Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Tuesday, July 28, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 12:07 PM 7 comments

Ulasan Ringkas Filem Cinta Plaing Agung

Sebelum nak keluar pos barang ni.. nak ulas sikit pasal movie cinta paling agung yang saya tengok malam td.
saya? bukan peminat filem melayu.. seriously.. saya blh hadapa filem rock, man laksa, zombie kg pisang... tapi tema mcm ombak rindu, pilot cafe.. sorii..
daya tarikan Aaron Aziz? Siti Saleha? bukan daya tarikan saya nak tengok cerita ni.. saya nak tengok malam tadi sbb kesian orang rumah saya.. sebab dari raya hari tu. saya asyik tengok movie perang dunia ke 2, takpun filem2 epic dari cina macam red cliff, the flower of war(ulasan akan datang. 9 bintang filem ni)
5 minit pertama, dah ada babak hero dukung naik katil.. naik muntah dengan babak dukung ni.. orang rumah dah jeling.. sbb saya mmg tak larat nak dukung dia..
tapi.. bila jalan cerita macam cerpen yg kat fb.. saya rasa mehhh.. borringg... dah predict.. tapi..waitt..
bila ada satu babak di mana pertemuan kedua pihak ibu bapa pompuan yg aaron aziz nak nikahi..
zengg.. otak saya berdenyut.. satu babak yang wat saya menginsafi diri.. babak ini tak perlu kene ke batang hidung lelaki yang nak kahwin lain..tapi sesuai utnuk semua lelaki bergelar suami.. mungkin sbb terkena pada batang hidung sendiri..
apa babak itu tonton sendiri..
kerana babak penyelamat ini.. saya beri 7 bintang..
tapi.. bila sampai kredit.. rupanya filem ini acuannya dari indonesia.. patut lain sungguh dari dialog, bahasa sinikal..
yup.. untuk isteri.. jangan tengok sengsorang..jangan.. ajak suami.. bagitau mak supaya ajak abah tengok sekali.. biar tengok berpasangan..
tq..
dan CINTA pALING aGUNG? tajuk yang paling saya suka

Saturday, April 4, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 2:19 PM 6 comments

3 Drama best utk marathon minggu ini



3 Drama yang baru habis maraton. dan memang best. Dengan hampir berpuluh drama yang keluar stiap minggu, memilih yang terbaik memang susah utk jadi tontonan. Maklumlah. kat rumah takde astro nak tengok iklan.. kena baca preview, review.. lepas tu sneak peak sikit.. kalau berbaloi baru boleh sambung..kalau tak rugi je masa.

1. Kill Me Heal Me.. ada perasaan yg sama macam tengok my love from star. komedi ada, tapi bila tiba time thrill. pergh.. naik semangat. 9/10

2. Pinochhio.. bila dengar tajuk ingatkan pasal lelaki dari kayu jadi orang.. rupanya pasal satu penyakit yang membuatkan pengidapnya tak boleh cakap bohong. jalan cerita pantas.. setiap masa ada misteri@scandal baru yang keluar membuatkan kita nak tahu apa yg berlaku 8.5/10                

3. Fated to Loved you.. emosi bercampur2.. time gelak dia kasi gelak je.. tapi bila time sendu.. memang senyapla depan tv..               10/10  

berminat boleh rujuk sini http://blogslucumenarik.blogspot.com/2014/12/berminat-mencari-cerita-baca-ni-dulu.html

Saturday, March 14, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 11:29 AM 7 comments

Rancangan variasi korea 2D1N @ 1N2D



2D1N season 3

Pada peminat siri variety korea, mungkin ramai dah tahu Runningman.

Tapi jangan dilupakan antara rancangan variety korea yang memintas rating runningman adalah rancangan ini. 2D1N

Tak kenal siapa ahli2. Jangan bimbang. Walaupun terpelas S1 n S2. Season 3 purata diwakili oleh semua ahli yang sama. Yang kekal dari S1 sampai skrang Kim Jong Min sahaja.

Kalau tema runningman ialah pemenang mendapat hadiah jika menang. 2D1N lebih ganas.. Tiada hadiah untuk pemenang, Yang ada hukuman utk yang kalah. Tak dapat makan pagi, kena tidur di luar dalam keaadaan sejuk beku.

Sekarang dah berganjak ke episod 63 :)


Tuesday, March 10, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 7:58 PM 6 comments

Jutawan Korea Pengutip Sampah di Bahrain

Millionaire Garbage Man, inilah tajuk di dalam video yang menjadi viral sekarang ni.

Bagaimana seorang jutawan korea menjadi perhatian ramai tanpa mengira bangsa dan agama

Tq pada abang ipar sebab share video ni, lantas terus ku jadikan ilham ke dalam blog. hehee

Monday, March 9, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 8:23 AM 7 comments

Diana Danielle berpossing dalam pakaian dalam: Saya sama seperti ibu ibu lain



Yup.. bergitulah pada pemahaman kami di sini. Mungkin kami tak pernah jumpa lagi mana-mana ibu ibu beragama islam lain sanggup bergambar untuk majalah dalam keadaan hanya bercoli hitam sahaja..



Mungkin inilah harga untuk menjadi seorang penghibur sejati seperti yang diingini oleh Diana Danielle. Dan paling penting.. inilah yang Farid Kamil restui.. memberi kebenaran seorang isteri bergambar camni.



But.. siapalah untuk menghakimi.. Mungkin niat mereka baik. Mungkin mereka sedang susah. Mungkin mereka.. ya..macam macam kemungkinan.. buat masa ini.. berfikirlah yang baik baik sahaja.

Sumber: Rotikaya

Sunday, March 8, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 8:54 PM 6 comments

Apa terjadi Aaron Aziz bila kena cucuk


Khalis ingat lagi.. Nurse pernah cakap kat Khalis.

"orang laki bab dia mencucuk takpe, time kena cucuk mengalahkan budak"

time tu Khalis kena cucuk sebab nak wat kad kesihatan kedai makan.. Aduh..

tapi memang ngeri kot.. tengok jarum..erkk

boleh tengok video di bawah


tapi itu Khalis.. Apa la sangat,, tapi ni Malik Kl Gangster ni.. pengacara X Factor lagi.. memang ada kelakar tengok reaksi// hahaha

Niat suka2 je si uploader..wife A.Aaron kot.. tapi kat FB boleh tahan ramai yang kutuk2.. lek lah brader. setiap orang ada kelemahan memasing.. ye tak?

video

Thursday, March 5, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 9:19 PM 6 comments

Bilakah kali terakhir isteri anda kentut?




Camni.. Khalis ada tengok satu rancangan soal jawab berbahasa korea. Tak ingat dah bila tengoknya.. tapi kalau tak silap rancangan Happy Together.

Soal jawab membabitkan pasangan ibu dan anak atau ayah dan anak. Bila pengacara tanya pada anak seorang artis wanita ni.. Apakah yang membuatkan dia kagum dengan mak dia, anak artis ni jawab.

"Saya tak pernah dengar mak saya kentut"

Memang terbahak bahakla pengacara dan semua dalam rancangan tu. Yerla.. dalam tempoh 14 tahun anak dia hidup.. dia tak pernah dengar mak dia kentut. Bayangkanlah betapa sopan santunnya mak dia.. Pengacara tak percaya minta kebenaran artis ni utk membuat panggilan telipon pada suami dia.

Dan mengejutkan.. si suami cakap, selama 17 tahun perkahwinan, dia memang tak pernah dengar isteri dia kentut walaupun apa2pun situasi.

Jadi.. janganlah isteri2 tanya suami takpe pulak kentut, kenapa kami tak boleh?

Hurmm.. tak tahu nak bagi jawapannya..

Mungkin anda tak boleh jawab..tapi cuba renung wajah isteri ajak baca artikel ni..

Awak last kentut bila..

heh

Monday, February 23, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 9:07 PM 6 comments

Kisah Kepala Gas rm200

Bulan lepas adik perempuan Airen Surayya Khairu Anuar​ saya memperlecehkan saya sebab tak pandai pasang kepala gas pada tong gas baru.

Memang saya kecik ati sebab dari darjah 1 ini dah jadi tugas saya.

Saya cakap kat dia..

"Kepala gas along ni mahalla.. lain dari yang lain"
"Alasan.. apa yang lainnya?"
"Yang ni along beli dekat rm200 tahu tak? bukan yang rm15"
"Tipulah, gila apa kepala gas sampai rm200?"
"tak percaya? tengok ni.. yang along ingat kena ketuk kepala gas 3 kali dekat getah dia"

sambil saya mengetuk2 getah penyambung gas. Memang saya rasa mcam orang gila.

Adik saya dah gelak2.

sebab tak puas hati.. saya teringat penjual kepala gas ada tampal sticker kat peti ais.. masa tu dah dekat 9 malam.. redho je.. saya pun teliponla..

Memang bunyi macam kelakar.. tapi memang terjadi.. saya menalipon hotline untuk tanya cara pasang kepala gas.

Mujur ada operator yang angkat.. Ini kali pertama saya bercakap dengan operator yang sempoi gila.. cakap longat ganu.. pekat gila..

Soalan pertama dia tanya saya

"Encik dah ketuk tak tiga kali dekat kepala gas?"

Nak berair mata saya menjawab, gelihati bercampur sedih.

"dah ratus kali ketuk encik.. tak boleh jugak.. jap saya ketuk lagi 3 kali"

Saya ketuk lagi 3 kali.. adik saya dah nak terguling tak percaya memang betul2 kena ketuk 3 kali..

Huh.. mana nak cari pengalaman camni.. Akhirnya berjaya selepas hanpir setengah jam dibantu melalui telipon.. penyelesaiannya ialah sumbat kertas di dalam tong gas sebab pin dalam tong gas tersangkut..

Tak sia2 bayar rm200 untuk kepala gas.. Dari bulan 9 pakai. hujung bulan lepas baru tukar.. memang jimat walaupun mula2 time beli rasa cam bangang campur bongok.

ps// maaf panjang gila status
ps/// malas nak kasi gambar kepala gas sebab masih terasa macam bangang. huu

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 5:52 PM 5 comments

Suami VS Isteri Bab 3 update 23/2/2015

Assalamualaikum w.b.t

Sedutan dari bab 3 karya saya

genre komedi romantis

Tajuk : Suami VS Isteri

Bab 3: Depan VS Belakang

sedikit sedutan...

===============================

"Nice.. Elok sangat. Masa masa camnilah deejay pasang lagu camni".
Khalis berbisik dalam hati. Masakan tidaknya. Dalam jutaan lagu yang ada, tiada lagu lain yang nak dipasangnya.

Tamparan wanita nyanyian kumpulan elite juga jadi pilihan.

"Seriously? Tamparan wanita??"

Dan setaip kali chorus tiba.. Khalis mendengar Najwa menyanyi bersama..
Perlahan, tapi jelas di telinganya. Dan paling penting. Cukup bersemangat dan bertenaga.

( korus )

Aku bukannya selemah yang kau sangka

Aku tak rela diseksa, haa!

Beranikah lagi bersemuka

Rasakan kuasa, tamparan wanita


Dan setiap masa itu juga. Khalis mengucapkan syahadah. Semoga selamat tiba ke tempat yang dituju.

=====================

Jikalau berminat baca Bab 1 dan 2 boleh lah baca di sini

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4193&idc=22404

Tuesday, February 17, 2015

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 2:39 PM 6 comments

Percubaan pertama menjadi penulis novel, harap bagi sokongan pada Khalis (Update 18 Feb 2015)



Tajuk

Suami vs Isteri


Boleh tengok di link ini Buat peminat novel. mungkin boleh bagi sokongan

Bab 1

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4193&idc=22227

Bab 2

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4193&idc=22241



dan tolong jangan pelik kenapa hero dalam cerita ni nama dia Khalis

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...