Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Wednesday, December 31, 2014

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 11:40 AM 6 comments

Pelakon Liam Neeson ( Taken 1 & 2) berkira-kira menjadi seorang Muslim



Siapa yang dah menontoh Taken mesti ingat babak ini.. Matanya ditutup , dia menghafal jalan dengan mengira berepa detik antara lorong ke lorong,, bunyi burung, bunyi serunai.. yup..kalau dalam siri korean variasi banyak kali aksi ini ditiru.


Dalam temubual bersama Jimmy Fellon dalam satu rancangan.. ketika penggambaran di Turkey.. dia melihat sendiri bagaimana orang2 di sana menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.. dan suasana itu baginya cukup memberi ketenangan.. sehingga dia merasakan dia ingin menjadi seorang muslim.

'The call to prayer happens five times a day, and for the first week, it drives you crazy, and then it just gets into your spirit, and it's the most beautiful, beautiful thing,'- Liam Neeson

Untuk makluman,pelakon ini yang juga pernah dikritik teruk kerana memainkan suara Aslan seekor singa dalam filem The chronical of Narnia kerana dikatan watak itu adalah peniruan terharap Nabi Muhammad

kita tunggu dan lihat je la

Tuesday, December 30, 2014

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 7:58 PM 5 comments

Obama main golf di Hawaii,Pengantin baru kena ubah lokasi tempat perkahwinan


Lenguh kaki den

Khalis tak pasti kebetulan hari yang sama Obama main dengan PM atau tak.. tapi biasalah.. main golf ni bukan sehari.. alang-alang dah bercuti.. mainla banyak-banyak sampai puas. Ye tak?

pasangan Natalie Heimel and Edward Mallue Jr

Dikatakan kerana Obama bermain golf, sebuah majlis perkahwinan yang melibatkan anggota tentera berpangkat kapten terpaksa di alihkan ke lokasi lain. Mengikut perancangan awal, perkahwinan dibuat di satu kawasan di padang golf itu.. tapi disebabkan bakal bertembung dengan Obama.. mereka terpaksa berpindah.


Biasalah.. prioriti ye tak?

Obama yang mengetahui kejadian itu menghubungi pasangan itu dan meminta maaf kerana dia mengatakan seandainya dia tahu..dia tidak akan bermain di kawasan itu pada masa itu

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 7:48 PM 5 comments

Cerita dari sebelah pihak ibu adik Balqis pula



Banyak dah blog-blog mensensasikan isu adik ayah adik Balqis yang dikatakan biadap dengan pihak penerbitan Jinggo dan Shiela Rusly.. JS picture.. betul tak?

Hari ini ini adik Balqis memberi penjelasan dari pihaknya pula.. yerla.. apa2pun mesti ada penjelasan dari dua-dua pihak.. betul tak?

Norashikin berkata, syarikat produksi kepunyaan pengarah tersebut iaitu JS Pictures Sdn Bhd tidak profesional dan cuba mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan tawaran terhadap Puteri Balqis pada saat-saat akhir.

"Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

"Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Norashikin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan pengarah terkenal Jinggo menerusi laman sosial Facebooknya dengan mendakwa ayah kepada pelakon kanak-kanak itu bersikap sombong dengan menuduh produksi tersebut cuba mempermainkan anaknya.Norashikin menjelaskan, apa yang berlaku antara pihaknya dengan produksi tidak seperti yang digambarkan oleh Jinggo menerusi laman sosialnya itu.

Katanya, pihak produksi telah merumitkan keadaan apabila segala perjanjian yang telah dipersetujui dibatalkan secara tiba-tiba tanpa seberang alasan.

"Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur  untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.

"Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut.

"Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut.
Walhal anaknya sudah menghafal skrip yang mereka hantar melalui e-mel beberapa minggu sebelum itu.

"Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

"Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

"Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod," ujarnya kesal.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama mereka berurusan dengan syarikat produksi tersebut biarpun setelah beberapa kali diberi peringatan.

Katanya, beberapa pihak sebelum ini ada menasihatkan mereka agar tidak bekerjasama dengan syarikat produksi tersebut yang banyak mendatangkan masalah.

Sekarang ni kita fokus kembali pada bencana banjir ye tak? kita tengok jela bab gosip2 ni..tak payah nak spekulasi sangat.. tak berbalio rasanya

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 11:00 AM 5 comments

Lagi gambar selepas banjir di Pantai Timur

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul..

Bencana seumpama tsunami membawa pergi rumah2.. ada yang tinggal hanya lantai dan tiang..

Ada kereta yang bertimpa2 remuk berderai.

dan ada yang Allah telah panggil menemuinya..

Tapi Khalis ingat lagi dalam Telefilem Pondok Pak Ya.. Ustaz cakap.. orang mati lemas juga dikira sebagai mati syahid.. Alhamdulillah dan Amin..

semoga semuanya tabah

kredit kepada sukanstar


















seandainya anda merasakan ada diantara gambar adalah fake dan salah..sila inform Khalis utk dibetulkan

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 9:00 AM 5 comments

Gambar-Gambar selepas air surut banjir di Gua Musang

Khalis mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat.. Khalis juga pernah merasai pengalaman banjir satu masa dulu.. Pada masa tu baru paras pinggang.. berbanding sekarang yang Khalis tengok dah setinggi bangunan 2 tingkat

Bersabarlah

kredit kepada facebook page penmerah






maafkan seandainya gambar ini salah.. Boleh PM utk Khalis turunkan gambar2 ini

Monday, December 29, 2014

Posted by Mohd Khalis Raouf Khairu Anuar On 8:56 PM 5 comments

Ending terbaik Doraemon dalam filem Stand By Me Doraemon


Tengok coverpun dah tahu kan??

Bertahun2 dahulu,, Khalis ada post pasal fan made alternate ending.. Yup..Walalupun dalam lukisan dan dijadikan video.. memang cukup menyentuh perasaan dan pendapat peribadi.. inilah ending terbaik.


Tapi baru2 ni.. Khalis baru perasan rupanya dah ada movie ending Doraemon yang dibuat secara rasmi dalam bentuk 3D.. Khalis tak meletakkan harapan tinggi.. Khalis cuba dapatkan dan ingat nak pasang utk Muslim je.. Tapi..

Yup.. inilah ending yang PALING TERRRBAIKKK..


Sebagai budak2 yang lahir 1985.. menonton Doraemon di RTM.. Berpindah ke tv&,, beli komik setiap bulan dari harga rm2.80 sehinggalah harga rm4.50..  Beli buku latihan.. mewarna.. apa2 sahaja mengenai Doraemon. inilah filem yang membuatkan ianya sangat2 dekat dengan penonton(khalis).

Sayf Muslim seronok..bapak dia nangis tersedu(gambar ditangkap selepas suasana tenang..hee
Setiap babak yang dipaparkan akan buatkan kita mengimbas satu-persatu kenangan.. Dan, yup.. Khalis terburai air mata sepanjang setengah jam terakhir.. sampai Muslim tak habis2 tanya..

"nape ayah nangis?"

"ibu..ayah kenapa??"

Sangat berbaloi.. Huwaaaaa... thank you Doraemon.

psstt.. kalau berminat nak cari cerita apa.. anime ke.. filem ke.. drama ke..english tv series ke.. wassap je Khalis 0149143702.. hee..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...