Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Tuesday, June 19, 2012

Posted by NzmXI On 10:21 PM 0 comments

Peserta rancangan cari bakat melukis dengan payu dara

BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand meminta penjelasan daripada produser rancangan mencari bakat yang menayangkan seorang peserta wanita melukis menggunakan payu daranya disiarkan ke seluruh negara.

Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome berkata, “Masyarakat mengkritik rancangan ini dan kami perlu mendapatkan jawapan.”

Ahad lalu, peserta untuk rancangan “Thailand’s Got Talent”, membuka baju dan colinya sebelum mencurahkan setin cat warna di payu daranya, di mana dia kemudian menggosok payu daranya di atas kanvas di hadapan juri yang memandang dengan mulut terbuka dan penonton bersorak.

Dia diundi untuk melepasi pusingan seterusnya oleh dua juri lelaki, menyebabkan seorang juri wanita merasa resah.

Produser rancangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Walaupun industri seks di Thailand berkembang, pegawai di negara itu sering mengkritik perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Minggu lalu, Kementerian Kebudayaan Thailand berkata, ia memfailkan aduan polis terhadap penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, kerana menggunakan bendera Thailand dalam persembahannya bulan lalu dan memakai pakaian yang menjolok mata. - AFP

Posted by NzmXI On 10:02 PM 0 comments

Shebby Singh dilantik pengarah bola sepak Blackburn

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shebby Singh, dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab Liga Inggeris, Blackburn Rovers, oleh pemiliknya dari India, Venky's.

Menurut laporan Mail Online hari ini, antara tugas Shebby ialah menjadi orang tengah antara Venky's dan pengurus pasukan, Steve Kean. 

Masa depan Kean masih belum pasti selepas Blackburn tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.
Venky's adalah syarikat India yang dikuasai usahawan adik beradik, Balaji dan Venkatesh Rao.

sumber: bharian

aku: bila nk dengar nama Ramli kt Old Trafford ea?

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...