Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Tuesday, August 7, 2012

Posted by NzmXI On 9:03 AM 0 comments

Rindukan Bulan...

kala bulan memberi cahaya.,,aku rindukan ia.
sang mentari sentiasa mengejar mu bulan..aku cemburu.
setia..tiada henti.
rembulan indah..kau temani aku setiap mlm..setiap perjalanan mlmku..
kau sentiasa di situ,, memberi cahaya..
aku rindukan kamu.

aku sentiasa tersenyum sendiri ,,melihat mu purnama..
masakn tidak... hanya engkau sentiasa di sisi aku ketika malam menjelma..
dimana semua?
aku sunyi ..tp aku ada kamu rembulan..
sentiasalah temani aku..

bila kau hilang sang suria akan galang gantinya..namun ia tidak seindahmu..
temani aku sang penyeri malam... aku sendiri ..sepi.

hehe...jiwang jap

Posted by NzmXI On 8:57 AM 1 comments

Kenapa Orang Melaka Marah Dengan Orang Negeri Sembilan

Tahukah anda, sejarah peperangan dahulu ada kisah yang menyebabkan orang Melaka marah dengan orang Negeri Sembilan.

Ceritanya bermula begini

Pada zaman dahulu, tentera Melaka merupakan satu pasukan tentera yang amat kuat dan hebat.

Mereka belum pernah mengalami kekalahan dalam mana-mana peperangan.

Pada satu hari, tentera Melaka diarahkan untuk menyerang tentera Johor.
Mereka pun memulakan persiap... an dan kelengkapan peperangan.
Tiba-tiba ketua tentera Melaka menerima satu berita yang isterinya hendak bersalin (anak pertama).

Oleh kerana itu, mereka telah membuat keputusan untuk meminjam ketua tentera Negeri Sembilan.

Tentera Negeri Sembilan juga merupakan seorang ketua yang bijak dan hebat

Maka bertolaklah mereka untuk berperang dengan tentera Johor.
Keesokan harinya, seluruh penduduk Melaka terkejut besar kerana pasukan Melaka telah tewas dengan begitu teruk sekali.
Yang berjaya pulang dengan selamat hanyalah ketua tentera Negeri Sembilan dan peniup semboyan peperangan (Tentera Melaka).
Ketua tentera Melaka menjadi hairan kerana beliau mengetahui yang tentera Johor adalah tentera yang lemah dan kekurangan ahli.

Beliau bertanya pada ketua tentera Negeri Sembilan, "Tuan!Apakah yang telah berlaku?"
Ketua tentera Negeri Sembilan hanya tersenyum sinis dan malu-malu
Ketua tentera Melaka, lalu bertanya pula pada tentera beliau yang bertugas sebagai peniup semboyan itu.
Lalu dengan nada sedih, peniup semboyan itu berkata... ... ... ... .

Tuan, apabila kita hendak memulakan peperangan, apakah yang tuan akan laungkan sebelum mulakan peperangan
Lalu ketua tentera Melaka berkata "SERANG"
Peniup semboyan lalu menjawap, Tuan... ketua tentera Negeri Sembilan juga melaungkan perkataan yang sama
Jadi kalau begitu, apa masalahnya?, jawap ketua tentera Melaka..
Lalu dengan sedih, peniup semboyan mengatakan, tapi tuan kalau dalam bahasa Negeri Sembilan bunyinya jadi... ... ..
"SORANG"

Kita kalah kerana, setiap kali ketua tentera Negeri sembilan melaungkan, hanya "SEORANG" tentera kita yang keluar untuk melawan musuh.
He..he... he... Jangan Marah eaaa.....

Posted by NzmXI On 8:56 AM 0 comments

Jam Antik

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu. Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Posted by NzmXI On 8:55 AM 1 comments

Atan Dan Cikgu

Cikgu: Atan... cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik... .Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab... Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu: ??... Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul... Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab... Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh... ..

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak... Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal... Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu: Erm..bagus... cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi... Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab... Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu: Kenapa plak tujuh... Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu... knpe tujuh... why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan: Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu: Cheh.....

Posted by NzmXI On 8:52 AM 2 comments

Seluar Dalam Yang Hilang

Tersebutlah suatu kisah di mana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri: Apalah abang nie... asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang... tak adil lah macam nie... asik asik abang aje...

Suami: La... abis ayang nak abang cakap macam mana...

Isteri: Abang cakap la... rumah kita... kereta kita... TV kita... sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah... iyalah...

Isteri: Hmm... abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami:Haa... ada awak nampak... seluar dalam KITA... ??

Isteri:%#@**^&%#@

Posted by NzmXI On 8:49 AM 1 comments

Jejaka Gatal

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki... .
Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?
Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak... .
Awek : Betul ke... . he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?
Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok
Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.
Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

Posted by NzmXI On 8:47 AM 2 comments

Makna Makna Bunyi Hon Kereta

Pernah tak masa driving kadang2 kita dengar kereta yang berselisih atau belakang kita bunyikan hon... percaya atau tidak... setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu..

1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"

2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit
(biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"

4X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap... ... .

.
.
.
.
.
.

"TILAM! TILAM!... TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!... TILAM!"
jgn marer yaeee POSA POSA POSAAA

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...