Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, April 7, 2012

Posted by mykhalis On 8:27 PM 3 comments

Owhh..Identiti lelaki fotogenik terhangat di internet didedahkan

Sekiranya korang layan, Imgur.. Angryduck..ataupun 9gag.. korang mesti pernah tengok gambar lelaki ni kan?

Entah bagaimana, kerana sekeping gambarnya yang sedang menyertai pertandingan maraton dan dikatakan gambarnya cukup fotogenik membuatkan jejaka ini menjadi sangat terkenal.

Gambarnya diambil oleh seorang jurukamera amatur dan tersebar pantas di internet. berikut sedikit profil pasal mamat ni

Profil facebook

nama : Zeddie Little
status: bercinta selama 5 tahun
kelulusan: degree
kemahiran: memasak
umur: 25 tahun

gambar santai lain


beberapa meme yang menggunakan gambarnya





Thursday, April 5, 2012

Posted by mykhalis On 10:51 AM 1 comments

Pertandingan mencari klon Kim Kardashian

Satu pertandingan Kim Kardashian Look-a-Like telah diadakan di Miami anjuran Moma PS1 dan Dis Magazine. 28 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah berupa SD1000. Ianya telah dimenangi oleh Metisha LaRocca. Jom saksikan gambar-gambar sewaktu pertandingan tersebut.




sumber

Posted by mykhalis On 10:37 AM 4 comments

Gambar Tuan Guru Nik Aziz semasa muda belia

memang hensem..

Posted by mykhalis On 10:21 AM 2 comments

Mak Nyah Talackova Dibenar Bertanding Miss Universe

Khalis setuju.. kalau miss earth Khalis tak stuju..sebab di bumi Miss untuk wanita.. tapi disebabkan ini pertandingan Universe..alam semesta.. mungkin logik diterima mak nyah.. sebab kemungkinan di Marikh atau di planet lain mak nyah memang dipanggil Miss kot..


New York –Jenna Talackova, yang disingkirkan daripada pertandingan Miss Universe Kanada akan dibenarkan bertanding semula sekiranya dia memenuhi criteria yang ditetapkan dalam pertandingan berkenaan.

Talackova sebelum ini disingkirkan selepas dia didapati menukar jantina.

Pertubuhan Miss Universe dalam kenyataannya bagaimanapun tidak menyebut peraturan mana yang perlu dipenuhi oleh Talackova bagi membolehkan dia menyertai pertandingan itu.

Jika dia memenuhi kriteria berkenaan, Talackova akan bertanding dalam pertandingan yang akan diadakan bulan depan di Kanada.

Talackova, 23, dilahirkan sebagai lelaki namun dia telah memulakan rawatan hormon pada usia 14 tahun dan menjalani pembedahan tukar jantina ketika berusia 19 tahun.

Dia mendapat liputan meluas seluruh dunia minggu lalu selepas disingkirkan daripada pertandingan itu.
Namun Jenna Talackova mendapat sokongan 25,000 orang yang menandatangani petisyen melalui online menggesa namanya disenaraikan semula.

Dia disingkirkan kerana peraturan Pertubuhan Miss Universe menetapkan peserta perlulah wanita sejati.
Talackova sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam pertandingan untuk transgender, Miss International Queen di Thailand.

Wednesday, April 4, 2012

Posted by mykhalis On 2:00 PM 0 comments

Kesiannya.. awek ini ditinggalkan kekasih kerana hubungan songsang

Khalis teringat dalam sebuah sitcom.. seorang MILF hot mengadu pada hakim..

"saya memang sedih kalau suami saya tinggalkan saya kerana perempuan muda,tapi mana saya nak taruk muka saya kalau suami saya tinggalkan saya kerana menjadi gay selepas berkahwin dengan saya??!!"

tak mustahil kan? ada je cerita Khalis baca kat Harian metro.. isteri diceraikan kerana suami songsang.. adehh

lawak-lawak..sian awek ni..

sumber:here

Posted by mykhalis On 1:43 PM 1 comments

Buat aksi 18sx kerana tidak puas hati dengan keputusan hakim

Dikatakan ini gambar sebenar pada tahun 1983 apabila seorang stripper atau penari bogel tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Patutla hakim kita bagi denda rm25 je.. takut nanti penari tiang wat camni jugak..cehh

Posted by mykhalis On 12:35 PM 0 comments

kenali lelaki dengan jenis seluar


Seluar Jeans 
Lelaki yang menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi orang yang disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy 
Lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu dan serba salah dalam mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang 
Lelaki yang lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger 
Lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yang misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat 
Lelaki yang menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

macam siut je untuk seluar jeans..rasa macam terkena la pulak.. ala..suka2 je ek..bukan ramalan pun..

Posted by mykhalis On 12:08 PM 0 comments

bangang!!Kempen hormati gay :Beberapa pasangan gay bercuim di khalayak ramai

kejadian ini berlaku di Guangzhou di mana beberapa pasangan cuba menyebarkan fahaman bahawa orang ramai mesti menghormati percintaan dikalangan pasangan homoseksual.

Pasangan pasangan gila ini bercium tanpa mempedulikan orang ramai yang berkerumun,

Khalis ingat nak ajak diorang datang ke Kuala Rompin.. boleh baling tukul






Posted by mykhalis On 11:19 AM 0 comments

20 trivia menarik mengenai Filem Titanic yang syok diketahui

Titanic 3D??babak apa yang dinanti2kan ek?cehh


Sudah 14 tahun telah berlalu sejak filem romantik epik arahan James Cameron, "Titanic" menyentuh hati ramai penonton dan membolot begitu banyak anugerah dan jumlah kutipan tertinggi dunia.
Bakal ditayangkan semula di pawagam pada 5 April akan datang dalam bentuk tiga dimensi (3D), kami mengingatkan anda beberapa fakta menarik tentang filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ini yang mungkin anda tidak pernah ketahui.

1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.
14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik 
Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic. 

19. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

20. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

Posted by mykhalis On 10:52 AM 1 comments

Sadis.. Kate Winslet gila benci lagu tema Titanic "my heart will go on"

satu je nak cakap..kecewa siot.. heroin sendiri cakap sampai nak termuntah..cehh


Heroin filem Titanic, Kate Winslet secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menggemari lagu tema filem itu, My Heart Will Go On, dan lagu nyanyian penyanyi terkenal, Celine Dion, mampu membuat dia termuntah bila mendengarnya.

Kate berkata, dia terpaksa berpura-pura di hadapan khalayak ramai ketika mendengar lagu yang memenangi anugerah Oscar itu dan tidak suka apabila disuruh peminat untuk menyanyikan lagu tersebut.
“Saya bagai nak termuntah.

“Saya harap sangat supaya yang mampu berkata, ‘Oh dengar semua, itu lagu nyanyian Celine Dion’, tapi saya tak mampu buat begitu.

“Saya terpaksa duduk di situ dan meluruskan wajah dan pandangan saya dengan membeliakkan mata sahaja,” kata Kate yang memegang watak Rose DeWitt Bukater di dalam filem itu.

Menurut Kate, ada peminat yang mahu mendengar dia menyanyikan lagu tema Titanic itu di depan mereka dan menyatakan bahawa dia tidak akan sekali-kali berbuat demikian.

“Saya menghadiri satu program temubual di Itali baru-baru ini dan pemain piano di rancangan tersebut memainkan lagu tema itu. Saya dipaksa untuk menyanyikan lagu itu seolah-olah saya pula penyanyi asal lagu tersebut.

“Saya bagai nak menyatakan ‘tidak! Saya takkan buat (menyanyikan lagu) itu,” katanya lagi yang dipetik dari Foxnews.com.

Kate, 36, kini sedang menyertai siri jelajah mempromosikan pelancaran filem ‘Titanic 3D’ yang bakal ditayangkan pada 4 April ini. – Mynewshub.my

Posted by mykhalis On 10:38 AM 0 comments

Salinan laporan polis mengenai kes pengacara sepak muka

Lewat petang tadi, kami menerima sekeping kertas bersaiz A4 yang di’dakwa sebagai salinan kepada laporan polis yang di’buat secara rasmi.

Laporan polis ini adalah hasil laporan wanita berusia 29 tahun yang menjadi mangsa insiden sepak muka oleh seorang selebriti bergelar pengacara popular sebuah rancangan gossip di Malaysia.

Keterangan mangsa menerusi laporan ini menyebut kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 1 April 2012 yang lalu & mangsa turut menyebut nama & identiti selebriti itu selain menyebut program yang di’kendalikan pengacara tersebut saban minggu.

Melalui media 24 jam yang lalu, pengacara yang di’kaitkan dengan insiden ini memberikan kenyataan menafikan sebarang penglibatan. Laporan polis yang kami terima ini menggambarkan situasi sebalik’nya.


 tak nampak klik je gambar

sumber rotikaya

Posted by mykhalis On 10:29 AM 6 comments

Harga minyak naik.. apa masalahnya??


Hujah satu

Yang naik RON97..bukan RON95.. ko pun pakai 95 bising je..97 untuk orang kaya.. ada duit..biarla diorang kena mahal..

Hujah dua

Karang kerajaan tarik balik subsidi karang.. Ko mampu nak bayar minyak harga penuh?takde subsidi..mampu??


Hujah 3

Harga minyak kita masih murah berbanding Singapore, Thailand, Kemboja ko tau tak??


Hujah 4

OOO..masa harga naik ko bising.. masa harga turun tak pernah berterima kasih?? kufur nikmat ke apa?

Hujah 5

errrr..bodoh punya penulis..takde fakta.. bangang.. bodoh..

pssstt// semua yang memberi hujah adalah anon yang tidak diketahui asal usulnya.. at least aku menulis bukan sebagai admin blogslucumenarik sahaja.. Aku menulis sebagai Khalis.. ada nama.. ada berani nak guna nama sebenar derr??

fakta tambahan..rakyat Malaysia ramai yang kaya

Wahh... kasi UP la sikit lagi Dato' Sri.. negara kita semakin kaya ni.. takde hal punya

Pengajarannya.. dah miskin wat la cara miskin..tak payahla nak mimpi nak guna ron97!bodoh.. baghal.. ko guna je ron95.. kan telah diperkasakan dengan teknologi baru..

Tuesday, April 3, 2012

Posted by mykhalis On 10:12 PM 0 comments

Pergh.. akibat merogol kanak-kanak 4 tahun

Sekumpulan banduan yang mendapati salah seorang ahli baru yang merengkok dipenjara mengambil keputusan untuk memancung sendiri banduan terbabit. Kejadian yang berlaku di Brazil.

apa pendapat korang?potong anu je udah le.. ye tak?heh

Posted by mykhalis On 9:28 PM 13 comments

Bagi RM500?? no hal.. malam ni minyak naik rm0.10

Fufufufuufuuuu.. aku dah betul2 bengang dengan kerajaan.. hari tu aku baca kerajaan takkan naikkan harga minyak macam indonesia..

Tapi Malaysiakini dah sahkan bahawa harga minyak akan naik seposen

Yupp.. sikit kepala korok mu..sama macam rm25 la kan?? aduh.. ko boleh la kaya Najib.. majlis bertunang saja dah habis rm400ribu.. aku dulu bertunang rm500 je tau tak?

terima kasih bebanyak penyokong barisan nasional.. terima kasih..ke nak salahkan DAP ke.. PAS ke ANwar ke harga minyak naik???

Posted by mykhalis On 9:13 PM 2 comments

kekasih gelap iras krisdayanti punca penceraian sebenar?


KUALA LUMPUR – Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.

Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.

Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.

Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.

Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.

Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.

Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.

Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.

Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.

Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Posted by mykhalis On 4:20 PM 0 comments

Adess.. Inilah 3 orang artis yang murtad

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Posted by mykhalis On 3:36 PM 1 comments

Artis yang mengaku tidak akan bertudung walaupun berkahwin dengan ustaz


Selepas hubungannya dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina, Gaston Castano putus kerana tidak mendapat restu dari ibunya, Julia Perez (Jupe) dikatakan akan berkahwin dengan pilihan ibunya iaitu seorang ustaz. 

Dipetik dari akhbar Harian Metro, khabar angin yang mengatakan ibunya, Sri Wulansih sedang berusaha untuk menjodohkan Jupe dengan seorang ustaz sudah tersebar dan menjadi bualan orang. Namun sehingga kini, identiti ustaz tersebut masih belum diketahui.

Tercetusnya khabar angin tersebut telah membuatkan ramai yang beranggapan Jupe yang sentiasa tampil seksi di khalayak ramai akan berubah menjadi sopan jika dia berkahwin dengan ustaz nanti.

Namun bintang filem "Rumah Bekas Kuburan" itu menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak akan bertudung dan berpakaian sopan hanya kerana menjadi isteri ustaz.

"Saya akan bertudung hanya kerana Tuhan,"katanya.

Jelasnya lagi, buat masa sekarang, dia tidak akan menukar penampilannya. Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerima dirinya yang sebenar, termasuklah cara penampilan, Ujar Dep

ustaz mana la nak betina ni.. kalau korang google image dia mesti korang cepat2 pangkah.. itupun kalau iman korang sekuat Neelofa la..kalau tak kuat mesti korang google lagi dan lagi..ha3

Posted by mykhalis On 2:59 PM 0 comments

Celcom Beri Amaran Keras Kepada Pengguna Broadband SKMM...

Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan untuk berhati-hati dan tidak memberi sebarang respon terhadap Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia yang ditawarkan melalui internet tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Kami juga ingin memaklumkan Pek jalur lebar yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa SKMM Komputer 1Malaysia dan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.
Dengan ini, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami bahawa Celcom berhak untuk menamatkan perkhidmatan langganan Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia terhadap mana-mana pelanggan yang membeli tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Celcom tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kerugian yang ditanggung akibat dari pembelian pek permulaan / atau penamatan langganan pek yang dibeli. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam perkara ini.-Sumber

Khalis tak faham benda ni..tapi macam ramai sangat yang iklankan benda ni.. so kalau salah sila komen salah.. kalau betul sila cakap betul.. semalam  Khalis gi celcom centre.. kalau terbaca benda ni semalam mungkin Khalis leh sah atau tak sah kan.. so..maybe ada agen.. orang celcom sendiri leh komen?

Posted by mykhalis On 2:27 PM 1 comments

Edison Cheng buat hal lagi..kali ini dengan budak 16 tahun


Korang mesti ada teringat2 mengenai skandal yang mendiamkan industri filem Hong Kong.. Sehingga dilaporkan Jacky Chan sendiri tidak berani membuat ulasan kerana dikatakan skandal di kalangan artis adalah perkara biasa.

Khalis sendiri tak tahu sangat mengenai perkara ini..ceewahh (korang mesti percaya kan?kan? kan? Khalis tak tau pun mengenai gambar dia tangkap dalam uniform polis la apala.. tak tau tak tau..


Tapi kali ini.. Edison Cheng dikatakan kantoi dengan budak umur 16 tahun dimana merupakan seorang model yang baru nak menjadi.. Pengakuan dilakukan oleh attention seekers yang kemungkinan kecewa kerana perangai Edison Cheng ibarat lepas madu dihisap.. sepah di buang..Model bernama Camni Tse membuat pengakuan yang mana menyebut.. Adakala Edison Cheng menyuruhnya datang kerumahnya dengan uniform sekolah.. atau menangkap gambarnya dalam linggerie sahaja..

Hurmm.. apa la nak hairan ye tak?Hanya Neelofa si gadis kelantan sahaja mampu menolak benda2 lucah camni.. Neelofa kan baik..hehe..

Posted by mykhalis On 1:37 PM 1 comments

Cara bergambar yang paling tak sesuai oleh model

memang buruk bebeno rupanya.. ye tak?boleh silap paham camni

Posted by mykhalis On 1:28 PM 0 comments

hahahha.. Ini budak manyak syok arr

mungkinkah nanti isteri Khalis kena ajar Syaf Muslim camni jugak?hehee

Posted by mykhalis On 12:28 PM 3 comments

Memang gempak: Apa yang akan terjadi kalau handphone di masukkan dalam microwave

creepy siot

Posted by mykhalis On 12:17 PM 2 comments

Apa kes? kelantan anjurkan Pertandingan Bina Badan?

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedeahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan.

Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam.

Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama.

Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan


Jujur Khalis cakap.. kalau UMNO yang anjurkan..itu dah biasa.. sebab di pentas keraian mereka setakat menari ala stripper tak jadi masalah.. 

Tapi Kerajaan PAS kena berhati-hati.. Muslimah di sana tak tutup aurat di saman.. Lelaki takkan dibenarkan pulak?

Khalis tak larat baca komen mengutuk.. Ini halal Nik Aziz la.. Ni cara Islam PAS la.. Nampak sangat korang jarang tengok benda camni berlaku di bawah kerajaan PAS ye tak? kalau BN menari cam kat bawah ni

korang tak cakap ape pun ye tak?

Posted by mykhalis On 12:02 PM 1 comments

Perghh.. kagum dengan penebar roti canai berpurdah ni

Buka selalu dapat jumpa.. sejujurnya.. Kali pertama tengok muslimah berpurdah lengkap menjadi penebar roti canai profesional..heh

Posted by mykhalis On 11:17 AM 0 comments

Lumpuh bukan halangannya untuk menjadi perogol

Apa nak hairan ye tak? mesti banyak baca buku kamasutra ni.. yerla.. sampai dah lumpuh pun steady je lagi.. dah tu.. leh pulak dapat tekel budak tungkatan 3..


KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerosi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 Nov di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.
Tiada pengakuan dicatatkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.

Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. – Bernama

Posted by mykhalis On 11:04 AM 0 comments

Amir Raja lawak dikecewakan 5 kali oleh wanita


Ok.. memang Khalis takleh tengok apa sahaja babk melibatkan Amir raja lawak.. Bukan benci, tapi kesian.. Khalis tak berani nak cakap dia tak kelakar..sebab dia finalist raja lawak.. dan bukan salah dia kekal bertanding.. mujur ada penyingkiran sendiri semasa Maharaja Lawak.. silap2 Amir ke final jugak gamaknya..

KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.
 hmm..tak berani nak komen.. cuma kesian je la kat dia..

Monday, April 2, 2012

Posted by mykhalis On 9:05 PM 6 comments

Inilah rupanya Faiqah Azizan..penari tiang yang didenda RM25

Fufufufufuufuuu.. aku tak nah jumpa "hukuman" yang memberi pengajaran mendalam camni.. memang menghinakan..

Patutla awek bernama Faiqah Azizan ni tersenyum riang je,, setakat rm25? korang tengok dalam beg dia ada berapa gulung duit? ada kesah?

korang takde duit berkepul camni tak payah bunyik banyak..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...