengan nama Aaron Aziz untuk menjadi penduduk tetap Malaysia sudahpun diluluskan. Status permohonan penduduk tetap Malaysia Aaron Aziz sudahpun diluluskan dan Aaron Aziz diterima sebagai penduduk tetap Malaysia.

“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, ujar Aaron Aziz ringkas apabila ditanyakan status permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menimbulkan kontroversi apabila mempersoalkan pengiktirafan artis luar yang memenangi Anugerah di Malaysia dan lebih bangga jika artis Malaysia yang berjaya menggenggam anugerah di Industri Seni Malaysia. Aaron Aziz kini menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kad MyPR, kad pengenalan untuk permastautin tetap atau penduduk tetap di Malaysia





Posted by mykhalis On 10:34 AM 0 comments

Tak padan dengan budak..beromen di hentian bas


Apa nak jadi dengan budak budak zaman sekarang ni kan, entry kali ni menunjukkan pasangan remaja yang tak tahu malu berkelakuan sumbang di tempat awam, status bangsa, tidak di kenal pasti, jom terjah gambar mereka !







Posted by mykhalis On 10:32 AM 0 comments

Ibu artis menyelar orang yang marahkan anaknya bergambar tanpa seluar dalam

Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.

Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.
“Saya tak mahu komen fasal gambar itu,” katanya, semalam.

Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.

“Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri,” katanya.

Gambar seksi Sheila Marcia dimuat naik dalam laman Twitter oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.

Dalam gambar itu, Sheila dilihat bergaya di dalam bilik air tanpa memakai seluar dalam.





Posted by mykhalis On 10:28 AM 0 comments

LOL: Megan Fox sebelum dan selepas photoshop

Satu fakta yang ramai orang dah tau.. iaitu model iklan tv ke.. majalah ke.. semuanya adalah model profesional.. maknanya kalau iklan syampoo rejoice tu.. takde maknanya rambut dia memang lurus tanpa teknik rebounding..

tapi entah camne..memang boleh terpengaruh..masa Khalis zaman rambut paras bahu dulu.. sikit2 alihkan rambut macam model iklan..cehh..terpengaruh betol.

Bawah ni ialah gambar bagi sebuah majalah perancis.. yang mana selain wajah Megan Fox kelihatan lebih "hidup" malah tattoonya jugak dipadam.. Bila ditanya Megan Fox... dia sendiri sudah setahun lebih berusaha untuk memadam tatoo yang ada di badannya kerana dikatakan mempunyai aura negativ


Wednesday, April 11, 2012

Posted by mykhalis On 7:58 PM 1 comments

gambar terkini rakyat Indonesia selepas kejadian gegaran kuat














sumber gambar - twitter
kata orang sebelum Tsunami besar dulu..camni jugak keadaan air laut..surut tiba-tiba.. semoga tiada apa perkara buruk terjadi

sumber

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...