Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Thursday, April 26, 2012

Posted by mykhalis On 12:37 PM 4 comments

Cehh.. Iklan membuatkan isteri di Belanda jeles dengan wanita Ukrain

Kiev – Iklan televisyen di Belanda yang melarang kaum wanitanya daripada membenarkan suami mereka mengunjungi Ukraine bagi menyaksikan kejohanan Eropah (Euro) 2012, Jun ini, telah mencetuskan kemarahan penduduk Ukraine.

Ini kerana, dalam iklan bertajuk `Keep Him Home’, kaum wanita di Belanda diingatkan terdapat ramai wanita cantik di Ukraine.

Justeru suami mereka yang mengunjungi Ukraine mungkin akan tergoda dengan wanita terbabit.
Berikutan itu, Kementerian Luar Ukraine telah mengecam keras iklan tersebut yang disifatkan sebagai satu diskriminasi.

Menurut jurucakapnya, Aleksandar Dikusarov, iklan itu juga amat memalukan dan tidak berlaku adil kepada penduduk di Ukraine.

Kementerian Luar Belanda bagaimanapun enggan mengulas isu tersebut.

Poland dan Ukraine menjadi hos bersama penganjuran Euro edisi 2012 ini.
Kejohanan ini akan berlangsung mulai 8 Jun hingga 1 Julai.

Setakat ini 95% daripada tiket kejohanan itu telah dijual.

Tiga bandar di Ukraine akan menjadi tumpuan perlawanan iaitu di Kiev, Donetsky dan Kharkiv.

Posted by mykhalis On 12:35 PM 2 comments

Shila Amzah Kena Lagi…Kali Ini Isu Tarian Ghairah Pulak Dah


SEJAK akhir-akhir ini, anak dara penyanyi ND Lala, semakin dihujani kontroversi. Terbaru, tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.

Malah aksinya itu turut dikecam dalam sebuah akhbar mingguan.

Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

Jelas Shila, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.
“Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.



“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz, Shila berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.

“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.

Bercerita mengenai persediaannya bagi menghadapi konsert Mania yang seterusnya, Shila berkata, dia bakal berduet bersama Noraniza Idris. .

“Saya memilih beliau kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi irama Malaysia yang bagus. Apa yang saya lakukan semata-mata untuk mengembangkan karier saya.

“Percubaan saya menyanyikan lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, di Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini mendapat maklum balas yang baik daripada peminat, jadi tidak salah saya mencubanya menerusi Mania pula.

“Bagaimanapun, saya masih belum membuat keputusan untuk menyanyikan lagu apa,” katanya.(Sinar Harian)

Posted by mykhalis On 12:22 PM 0 comments

Inikah gambar pertunangan Ustaz Don?

macam ada iras-iras kan?banyak yang kata ni gambar sahih.. tapi entahla..Khalis tak berani nak komen..

psst// jangan la marah tak update.. bz sangat2.. bukan je nak update.. nak jumpa orang rumahpun tak sempat.. 3 hari dah tak bertentang wajah ni.. sori k

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...