Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Tuesday, January 1, 2013

Posted by NzmXI On 4:07 PM 0 comments

Anugerah Muzik Afrika Ditangguh Kerana Brown Tertinggal Pesawat


Anugerah Muzik Afrika Ditangguh Kerana Brown Tertinggal Pesawat
Anugerah Muzik Afrika Ditangguh Kerana Brown Tertinggal Pesawat - ABIDJAN : Penyanyi rap Amerika Syarikat, Chris Brown telah mengakibatkan penganjuran Anugerah Kora di sini terpaksa ditangguhkan kerana dia ketinggalan pesawat ke Ivory Coast, kata pihak penganjur.
Anugerah itu yang diberi jolokan sebagai Grammy Afrika sepatutnya diadakan kelmarin.
Pengarah komunikasi anugerah itu, Konnie Toure berkata, Brown tiba semalam.
Ekoran itu, anugerah berkenaan terpaksa diadakan pada hari ini.
Anugerah itu pernah dihadiri bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Raja Pop, mendiang Michael Jackson.
Bagaimanapun, harga tiket yang agak tinggi untuk manyaksikan anugerah berprestij yang berlangsung di sebuah hotel mewah mencetuskan kritikan ramai.
Harga tiket itu ialah 1,500 euro (RM6,066) untuk penonton yang mahu duduk di kerusi di dalam sebuah hotel mewah.
Tiket berharga 75 euro (RM303.33) dikenakan kepada penonton yang duduk di luar hotel.
Brown pernah disabitkan kesalahan kerana memukul bekas kekasihnya, Rihanna yang juga penyanyi menjelang Anugerah Grammy di Los Angeles pada 2009.
Dia dihukum menjalani program tentang keganasan domestik selama setahun selain dipantau oleh pegawai perunding cara selama lima tahun. – AFP

Posted by NzmXI On 3:37 PM 1 comments

Selamat Tahun Baru 2013



Hai semua!!

Selamat Tahun Baru 2013 buat semua pembaca blog khalis ni...Soklan yang seringkali akan ditanya oleh semua "Apa azam korang tahun ni?" ...apa jua azam korang tahun ni, saya doakan azam itu akan dilaksanakan..dan diharap saya takkan dengar jawapan ini "Azam aku tahun ni nak tunaikan azam tahun lepas"...hehehe (jangan mare...)

Well, diharap para pembaca sumer terus menyokong blog ini walupun kami makin kurang mengisi bahan dalam blog ini..(cam pelik je ayat ni..hehehe)...Apa pun yang masih terus meng"blog walking" kt sini, terima kasih kami ucapkan...(^_^)v Sokongan anda semua amat kami hargai (terharu seh ayat ni)...

So, azam tahun ini kami akan perbaiki mutu penulisan kami dan teruskan dengan bahan2 yang menarik lagi lucu...In Sha Allah...Itu saje kot..nak merapu takde idea lak..Olrait geng, adioss!!

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...