Presiden Obama di Malaysia


Sewaktu Presiden Obama mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Obama...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Obama memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Obama lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Obama... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Obama!"

Comments

saya YANA said…
kesian.... smpai malaysia br dapat bawak kete... er.. pandai dia ek.. right hand drive.. haha...
Novelgurl said…
Salam..haha.knp polis tu x knl lak/
topimagine said…
haha.. kalau dah pemandunye saje obama, yang dok belakang tu lagi la man power kn.. haha
Miss Tira said…
Lawak di pagi hari. Har har har..
mykhalis said…
@saya YANA dah ghairah sangat nak memandu agaknya
mykhalis said…
@Novelgurldia kenal bush je..mana nak kenal drebar yg duduk belakang
mykhalis said…
@topimagineitulah pasal..bukan senang nak ramal nie
mykhalis said…
@Miss Tira sorila khalis balas di petang hari..huuuu
mykhalis said…
@athirahzakibetulke faham nie..hehehe

Popular Posts