Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, May 7, 2011

Posted by mykhalis On 11:57 PM 31 comments

Cadar dan selimut yang menarik

Jangan ditanya mengapa entry nakal semakin bermaharajalela dalam blog ini.






ada tak yang menjadi pilihan hati?hehehhe

Posted by mykhalis On 10:30 PM 13 comments

Terminator

 Siapa tak pernah tengok terminator sila cubit tangan anda..

Posted by mykhalis On 8:31 PM 9 comments

Kita mampu capai segalanya


Betul tak? Jangan pandang jauh ke sana... pandang negara kita sendiri.. semakin hari diambang perpecahan kerana kuasa. Inilah yang kita namakan...gajah sama gajah bertembung, kancil di tengah mati tersepit.

Posted by mykhalis On 6:30 PM 14 comments

Teksi di negara China

Khalis selalu tertanya-tanya.. adakah blog ini menambahkan pengetahuan ataupun menambahkan persoalan. Bukan apa.. adakala Khalis tak berikan maklumat langsung mengenai gambar yang di kongsi..

Anda jangan salah faham, Khalis bukan nak sorokkan sumber -sumber Khalis dapat untuk update entry.. tidak, Khalis akan berikan links kalau sememangnya ianya memerlukan penjelasan. Kalau anda tengok entry itu tiada links rujukan, kebanyak pembohong la tue.. hehe

Janganla marah,, bukan bohong selalu, bohong sikit-sikit je.. memeriahkan suasana.. Khalis sendiri selalu kena sound cam entry-entry panas blog ni. Ada post Khalis bersifat menguji..ada teka-teki,, ada bermain logik akal dan ada sindiran atau sarcasme.

Macam gambar kat bawah yang Khalis nak kongsi..rasa macam tak logik.. tapi bukti gambar dah ada.. Tempat Khalis dapat gambar nipun takde keterangan.. just tajuk je..

Tapi bagi Khalis gambar ni best, jadi apa salahnya Khalis kongsikan.. kalau ikut logik, negara china penduduknya hampir 1.5 billion.. so, tak mustahil kan kalau gambar teksi ni real??




perghhh..sampai camni sekali panjang beratur nak dapatkan pelanggan?? Biasanya Khalis tengok panjang2 ni kalau teksi-teksi di lembah klang nak isi gas je..tapi takdela sepanjang nie..

Posted by mykhalis On 4:30 PM 32 comments

Ular Sawa makan kanggaroo

Dalam perjalanan nak ke kedai pagi tadi, Khalis melalui jalan kampung,, sebab malas nak lalu jalan bandar.. sesak hujung minggu. Entah camne, Khalis ternampak ular berwarna coklat di hadapan Khalis. Jujurnya memang besar, sebab Khalis seorang yang rabun tetapi boleh nampak ular tue.

Dari jauh tau, niat di hati Khalis nak langgar je ular tu, yerla,, sebab ini kawasan kampung.. tapi bila dah dekat dengan ular tue, Khalis teringan yang kampung ni dalam kawasan semak samun, hutanpun ada, rasanya ular ini takkan ganggu orang kampung.. selain dari itu, sebab Khalis ada anak kecik.yerla.. dulu-dulu biasa dengar orang sebut sumpahanla,, kenan la.. so Khalis elak last-last minit..

Terus Khalis teringat nak cari gambar ular,, hehe.. inilah hasil yang Khalis dapat..

Ular makan kanggaroo





Besar betul rahang dia kan??

Posted by mykhalis On 2:10 PM 37 comments

Warna: Perbezaan lelaki dan perempuan

Isteriku: Abang,, leh tak ayang nak beli tudung warna maroon?
Diriku  : Kan ayang dah ada yg warna tue...
Isteriku: Itu bukan maroon, itu merah..
Diriku  : Laaa..ape bezanya??
Isteriku: Dahla,, kalau kedekut cakap jerla!!
Diriku  : Takkkk.. yerla terla.. ( blur )

OK..perhatian.. ini dialog rekaan semata-mata.. betullll... rekaannn..bukan kisah benarr.. ishh..senyum-senyum pulak...Khalis reka je nie..

Apa warna yang Khalis tau?dan kebanyakan lelaki tau??
Merah
Biru
Kuning
Hijau
Hitam
Coklat
Oren
Putih

Betul tak? kalau wanita?? hahahhaha( gelak dulu)  jom tengok carta kat bawah!!

Secara jujur.. Khalis mengakui Khalis tau.. Maroon sahaja.. hehe

Please respon.. bukan apa.. nak tau pendapat..

Posted by mykhalis On 12:30 PM 23 comments

Bila terlebih muatan

Di Malaysia ni, yang paling ngeri lori balak jerla.. Kalau anda tak pernah tengok Final Destination 2.. anda mungkin tak tahu kenapa lori balak ini mengerikan..















Mood ngantuk akhir-akhir nie. Walaupun wife tak kejutkan Khalis masa baby terjaga tengah malam.. Aura mengantuk sama macam orang tak cukup tido..berdosanya diriku....

Posted by mykhalis On 10:31 AM 34 comments

Wanita ini...

hehehe..kalau tadi lelaki..wanita punya turn la pulak!!





Jadi..  wanita ini.............( sila isikan tempat kosong )

Posted by mykhalis On 8:14 AM 48 comments

Lelaki ini...

sila sambung tempat kosong dengan kata-kata yang paling best selepas anda tengok gambar beliau ini..




lelaki ini ......................

Posted by mykhalis On 1:00 AM 24 comments

Suatu malam di Sekolah Menengah Agama Rompin

inilah satu2nya gamabr dari google ..punyala semakin tak glemer sekolah ni

Pada satu malam khalis tertinggal buku latihan di bilik guru. Kerana pada masa tu Khalis baru lagi jadi cikgu, jadi semangat ni memang berkobar-kobar nak menanda buku.

Khalis takkan nak ajak budak..wat pengetahuan, Khalis juga jadi warden,,so tinggal kat asrama. tapi entah kenapa, jadi berani sangat nak pergi sesorang ke bilik guru.

Jauh juga sebenarnya. tapi sebab semangat membara, Khalis beranikan juga. Subhananallah.. seram sejuk rasanya.. Kenapa la sunyi sangat malam tue.. Pak Guard pun tak nampak.. Jam baru je pukul 9 lebih,, sebab Khalis baru je keluar surau asrama.

Masuk je dalam bilik guru.. kerana penakut kemain, Khalis bukak semua lampu.. terang benderang..tapi mata tengok lantai je,, sebab takut ternampak  benda pelik-pelik pulak masa ada lampu..

Bila dah berani, Khalis pergi ke meja Khalis.. tiba tiba Khalis dengar psssttt...  udahhh.. sayup kat atas je bunyinye..

Khalis jalan laju-laju ke meja.. dah la banyak buku nak ambik.. Pssssttt.. berbunyi lagi.. Khalis berpeluh dingin dah.. Bau semerbakk jee...

Khalis kaut je buku mana yang larat, Khalis melangkah laju macam nak lari,, tapi tercontrol sebab takut pak guard nampak.. malu la kantoi penakot..  Pssssttt.. berbunyi lagik

Elok je Khalis nak tutup lampu,, Khalis beranikan jeling ke atas.. ke tempat pssstt berbunyi..

MasyaAllah....

Penyembur wangian automatik rupenyeeee..hampesssss.. dasar penakut....

Friday, May 6, 2011

Posted by mykhalis On 11:30 PM 30 comments

Cara mandi Wanita vs Lelaki

No komen..tetapi wat Khalis senyum jeeee


Khalis share je..nak komen takut ada terkantoi pulak.. just senyummmm je memanjang,.wahahaha..


Kalau anda tak boleh tengok mungkin kerana anda tidak ada akaun youtube..wahahaha.. ( gelak yang sama)

Posted by mykhalis On 9:00 PM 16 comments

Dunia masa lalu dan sekarang

Khalis pernah membayangkan realiti 20 tahun lalu sekarang dan 20 tahun akan datang... Khalis juga pernah share gadget-gadget mesti dapat dari awal 80-an.. Kali ini.. biar gambar sahaja yang bercerita.. hehe

















Pejam celik.. 26 tahun berlalu begitu pantas.. pejam celik pejam celik dipanjangkan usia olehNya..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...