Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, April 30, 2011

Posted by mykhalis On 10:17 PM 29 comments

Pemancing dan Surau


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Posted by mykhalis On 8:47 PM 23 comments

Kesan nuklear di Hiroshima dan Nagasaki( Ibu mengandung dilarang lihat)

Ramai orang tanya pada Khalis, kenapa kalau gambar ngeri dan pelik ibu mengandung dilarang tengok. Pernah dengar perkataan "kenan" tak? Maksudnya, sebaiknya ibu mengandung ni tengokla benda yang cantik-cantik dan lawa.

Sama jugak bagi baby dengar bacaan ayat suci. Kalau orang putih dengar lagu-lagu positif. Takdenye baby dalam perut nak bagi dengar lagu rock nie. Isteri Khalis dulupun suka tengok gambar baby yang comel-comel. Bukan tak percaya pada DNA bapaknye..tapi nak bagi nilai tambah.. Hehehhe..

So, gambar di bawah ini adalah gambar mangsa-mangsa kejadian pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki Jepun.




Jadi setuju tak kalau loji nuklear di bina di Malaysia?

Posted by mykhalis On 6:40 PM 13 comments

Budak mintak bantuan polis untuk jawab matematik


Berikut adalah berbualan antara seorang kanak-kanak dengan pegawai polis. Dia meminta pertolongan dari talian 911 untuk menjawab soalan matematiknya.


Ramai pengunjung di Youtube marah dengan video ini!!Kerana menurut mereka seorang pegawai keselamatan awam sepatutnya tidak melayan panggilan talifon seumpama ini.Apa pendapat anda??

Posted by mykhalis On 4:44 PM 16 comments

Tabir bilik air yang menarik

Khalis biasanya tengok tabir ni dalam bilik hotel jerla.. Kalau rumah orang melayu takdenya nak bertabir-tabir nie> Yerla..nak cari bathtub kat rumah orang melayu?? Memang susah..lainla kalau rumah tu sewa..hehe

Tapi Khalis memang ketagik ngan bathtub.. Pernah Khalis kena marah ngan wife sebab taknak keluar bilik air kat sebuah hotel di Kuantan.. yerla. Asyik berendam je. Bila ajak jalan-jalanpun tak mau.. Heheh.. Bukan apa.. selesa bangat derr berendam dalam air panas nie..

K lah.. jom Khalis kongsikan langsir/curtain/ tabir yang menarik.. Menarikke??

jangan bimbang!! memang takde awek seksi di sini

sambil mandi leh hafal laluan jalan raya

jangan nak ngintai ek

hafal nama2 negara dan benua

hafal formula

sexy man??

pembunuhan?

apa nie?budak sains tau la kot

tiada kematian di sini

bila wap udara panas je, duri2 akan keluar

permandangan

ikan-ikan

hafal icon-icon.maklumlah..senang nak chatting

Posted by mykhalis On 3:00 PM 27 comments

kek untuk membentuk semula muka

Khalis mengalami kesukaran untuk memilih nama tajuk yang sesuai. Tetapi Khalis harap anda faham la ek?

Seorang artis bernama Ashkan Honarvar telah mengambil beberapa keping gambar askar-askar yang cedera semasa peperangan di Iraq dan mula menggunakan kreaviti peliknya dengan menutup kawasan cedera dengan effect kek.

Bagi Khalis ianya kelihatan ngeri je.. tapi Khalis kongsikan jugak di sini




kalau anda bijaksana, Apa pengajaran yang cuba disampaikan oleh artis ini?


Posted by mykhalis On 12:30 PM 35 comments

Puteri -puteri tercantik dari seluruh dunia

Khalis sebenarnya ambik dari page mat salleh.. Tapi persoalan yang timbul kenapa Khalis tak kenal seorangpun puteri raja kat Malaysia nie. Bukan nak mengorat ke ape ke, tapi nak juga tahu puteri-puteri dari darah bangsawan Melayu.

Jadi mungkis list ni sesuai untuk international jerla. Yerla, kebanyakan mereka glemer dan pandai menunjuk-nunjuk. Mungkin puteri-puteri raja di Malaysia nie pemalu dan sopan santun. Maka mereka sorokkan identiti mereka.. Siapa tahu?

List ni mestila memasukkan Kate Middleton.. tak tahu? Bagus.. Blog Khalis memang nak berkongsi dengan siapa-siapa yang tak tahu. Kate ni kiranya orang kebanyakan yang bertuah kerana mengahwini seorang putera raja yang bakal memegang tampuk pemerintahan England.. Siapa lagi Kalau bukan si botak Prince William..

Princess Diana

Princess Kate Middleton

Princess Grace

Princess Madeliene
Ramai lagi lawa-lawa, tapi ada yang dah jadi Queen,, tak boleh la nak masuk list nie..

Posted by mykhalis On 11:05 AM 15 comments

10 haiwan yang hanya ditemui di Antartica

A unique type of starfish, that looks like a sack, measuring 24 inch in length was discovered by New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research on February 15, 2008.
 Soalan ringkas.. Antartica ada kat atas ke kat bawah?hehehehe.. Tapi apa yang ingin dilaporkan oleh Khalis kat sini bahawa sekumpulan penyelidik dari National Geografi yang telah pergi ke Antartica menjumpai sekumpulan haiwan yang tidak pernah di catat di dalam mana-mana buku haiwan..

Jadi Khalis ingin kongsikan dengan anda apakah haiwan-haiwan ini. Ini bukanlah kali pertama Khalis berkongsi mengenai cerita tentang haiwan yang aneh dan pelik, kalau boleh sila rujuk di sini, di sini, di sini, dan juga di sini.

They call it the Antarctic Octopus and it was marked as the 18th octopus species ever found. This octopus was found at the depth of 3280 feet.

This is a totally new species. It measures 2.5 inch across the heard and up to 39 inch in length.

The call it stareater, also discovered in 2008. This fish has very soft skin that was damaged by the net (see pic below). The fish generates red light and lures its prey towards it. Once the prey is in striking distance, the sharp, needle-like and curved teeth give no second chance to it. The fish belongs to Stomiidae family and grows up to a size of 8.3 inch.


This is, what scientist say, a 9.8 inch long sea spider found in Ross Sea shelf in southern Antarctica. Cold temperatures, few predators, and high levels of oxygen in seawater could explain their gargantuan size, Don Robertson of New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research told the Associated Press.

They call it the Antarctic Octopus and it was marked as the 18th octopus species ever found. This octopus was found at the depth of 3280 feet.

This is a new type of daggertooth, and according to scientist the southernmost daggertooth ever found. The fish has sapphire blue eyes along with a long mouth containing curved teeth to immobilize prey, clamping down and pulling back to tear through and paralyze the victim’s spine.

This species is called amphipod and was first discovered in year 2004 by Antarctic research ship Tangaroa. This crustacean looks like a shrimp and was collected from a depth of 985 feet from the same location in year 2008.

It is a new specie of sea pig; declared as a genus of sea cucumber (holothurians). Sea cucumbers are part of a group of marine animals that inhabit the seafloor, including sea squirts, sea stars (starfish), sea slugs, corals, clams, sponges, and urchins.

High-powered cameras photographed this sea star or a starfish of the genus Labediaster (lower left) surrounded by brittle stars on a seamount 492 feet (150 meters) below the surface of Antarctica’s Ross Sea.
Kita yang tak berpeluang nak pergi ke sini tengok gambar jerla..

Friday, April 29, 2011

Posted by mykhalis On 11:41 PM 27 comments

Sembahyang dan alasan


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai??

Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!

Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?

Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?

Boss : Naper?

Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Mat Peon : tima kacih Boss!!!


Pss// cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa terutama suami yang isterinya sedang berpantang,, ini hanyalah rekaan semata-mata

Posted by mykhalis On 11:18 PM 8 comments

Gambar perkahwinan Diraja Prince Willian dan Kate Middleton



















Inilah koleksi gambar Royal Wedding yang baru je tamat. Komen Khalis.. Prince ni memang keturunan rambut gugur ke ape? Muda-muda dah nak botak.. Sama cam bapak dia..

Pss// entry ini adalah untuk melayan SEO. mana tau kalau ada orang cari termasuk blog ni..wahahahha

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...