Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, February 18, 2012

Posted by mykhalis On 9:52 PM 2 comments

Plastik mudah lerai dicipta


Ketika kecik dulu.. Khalis ingat lagi dalam komik Kawan.. budak2 zaman sekrang mesti tak ingat.. tapi masa waktu tu antara komik wajib beli. Ada satu kartun yang buat eksperimen tanam plastik dan buah epal..Lepas 2 minggu.. epal dah hampir lerai dan plastik cam takde apa2 kesan pun..





Simple.tapi memberi makna cukup mendalam.. jadi.. kini sebuah syarikat berjaya mencipta plastik yang boleh diurai kalau kita letakkan dalam air panas.. jadi jangan la buat lawak kalau plastik ni wat baju hujan nnt cair la..cehh

Syarikat Cyberpac mencadangkan apabila ingin dihapuskan.. pengguna boleh rendam dan hanya flush dalam tandas..as simple as that

sumber

Posted by mykhalis On 9:22 PM 2 comments

Mengapa pakai baju hijau d bilik pembedahan?


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor

psst..cuba korang google operation room.. baju warna apa paling banyak keluar?

Posted by mykhalis On 4:09 PM 0 comments

Pengebom Warga Iran Sempat Langgan Pelacur Sebelum Mengebom Di Bangkok


Polis Thailand mendedahkan tiga lelaki warga Iran yang ditangkap kerana disyaki merancang aktiviti pengganas di Bangkok sempat ‘bersuka-ria’ dengan wanita pelacur dan menghabiskan masa mereka dengan meminum minuman keras di Pattaya sebelum ini.

Sumber risikan polis negara itu memberitahu, selepas terbang ke Phuket pada 8 Februari, mereka kemudiannya ke Pattaya dan bermalam di sana sekurang-kurangnya dua hari sebelum ke Bangkok

Ketika di Pattaya, mereka melanggan pelacur. Salah seorang pelacur tersebut kini dipanggil ke Bangkok untuk mengenal pasti suspek.

Dalam telefon bimbit pelacur tersebutlah, akhirnya ‘aktiviti sosial’ ketiga-tiga suspek berkenaan terbongkar kerana terdapat gambar mereka sedang ‘berseronok’ bersama wanita berkenaan di salah sebuah restoran Arab di bandar itu.

Untuk rekod, salah seorang suspek, Masoud Sedaghat Zadeh, 31, telah ditangkap sewaktu tiba di LCCT, Sepang Rabu lalu.

Seorang lagi cedera parah akibat letupan bom tangan yang dibalingnya sendiri dalam insiden di Bangkok itu

Posted by mykhalis On 2:00 PM 4 comments

Astro Bangang!! Tukar channel B4U pada Bella

3 orang bangang!! Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama pengurus saluran Astro Bella, Natasha Hashim (tengah) dan Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Woii astro.. bengong ke apa aku nak layan citer latin? Aduhh.. pada yang tak tahu B4U adalah antara channel wajib pasang di malam hari.. Layan hindustan ngan orang rumah..heaven.. layan latin ngan orang rumah? Hell.. dahla suma jenis tak pakai baju dalam punya pelakon.. skirtpun leh nampak bontot..

Nak harapkan Zee?? cerita lama.. ulang banyak kali..

Nak cancel? camne dengan raja lawak? siot betolla astro ni.. dalam 1 pekej mesti ada channel taik dia bagi.. Tak boleh ke buat je channel asing2? Ini berita dari mstar

PETALING JAYA: Para penggemar rancangan telenovela di negara ini akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella, sebuah saluran yang menghimpunkan pelbagai drama telenovela dari seluruh dunia.

Astro Bella (saluran 133) yang merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika ini akan memberi nafas baru kepada kandungan pakej yang sedia ada bagi menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac depan.
Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Astro Bella bakal memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin, Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia.
“Semasa pakej Mustika diperkenalkan buat pertama kalinya kepada umum pada tahun 2009, kami berazam untuk memberikan kandungan premium dan terbaik daripada program-program dari saluran-saluran yang ada.
"Untuk kekal relevan, kami sentiasa memastikan bahawa program-program yang ditawarkan terus menepati cita rasa pelanggan," katanya.

Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan, serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan bintang-bintang tersohor dan sedang meningkat naik.

Astro Bella menyasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas lebih-lebih lagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita Latin. Sebagai permulaan, saluran itu akan menyajikan pengisian kandungan Latin dan Asia kepada para penonton sepanjang tahun.
Penonton juga diberi jaminan bahawa semua rancangan yang disiarkan menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sempena pelancaran Astro Bella pada bulan Mac ini, pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog) , Diabla Daniela (Latin), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Ini aku rasa tak berbaloi-baloi bayar RM150 sebulan ni.. semakin hampehh.. 

Posted by mykhalis On 1:39 PM 0 comments

TV3 Kesal Pemenang AJL26 Tak Nampak 'Batang Hidung'


PETALING JAYA: Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.

"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.

"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.

Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.

Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.

Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat telah diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Posted by mykhalis On 1:05 PM 4 comments

Anak ular sawa bertaburan lepas perut ibu meletup dilenyek kereta



Ular bukan bertelur ke? Kalau bertelur bukan kena netas kat luar ke? tapi kalau korang tengok video ni.. seekor ular sawa yang digelek kereta membuatkan anak-anaknya keluar dalam fizikal yang elok..

Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kendaraan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular itu berterabur  keluar hingga bersepah di jalan raya.

Masih banyak orang bingung sebenarnya ular itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar. Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.

Lagi post pasal ular.. 

Posted by mykhalis On 12:16 PM 1 comments

Berkenalan dengan obor obor raksasa


Beberapa bulan yang lalu Khalis ada kongsikan mengenai obor-obor yang menyerang Israel.. boleh tengok di post http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/07/gambar-geli-proses-membuang-obor-obor.html



Tapi kali ini Khalis akan kongsikan beberapa fakta mengenai haiwan yang amat geli dan menakutkan ini,,Kalau korang tengok Finding Nemo.. korang mesti tau biasa sengatannya seumpama elektrik.. Khalis agak jela..sebab tak pernah kena lagi..


Dikenali dengan nama Nomura, ia adalah spesies obor-obor yang hanya terdapat di laut Jepun, dan diiktiraf sebagai obor-obor terbesar di dunia.



Info Ringkas:*

  * Diameter obor-obor ini lebih besar sedikit daripada ketinggian
    purata seorang lelaki dewasa iaitu sekitar 2 meter (6 kaki 7 inci)
    dengan berat sekitar 220 kg.

  * Nomura hidup di sekitar perairan antara China dan Jepun, terutamanya
    di tengah Laut Kuning dan Laut Cina Timur.

  * Kehadiran obor-obor ini sering menjadi ancaman kepada industri
    perikanan yang lumayan di Jepun dan mengganggu keseimbangan rantai
    makanan di laut.

Posted by mykhalis On 11:12 AM 0 comments

Rokok elektronik meletup di mulut


Pada mereka yang tengok filem The Tourist lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp mesti tau kepentingan rokok elektronik ni.. Khalispun macam terpikat gila sebab bila rasa nak hisap..sedut je, lepas tu boleh matikan bila dah tak moh.. takdela kena habiskan sebatang.. takpun merayu dari meja ke meja mintak lighter.


Malah salah seorang pembaca blog Khalis yang Khalis kenal ada jual produk ni.. tapi biasalah.. namapun barangan buatan manusia.. ada pelbagai jenis dan kualiti.. Sama juga dengan produk lain.. pernah dengar kan telefon meletop masa berbual sebab lama sangat bercakap.. standart la tu..

Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

Friday, February 17, 2012

Posted by mykhalis On 9:55 PM 1 comments

Keluar agama demi bergaya Majalah Playboy



BERLIN – Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

“Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

“Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy,” kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

“Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.” jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

“Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan,” kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. – Agensi

Posted by mykhalis On 9:34 PM 0 comments

Rupa cili yang paling pedas di dunia

Korang layan tak Man vs Food.. antara yang paling mencabar bila melibatkan sayap pedas.. memang boleh nampak betapa seksanya nak menghabiskan satu satu.

Sekarang ni. kalau cili api pedas yang Khalis perasan adalahcili api Thailand.. cili api ni warna merah pekat..kalau masak megi guna 3 biji pun dah hangat muka.. tapi tahukah berapa pedaskah cili api yang terpedas di dunia..


Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini.



Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot,
Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.



Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU.

Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU.

Posted by mykhalis On 8:53 PM 1 comments

Naik turun populariti artis

seperti yg kita sedia maklum, kematian beberapa diva 80s spt micheal jackson dan whitney mmg menyebabkan berjuta org bersedih. tp tak ramai yg nampak, di hujung2 kareer mereka ni dicaci dan dihina sbb dah tak semeriah dulu. hidup diorang depressed dan struggled sbb nak menten dihormati. 

whitney - popular gila, best selling artis, terima awards sebanyak 3 kali ganda awards yg datuk siti dpt, diva pop sedunia... end up kawen sakai itam yang buat dia ketagih dadah dan huru harakan hidup dia sampai karier menjunam

selain dr whitney kita nampak ada beberapa diva2 yg hampir2 nak ada problem cam ni...contoh

mariah carey - filem glitter flopped, depressed, patu kene dumped plak dgn eminem, nak bunuh diri bagai...akhirnya naik balik dgn we belong together

celine dion - after 'that the way it is', album2 dia semua sendu2 jah...tp dia menten jd exclusive singer dan x sibuk nk wat comeback sbb kalau wat comeback, risikonya either success cam mariah ataupun gagal cam whitney. 

madonna - menten from muda dia dh tau apa yg dia nak, dia jual seks dlm muzik dia sampaikan lady gaga britney semua anggap dia godiva...kareer menten sampai la ni, album konsisten walaupun suara dia  xla meletop mana. 

TAPI ITU KISAH ARTIS HOLLYWOOD

cuba kita tgk artis kita, boleh tak kita wat perbandingan dan mungkin leh speku speku skit ttg artis2 yg dulu tip top, la ni korang semua dok keji.

start with 

Saloma - lepas p ramlee meninggal, even sebelum p ramlee pergi pun karier dia dh menjunam, semua org dok sibuk pop yeh yeh bagai ...10 thn sblm kematian dia, dia tenggelam dgn sharifah aini

Sharifah Aini - lepas masuk 40s, dia semacam x nak turun2 takhta...involved dgn kes emel layang dan saman reporter, zaman tu dia nk gain respek org balik tp nan hadoo dipandang sepi. 

Zaiton Sameon - ini tragis. semua maklum kn?

Fauziah Latiff - ini kesian. masa early 20s nama tip top karier nombor 1 tp sbb buta cinta, kawen bating dgn syed budriz, failed. kawen dgn johan indut...10 tahun dok cam tu je...sore dah kelaut. la ni, suam2 kuku jah padahal satu ketia dulu dia phenomenal.

Aishah - sama mcm jee. dulu powerfull, pas jd nombor 1 wartawan dok boikot ms dia kawen 1st husband. lepas tu nama dia hidup segan mati x mau. wat comeback, tp still x wow cam dulu. last2 pakai tudung n now, dia spt yg kita lihat dia skarang.

Ziana Zain - once a diva, lepas beranak pinak, n kehadiran siti...nama terus x berapa nak gah. gah di mata pemenat setia saja. wat album pun tidak, sandar pd single je. comeback x brapa gah. sendu 

So ni contoh2 yg kita masih ada, dan kita tak tahu apa akn jd akan datang. alhamdulillah kita ni islam dan kekal budaya timur, walaupun diorang ni jatuh tetapi diorang mungkin leh terima hakikat. but deep inside kita tak tau keperitan diorang menhadapi zaman kejatuhan. 


Posted by mykhalis On 8:23 PM 0 comments

Lagi artis selepas Ani mayuni dipukul suami


Sebangang bangan suami apabila memukul seorang isteri.. Hina betulla.. kalau mendidik ikut islam pun bukan dengan memukul sampai luka..

kalau cemburu macamanapun siasat betul-betul..Jangan main hentam kromo je,, tapi itulah pasal..

Inilah kelebihan gosip ni.. dari tak dikenali akan semakin dikenali.. Korang kenal Balksyh Semundur Khan? Khalis tak kenal.. bila tak kenal mesti tak tau berlakon cerita apa.. tapi dia ada berlakon filem..kalau tak silap filem Diva..

Menurut cerita.. kerana cemburu.. Balkisyh dipukul dengan dihantul pada almari.. pergh.. sakit tu.. kerana tak sanggup dipukul lagi pada masa akan datang..satu laporan telah dilakukan..

Posted by mykhalis On 6:11 PM 0 comments

Penafian pelakon karipap karipap Cinta Melia Aimelia: bukan saya yang berbogel



Kan Khalis dah cakap..mesti ada penafian punya.. Khalis tak mo la copy paste penafiannya.. standart punya ayatla.. may saya..keluarga saya tahu siapa saya.. Super impose.. pandai jaga diri.. Khianat oleh orang dengki.. bla bla bla..

Tapi yang bestnya.. takde tindakanpun dikenakan kepada artis bermasalah.. Usahkan kaunseling..bila diberi teguran orang ugama jugak dipersalahkan.. contoh masa kes Syarifah Amani nak berbotak.. bila ada orang bijak agama cakap haram..dia salahkan orang sebab tak jumpa dia tegur face to face..

Cheewaaahh.. Jakim? entahla gamaknya.. bz nak mengharamkan orang politik je.. Sedangkan adh sah sah ada artis kantoi video lucah.. apa tindakan? berkemban? apa tindakan? tekdenye ( baca stail orang lipis)

Kepada artis.. sila beromen.. lepas tu sila salahkan orang sebarkan.. takpun salahkan teknologi.. lagi bangang salahkan diri sendiri sebab lupa log out facebook.. cehh artisss

kalau korang nak tengok video lucah tu boleh klik sini..

Posted by mykhalis On 3:56 PM 1 comments

18sx Lagi gambar perempuan tak senonoh!!

sebab yang first post dulu ramai orang klik..kali ni kita kasi lagi..hehe.. kan orang pompuan sekarang memperjuangkan hak kesaksamaan?

Klau korang rasa ini biasa je..maknanya mmg awek2 skrang ramai yg ak senonoh


 tapi..kalau tak kerana kegatalan orang jantan..tak jadi camni kan?

Posted by mykhalis On 3:33 PM 0 comments

Realiti Apa yang kita nampak dan orang lain nampak mengenai pekerjaan kita 1





Posted by mykhalis On 3:17 PM 0 comments

Produk terbaru Dato' Siti boleh kurangkan stress

Datuk Siti Nurhaliza. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
 
PETALING JAYA: Sebagai pengasas kosmetik yang peka dengan keperluan wanita, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cuba mengurangkan tekanan golongan itu menerusi produk terbaru daripada SimplySiti iaitu Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin.

Siti yang merupakan Presiden bagi produk tersebut berkata, keluaran terbaharu berkenaan terdiri daripada set penjagaan kulit yang pertama di Malaysia menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin.

Bahan-bahan itu boleh meningkatkan perasaan gembira kepada si pemakai.

"Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Plant Endorphin. Ia mampu membangkitkan rasa gembira kepada badan. Produk ini juga lain daripada yang sudah berada di pasaran.

 
Siti Nurhaliza bersama model demagic, Shazwin. 
 
"Sebelum mengeluarkan produk ini, kami telah membuat kajian kepada 50 orang wanita daripada pelbagai bangsa dan umur selama dua minggu. Dan Alhamdulillah, respons yang diberikan sangat positif.

"Mereka gembira dan sangat berpuas hati selepas menggunakannya. Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai," katanya pada majlis pelancaran Dermagic di Sunway Hotel Resort & Spa, di sini, malam Khamis.

Tambah Siti, selain menaikkan perasaan itu, ia juga membantu untuk melambatkan penuaan kulit serta menyerlahkan wajah dan pada masa sama produk tersebut dapat mengecilkan saiz pori.

Rangkaian produk kecantikan SimplySiti Dermagic merangkumi lima produk iaitu Dermagic Beauty Moisturiser, Intensive Serum, Complete Eye Cream, Purifying Scrub dan Relaxing Mask.

Ia boleh didapati dengan harga bermula daripada RM25 hingga RM70 di semua rangkaian SimplySiti di seluruh Malaysia serta Brunei.

Majlis pelancaran yang bertemakan 'Glam Ungu' sempena kemunculan Dermagic ini turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Farhan, Sharifah Shahira, Fazli Zainal, Osbon.

Istimewanya pelancaran kali ini, SimplySiti telah memperkenalkan wajah baru, Shazwin, yang berkongsi keistimewaan Dermagic dan turut muncul dalam iklan terbaru produk tersebut.

Menariknya, SimplySiti turut bekerjasama dan bergabung tenaga dengan AirAsia X selaku syarikat penerbangan rasmi bagi kempen Dermagic di mana setiap pembeli produk boleh memenangi percutian Stress free Getaway bersama Siti ke Sydney, Australia.

Dalam perkembangan sama, Siti berkata, jenama SimplySiti juga akan mengeluarkan tiga jenis wangian pada bulan April depan sebagai salah satu langkah memperkukuhkan lagi kepelbagaian produk syarikatnya.

Namun Siti enggan mendedahkan butiran mengenai projek terbaharunya itu dan berjanji akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai berita tersebut.

Posted by mykhalis On 3:12 PM 3 comments

Shahrizal Jaszle curang..I takleh terima dia : Miera Leyana

Miera Leyana. Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana bertekad untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya Shahrizal Jaszle kerana tidak lagi mempercayai kata-kata lelaki tersebut yang telah mengaku curang di hadapan keluarga masing-masing.

Miera berkata, hubungan mereka secara rasmi berakhir pada pertengahan selepas dia beberapa kali memberi peluang kepada Shahrizal untuk berubah.

"Selepas dia pulang dari penggambaran drama di Australia pada pertengahan Januari lalu, kami telah membawa ibu masing-masing, pengurus peribadinya dan individu yang dikaitkan ada hubungan dengannya untuk membuat pengakuan di depan saya.

"Kemudian setelah beberapa kali didesak, barulah kedua-dua mereka mengaku ada menjalinkan hubungan. Jadi, saya terus nekad untuk memutuskan hubungan yang baru berusia lima bulan ini.

"Sudahlah sebelum ini dia beberapa kali 'terkantoi' tapi saya tetap memberi peluang kepadanya. Bagaimanapun, tidak buat kali ini," katanya.
Shahrizal
 
Hubungan cinta Miera dan Shahrizal bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam filem Rentaz arahan Mamat Khalid.

Tambah Miera, sejak pengakuan curang itu dibuat, Shahrizal sering memujuknya agar untuk berbaik namun, dek kerana hati masih terluka, Miera tidak boleh menerimanya.

"Bukan senang untuk kita kembali kepada pasangan yang telah berlaku curang kerana agak sukar untuk menaruh kepercayaan terhadapnya lagi.

"Memang dia menunjukkan kesungguhannya kerana setiap hari menghantar mesej dengan saya dan memujuk untuk kembali bersama tetapi hati saya masih lagi terluka," ujarnya sebak.

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kedua kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia masih mengharapkan agar percintaan mereka kembali berputik tetapi jika Shahrizal sanggup berubah.
"Tipulah kalau saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tetapi buat masa ini, apa yang telah berlaku ini benar-benar mengecewakan saya," tegasnya.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.

Dalam pada itu, Miera yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Mulanya Di Sini ini, bakal terlibat dalam filem terbaru Mamat Khalid pula berjudul Amir dan Lokman Ke Laut.

Posted by mykhalis On 6:10 AM 1 comments

video lucah Melia Aimelia download



jangan marah arr.. haram ooo

Thursday, February 16, 2012

Posted by mykhalis On 3:30 PM 1 comments

Ziana mahu lihat Anuar Zain berkahwin


Ramai sebenarnya artis yang Khalis tengok memang dah cukup syarat untuk kahwin.,tapi tak kawen2 lagi.. bukan senang nak cari calon..tapi kalau nak yang sempurna memang tak jumpa la gamaknya.. Kita boleh harap dia sempurna.. tapi kalau dah namanya dah kahwin..tak sah kalau tak pernah lawan kentut.. zaman belum kahwin maybe leh kontrol..dah kawen takdenya..

SUBANG JAYA: Penyanyi Ziana Zain,44, meluahkan hasrat mahu melihat adiknya, Anuar mendirikan rumah tangga dengan segera tetapi takut untuk menasihatinya berhubung perkara tersebut.

Ziana berkata, Anuar yang mencecah usia 42 tahun perlu memikirkan soal masa depan dan berusaha mencari calon isteri.

"Sebagai kakak saya memang ingin lihat adik saya berkahwin tetapi saya tidak pernah bertanya kepadanya mengenai soal itu kerana bimbang ia agak sensitif," ujarnya kepada mStar Online.

Ziana turut mendedahkan, Anuar sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet tetapi dia lebih tertarik kepada wanita bijak untuk dijadikan teman hidup.

Dalam pada itu, Ziana memberitahu dia tidak kisah siapa juga calon isteri adik kesayangannya itu asalkan wanita tersebut dapat membahagiakan Anuar.
"Mungkin orang ingat dia cerewet dalam memilih pasangan tetapi sebenarnya tidak. Namun dia suka kepada wanita yang bijak untuk dijadikan teman. Siapa pun pilihan dia, saya gembira untuknya," kata Ziana.
Betul jugak.. kalau tak dah orang sebar citer Anwar ni gay.. Tengok Yusry KRU..walaupun orang tuduh dia Gay..dapat jugak kawen ngan Lisa Surihani.. haa.. orangpun berhenti bawak mulut..ye tak?

Posted by mykhalis On 3:00 PM 9 comments

Kena paksa like fan page..

Khalis nak tanya..ada seorang member tanya camni

Khalis tak dapat pun walaupun Khalis dah log out facebook.. so nak tanyala.. memang keluarke pop up yang suruh klik like fan page?

Posted by mykhalis On 2:30 PM 0 comments

Iklan seksi dari Syarikat penerbangan Ryanair

Khalispun tak taula..apa kejadahnya kaitan antara pakaian dalam dengan iklan penerbangan.. Ohh..lupa.. korang dah jenguk airasia sekarang? gila murah..



Kalau korang nak tau,, iklan ini mendapat bantahan keras terutamanya dari kakitangan wanita Ryanair sendiri.. mereka sendiri pelik camne leh dikaitkan antara seksi dengan terbang.. adakah pramugari hanya berlinggerie sahaja?

Posted by mykhalis On 2:00 PM 3 comments

Justin Bieber menunaikan hasrat pesakit kanser kanak2 perempuan 6 tahun untuk "berkahwin"


Seorang kanak-kanak yang menghadapi kancer aneh yang membuatkan otaknya mati dari lahir mempunyai satu hajat sahaja.. Dia ingin mati sebagai Mrs Bieber.. Dan tanpa dia sangka.. impiannya sampai pada JB.. dan pada hari Vday yang lalu.. Justin pergi untuk menunaikan hasratnya.



Tapi kali ini.. semua orang mendoakan kebahagiaan.. Lain la masa JB sedang bercuti dengan Maria Gomez,, gila bengang peminat diorang berdua..JB sendiri menulis di tweeternya untuk Mrs Bieber khas untuk Avalanna Routh.. seorang kanak-kanak yang sangat comel..



ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...