Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, March 17, 2012

Posted by mykhalis On 10:39 AM 0 comments

GRO Berjubah kantoi


KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

Posted by mykhalis On 10:20 AM 0 comments

Kesiannya.. budak perempuan dibogelkan dan dipaksa mengemis


Mungkin salah satu sindiket jenayah paling jahat di dunia ini pastinya yang berkaitan dengan aktiviti memintak sedekah.

Kita sudah pasti pernah terbaca dan melihat kisah-kisah (berdasarkan kisah benar) di televisyen akan bagaimana sindiket mengemis bertindak zalim ke atas wanita dan kanak-kanak.

Ada laporan di mana kanak-kanak dibutakan, dipotong tangan atau kaki, diseksa dan sebagainya semata-mata untuk menimbulkan rasa simpati orang ramai apabila memandang mereka.
Haiwan tidak berbuat demikian, itu manusia yang bertaraf syaitan.

Gambar tidak bertarikh di atas dan bawah memperlihatkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di China dibogelkan dipercayai oleh sindiket mengemis di negara itu.

Betul-betul mereka melayan manusia umpama batu yang tidak berperasaan.

Tidak diketahui apa tindakan pihak berkuasa negara itu, namun apa pun yang dibuat, pastinya tidak cukup.
Dan bagaimana rakyatnya hanya boleh berlalu memandang sepi begitu sahaja apa yang berlaku di hadapan mata mereka.


Posted by mykhalis On 10:17 AM 0 comments

Sadis.. Maut kerana makan kucing


BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging kucing.

Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain ketika makan tengah hari.

Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.

Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis herba.

Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.

Huang – bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong – disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.

Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan makan itu, Huang Wen – juga rakan Long – hanya menjamah sedikit daging berkenaan kerana ia “lebih pahit” daripada sepatutnya. Ketiga-tiga mereka pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.- AP

Friday, March 16, 2012

Posted by mykhalis On 9:51 PM 3 comments

Bahana tak mahu bayar hutang

BANGKOK: Seorang lelaki mengancam untuk membunuh tebusannya dalam dalam satu kejadian yang berkait dengan kegagalan mangsa membayar hutang.

Kerana kecewa, lelaki bernama Peak itu menahan tebusan terbabit dan meletakkan parang pada lehernya di pinggir Bangkok.

Peak yang menghidap sakit buah pinggang, begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan atau untuk membeli ubat apabila dia melakukan tindakan drastik itu.

Polis menghabiskan masa 30 minit memujuk lelaki berkenaan yang mendakwa tebusannya tidak membayar wang yang dipinjamkannya dan dia memerlukan wang itu untuk rawatan.

Selepas berjaya mententeramkannya, polis membawa Peak ke balai polis untuk mendakwanya.
Tebusan itu dibebaskan tanpa mengalami kecederaan. – Bangkok Post

sumber: hmetro.com.my

Posted by mykhalis On 9:43 PM 0 comments

Ape kejadahnya.. pakai baju dari kobis la pulak

BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam.

Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.
Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.

Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).
Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- Agensi

sumber: kosmo.com.my

 mujur tak de kambing.. kalau kambing makan semua kobis tu camne?

Posted by mykhalis On 8:50 PM 0 comments

Pelajar kolej China kini memilih untuk menjadi pengawal peribadi

Terpengaruh dengan cerita City Hunter gamaknya

SANYA, China – Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita.

Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya.

Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama.

Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka.

Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. – Reuters

sumber: kosmo.com.my

Posted by mykhalis On 8:48 PM 2 comments

Pelik siot.. udang dijumpai di lubang gunung berapi


PARIS - Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.

Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.

Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.

Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut. – AFP

sumber: kosmo.com.my

Posted by mykhalis On 8:45 PM 1 comments

Perghh.. tikus sebesar 1 meter ditemui mati

Satu gambar yang menunjukkan binatang pelik iaitu seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej dan video tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki (1meter) di atas penyeduk.

Satu binatang pelik lain, iaitu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

sumber: melayukini.net

yekss

Posted by mykhalis On 7:59 PM 1 comments

Peminat tatoo mencabar dirinya dengan tatoo biji mata



erghh... tak taula nak gambarkan azabnya

Posted by mykhalis On 6:30 PM 2 comments

Fuhh,, Rashid Salleh bergambar tunjuk pusat

Sebentar tadi terbaca info Rasyid Salleh dan individu wanita yang
dikenali dengan nama Sofea Shariffah Louisse sewaktu sesi photoshoot
dalam keadaan tidak berbaju. – Murai

Jarang sudah kita lihat Rashid Salleh berlakon. Lelaki melayu yang
mempunyai iras Cina ini mungkin anda kenal selepas drama popular bersama
Amy Mastura, Tol Gate Girl.

Rashid dilihat begitu berani beraksi dalam sesi fotografi, namun masih
lagi belum diketahui tujuannya.
entah ape2 tajuk..cehh

Posted by mykhalis On 6:28 PM 0 comments

Kesiannya.. tersepit selama setengah jam sebelum meninggal


KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang
pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum
disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan
sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan
Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari
Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala
dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan
berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara
perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu
tersandar di batang pokok sawit berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan
awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar
jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori
dengan pokok sawit berkenaan.

Posted by mykhalis On 3:28 PM 0 comments

Mahu Awek korea? Inilah masanya..


SEOUL: Jika anda seorang wanita berusia 30-an dan mempunyai ijazah sarjana di Korea Selatan, anda mungkin memerlukan pencari jodoh untuk membantu anda menemui cinta, dan ibu anda yang bimbang mungkin terpaksa bekerja keras mencarikannya untuk anda.

Wanita Korea Selatan yang memiliki pendidikan tinggi didapati lebih memilih dan tidak mahu menjadi isteri yang hanya taat kepada suami seperti selalu.

Lee, 24, seorang pelajar senior di Seoul berkata, wanita yang mempunyai ijazah sarjana biasanya lebih sukar bertemu dengan lelaki yang berminat jika bakal pasangan itu hanya memiliki ijazah sarjana muda kerana masalah persepsi. Menurut statistik, usia wanita untuk berkahwin meningkat pada kadar 4.1 secara purata sejak 20 tahun, ke 28.9 tahun, menyebabkan ramai ibu yang bimbang, mula mencarikan jodoh untuk anak perempuan mereka.

Seorang wanita berusia 50-an yang mahu dikenali sebagai Ahn, berkata anaknya berusia awal 30-an dianggap “terlambat untuk berkahwin.” “Saya bimbang jika dia gagal mencari jodohnya tahun ini, pasti sukar untuk dia mendapatkan jodoh di masa akan datang, jadi saya minta dia pergi ke firma mencari jodoh,” katanya. – Reuters

sumber: hmetro.com.my

Posted by mykhalis On 3:25 PM 0 comments

adess.. Izara Aishah sudah ada yang punya


Pelakon Izara Aishah sudah berpunya!

“Saya sudah ada kekasih hati dan saya sudah berpunya,” kata Izara saat ditanya perihal cinta hatinya.
Pengakuan jujur dan ikhlas itu cukup untuk menggambarkan yang dia tidak menyorokkan apa-apa. Bagi Izara itu merupakan lumrah hidup setiap manusia yang tidak boleh lari daripada memiliki perasaan ingin dikasihi.

Bila ditanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Izara enggan mendedahkan gerangan lelaki tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berkawan. Sejak di tingkatan dua lagi kami sudah berkenalan dan sehingga hari ini hubungan kami masih baik.

“Paling penting dia pandai mengambil hati saya, bertanggungjawab dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya untuk lebih maju.

“Kalau nak tanya apa akan jadi pada hubungan kami, masih terlalu awal untuk ditelah. Jangan risau saya belum lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni,” kata Izara berjenaka.

sumber: informasi.my

Posted by mykhalis On 3:22 PM 0 comments

Perghh.. bakar dirinya sendiri kerana protes


NEW DELHI – Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.

Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.

Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet. – AFP

Posted by mykhalis On 3:00 PM 1 comments

Entah apa-apa budak-budak ni



Posted by mykhalis On 2:59 PM 1 comments

Foto Mumi Dari China "Si Cantik dari Xiaohe"


Rahsia Jalan Sutera, adalah tema yang digunakan dalam pameran di Universiti Pennsylvania, AS. Pameran ini sendiri mengungkap misteri mumi China.

Mumi yang mendapat julukan si Cantik dari Xiaohe, disebut seperti itu kerana mumi ini berkulit putih matanya bulat dan rambutnya panjang. Bahkan mumi ini cirinya lebih mirip orang eropah daripada suku yang hidup di China.

Di lihat dari wajahnya memang kecantikannya terlihat jelas dengan bulu matanya yang lentik, hidungnya bangir, bibirnya tipis dan dagunya tajam. Tulang pipinya juga terlihat tinggi.




Posted by mykhalis On 11:43 AM 0 comments

Aduh.. gambar lelaki hangit terkena renjatan elektrik





kalau kat Malaysia, ramai dah "penyiasat" berhenti membuat penyiasatan..hee

Posted by mykhalis On 11:39 AM 2 comments

Bekas keeper Real Madrid buka disko berbentuk masjid bernama La Meca


Santiago Caniraz merupakan bekas penjaga gol pasukan real Madrid. Dia merasakan satu bangunan yang berbentuk masjid sesuai untuk dijadikan disko. Rupanya, ianya memang disko namun ditutup pada tahun 80-an.

Jadi Santiago membukanya dan menamakannya La Meca. dan serta merta menimbulkan kemarahan umat islam. Malahan pasukan hacker islam telah memasuki disko dan mengubahsuai paparan LED.

Bimbang menimbulkan ketegangan agama , pertemuan telah di adakan dan isu telah diselesaikan dengan La Meca telah ditukar namanya.

Thursday, March 15, 2012

Posted by mykhalis On 10:18 PM 0 comments

Pernahkah anda melihat keldai disembelih dan dilapah? inilah masanya..





Asyik korban unta je.. nak jugak rasa lepas ni daging keldai pulak..err..bolehkan makan keldai?

Posted by mykhalis On 10:12 PM 0 comments

Wanita..fobia dengan pisang?


Fran Dando seorang warga Britain menghidapi sindrom ganjil dikenali
fobia pisang yang menyebabkan dia  berasa gementar ,berpeluh dan muntah
sertiap kali melihat buah pisang.Dia yang berusia 21 tahun itu mula
merasa takut dengan buah pisang ketika berumur 7 tahun.

Ketakutan ini berpunca apabila seorang saudara lelakinya meletakkan
sebiji pisang di atas tilam ketika tidur dan mendapati ada benda lembik
dan licin di bawah badannya dan dia kemudian merasa panik serta gemuruh.
Kini dia terpaksa belajar mengawal perasaan itu kerana anak lelakinya
gemar memakan pisang.

Posted by mykhalis On 10:09 PM 0 comments

Alat jaga kemaluan dari isteri curang versi moden

kebiasaannya kita tahu yang zaman dahulu mengeluarkan cawat besi. Betol tak? Kerana alat itu mungkin agak berat dan besar.. Kini alat atas tujuan yang sama telah dicipta dan yang penting lebih bercirikan moden..

ada berani nak beli?wahahhaa

Posted by mykhalis On 9:15 PM 0 comments

nenek sempoi buat aksi spideman

rilek je dudk kt dinding macam takde apa2 berlakku..ciss

Posted by mykhalis On 9:10 PM 1 comments

Bikin malu: guru dituduh edar 3gp Melayu

KUALA LUMPUR: Seorang guru bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret Selayang di sini atas pertuduhan mengedar gambar
lucah kepada seorang remaja, dua tahun lalu.

C Shanmuga, 32, didakwa mengedar gambar lucah kepada seorang remaja
perempuan berumur 18 di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di
sini antara 21 April hingga 27 April 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika
sabit kesalahan.

Majistret Mohd Isa Nor membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya S Arunjothy manakala
Shanmuga diwakili JRV Ramjahen dan S Satheesan. – BERNAMA

Posted by mykhalis On 8:17 PM 0 comments

Sarung tangan khas masturbation ada dijual pulak dahhh


Perkembangan sex toy di Amerika Syarikat terus memunculkan inovasi. Bila sejenis dildo ataupun love dolls sudah biasa, kali ini sebuah kedai online di negeri Uncle Sam tersebut menjual sarung tangan khusus masturbasi.

Memakai tag-line 'Do It Yourself', sarung tangan khusus masturbasi bagi lelaki ini diberi nama Masturbation Kit. Produk ini juga diklaim telah direkomendasikan oleh American Masturbators Association.

Bila kondom dipakai saat berhubungan intim dengan lawan jenis, sarung tangan ini juga dilengkapi kondom saat melakukan masturbasi. Hal ini sepertinya juga sesuai dengan tag-line berikutnya dari produk ini, yakni 'You Can't Trust Anyone These Days, Not Even Yourself'.

Adapun harga yang ditawarkan untuk sarung tangan aneh ini cukup murah, hanya seharga US$ 5,95. Dalam keterangannya, bila membeli sarung tangan ini juga mendapat bonus pakej test kejantanan. Namun seperti apa testnya, tidak dijelaskan secara terperinci.

-google translate

Posted by mykhalis On 8:16 PM 0 comments

Cehh : hanya 30% sahaja sperma yang lulus ujian Sperm bank


Hospital Human Sperm Bank in Shaanxi Provincial Women menyatakan pada tahun lepas dari 300 orang penderma, hanya 30% dari jumlah sperma diterima.

Apa yang mengejutkan para penerima sperma ialah, mereka yang menderma kebanyakan dari golongan elit seperti jurutera, doktor, pelajar universiti malah pensyarah.

Posted by mykhalis On 6:58 PM 0 comments

Polis China menemui cara mengurangan kemalangan sehingga 60%

Korang tengok benda ni

menurut jabatan polis di Hunan.. kadar kemalangan di lebuhraya dan jalanraya berisiko tinggi kemalangan telah menurun sehingga 60%. Pemandu tidak akan perasan papan ini adalah palsu sekurang-kurangnya dalam jarak 30 meter.

Menurut polis, mereka menggunakan tenaga solar untuk menghidupkan lampu. Dan adakala kereta peronda sebenar diletakkan di lokasi yang sama untuk mengelirukan pemandu.

Posted by mykhalis On 5:30 PM 4 comments

Undian aktress korea yang jelita semulajadi

Pelakon Ku Hye Sun baru-baru ini dipilih sebagai artis KoreaNo. 1 paling
cantik secara semulajadi oleh peminat Sepanyol melalui satu undian yang
dilakukan di sebuah laman web hiburan di Sepanyol.

Laman web itu melakukan kajian yang meminta pengunjungnya mengundigadis
paling cantik di Korea tanpa pembedahan plastik dan Ku menduduki tempat
pertama dengan 32.08 peratus undi.

Song Hye Kyo di tangga ke-2 dengan 27.09 peratus undi dan Shin Min Ah
menduduki tempat ketiga dengan 12.13 peratus undi. Kedua-dua Lee Min
Jung dan Son Ye Jin menduduki tempat keempat dengan 10.24 peratus undi.

*1. Ku Hye Sun*

*2. Song Hye Kyo*
*3. Shin Min Ah*

*4. Lee Min Jung*

*5. Son Ye Jin*

*6. Go Ah Ra*

http://billyinfo.blogspot.com/2012/03/artis-korea-paling-cantik-secara.html

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...