Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, September 24, 2011

Posted by mykhalis On 2:22 PM 8 comments

Gambar kejadian restoran terapung yang terbalik dilanda ombak

Seumpama sebuah filem, sebuah kapal yang dijadikan restoran terapung di China terbalik kerana dilanda ombak kuat.







Camnelah agaknya orang dalam tu kan?



Posted by mykhalis On 10:47 AM 7 comments

Cobaan




Posted by mykhalis On 10:13 AM 5 comments

Pembunuh upahan jatuh cinta pada bakal mangsanya..cerita romatntik dunia sebenar

Selalu tengokkan dalam filem jalan cerita di atas? Tapi ini berlaku di dunia nyata. Kisah bagaimana seorang pembunuh upahan telah diberi arahan membunuh seorang wanita. Namun, apabila tiba masanya, dia tidak dapat melaksanakan kerjanya kerana telah jatuh hati dengan wanita yang bakal di bunuhnya.
inilah gambar kononnya dia telah mati ditembak


Menyedari bahawa wanita itu tetap akan dibunuh, dia cuba merapati wanita itu dan memberitahu rancangannya. Mereka telah bersetuju untuk berlakon kononnya wanita itu mati dibunuh dengan melumurkan sos pada tubuh wanita itu. Selepas ditangkap gambar, kelihatan ianya umpama wanita itu telah mati ditembak.

inilah pula gambar awek yang terselamat kerana pembunuhnya jantuh cinta

Inilah kisah benar yang terjadi pada Aguiar Araujo apabila didatangi bakal kekasihnya juga pembunuh upahan Carlos Roberto de Jesus.

macam tak percayakan? ingatkan dalam filem je. cis cis..



Friday, September 23, 2011

Posted by mykhalis On 5:37 PM 13 comments

Kelebihan jadi banduan berbanding menjadi pelajar

Tapi bagi orang laki cam Khalis situasi paling mengerikan apabila jadi banduan ialah kena liwat.. ahhah..terpengaruh dengan Prison Break agaknya..

walaupun di malaysia sendiri menyediakan peluang sambung belajar dalam penjara ke peringkat degree.. hehe..Sama la cam mat rempit.. Kat Malaysia ni, rasanya Mat Rempit lagi diberi perhatian dan kasih sayang berbanding siswazah.. macam macam program untuk mat rempit..semua di sediakan..kalau budak U semua kena create sendiri,, sponsor pun kena cari sendiri.. ye tak?



Posted by mykhalis On 4:05 PM 0 comments

Video Wajib Tonton : Erti bersyukur dan kesabaran

Dah la Khalis ni sensitif mengalah orang pompuan.. Kebetulan tadi Khalis terbaca komen dari seorang reader. Terima kasih buat Haya Al Hussein kerana berkongsi sebuah video yang wat hidung Khalis merah sampai sekarang..

Perghh,, memang touching sungguh.. arghh.. lebih bersemangat rasanya lepas tengok video ni


kalau yang ini tak keluar subtitle boleh tengok di http://www.youtube.com/watch?v=BfL2U0BJ48g



Posted by mykhalis On 3:59 PM 1 comments

Fakta Menarik : Contoh koleksi mengarut dari seluruh dunia

Bagi pengumpul memerlukan kesabaran yang tinggi. Selain kena bersaing untuk mendapatkan barangan yang dihajati, mereka juga kena berhati hati menjaga barangan koleksi mereka.

Ada sesetengah orang mengumpul keretapi, kapal terbang, hot wheel car, ikan lumba lumba.. Khalis ada koleksi Kreko sahaja..heh.Kalau ayah Khalis topi setiap acara rasmi seperti kemerdekaan, ulang tahun pejabat, kelab golf, badan beruniform..

Dan Khalis akan kongsikan beberapa orang pengumpul yang memiliki hobi dan minat mengumpul barangan pelik dan aneh

1- Mengumpulkan tattoo dari kulit manusia


2- Mengumpulkan kotak rokok dari pelbagai negara


3- Mengumpulkan tandangan dari celebriti terkenal


4- Mengumpul produk dari Happy Meal McDonald


5- Mengumpulkan apa sahaja berkaitan pokemon


6- Mengumpulkan rambut dari artis atau orang terkenal

Nak tahu lebih lanjut leh baca di Uphaa



Posted by mykhalis On 3:09 PM 3 comments

Bercinta di usia yang jauh berbeza

Ini Khalis dengar dari orang la.. dia cakap.. binatang kalau beranak awal nanti anak yang lahir mungkin tak lawa, lembik, mudah datang penyakit.. cuba tanya orang yang membela kucing, ikan laga, lembu,, mesti pakar akan cakap.. kalau nak bagi binatang ni beranak biarlah cukup usia dan matang.. supaya anak yang dilahirkan sihat dan cergas.

Sebenarnya, begitu juga manusia.. anak anak yang dilahirkan dari pasangan matang kebanyakannya lebih pintar dan bijak berbanding anak dari pasangan muda. Ini kajian camtu camtu je.. Khalis tak terbaca kat mana mana pun.. tapi orang matang dengan remaja yang berkahwin berbeza fikirannya..apapun itu terpulang pada individu. ada yang dah usia 30-an tapi perangai macam belasan tahun.. ada yang baru je akil baligh tapi matang fikiran macam orang dah 40-an.. ye tak?

Apapun jodoh semuanya..













Persepsi

Bila perempuan cantik bak model bercinta dengan orang tua/ gemok/hodoh adalah kerana pangkat dan harta

Bagaimana pulak sebaliknya?



Posted by mykhalis On 2:23 PM 3 comments

Apa terjadi jika internet down

Bagi peniaga CC macam Khalis mesti akan mengamuk selagi internet tak sambung.. Bialah telinga dah panas sebab bercakap dengan operator..tapi Khalis akan tetap talifon tanpa henti.. Pernah Khalis telipon sehari sampai 20kali.. punya la geram sebab internet down hari ahad.. Kebiasannya hari ahad ramai orang pergi cc..

Tapi itu peniaga macam Khalis.. tapi realitinya.. apa yang terjadi pada kita seandainya internet takde selama sehari? Bukan apa,, internet ni kalau ada memang buat kita bz je memanjang.. tapi sebenarnya kalau takde bukannya ada efek apa apapun. Ye tak?

Ohh internet.. memang bikin jiwa tak tenteram



Posted by mykhalis On 2:18 PM 1 comments

kartun lawak : Produk Apple untuk seisi keluarga

dan sebenarnya realiti untuk seorang ayah

ada betul ke?ahaks



Thursday, September 22, 2011

Posted by mykhalis On 9:26 PM 5 comments

Cerita Lawak : Permintaan 3 sahabat


Tersebutlah kisah di zaman dahulu.. Ada 3 orang sahabat baik, mereka pergi berjumpa dengan dewa untuk meminta agar dewa tersebut menunaikan hajat masing2 untuk memuaskan nafsu mereka yang berlainan. 

Setelah berjumpa, DEWA telah mengenakan syarat iaitu mereka boleh meminta apa saja asalkan mereka sanggup untuk berada di dalam gua selama 10 tahun. maka mereka pun bersetuju dan mereka pun menjelaskan permintaan mereka kepada dewa tersebut. 

Sahabat 1 merupakan kaki botol lalu beliau telah meminta arak yang banyak. 

Sahabat 2 merupakan kaki perempuan maka beliau pun meminta perempuan yang cantik-cantik. 

Sahabat ketiga pula merupakan perokok yang hardcore lalu meminta bekalan rokok yang banyak.

Selepas itu dewa pun bersetuju untuk menunaikan permintaan mereka.
lalu masuklah ketiga sahabat itu kedalam gua masing2 untuk menikmati permintaan yang telah mereka minta tadi…



Setelah 10 tahun berlalu maka tibalah masa mereka bertiga untuk keluar..
sahabat 1 keluar dengan keadaan yang sangat mabuk dan perut boroi giler kerana terlalu banyak minum arak. beliau pun berkata kepada DEWA “Terika kasih la dewa!”.


Sahabat 2 keluar dengan keadaan lembik dan tidak bermaya kerana hari2 melayan perempuan2 yang cantik2. beliau pun berkata “Terima kasih la DEWA”.


Sahabat 3 juga keluar tetapi dengan keadaan marah dan berkata “siot you la DEWA!!! bagi rokok tak bagi lighter”…


Pengajaran : cerita ni penuh dengan unsur khurafat dan dosa.. jangn ikut perangai diorang!!



Posted by mykhalis On 7:40 PM 3 comments

Saya sedang membunuh anak saya dengan memberi makanan

mak Khalis selalu pesan.. Jangan makan banyak.. nanti gemok.. bila gemok sakit.. dah sakit, badan besor sapa nak angkat bawak klinik? nak gerak payah..Khalis cakap takde nye..

Kenyataannya, selepas 2 3 bulan Khalis kahwin, Khalis demam panas, akibatnya.. tak boleh bergerak.. dan hasilnya? takde sape boleh bawak Khalis pergi hospital.. Nak tak nak kena mintak tolong abah, mak, isteri Khalis angkat Khalis.. hehe..

Pengajarannya.. jangan ajar anak makan banyak. Mak Khalis selalu jugak sebut..

"mak bukan tak nak bagi makan.. tapi bila tengok anak makan selera tak sampai hati kalau larang.. sementara ada selera bagi jerla"

kalau abah Khalis pulak

" Makan .. makan.. nanti dah sakit takde selera nak makan.. sementara tengah sihat, selera makan je Along"


Agaknya inilah perasaan seorang ibu di Britain apabila sampai satu tahap dia ngeri tengok kegemokan anaknya. Tapi kerana tidak tergamak dia tetap membelikan makanan yang diingini oleh anaknya..Cynthia William membesarkan dua orang anaknya, Joseph dan Mathew sehingga jumlah berat kedua dua orang anaknya melebihi 400kg

Cynthia sendiri mengatakan bahawa, dia telah membunuh anaknya perlahan lahan dengan memberi makanan.. tapi apa yang boleh buat.



cerita lanjut di dailymail



Posted by mykhalis On 4:24 PM 5 comments

Teknik mengendalikan jengkaut yang mengagumkan

Ayah Khalis kalau di Kuala Rompin dikenali sebagai Nuar JCB, dan pengalaman Khalis melihat ayah mengendalikan jengkaut/JCB?Kubota sangat mengagumkan.

Khalis masih ingat lagi, ayah Khalis terpaksa menyeberangi sebuah parit yang sangat besar. Untuk mengelakkan risiko tenggelam dan patah, kebanyakan pemandu akan membuat laluan terlebih dahulu.. Tapi ayah Khalis dengan pengalamannya dari seawal usia 17 tahun sehingga 50 tahun telah membuat teknik transformers..

Perghh.. pada masa tu, memang patutla ramai orang puji ayah Khalis mahir dalam mengendalikan jentera. Tapi takdela Khalis tangkap gambar.. hehe.. sebab itu kisah dulu dulu.. sekarang, walaupun dah memiliki jengkaut sendiri, ayah mengajar orang lain untuk memandunya.. Tak silap Khalis, sehari sewa jentera dalam RM400,, sebulan dapat 10 hari kerja dah RM4000.. hohohoho.. ayah cuba ajar Khalis dan adik lelaki Khalis untuk memandunya, tapi jujurnya,, kami sangat tak berminat.. start enjin jentolakpun tak pernah. heh

Jadi, Khalis nak kongsikan kemahiran pengendali berpengalaman.. memang boleh handle trasnformers ni..




Setiap ayah adalah hero dan inspirasi anak mereka.. Khalis harap dapat jadi contoh yang baik untuk anak-anak Khalis..



Posted by mykhalis On 2:59 PM 1 comments

Ninja Turtle potret real

Seingat Khalis Ninja Turtle betul betul glemer pada pertengahan tahun 90-an. Pada masa ini, Khalis mesti layan kartun kat tv2. Kalau komik dan buku mewarna takyah cakapla.. mesti beli punya.. kebetulan abah Khalispun minat Ninja Turtle..heh.. Jom layan versi real.. badass gile

 

Leonardo

Extraordinary TMNT Renderings

Casey Jones

Extraordinary TMNT Renderings

Shredder

Extraordinary TMNT Renderings

Bebop

Extraordinary TMNT Renderings

Raphael

Extraordinary TMNT Renderings

Michelangelo

Extraordinary TMNT Renderings

April O’Neil

Extraordinary TMNT Renderings

Rocksteady

Extraordinary TMNT Renderings

Donatello

Extraordinary TMNT Renderings

Master Splinter

Extraordinary TMNT Renderings

Foot Clan Soldier

Extraordinary TMNT Renderings

Baxter Stockman

Extraordinary TMNT Renderings

Wingnut and Screwloose

Extraordinary TMNT Renderings

Metalhead

Extraordinary TMNT Renderings

Slash

Extraordinary TMNT Renderings
Kalau korang minat kartun ni, mesti korang perasan ada satu watak penjahat yang takde.. tak siap lukis lagi kot..huu




ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...