Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, October 8, 2011

Posted by mykhalis On 7:10 PM 3 comments

Apa yang Presiden US kurang berbanding Perdana Menteri Rusia?

Jurugambar peribadi mungkin?





Posted by mykhalis On 1:39 PM 2 comments

The Invigilator : Kisah guru...

Khalis menjumpai sebuah short filem lakonan Zahiril Adzim(Juvana ).. dan Short Film ini diberi nama The Invigilator.


Khalis suka satu scene yang memang cantik gile, tapi yang penting jalan ceritanya yang sangat menarik..memang memang ending dia lain dari jangkaan.




Posted by mykhalis On 12:17 PM 2 comments

Gambar lawak : Membaca pokok supaya sentiasa berkembang..





Posted by mykhalis On 10:44 AM 6 comments

Pemuda yang sanggup buat pembedahan untuk menyerupai Superman

Herbert Chaves merupakan peminat setia superman.. dia sanggup melakukan pembedahan untuk memperoleh wajah yang sama dengan hero pujaannya.













Friday, October 7, 2011

Posted by mykhalis On 6:06 PM 5 comments

Fantasi vs realiti : Saat kita tertidur dalam bas

Tok sah temberang kalau tak pernah tertido dalam bas..

yeahh... kebanyakan yang dijumpai macam gambar yang bawah..



Posted by mykhalis On 4:33 PM 3 comments

Kura kura (Galapagos )yang dapat anak sulung selepas 90 tahun menanti

 Setelah hampir 90 tahun menanti..Akhirnya seekor Galapagos menelurkan seekor galapagos(hahaha..ayat terabur gile) yang hanya seberat 85gram iaitu maknya lebih besar 3000 kali ganda.

Untuk membesar sama saiz dengan maknya.. mungkin memerlukan umur yang panjang sehingga 30 tahun.

Seekor galapagos boleh hidup sehingga 100-150 tahun.. maka dijangkakan si ibu akan dapat melihat anaknya membesar. Cuma adat orang tua beranak.. nyanyok..sebab menurut penjaga zoo si ibu macam tak larat nak jaga anak dia dah..

kemungkinan pihak zoo terpaksa memberi makan sendiri kepada anak kecil ini supaya mampu terus hidup lama..

So cuteeee..kan kan kan??



Posted by mykhalis On 2:53 PM 7 comments

Cuba cari keganjilan di sini

dapat teka tak?heh



Posted by mykhalis On 2:16 PM 8 comments

Gambar lawak : Kisah ayam marahkan sayur





Padan muka akak tu.. mentang2 la dia pakai baju ayam..leh dia letak sayur tak bagi ayam ni duduk..wahahhaa



Posted by mykhalis On 2:05 PM 5 comments

Penjelasan dan kekesalan Enot mengenai komen Hukum Hudud

 Kerana pulut, santan binasa
kerana mulut??
sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian??
Saya tahu saya buat salah. Saya minta maaf." Begitu perlahan dan berhati-hati Enot melepaskan suara. Jelas sekali dia masih dalam keadaan tertekan.

Ini semua gara-gara kenyataannya berkaitan hukum hudud yang mengundang kecaman pelbagai pihak, menerusi pelbagai ruang setelah kenyataannya itu disiarkan Zass kelmarin.

Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 32, mengaku dia sangat tertekan berada dalam situasi itu.

Ini dapat dilihat daripada langkahnya yang begitu longlai ketika tiba di lokasi yang dijanjikan untuk bertemu wartawan Zass bagi membersihkan semula namanya.

Pun begitu, Enot yang diiringi dua puterinya, Andriana Balqis, 10, dan Arieana Qaseh Qistina, 4, masih cuba mengukir senyum.

Namun senyumannya itu dilihat agak 'kelat' sekali gus membayangkan kontroversi hudud yang dicetuskan secara tidak sengaja, telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

"Enot rebah sebaik melihat kecaman yang dihantar orang menerusi fanpage semalam.

"Enot harap masalah ini tak berpanjangan. Orang yang mengecam Enot, dia tak tahu dan tak nampak bagaimana kesannya kepada Enot," katanya.

Enot berkata apa yang paling penting bagi dirinya ialah kecaman itu jangan sekali-kali melibatkan orang lain, terutama ibu bapanya yang sudah tiada.

"Sampai hati mereka nak libatkan emak ayah Enot. Mereka dah tak ada, kalau yang buat salah itu Enot, cukuplah kalau nak mengata atau marah pada Enot saja. Buat apa nak dituding sama pada orang yang sudah tak ada, tidakkah itu pun dosa juga?" katanya.

Enot berkata, dia ikhlas minta maaf, dan ikhlas juga mahu kontroversi yang secara tidak sengaja dicetuskannya itu, dihentikan segera.

"Enot harap cukuplah, jangan panjang-panjangkan lagi. Enot pun ada anak, yang sebagai ibu, Enot sentiasa harapkan mereka hormati Enot dunia akhirat. Mereka budak lagi, mereka tahu kalau hati ibu mereka disakiti, dihina. Jadi tolonglah jangan lukakan hati mereka. Berilah peluang untuk kami anak beranak hidup aman damai," katanya sambil mengesat air mata.

Pertemuan yang pada mulanya disangka hanya akan berlangsung tenang untuk Enot selesa memberikan penjelasan dan meluahkan isi hatinya itu, ternyata menjadi semakin emosional apabila puteri sulung Enot, Adrianna Balqis sambil menangis, tiba-tiba berkata: “Mama tak bodoh, mama tak jahat. Orang yang cakap tu yang bodoh, jahat..."

Suasana menjadi semakin hiba, hingga wartawan pun tidak mampu lagi hendak terus mengekang air mata apabila si adik, Arieana pula cuba memujuk kakaknya. Kedua-duanya berpelukan sambil masing-masing menangis semahu-mahunya.

Menurut Enot, anak sulungnya itu memang cukup sensitif melihat dia dihina sebegitu rupa.

“Balik dari sekolah semalam, dia menangis. Apa saya nak buat? Zaman sekarang kalau tak tengok TV, baca surat khabar, semua itu boleh didapati di Internet. Inilah yang saya nak jaga. Bukan untuk diri sendiri tetapi anak-anak dan masa depan mereka," katanya sambil menyeka air mata.

Menurut Enot, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ada individu yang memintanya mengucap semula.

"Mengapa begitu teruk orang menghukum saya? Saya terima jika mahu tegur tetapi mengapa perlu caci dan hina? Mengapa mereka tidak lebih bersopan sedangkan bersopan juga amat dituntut dalam Islam," katanya.

Selain itu, kata Enot, banyak juga kata-kata menghina yang menyebutnya sebagai jahil, tak tahu agama dan minta masuk sekolah semula.

Kerana kenyataannya itu juga, ada antara pelanggannya membatalkan tempahan.

“Alasan diberikan, mereka tidak yakin dengan bahan yang saya gunakan.

“Kata mereka, saya jahil dalam agama, jadi mereka bimbang saya guna bahan haram untuk masakan saya. Subhanallah begitu hebat dugaan yang menimpa diri saya,” katanya.

“Saya mencari rezeki halal untuk anak-anak. Kenapa saya nak buat perkara bodoh macam itu, guna benda haram bagi orang makan? Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan," katanya.




Thursday, October 6, 2011

Posted by mykhalis On 7:53 PM 17 comments

18sx : Adakah benar ini gambar Nora Danish dalam pakaian yang...yang....

Betul ke? Nipisnya baju dia sampai leh nampak dalam tue..camne la leh terlepas kat internet ek? Tapi Khalis tapis untuk menjaga mata pembaca pembaca lain.. heh.. jangan marah arrr

kalau bukan pun kalau boleh bergambar dalam keadaan elokla.. blogger cam Khalis ni memang nak cari berita je...



Posted by mykhalis On 6:34 PM 1 comments

Kisah mencari seorang isteri

Khalis walaupun dah selamat berkahwin dan ada zuriat..Adakala bukak jugak video2 cerita orang bercinta. bUkan apa.. nak cari balik perasaan semasa mula2 meluahkan rasa rindu dan cinta. Sebab macam Khalis cakap..bila dah kahwin ni.. memang kita akan rasa slumber dan poyo je dengan pasangan.. kentut pun main lawan lawan..

Dan dalam Khalis jalan-jalan tadi..Khalis jumpa sebuah video animasi.. ringkas je kartunnya.. Tanpa sedar..10 minit video berlalu begitu cepat sekali.

Yang Khalis dapat rasa dari video ini ialah.. kita yakin dan berdoa padaNya.. jodoh tidak ke mana.

Layanla malam malam jumaat ni..heh

Alhamdulillah



Posted by mykhalis On 3:34 PM 2 comments

Pelajar PhD Oxford dari Iran ditahan ketika berjogging kerana memakai baju pemberat yang kelihatan seperti bom

Kalau baca tajukpun dah faham.. ye tak?

Mangsa.. Gourdaz karimi

Kisahnya.. seorang pelajar yang bernama Gourdaz karimi telah berjogging dengan memakai pemberat di badannya. Dan sebenarnya, pemberat yang di pakainya adalah jenis yang sama pernah di pakai oleh adik Putera William, Henry.

Ketika dia berjogging.. beberapa orang pelajar nampak dan panik terus menalifon pihak polis.

Putera Henry yang pernah menggunakan baju pemberat terlebih dahulu

Dengan semangat trauma dan masih percaya akan ada orang muslim akan bom diri sendiri.. polis berjaya datang secepat yang mungkin tidak seperti dalam filem iaitu dah hero setengah mati dapat bunuh musuh baru sampai.. Agaknya trauma sungguh omputih ni kan?

Mujurla polis tidak terus menembak.. tetapi mereka melakukan road block dan terus parking depan Gourdaz dan jerit

" angkat tangan..nanti kami tembak!!"

Terkejut dengan polis yang tiba tiba jerit camtu(sape tak terkejut ye tak?) Gourdaz berhenti dan polis memeriksa  baju pemberat yang dipakainya supaya memastikan tiada bahan letupan..

Akhrnya.. polis menasihatkannya supaya tidak berjogging dengan baju pemberat ini lagi.. Diorang takut kalau ada panggilan yang camni..

Ape punya penakut diorang ni!! tapi bagusla..cekap!!



Posted by mykhalis On 2:24 PM 4 comments

Harapan semua blogger

Percayalah.. jauh di lubuk setiap blogger adalah menjana pendapatan. Samada mengiklankan perkhidmatan yang mereka tawarkan.. menjual produk, ataupun menjana pendapatan melalui pengiklanan.

Kalau tak.. apa lagi motivasi yang ada pada blogger? minat sahaja tak cukup.. mungkin pada permulaan kalau pageview dalam seribu dua ribu sehari memang tak terbayang lagi nak pasang iklan. Tapi kalau purata harian dah dapat 10 ribu ke atas memang terasa sangat kalau blog takde iklan ye tak?

Tapi nak dapat pageview yang tinggi bukan senang.. kena tebalkan muka. Percayalah.. memang ada perasaan segan dan malu bila dikutuk walaupun sekadar kutukan dalam komen bukan depan mata. Yerla.. perjuangan masih panjang..

Yang penting.. kita hormati pembaca kita.. pada yang belum join fan page blogslucumenarik.. sila sila la klik like kat fan page kat tepi ni. Bukan apa.. Khalis selalu letakkan update post kat sini.malah pernah la wat kontest topup kat situ,, walaupun dah lama tak buat.. ada rezeki buat lagi..

Iklan..oh..iklan...



Posted by mykhalis On 1:35 PM 0 comments

Steve Jobs telah tiada.. Koleksi gambar dari zaman muda sampai ke akhir hayat1955-2011

Khalis kenal Steve Jobspun sebab minat filem animasi kerjasama Disney-Pixar.. dari situ, pada tahun 2003 kalau tak silap keluar produk ipod..

Dan semenjak itu, lambang buah apple ada di mana mana.. bagi pengguna produk apple..mesti rasa perbezaan seorang manusia yang kreatif.

Jom tengok gambar dia dari muda.. Segalanya bermula dari dalam garaj..

muka depan laman web apple sempena peringatan







maknanya..Khalis tak sempatla merasa produk sentuhan Steve Jobs.. takkan nak beli yang lama lama la pulakkan? ketinggalan zaman..heh



Posted by mykhalis On 11:48 AM 7 comments

Contoh gambar edit yang terbaik

memang nak jumpa orang yg mengedit ni..nak jadi anak murid dia.. Yup..bagi orang yang pandai memang senang.. tapi bagi orang cam Khalis ni..nak wat tulisan canggih guna adobe pun terkial kial lagi memang respek la hasil camni



Posted by mykhalis On 11:27 AM 2 comments

Kerana takut,campak anak 6 bulan dalam laut!!

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.
TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam. 
TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.
Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.


Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.

Ini bangang punya orang.. EIII.. APA PUNYA MANUSIA SAMPAI SANGGUP BUNUH ANAK!! HARAP POMPUAN NI DIKENAKAN TUDUHAN PERTUDUHAN MEMBUNUH!! Khalis tak faham camne orang boleh campak, buang anak!! memang dasar manusia!!



Posted by mykhalis On 11:21 AM 21 comments

Terkucil ketika dalam pertandingan gimnastik

perghhh.. tak taula nak cakap ape..



Wednesday, October 5, 2011

Posted by mykhalis On 10:01 PM 7 comments

Festival memakan daging China

OK.. amaran keras!! geli? mudah loya? terus skip dari baca entry ni k?

Kisahnya mudah aje.. Orang di Yulin menjalankan aktiviti kenduri makan anjing selama seminggu kerana ini acara turun temurun.

Dan..

Eiii... ngeri.. Khalispun tak leh tengok gambar ni lama lama












Salai ada..bakar ada..rebus ada.. goreng ada..

Bak kata.. macam macam adaaa



Posted by mykhalis On 8:59 PM 5 comments

Renungan kata kata : Apa yang kita takutkan sebenarnya?




ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...