Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, March 19, 2011

Posted by mykhalis On 11:52 PM 28 comments

Kenapa Chicarito tadah tangan(macam orang islam) sblm perlawanan??

kenape ek?gaya macam tak ubah seorang muslim berdoa?

ataupun memang ada agama lain sebegitu?/chicarito sememangnya muslim?

ada nak kongsi??

Update keputusan perlawan MU vs bolton

kedudukan masih 0-0 dan tidak ada sebarang kad dikeluarkan

kontroversi hampeh..bola clear kene tangan tapi tak dapat penalti.. mana aci

Posted by mykhalis On 10:50 PM 6 comments

khalis nak layan MU vs Bolton Live Streaming

pada sesiapa takde astro atau takde peluang nak tengok di mana2mana kedai makan, boleh layan Manchester United vs Bolton di sini

http://www.firstrowsports.eu/webmaster/Live-Football-Stream/55684/6/watch-manchester-united-vs-bolton-wanderers.html

http://www.livescorehunter.com/streams/ingerasu/03.html

maknanya khalis berehat la sekejap hehe

siapa yang cakap MU kalah cepatttt...nak ngamuk nieee..hehe

Posted by mykhalis On 10:20 PM 22 comments

KOTA BISKUT, ENAK DATANG BERSAMA KOPI SECAWAN

 selalu sangat Khalis kongsi kek yang pelik, makanan yang jelik,, mcam-macam sehingga termuntah-muntah..Heh.. Maafkan daku ya.. Kali ini Khalis kongsikan la makanan yang sedap mata memandang, sedap lagi mulut mengunyah.

KOta biskut ini dibuat di London dan para tetamu hanya perlu beli air kopi atau teh untuk enjoy biskut-biskut di sini. Terdapat pelbagai jenis yang sangat menarik dan indah untuk jadi santapan mata. Khalis mauuuu..siapa yang tidak mahu rugi ahh
















camne?terliur??lemaupun lemau la...wahhhhhhhh

Posted by mykhalis On 8:57 PM 25 comments

bAPAk borek anak rintik

Pada entry atas post pada kali ini, Khalis ingin meletakkan beberapa keping gambar yang bersesuaian dengan peribahasa kita 'bapa borek anak rintik' atau dalam bahasa inggeris 'like father like son'

Dalam mengejar SEO kita dikehendaki menulis dalam bahasa yang penuh atau mesra SEO. Jikalau boleh jangan menggunakan bahasa pasar kerana ia menyusahkan bot mencari blog anda.

Penat juge tulis skema nie ek? dah tue..tiga keping gambar je Khalis dapat kongsi.. mood tak sabar nak tengok MU main malam nie.. Janganla bagi Khalis bersedih..huuuu

 sama-sama minum air..air bapak minum jangan ikut!!
 dada bapak ngan anak same je
hehe..cute je..inilah memang bapak dan anak serupe

Posted by mykhalis On 8:17 PM 23 comments

Sebuah cerita


BACA
LA SENDIRI, TAK SANGGUP NAK FOWARD KAT KENGKAWAN. . TPP TERPAKSA GAKK..
SEKADAR NAK BG INGATAN KAT KENGKAWAN JEE.. INGAT LA MASIH RAMAI
YGSAYANG.. HEHEHEHEHEHE


"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina
menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut
masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara
Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

ini adalah hasil sumbangan Shami Husin yang meyertai Group Facebook Khalis
kalau ada facebook boleh join kumpulan suka cerita dan gambar lucu

memeriahkan suasana ek..

Posted by mykhalis On 6:45 PM 22 comments

Rumah yang super nipis

Khalis jarang sangat nak paparkan rumah-rumah yang pelik.. tapi petang ini Khalis nak kongsikan sebuah rumah paling nipis.

kalau ada rumah lagik nipis dari nie sila kongsikan dengan Khalis ek..hehe.. pastikan rumah tue boleh didiami la tau..




betul-betul muat untuk sebuah pintu je kan?

Posted by mykhalis On 5:23 PM 26 comments

Berfikir di luar kotak

Biasa dengar? Bende nie paling penting terutamanya kepada para peniaga..

Contoh?? buat aiskrim goreng?takkan tak pernah rasa?

goreng pisang strawberri? takkan tak pernah kot??

Nasi goreng burger??

ape la korang semua nie.. ini namanya kreativiti. Kalau kita tak berfikir di luar kotak, kita akan sama sahaja dengan orang lain. Betul tak?

Nak berfikir di luar kotak kita tak boleh duduk menyendiri. Kena bergaul, berjalan dan rajin memerhati kehendak keliling.. InsyaAllah..







sebagai pelajar, suri rumah, penganggur, sebagai apa sahaja, kalau anda berusaha cari jalan insyaAllah..

Posted by mykhalis On 4:48 PM 17 comments

Ini post yang ke 12..


Khalis start tulis post pukul 11.00 pagi tak silap..huhuhuu


dah 11 post..yang ini yang ke 12..sasaran Khalis hari ini 30 post..buleh tak? sanggup tak baca?ke penat sangat dah? hehe.. sbb biasa-biasa 10 post je sehari.. Ntah kenapa hari ni banyak pulak bahan-bahan yang best.. tak sabar nak kongsi

Ishh..kalau sudi baca la ek.. kalau ada komen banyak bertambah semangat nak post lagik..

Khalis mintak maafla pada sape-sapa yang terasa terpaksa komen kat blog khalis nie..Sori sori...

Posted by mykhalis On 4:12 PM 28 comments

Bila bersuamikan lelaki besor gedabak dan isteri kecil molek

 So sweet...

hahhaa,,, jgn korang kata anehla, pelik la, bomoh-bomohla

mana ada!!! kenapa khalis teremosi nie?

ok ok..bila khalis tulis entry nie terbayangkan diriku..

sampai arwah wan(nenek) khalis cakap masa Khalis kenalkan bakal isteri pada masa tue

"watpe la naya ke anak dara orang, cari la yang besor sikit"

huuuu...dah jodoh.. dah ada anakpun.

Arwah wan tak sempat tengok bakal cucu sulung(khalisla) dia punya isteri kerana Allah lebih menyayanginya( arwah nenek sakit sekejap je)

Kenangan la pulak.. menci arr hidung nie.. berair la pulakk.. malu je nnt orang datang kaunter nak bayar..Ahaks

Tak mo membazir masa, Khalis tunjukkan gambar suami yang dikenali
sebagai Giant Russia dan isterinya







Here’s a guy you don’t ever want to pick a fight with: Nikolay "Russian Giant" Valuev, who, at 7 feet tall, absolutely towers over his opponents (before pummelling them to oblivion). Nikolay also happens to be the heaviest and tallest heavyweight boxing champion in history. His British challenger has a mountain to climb, but in fact the Russian giant is a sensitive soul who wooed his wife with love poems and likes a bit of Miss Marple. His wife is tiny [5ft 2in] and they have two small children.
Little Miss Marple And Her Giant Big Husband Nikolay Pictures, Little Miss Marple And Her Giant Big Husband Nikolay Photos, Little Miss Marple And Her Giant Big Husband Nikolay 

bila sayang, sayang berpada-pada, bila benci, benci berpada-pada

Posted by mykhalis On 3:43 PM 22 comments

Semua memperkatakan tentang dia


Jangan kata korang tak kenal awek nie.. tengah hot skrang nie.. hehe..sebab dia adalah Justin Bieber versi wanita.. tak percaya?? Hampir semua orang cakap camtue..hehe


mujurla kat malaysia lirik-lirik yang ada berkualiti lagik nak dengar..takde la sampai camnie skali..heee

Posted by mykhalis On 2:20 PM 22 comments

Window crash yang memalukan

Khalis sangatlah tak pandai pasal perisian komputer nie meskipun dah 3 tahun bukak cc. Kalau pc rosak ke jem ke Khalis masih repair sendiri. Namun begitu, Khalis masih setia menggunakan Window XP kerana kat cc orang main game lama-lama cam GTA, need 4 speed underground, counter strike dll game yang lama-lama.

Khalis memang macam blur je bila update pakai 7.. ishh..Kene cuti gi kursus komputer tambah ilmu nie. Blaja kat internet bukan boleh tanya kalau tak faham.. kan?

Khalis kongsikan gambar2 window yang crash atau error di tempat-tempat yang penting. Memang memalukan la..











wat malu je..ishh..ada orang nak ajar khalis tak?

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...