Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Monday, July 2, 2012

Posted by NzmXI On 4:05 PM 0 comments

Kisah Jari

Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.
Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini?
Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian?
Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak! jawab ibu jari.


Dengan yakin jari telunjuk pula berang, Hoi, aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan orang lain untuk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah-susah dakwa sitelunjuk dengan bangga. 

Ha! Ye le kamu je yang bagus, akulah yang paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yang tengah diapit oleh kamu semua, sudah tentulah aku yg paling istimewa, malah nama aku je dah menggerunkan bantah si jari hantu. 


Hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi, boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yang paling dia sayang dan dihargai tukas sijari manis penuh bangga. 

Sejak dari tadi, jari kelingking yang berdiam diri akhirnya bersuara dengan lemah dan sayu. Sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yang paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yang tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati.. kita semua dah takde fungsinya lagi terang sikelingking penuh sayu. 

Begitulah kisahnya, moral : Untuk saya, saya, saya dan kita semua, 

Kita tidak akan mampu untuk mengatakan bahawa kitalah yang sebenarnya hebat dan paling bermakna dalam apa-apa jua keadaan. Walaupun mungkin orang lain yang mengangkat martabat kita. Malah sering terjadi yg diiktiraf tidak pula meninggi diri tapi para juak-juaknya pula yang terlebih senduk dari kuali. Akhirnya tempias busuk itu terpercik juga dlm piring hidang si terhormat!!!!!! 

Sebenarnya KITA AKAN DIHARGAI bilamana KITA TAU MENGHARGAI insan lain, walaupun pada mata kasar sumbangan yang diberikan hanya setakat sebatang pensil kayu .
Lihat pada orang gila yang bersepah di mana-mana dikota kita, renung ke sekujur tubuh dan setiap perbuatan mereka yang kadang kala menjijikkan. Apakah yang kita dapat? Tiada? Hanya sekadar seorang manusia malang, yang tidak punya akal waras? Seorang manusia yang hilang maruah diri? Merempat? Mengutip dari tong-tong sampah? 

Lihat lagi.. Tidurnya dikaki lima.. bertemankan kotoran dan air longkang busuk, nyamuk dan tikus .. eeeee kotornya . Kemudian lihat pada diri kita sendiri ada apa-apa pengajaran yang kita perolehi? Atau kita setakat menjeling sepi pada si gila tadi ya Allah, bersyukur aku kehadrat mu kerana aku diberi peluang tidak jadi seperi itu . dengan segala kenikmatan yang aku kecapi 

Moral dari sigila : Kita bersyukur kerana diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan dan mengatasi masalah dengan baik, tidak sampai kita terlalu tertekan dan akhirnya hilang kewarasan walau ada KELUKAAN, atauKEGAGALAN,mengaku tewas dan lalu kita merasa sayu, tapi BERANILAH UNTUK GAGAL kerana kejayaan selepas kegagalan itu lebih hebat dari kita terus berundur bangkitlah kerana KLCC tidak dibina dlm masa sehari.. 

Ayuh teman-teman, bangkitlah memberi sumbangan kerana kau juga sebenarnya berharga walaupun tidak ramai yg mengiktirafkannya

Posted by NzmXI On 4:02 PM 5 comments

Bercerita ttg hantu di Kinabatangan

Terdapat beberapa jenis hantu yang menyeramkan di kawasan kinabatangan

 Balan-balan 
-Balan-balan adalah dalam bahasa orang sungai.Disemananjung ia dipanggil hantu penggal,lahir dari amalan spiritual... 
-Mangsa utamanya adalah orang mengandung,orang sungai mencegahnya menggunakan daun limau
-Di kinabatangan kita boleh melihat balan-balan 4 kali setiap malam

Kelabaya 

-Hantu yang berkeliaran pada waktu malam,selalunya ditempat yang sunyi 
-Kelabaya suka pada orang lelaki
-Kelabaya juga tidak mempunyai kepala,bila dekat dengan mangsanya kelabaya akan ketawa dengan kuat..
 

Susumolog 
-Sejenis hantu yang boleh menyesatkan orang lelaki di hutan 
-mempunyai buah dada yang panjang untuk menutup fikiran orang lain 
-orang sungai menggunakan tiga batang kayu untuk menipunya
 

Bayakang 
-Terhasil daripada jenin yang mati,bayakang selalunya disuruh membunuh orang yang tidak disukai... 
-boleh menyerupai seseorang

Mondow 
-Hantu yang boleh menyerupai orang untuk dijadikan makanan 
-Mangsa utamanya adalah kanak-kanak

Pemasol 
-Hantu Yang keluar pada waktu magrib
-Setinggi pokok ara dan mempunyai mata yang merah menyalah 
-mangsa utamanya adalah kanak yang bermain pada waktu magrib..
 

Hantu Batang 
 -Hantu yang paling ditakuti,sebabnya menyerupai kayu balak 
-mangsa, orang yang tengah mandi berseorangan,binatang yang tengah minum air sungai 
Pencongot 
-Hantu yang menyerupai kanak-kanak ditepi sungai,tujuanya adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak mengikutinya 
-Mempunyai tiga rambut emas

Kenkang Laut 
-Hantu yang tinggal kat atas pokok
-Mangsanya adalah jenazah yang baru dikubur
-1983 merupakan tahun yang mengamparkan,dimana kebanyakan mayat di koyak

Posted by NzmXI On 3:53 PM 0 comments

Fakta Menarik Tentang Barah Payu Dara

Seseorang wanita yang bekerja syif malam - jururawat, pekerja kilang, juruwang, dan pramugari merupakan golongan yang cukup mudah diserang kanser payu dara. suasana malam berbeza dengan waktu siang dimana cahaya matahari membantu sesetengah hormon dirembeskan. Namun ada sesetengah hormon yang hanya dapat dikeluarkan pada waktu malam. Kajian oleh institut kanser Epidemiologi di Copenhagen, Denmark, mendapati wanita berumur antara 30-54 thn lebih mudah menjadi mangsa. Dr Johnni Hansen yang menjalankan kajian itu keatas lebih 7,000 wanita, mendapati lebih separuh yg mengidap kanser payu dara adalah mereka yang selalu bekerja malam Hormon melatonin hanya boleh dirembeskan diwaktu malam (waktu gelap tanpa cahaya) tapi pengeluarannya tentulah terganggu oleh cahaya lampu. Kekurangan melatonin dalam badan memberi peluang sel barah mudah tumbuh. keadaan menjadi bertambah buruk bila cahaya lampu juga menjadikan paras estrogen meningkat. Ia menjadi penyebab utama kanser payu dara. Wanita tidak patut dibiarkan bekerja malam kerana risiko diserang barah payu dara adalah tinggi... .

Posted by NzmXI On 3:51 PM 0 comments

Kenali Diri Anda

Yang mana menggambarkan diri anda atau saudara wanita anda atau teman wanita anda atau kekasih anda atau isteri anda?


- WANITA TANAH -

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


- WANITA API -

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


- WANITA ANGIN -

Mereka ini lahir di bawah lambangGemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


- WANITA AIR -

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Posted by NzmXI On 3:50 PM 1 comments

Apa Itu Qarin

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...

Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan peorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.

Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi.. Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca.. A'uzubillahiminashaitonirrajim...

insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .

Wallahualam

Posted by NzmXI On 8:42 AM 0 comments

Ella bakal bernikah 7 Julai ini

Ratu rock terkenal Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin mengesahkan desas-desus yang mengatakan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang juruterbang pada 7 Julai akan datang.
"Alhamdulillah, akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya. 

"Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar," jelasnya. 

Dipetik daripada laporan Harian Metro, penyanyi berusia 46 tahun ini memberitahu majlis pernikahan bersama Azhar Ghazali bakal diadakan secara tertutup di rumah keluarganya di Klang, Selangor. Ia akan diadakan secara sederhana dan hanya keluarga terdekat kedua belah pihak serta kenalan rapat sahaja diundang. 

Ella turut menjelaskan, pihaknya bukan tidak mahu menjemput ramai orang sebaliknya menghormati permintaan keluarga yang inginkan kesederhanaan untuk majlis pernikahan tersebut. 

"InsyaAllah, saya akan menjemput lebih ramai tetamu untuk majlis resepsi yang akan berlangsung pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya." 

Ella dan Azhar yang merupakan juruterbang syarikat penerbangan Firefly berusia awal 30-an telah berkenalan sejak Sembilan tahun lalu tetapi hubungan mereka menjadi lebih serius tiga tahun kebelakangan ini. 

Penyanyi yang popular dengan lagu seperti "Layar Impian" dan "Simbiosis" ini turut menyifatkan bakal suaminya sebagai seorang yang memahami dan menerima dirinya, lantas merasakan jodohnya sudah tiba.
"Kami sudah berkenalan selama sembilan tahun tetapi kerana kesibukan karier masing-masing membuatkan kami berhubung secara jarak jauh sahaja. 

"Sehinggalah kebelakangan ini hubungan menjadi serius, kami memutuskan untuk melangkah ke peringkat lebih baik. Lalu pihaknya datang merisik pada 17 Jun lalu di rumah keluarga saya," ujarnya lagi.

sumber : cinema online

Sunday, July 1, 2012

Posted by NzmXI On 4:27 PM 1 comments

Gambar-Gambar Sekitar Pernikahan Irma Hasmie





Foto oleh YUMNI HARUN (Mynewshub.my)

Posted by NzmXI On 4:25 PM 0 comments

5 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Posted By Tabek Puang  Apa ada sesuatu yang salah dengan dunia yang kita mendiaminya ini. Sebab ada orang-orang yang makan sesuatu yang menurut orang kebanyakan adalah sesuatu yang menjijikkan. Ini adalah diantaranya.

1. Balut (Camboddia)


Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan.

2. Black Pudding (England)


Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

3. Baby Mice Wine (Korea)


Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

4. Scrapple (Amerika)


Pengisi roti ini adalah semacam agar agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskan

5. Surstromming (Sweden)


Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Apalagi rasanya …. hmmm

Sumber : http://tabekpuang.blogspot.com

Posted by NzmXI On 4:22 PM 0 comments

Bertuahnya Banduan Di Penjara Norway

Penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan.
Itu konsep asas yang kita semua ketahui.
Justeru itu tidak hairanlah penghuni penjara selalunya akan menerima kemudahan asas yang paling ‘minimum’, sesuai dengan ‘perbuatan’ yang mereka lakukan.
Tetapi di Norway, penghuninya diberi kemudahan yang cukup istimewa…paling ketara adalah sel tahanan yang tak ubah seperti sebuah studio apartment.
Berminat?

sumber : mynewshub








Posted by NzmXI On 1:21 PM 0 comments

Bende Ajaib Dalam Dunia

Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?
Boon Kok Keong : Piramid cikgu..

Cikgu : Bagus... lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!
Gopal : Taj Mahal..cikgu..

cikgu : Bagus... lagi... .!!!
... Husin : HATI..cikgu..!!!

Cikgu : Aik..kenapa pulak hati  boleh kamu terangkan pada kelas.. 

Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam² lagi. Tuhan ciptakan
hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende² yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende² yg serupa dengan bende² tu semua.tapi xde sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu... !!!

Cikgu : (tersenyum)

Posted by NzmXI On 12:36 PM 0 comments

Kawan...

Posted by NzmXI On 9:50 AM 0 comments

7 Golongan Mendapat Naungan Allah

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...