Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, April 21, 2012

Posted by mykhalis On 2:44 PM 5 comments

along rajalawak cakap Bob Kuman semakin sihat!!

Tersebar di internet konon nya Bob Kuman dah meninggaldunia. Maaf, belum ada kesahihan pasal tue lagi. Tolong jangan sebarkan sesuatu yang membabitkan isu kematian macam neh. Tak berapa elok pada mangsa yang terlibat.

Isu di atas neh telah dinafikan oleh Along rajalawak. Ini kenyataan dari along rajalawak sendiri ;


Semoga dengan kenyataan di atas, segala khabar angin berhubung kematian bob kuman boleh larh dihentikan segera. Orang tue baru discharge dari wad bukan nya discharge masuk kubur.. adoiyaii..
Tak pasti dari mana berita neh tersebar dan macam mana ia boleh tersebar tapi diharapnya boleh dihentikan segera sebab ia langsung tak benar. 

Sama2 doakan bob kuman agar kembali sihat seperti sediakala. Sumber printscreen di petik dari rakan blogger kerabubersuara. Klik sini.\
kredit pada eh gosip.. dengan Khalis tertipu derr


Posted by mykhalis On 11:52 AM 0 comments

Ally rindu bini sampai tertido depan komputer masa skype

Bukan senang oo tengah bercinta.. tiba2 terpaksa berpisah.. bkn dekat..tapi jauh.. tol tak?tapi nasib memasing la kan? kalau zaman sekarang memang sudah jadi kebiasaan isteri suami bekerjaya..tol tak? kalau duduk kat bandar2..kerja makan gaji.. keluar kerja pagi.. balik kerja petang.. belum tolak OT.. kursus.. balik dah penat.. dapat berborak sekejap atas katil.. lepas tu tido..


sebab tu sekarang ni zaman curang ye tak? banyak masa dengan orang asing dari pasangan sendiri.. Bukan Khalis cakap.. mingguan wanita minggu ni yang cakap..

seperti kata Ally Iskandar
“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.
“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.
“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”
 Yerla.. usia Ally pun dah sesuai sangat nak ada baby kan? tapi nak wat camne.. orang jauh.. dah tu belajar la pulak.. dah belajar jauh2.. duit dah habis..takkan tak nak kerja ye tak? inilah namanya kos lepas..

“Masa dan keadaan tidak mengizinkan kami untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat ini. Farah masih lagi belajar. Tunggulah dia pulang ke Malaysia dahulu. Kalau ikutkan hati, memang saya hendak sangat anak, tapi kenalah bersabar dahulu,”

Posted by mykhalis On 11:28 AM 0 comments

Sadiss.. wanita mati dibaham beruang

TOKYO – Sekurang-kurangnya dua wanita terbunuh selepas seekor beruang terlepas dari kurungan di sebuah taman di utara jepun hari ini, lapor media tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja wanita yang berusia 70 tahun meninggal dunia selepas dibaham binatang buas tersebut, manakala rakannya pula yang berumur 60 tahun ditemui mati selepas beberapa jam hilang.

Taman yang terletak di wilayah Akita itu membela kira-kira 38 ekor beruang, lima yang dilaporkan terlepas dari kandang manakala enam lagi ditembak oleh pemburu di kawasan tersebut. – DPA

gambar kat atas hiasan je..


Posted by mykhalis On 11:18 AM 1 comments

Wajah seram model kereta

memang salah solekan gamaknya.. Khalis kalau berjalan malam-malam tiba2 dia yang kat atas ni tahan mintak tolong memang Khalis agak ketar jugak gamaknya..pucat len macam je kan?

Posted by mykhalis On 10:01 AM 1 comments

Betul ke? aurat tak dikira semasa bekerja?


Cuba korang tengok screen shot ni,,kalau tak nampak klik la gambar bagi besar..

isunya..sebuah fan page paparkan gambar penebar roti canai yang comel.. yerla bukan senang nak tengok awek cun camni kan?sebelum ni Khalis ada paparkan wanita bertudung labuh menebar roti canai.. ingat tak?mungkin sape yang join fan page blogslucumenarik je taukot..

isunya.. bila seorang facebooker ni ulas dengan ulasan yang sama dengan Ustaz Azhar Idrus cakap.. Haram like gambar wanita tidak tutup aurat.. yup.. kita dah tengok awek cun tebar roti canai kan? dah tengok tu dah la kan?

kemudian ada seorang facebooker lain cakap "kalau angkat lengan baju sebab nak buat kerja takpe.. tidak dikira sebagai aurat.. dan Khalis tengok ada 10 likes.. so Khalis nak tau.. betul ke ada hukum camtu? kalau tak betul takkan ada orang like status komen camtu kan?

maknanya.. kalau kerja, buka aurat takpe ke? betul ke?

Friday, April 20, 2012

Posted by mykhalis On 4:36 PM 5 comments

tak update..apa masalahnya?


hahaha.cam ganas je kan? takdela.. Khalis dah rasa bersalah dah ni.. setiap kali bukak blog tak berupdate.. sebagai blogger yang purata 10-20 update sehari memang bila tak berupdate, Khalis sendiri tak hepi.. lagi2 bila tengok pageview jatuh 20k je.. memang padan la muka Khalis sebab tak berupdate.. sape nak datang kalau cerita lama je..

Meh Khalis bagi alasan..

Pertama..CC Khalis dilanda virus apa kejadahnya yang sampai Khalis panggil orang hebat2 komputerpun takleh wat apa..so..Khalis kena bikin semula cc.. kena format satu2.. Khalis punya komputer kat cc ni dah lain2 jenis.. so memang lecehla..

Kedua.. bila CC dah nak ok.. internet kembali laju.. komputer utama(admin) tempat Khalis gunakan pulak tiba2 mampus.. kalau yang lain masalah software.. ini masalah hardware.. jadi.. Khalis bengang sebab melibatkan hardisc dan mobo.. so.. arwah dalamnya ada banyak benda yang Khalis simpan..gambar..video.. bookmark.. so.. KHalis dah jadi pening

ketiga.. ayah Khalis ada ajak join dia jadi kontraktor.sebab Khalis yang mintak.. so.. ada la ikut ayah ke site.. tengok orang wat kerja..yang langsung tak faham apa2pun.. disebabkan ayah Khalis tengok Khalis macam takde bakat kerja luar.. Khalis dinasihatkan berhenti..heh..

keempat.. disebabkan masalah cc berturut2,,jumlah kostumer berkurangan mendadak.. jadi Khalis dalam proses layanan peribadi pada pelanggan2.. kalau budak2 nak main GTA Khalis ajar cheat..kalau dia datang sorang2 main counter strike..Khalis main sekali...

disebabkan iklan dari blog Khalis dapat rm35 sen je purata sehari..rasanya Khalis kena fokus pada CC dulu..mesti korang faham kan?nanti bila dah sales macam dulu2 balik.. InsyaAllah Khalis akan berblog cam dulu2.. \

Adakah Khalis menyesal sebab tak berupdate??yupp..SANGAT2..sebab Khalis bukan sahaja tak update.. malah Khalis ketinggalan banyak cerita2 hot.. im slowpoke.. dan blogger n slowpork? sangat menyedihkan..

Khalis cuba pagi2 untuk update 2 ke 3 entry dulu.. tapi tengok la..panjang gila tulis kan? harap korang dapat terima penjelasan..hehe..SUMPAH!!DAH TAK KETAGIH MAIN GAME CAM DULU2..sekarang main game sebab terpaksa je..

psst//apa makna catwar??

Thursday, April 19, 2012

Posted by mykhalis On 11:36 AM 6 comments

Hinanya menjadi Zarina Anjoulie Lalucah

Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai sebuah artikel yang tersiar disebuah blog hiburan tempatan mengenai Lufya yang kecewa terhadap peminat yang salah anggap dirinya sebagai Zarina Anjoulie.

Dalam artikel tersebut, Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina.

Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan “perang” terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”


Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.



Wahhh, memang ramai orang tahu bahawa Zarina Anjoulie seorang yang sangat lantang.
Tapi ‘menembak’ artis lain dengan lantang? Itu ngam! (Ohbulan)

Posted by mykhalis On 11:33 AM 1 comments

Pelacur Antara Tetamu Ejen AS


WASHINGTON – Seramai 21 wanita, sebahagiannya pelacur, dibawa masuk bilik hotel penginapan ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat dan anggota tentera minggu lalu dengan setiap seorang diberi AS$60 (RM180), kata seorang senator Republikan, kelmarin.

“Sebelas 11 ejen sulit terbabit. Seramai 20 atau 21 wanita asing dibawa ke hotel manakala anggota Marin terbabit dengan selebihnya,” kata Senator Susan Collins dari Maine menerusi e-mel, selepas diberi taklimat oleh pengarah Perkhidmatan Rahsia, Mark Sullivan.

Stesen CBS News melaporkan, pasukan pengawal Presiden Barack Obama sedang berparti di sebuah kelab tarian bogel ‘The Pley,’ 48 jam sebelum Obama tiba di Colombia.

Sebelas ejen sulit dan 10 anggota tentera menemui wanita berkenaan dan membayar AS$60 setiap seorang untuk datang ke hotel Cartagena, tempat penginapan mereka.

NBC News pula melaporkan, dua penyelia ejen dan tiga anggota pasukan gerak khas adalah antara 11 petugas yang dituduh terbabit dalam salah laku di Colombia.

Sumber polis tempatan berkata, ejen terbabit membawa masuk pelacur ke bilik hotel mereka sebelum Obama tiba.

“Sullivan wajar berang dengan tindakan ejen terbabit dan sedang melancarkan siasatan dalaman secara intensif. Beliau mengarahkan semua ejen terbabit pulang ke Washington dengan segera dan semua sudah disoal,” kata Collins, anggota Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat.

Semakin banyak butir-butir kejadian yang mencemarkan lawatan Obama ke Sidang Negara Amerika di Cartagena, disiarkan sejak kelmarin.

Jurucakap Marin, berkata dua petugas unit anjing yang ditetapkan menyokong pasukan Perkhidmatan Rahsia sedang disiasat bagi menentukan sama ada mereka terbabit ‘mendapatkan’ pelacur.

Kapten Kevin Schultz berkata, anggota Marin itu sebahagian daripada ahli pasukan tinjauan dan tidak berhubung secara langsung dengan Presiden.

Seorang lagi ahli perundangan yang menyoal Sullivan ialah Peter King dan beliau berkata, penyiasat Perkhidmatan Rahsia di Colombia sudah menemubual semua wanita yang terbabit.

“Hingga ini, tiada maklumat ada di kalangan mereka adalah anggota sindiket dadah atau pengganas mahupun jenayah terancang.

“Juga tiada tanda-tanda mereka yang mencari ejen berkenaan,” katanya, menjawab pertanyaan kemungkinan ejen dan askar Amerika diperangkap. King berkata, seorang ejen membawa masuk seorang wanita ke bilik mereka.

“Sebilangan ejen terbabit juga menganggap wanita berkenaan bukan pelacur,” katanya. – Reuters/Agensi

Posted by mykhalis On 11:12 AM 3 comments

PKR Dedahkan Aktress Popular Terima RM1.5 Juta Wang Hasil Hubungan Sulit Dengan Menteri

hiasan semata2 ok??

Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh di’jadikan modal untuk tujuan politik. Dan, kita dalam industri hiburan boleh tumpang sekaki dengan apa yang terjadi. Heh.

Free Malaysia Today melaporkan hari ini yang ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut ahli parlimen PKR ini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ini telah membayar RM1.5 juta kepada seorang selebriti bergelar pelakon popular kerana hubungan sulit mereka.

Zuraida Kamaruddin mendakwa yang aktress popular ini menerima RM58,000 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan juga RM510,000 pada Januari tahun ini.


Perkara ini pada asalnya di’dedahkan oleh bekas pemandu peribadi aktress ini sendiri selepas beliau di’dakwa melarikan RM200,000 milik aktress itu baru baru ini. Ahah!

cuba korang ingat2..sape yang kena larikan duit sampai 200ribu??hurmm korang ingat tak?iskk

Wednesday, April 18, 2012

Posted by mykhalis On 12:31 PM 1 comments

Sedih : Gambar yang memenangi Pulitzer Prize

Memang menyayatkan hati bila melihat gambar ni.Khalis yang agak tertekan ni bertambah tekanan bila melihat gambar ni..

Gambar yang pernah tersiar di New York Times, The Washington Post dan Los Angeles Times pada 7 December tahun lepas.

Gambar ini menunjukkan bagaimana seorang anak kecil menangis teriak melihat kawan-kawannya yang terbaring selepas kejadian pengeboman berani mati di Afghanistan..memang menyayat hati bila melihat dari bayi sampai lah rakan sebaya terbaring kaku..

ini bukan lakonan..tapi real tau

Posted by mykhalis On 11:59 AM 1 comments

Nicki Minaj Berhasrat Mahu Bunuh Ayah Sendiri

AYAH kepada Nicki Minaj iaitu Omar, begitu terluka apabila penyanyi itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia pernah berhasrat mahu membunuh ayahnya semasa zaman kanak-kanak.

Dalam satu wawancara menerusi program Nightline, penyanyi lagu Superbass itu berkata Omar bukanlah seorang ayah yang perlu dicontohi kerana dia merupakan seorang penagih dadah dan peminum alkohol tegar.
Ketagihan Omar terhadap arak membuatkan dia sering mengancam untuk membunuh Nicki dan ibunya, malah pernah membakar rumah yang menjadi tempat tinggal mereka.

"Tahu atau tidak, saya ingin membunuh ayah saya dan sejak dahulu lagi saya berharap agar dia mati.
"Ketagihan ayah terhadap dadah dan arak membuatkan ibu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya kerana setiap kesalahan yang dibuat, diri ibu akan terancam," kata Nicky yang sedang beremosi itu.

Bagaimanapun, keluarga Nicki segera membantah kenyataan Nicky dan mengatakan penyanyi tersebut sengaja ingin memperbesarkan masalah.

Hal itu membuatkan Omar tampil dan membuat pengakuan yang dia sememangnya seorang penagih dan kaki botol, tetapi tidak pernah berniat untuk membunuh isterinya.

Posted by mykhalis On 11:54 AM 0 comments

Perghh..basikal gergasi untuk tarikan pembeli

Pemilik kedai basikal berusia 37 tahun, Tarmizi Awang menunjukkan 'basikal gergasinya' yang berukuran dua meter tinggi dan tiga meter lebar yang diletakkan di hadapan kedainya di Kampung Kepong, Kuala Terengganu. Basikal gergasi ini dibina sendiri oleh Tarmizi dengan belanja sebanyak RM1,400 sebagai usaha menarik minat pelanggan datang ke kedainya yang terletak agak jauh dari jalan utama. -foto ZABIDI TUSIN / The Star

Monday, April 16, 2012

Posted by mykhalis On 1:24 PM 0 comments

Sindiket Tawar Pelajar Perempuan Untuk Khidmat Seks Melalui SMS Kepada 'Pelanggan'

google

KUALA LUMPUR: Sindiket yang menawarkan perkhidmatan seksual menjadi semakin berani apabila mereka membabitkan pelajar perempuan di Lembah Klang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar untuk mendapatkan "pelanggan" yang berminat dengan pelajar sekolah menengah di beberapa kawasan seperti Kepong, Cheras dan Pudu dengan bayaran kira-kira RM300.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Senator Chiew Lian Keng yang menerima mesej baru-baru ini, mengadakan satu sidang akhbar, Selasa, memberi amaran kepada pemuda supaya menentang perkhidmatan tersebut.

Chong berkata SMS, yang ditulis dalam bahasa Cina, memujuk "bakal pelanggan" dengan menawarkan perkhidmatan oleh gadis-gadis remaja dan menyatakan bilangan hubungan seks yang pernah dilakukan mereka.

Ketika beliau menelefon nombor dalam SMS, beliau telah diberitahu bahawa perkhidmatan itu boleh diatur.
Chong berkata pembabitan pelajar perempuan dalam aktiviti seperti ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sindiket "mengiklankan" aktiviti ini secara terbuka baru-baru ini.

Chong masih belum melibatkan polis berhubung isu ini lagi, sambil melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan bilangan laporan terhadap pelajar sekolah yang terlibat dalam aktiviti seperti ini.

"Bukan sahaja pelacuran menyalahi undang-undang di Malaysia, lelaki yang mendapatkan perkhidmatan seperti ini yang melibatkan gadis bawah umur akan didakwa sebagai merogol," kata Chong.

"Tambahan pula, kita tidak tahu sama ada khidmat pesanan ringkas (SMS) ini adalah penipuan atau sebahagian daripada taktik untuk menarik orang ramai untuk melanggan pelacur."

Peguam P.Y. Leong, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata mereka yang disabitkan kesalahan rogol boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat mandatori.

Posted by mykhalis On 11:50 AM 0 comments

BINI NO 2 SHAM KAMIKAZE??betol ke?

Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun dikatakan janda beranak satu yang dinikahi oleh sham kamikaze..

dikatakan selamat bernikah pada 16/1/2012.tapi sham masih mendiamkan diri mengenai isu ini..
 
entahla..

Posted by mykhalis On 11:38 AM 3 comments

Sadiss..Remaja 15 Tahun Dirogol 5 Orang Bergilir-Gilir

google
BALING - Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu. 

Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut. Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.

 Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai. Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.-Sinar

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...