Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, January 7, 2012

Posted by mykhalis On 8:54 PM 1 comments

Bintang bola sepak ketika masih kanak-kanak

Zinadine Zidane tak tahan tu..rambut lebat gile

Anelka


Messi


Ronaldo (brazil )


Zidane


Cannavaro


Shevchenko


ini je yg jumpa..kalau cari lagi mesti jumpa kot

Posted by mykhalis On 8:42 PM 6 comments

Singa jinak peliharaan di dalam rumah

Singa ini merupakan peliharaan seorang pelakon wanita bernama Tippi Khedr. Dan dia memang membela singanya di dalam rumah seumpama seekor kucing.. sebagaimana tok Jib kita jaga kucing nyee..heh










Posted by mykhalis On 12:09 PM 6 comments

Kucing comel Dato' Sri Najib

Lebat sungguh bulu bulu kucing ni.. memang comel gile.. pandai Dato' Sri jaga kucing..






Korang jangan tanya Khalis makanan kucing ni mahal tak dari Pizza ke.. import kat mana ..jangan tanya..
penyayang betul PM kita ni..

Posted by mykhalis On 11:39 AM 3 comments

Sibuk je jaga tepi kain orang!! jaga kain sendiri sudah!!!

terbaikkk kuasa tiga!!

Posted by mykhalis On 11:34 AM 7 comments

video rekaan menjatuhkan ustaz azhar idrus

Nampaknya sekarang Ustaz Azhar menjadi tumpuan utama. Sekarang beliau difitnah dari segenap penjuru. Bermula dari pertikaian ilmunya, fitnah ditangkap basah, sekarang fitnah dalam bentuk video pulak.

Khalis kongsikan video ini kerana takut ada pihak yang terpedaya dengan fitnah terbaru ini.

nampak tak? kat sni telah diulang2 dan diambil keratan dalam kuliah UAI mengenai "ustaz anjing" dan ulama Umno pun memberi ulasan.. tapi rupanya, dalam kuliah sebenar kita boleh kita faham kenapa Ustaz Azhar Idrus menggelarkan ustaz anjing.

nampak tak? fitnah tidak berhenti2 akan dikeluarkan.. Semoga yang memfitnah memohon maaf kepada ustaz.. besarnya dugaan..sampai bila agaknya fitnah ini akan berlanjutan?

Posted by mykhalis On 11:15 AM 4 comments

Pengkid pergi solat jumaat- apa kata pengkid sendiri

Tengah2 nak cari idea menulis pasal pengkid ni, Khalis jumpa komen-komen dari ahli persatuan pengkid mengenai seorang pengkid dikatakan pergi sembahyang jumaat.

Khalispun tak tau nak cakap camne.. adakah pengkid ini adalah golongan berprinsip..maknanya,,

Pengkid-pengkid jugak, maruah kena dijaga/ Aku pengkid yang tahu agama/ Pengkid hidup mesti hormat masyarakat

Sebab bila baca dari komen-komen ni, macam marah bebeno diorang kalau ada pengkid wat hal..

Terima Kasih pada wanio halim sebab bagitau pasal page ni.. Kalau tak memang Khalis tak taupun ada sebuah persatuan pengkid dengan keahlian hampir 2000 orang ni..

Friday, January 6, 2012

Posted by mykhalis On 3:58 PM 2 comments

Korea Selatan : Internet paling laju di dunia

Mungkin ada di kalangan kita, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun sebenarnya bukan negara-negara di atas yang memiliki internet terlaju di dunia, sebaliknya Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

*PERTAMA DI DUNIA* Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps. Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.

Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839. Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.

*BCN TERBAIK DUNIA* Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

*NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR* Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.

Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta. Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik. Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang amat luar biasa kepada penduduk mereka?

*KE ARAH HARI ESOK* Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan. Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.

*INSENTIF* Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.

Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap. Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.

Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

*NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN* Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.

Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital. Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan. Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar

Posted by mykhalis On 3:49 PM 2 comments

Syarikat Kodak bakal bankrup?

Eastman Kodak Co sedang bersedia untuk memfailkan
perlindungan muflis pada minggu-minggu akan datang sekiranya
usaha-usaha untuk menjual  digital patents gagal.

Kodak memberi amaran dalam kenyataannya pada 
November ia akan kehabisan wang tunai kepada operasi dana 
kecuali jika menjual  Patents atau boleh meminjam lebih wang.
Saham Kodak telah ditutup di bawah $USD 1 selama 30 hari 
berturut-turut. The Wall Street Journal melaporkan syarikat itu 
bakal menyediakan pemfailan Bab 11. 

Patents yang mereka ada mempunyai nilai 3-bilion tetapi
syarikat itu tidak berjaya mencari pembeli. Kodak juga
menunggu keputusan mahkamah pada bulan September 2012,
di mana firma itu boleh menerima $USD1 bilion dari
Apple® dan RIM untuk kegunaan Patents mereka.
 

Posted by mykhalis On 3:46 PM 1 comments

Gagal curi keretapi untuk kekasih

PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.

Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis.

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api.

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu.

“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa.

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya.

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi

Posted by mykhalis On 3:44 PM 1 comments

Duit palsu menjadi hantaran

gambar google


BANDAR SERI BEGAWAN: Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat.

Katanya, majlis perkahwi nan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu.

Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa.

Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bingkai kayu tempat wang itu diletakkan, dan mendapati ia adalah wang palsu.

Juli segera memberitahu bekas suaminya yang hadir sebagai wali untuk anak perempuannya dan meminta menghentikan pernikahan itu. Bekas suaminya menolak kerana bimbang keputusan itu akan mengaibkan keluarga mereka.

Tetapi, Juli berkeras kerana wang hantaran adalah hak anaknya dan perkara itu menyalahi adat dan perjanjian kedua-dua keluarga.
Namun, upacara akad nikah diteruskan dan sebaik saja ia selesai, perkara itu diberitahu kepada suami anak perempuannya.

Suami anak perempuannya, yang dikenali sebagai Joe merasa terkilan dengan ibu bapanya yang menyediakan “wang palsu” untuk hantaran.
Setelah berbincang, keluarga Joe bersetuju untuk menggantikan wang palsu itu dengan wang pendahuluan B$1,000 (RM2,427) kepada pihak perempuan.
“Yang buat saya terkejut, kenapa beri wang palsu dan perkara itu tidak dibincang dulu,” kata Juli.

Kata Juli, setelah ditanya kepada menantunya, Joe memberitahu, ibu bapanya berbuat demikian “kerana mereka tidak mempunyai wang.” – Media Permata

Posted by mykhalis On 3:42 PM 2 comments

Menjadi popular dengan hobi matikan diri sendiri

 Jom Khalis kenalkan korang dengan mamat bernama Billy Lamb 48 tahun. Hobinya ialah menghasilakan gambarnya mati dalam pelbagai peristiwa dan keadaan. Walaupun ianya tidakla menarik minat Khalis, tetapi laman webnya dikunjungi hampir 40juta pelawat dan menerima pelbagai jemputan TV.

Ternyata pada zaman sekarang, buatlah benda pelik sikit mesti glemer punya





Banyak lagi gambarnya dan boleh dilihat dilaman web beliau..

Thursday, January 5, 2012

Posted by mykhalis On 6:17 PM 1 comments

Penjelasan dan jawapan dari insan yang mengenali Ustaz Azhar Idrus mengenai fitnah



  • heboh org duk cakap ttg blog yg duk kata ke ustaz Azhar Idrus, dan terlalu sangat melampau, gini lah biar saya jawab, kat blog tu dok leh jawab sbbnya kena subscribe.. sbb apa saya nok jawab, sbbnya saya org Ladang, rumah ustaz dekat je dgn rumah saya, saya dgn ustaz berkawan dari sejak kecil... jadi banyak yg dia kata saya boleh jawab

  •  dia kata dlm blognya "Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya"

    jadi kita dok perlu ambil pot sbbnya dia pun mengaku "Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya."
    doh bila sendiri dok pernah dengor, mana dia tahu ustaz menggunakan pendekatan maki hamun?

  • dia kata jugak "..Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa."

    jadi kita boleh tahu apa sikapnya pada ugama, buleh pula dia hendak ketawa dgn peserta maharaja lawak yg dia pun bukannye kenal tapi dlm masalah agama dia tak mahu dengar kerana dia tidak tahu siapa ustaz Azhar Idrus.. klu gitu, iman masjidi haram klu baca quran pun mungkin dia takmau dengar sbbnya bukan dia kenal pun...

  • dia kata lagi "Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu."

    satu kenyataan yg sangatlah dusta, tidak pernah ustaz Azhar menghilangkan diri, ustaz Azhar (maaf saya kurang pasti tempat lahir) masa kecil duduk di satu kem tentera(klu dok silap) kedah (sbb tu klu ustaz azhar klu cakap kedoh power) bersama neneknya kerana suami neneknya bertugas sebagai anggota keselamatan, setelah habis bertugas ustaz mengikut kluarganya kembali ke terengganu, kg Ladang Sekolah(kita panggil Ladang Blues masa tu), kemudian bersekolah di SMsultan Sulaiman, kemudian institut Berakan.
    Nampak sangat nok lebong penulis blog itu...

  • Sebabnya saya bersekolah di asrama, saya kurang pasti, tapi yg saya tahu ustaz berkerja dgn Utusan Malaysia diKL, sebelum ditukarkan ke utusan malaysia di terengganu (masa tu kilang utusan kat kg hiliran/bukit kecil (dok pasti masuk kg mana kawasan itu, dekat agen kereta nissan tu).. bila masa ustaz menghilan diri...

  • dia kata pulok "Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu"

    sangat lah menipu.. masa mula2 mendekatkan diri dgn kuliah2 ugama ustaz pernah jadi kepala usrah PAS (PAS masa tu dok kuat mana di ladang, wak ada UMNO dgn Pala Lembu), sebagai ahli ke tidak kita dok pasti, tapi kebanyakan org yg menyokong PAS kat Ladang masa tu bukanlah ahli secara rasmi (jenis org Ladang, gitu, tapi leni doh doh)

  • kemudian dia kata "Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya."

    bab cari makan dgn ceramah, wa tabik ustak... masa muda dan tengah mula2 mengaji dulu ustak meletak jawatan sebagai pekerja di Utusan, gaji ustaz masa tu kita malas cerita, sapa masa tu mampu beli jam Tag Heuer, model diver tu, kita kawan2 ustak mampu beli seiko diver je (try ah tanya ustaz ada dok lagi jam tu, dlm tahun lepas tengok lagi ustak pakai jam tu sekali sekala), sbb ustaz letak jawatan kerana nok tumpu pada menghadari kuliah2 kerana kerja utusan masa tu, dok tentu masa, kadang malam kadang siang, jadi banyok kuliah ustaz miss.. tahu apa kerja ustaz buat lepas letok jawatan? ustaz merak kain batik.. tanya diri kita sendiri, sanggup dok kita? dlm masa menerak kain batik tu ustaz sambil2 mengafal matan jurmiah (kitab nahu)

  • tah2 tukang tulis blog tu ngaji pun dok gi walaupun penuh masa terluang yg ada.. klu nok berhenti kerja sbb nok gi ngaji jauh sekali lah...

  • dia kata lagi "Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?"

    sbb tu kita kata dia lebong, tipu dan dusta...
    ustaz secara rasminya mmg tidak pernah mengaji pondok atau mana2 pusat2 pengajian agama, tapi guru2 ustak adalah daripada org yg sangat2 hebat ilmunya, salah seorg daripadanya ialah ustaz hakim (losong) atau org panggil juga muzmi atau mat amin (sbb dia anak arwah cikgu mat amin, losong), seeorang yg cukup tinggi hemmahnya dlm mengaji agama, beliau pernah duduk berbelas tahuh di pattani mengaji ilmu, dan siapa2 org malaysia yg mengaji di pattani sekitar tahun pertengahan 80an-90an kenal sangat dgn 'hakim', malah beliau menjadi kepala matalaah pada pelajar2 pondok tempat dia mengaji.. org melaka tentu kenal ustaz Abdul Rahman, org kuala terengganu panggil Ustaz Mang Melaka, dan ustaz hakim ini ialah abg ipar ustaz mang (isteri ustaz mang itu adik ustaz hakim)

  • itu satu, yg lain kita dok yah sebut...

  • dia kata lagi "Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas."

    kita org ladang dan berkawan rapat dgn ustaz kita lebih tahu.. klu dia kata ustaz pandai memetik bass gitar, silap ah, ustaz lead gitar bro, Umaro lead gitar iklim tu jam sama ah dgn ustaz, pernoh dok tengok umaro guna gitar gibson (berat 66 gitar tu) asalnya gitar ustaz.. set2 ladang masa tu, klu umaro dgn ustaz, kita pilih ustaz lagi bahagian main gitar... sori ustaz.. :)) dan ustaz mungkin boleh sikit2 main piono dan organ, tapi setahu kita dok lah sampai boleh kita masukkan dlm kisah hidup, kelas2 boleh tekan dan bunyi je..

  • dia kata juga ustaz merupakan seorg jurugambar dan penulis bebas sebelum ini (takdir ku, sebelum ini maksudnya sebelum jadi ustaz) satu lagi dusta, tapi tak pe ah tidaklah menjadi jatuh maruah seseorg klu kata gitu pun, tapi ini menunjukkan dia seorg yg tukang reka cerita.. sebabnya baru ceh ni je main kamera tapi ustaz ialah seorg yg sangat tinggi hemahnya dlm satu benda yg dia buat, tanya lah org2 lama2 main kamera di kuala terengganu, mereka semua tahu.. tapi dia kata ustaz pernah menjadi penulis bebas tipu juga, tapi klu tulis kitab rasa ada 2-3 kita jawi yg ustaz tulis... tapi dok publish lah, sbb kita rasa mungkin ustaz tulis untuk menajam ilmu yg ustaz beelajor doh...

  • biasa dia doh, mula2 dusta kecil2 kemudian dusta besor2 pulok... dia kata lagi "Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu"

    klu kita doh tengok dusta2 dia yg atas tu, adakah persoalan yg dia timbulkan ini boleh kita ambil pot? walaupun kita tidak berada pada tarikh dan masa yg disebut itu, klu dah atas nun tipu berabuk, dok kan wak ni dia dok tipu.

  • tapi dia kata "Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?" lastly aku jawab cisss!
  • sumber

Posted by mykhalis On 3:00 PM 1 comments

Perlawanan bola sepak untuk orang tidak berkaki

kagum arr.. pantas pun pantas diorang main

Posted by mykhalis On 2:47 PM 4 comments

Masalah orang arab

Posted by mykhalis On 1:08 PM 6 comments

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Khalis ada terbaca jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus. soalannya macam ni.. dan jawapannya begini.. Khalis ambil dari fanpage Koleksi printscreen Soal jawab UIA

kemudian, kalau anda baca entry sebelum ini mengenai fitnah terhadap ustaz.. Khalispun nak cari biodata ustaz secara lengkap..tak pasti samada tak jumpa atau tiada yang detail..tapi Khalis dapat sedikit yang macam ini.


  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
dan ustaz ada cerita mengenai dirinya dalam ceramah ini.. bolehla kita dengar sama-sama

ustaz cuba cerita secara jujur mengenai dirinya. dan ustaz sudah berkeluarga.. inilah keluarganya

kalau ikut ustaz, dia ada dua orang suri rumah tangga.. mungkin kalau ada lagi cerita mengenai ustaz bolehla sharekan dengan Khalis.. dan kalau sudi share2 la dengan kawan-kawan yang lain.. maklumlah..ustaz sekarang ni dah jadi tumpuan ramai..

Posted by mykhalis On 12:59 PM 6 comments

(UAI) Ustaz Azhar Idrus penzina, penipu, dan mulut cabul


Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.
Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?


Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.
Sabar dulu kekawan. Jangan nak marah aku melulu. Biar aku jelaskan bahawa ;

1. Ya, posting di atas neh adalah fitnah.

2. Ya, posting di atas neh antara beberapa petikan posting2 dari bloggers umno.

3. Ya, posting di atas neh bertujuan mencemarkan imej ustaz yang sangat dekat di ahti masyarakat muslim malaysia.

Tuduhan neh sangat berat. Ustaz tidak pernah gunakan ceramah maki hamun pun menasihati rakyat. Kalau pendekatan bergurau senda itu ada, pendekatan perli pun ada, pendekatan kiasan pun ada, tetapi bukan pendekatan maki hamun. 

Dan yang lebih jahat, mereka fitnah ustaz, seolah2 ustaz melakukan zina [maksiat]. Kejadian itu jelas sekali adalah rekaan semata2. Adakah dengan menyiarkan posting neh anda fikir rakyat akan respect umno? Saya cadangkan agar umno meneliti semula bloggers2 yang mengakui mereka pro umno neh. Bukan apa, daripada apa yang saya lihat sekarang neh, penulisan mereka sebenarnya menjatuhkan umno, bukan menaikkan umno walhal mereka kata mereka sokong perjuangan umno. 

Kalau begini lah cara umno berfikir, saya percaya anda akan hilang sokongan dari rakyat. Itupun disebabkan blogger2 anda sendiri. Heh. Sadis.

Posted by mykhalis On 11:49 AM 2 comments

Iklan baju kanak kanak ada tertangkap imej lelaki bogel

Ape punya jurugambar arr.. tak tengok dulu ke memang tak perasan gamaknya? Syarikat yang mengeluarkan fesyen pakaian kanak-kanak yang diberi nama La Redoute  memaparkan imej ini di dalam laman web syarikat mereka..


Tapi itulah yang terjadi apabila perkara ini disedari oleh mereka yang melayari laman web itu.

dah kotor otak suci kanak kanak..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...