Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Thursday, May 2, 2013

Posted by mykhalis On 11:59 PM 4 comments

Video sumpah laknat Saiful Bukhari : Palsu dan edit??

Memula korang tengok video ni.. Ingat.. nama blog ni blogs lucu dan menarik.. for me video ini sangat lucu.. dan menarik trafik..so apa salahnya kan?

Memula, kita ambik komen dari  ustaz zamri yang biasa mgendalikan urusan haji terhadap sumpah laknat saiful


dan pendapat amatur dari Khalis.. Khalis ada wat percubaan beberapa kali untuk menangkap video sendiri yang seperti sepol buat.. gilo..mana leh.. nak berpusing sambil membaca..

mungkin ada orang percaya... mungkin..sbb kat dunia ni kita semua tak sama.. kalau tak takkan ada orang sokong BN.. ada orang sokong PAS.. tol tak?

Tuesday, April 30, 2013

Posted by mykhalis On 8:00 PM 4 comments

"Petua melayan isteri" di facebook adalah karut??




Pernahkah anda membaca petua melayan isteri? seperti kat bawah ni?


PETUA MELAYAN ISTERI
Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


Ramai sahabat2 wanita saya berkongsi mengenai petua ini.. 8 perkara tu.. tak salah 8 perkara... tapi tahukah anda.. bila saya baca yang pertama je saya dah rasa karut.. sebab apa.. sebab petua ini kebanyakannya di share oleh isteri2 untuk para suami mereka.. konon2 nak perli arr kalau suami tak buat camni..

Baiklah.. jom tengok kat mana fail petua pertama

"1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…."

tahutak? kalau suami dah start mencium tu.. lagi2 tengah malam..sblm tido.. dalam kain pelikat.. jangan harapla nak cium dahi je.. JANGAN HARAP.. kompom dari dahi nak ke mulut dan tut tut tut..

tapi bagi wanita.. ada 7 lagi perkara suami dia kena buat.. baru cukup syarat "petua melayan ister" jadi dia tolak la suami..sebab suami tak cakap i love u lagi.. tak usap rambut lagi.. tak nyanyi lagi (serius? lepas cium nak suruh suami nyanyi?hahaha.. korang nak laki korang nyanyi lagu ape? selamat malam dari Faizal Tahir ke?? meh layan memalam ni..



takde dah.. hasilnya..suami yang tengah naik seh kompom keciwa..potong stim kata orang... maka.. si suami berpusing memeluk bantal peluk memendam rasa..

Ingatlah wahai isteri.. kalau nak suami layan anda.. jangan mulakan dengan ciuman.. memang tak manjadi la nak ke step ke 8.. malah yang ke dua belum pasti.. wahahaha

 Siapa yang pernah suami dia nyanyi untuk dia?? malam pertama ke dua ketiga keempat jela..

Siapa yang pernah nyanyi untuk isteri dia?? ada.. lagu ni..



so kepada isteri.. sebenarnya petua sebenar  yang patut korang share dengan suami apabila nak mendapatkan layanan ialah cuba korang main dagu tok laki korang sebelum masuk bilik tidur.. nescaya korang jumpa anak kucing mengiang kat bilik tidur.. bukan suruh nyanyi.. suruh lompat bintangpun sanggupp..sebab kucing dah tau.. ikan dah ada...hehe..

Posted by mykhalis On 12:04 PM 4 comments

Zain Saidin: Master Chef yang membuatkan saya jadi JAHAT!!




BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

Posted by mykhalis On 11:52 AM 7 comments

Jutawan ditahan kerana membenarkan anak 9 tahun bawa Ferrari


Salam 1 Malaysia.. camne korang nak jawab Khalis tak tau..

K.. Khalis cuba untuk kembali ke arena blogging.. sekarang kehidupan dah semakin stabil.. agak ada masa untuk berblogging..

Paling penting.. restu dari isteri penting dek non oii.. kalau wat apa2 bini tak restu... jgn harap ko boleh menulis dengan happy dan bahagia.. rasa macam aura kegelapan je kat belakang.. nak tulis lawak pun tak jadi..

So tq pada wife kerana kembali memberi sokongan pada Khalis kembali menjadi blogger..Tak lupa juga kepada Sayf Muslim kerana bila ayah nak menulis awak pun naik sama menekan keyboard.. dari 10 minit satu entry nak tulis blh jadi setengah jam.. sabo je la..

Mengenai kasih sayang bapa pada anak..setiap orang nak anak dia tidak melalui apa yang dia rasa.. malahan..dia mahukan anak dia merasa apa yang dia ingin rasa sebenarnya masa kanak2.. Yup.. itulah perasaan Khalis bila nampak mainan di pasaraya.. Khalis akan cakap kat wife

"jom beli untuk Muslim.. mesti dia nak main ni"
"Muslim mesti suka dapat mainan ni"

Tapi bila dah banyak sangat mainan yang Khalis beli(ataupun pau dari nenek dan pakcik makcik dia) sebenarnya Khalis perasan yang Khalis belikan mainan yang sebenarnya Khalis nak masa kanak2 dulu..

Bukan cakap takde mainan.. tapi.. yerla.. dulu2 mana merasa nak naik kereta atau motor letrik.. ye tak? kalau ada fun fair barula dapat rasa.. tapi baru2 ni.. Khalis tengok kat mudah.my murah je kereta n motor letrik..

So, Khalis pun msg la fesbuk mak Khalis, adik2 Khalis. Khalis cakap, mesti Muslim sayang siapa yang beli kereta mainan ni untuk Muslim.. Hasilnya.. strategi berjaya.. Adik Khalis yang kat UPSI belanja motor letrik.. siapa yang paling gembira..cuba teka..sape.. Bapak Muslim la..sebab ada orang belanja motor letrik..hehe.. Muslimpun gembira jugak..

Itulah seorang bapa ye tak? Begitu jugak menjadi seorang ibu,, hanya yg dah jadi ibu dan ayah sahaja yang faham perasaan sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak kita mendapat yang terbaik..betol tak? Kalau yang bujang tak faham, korang cuma perlu bayangkan pengorbanan korang masa mengorat pasangan korang.. Kerana ada date hujung minggu ni.. korang sanggup berlapar demi memastikan budget makan kfc, tengok wayang, main bowling cukup..tapi perasaan akan semakin pudar kalau korang dah dapat ngorat.. tapi perasaan sebagai ibu bapa? semakin mengembang dan berkembang..Time ni tetiba sayu plak terkenangkan jasa mak n abah.. Makku Foziah bte Yusop.. dan abahku Khairu Anuar Othman.. terima kasih sebab membesarkan along cukup segala2nya.. sayu pulak tiba2 time camni..huuu..

Perghh.. punyalah banyak menulis.. sampai tak perasan dah panjang gila.. kkorang baca tak?ok la tu angguk,,, so.. untuk tidak menghampakan korang untuk tidak lari dari topik 100% inilah artikel berkaitan dengan tajuk di atas

Seorang jutawan bernama Mohammad Nizam didenda sebanyak  £127,000 kerana membenarkan anak lelakinya yang berusia 9 tahun memandu kereta Ferrari sempena hari jadi anaknya..




Khalis rasa, kalau Khalis punya pendapatan tahunan juta2.. Khalispun mungkin bagi anak bawak Ferarri..tak taula korang camne..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...