Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Wednesday, April 17, 2013

Posted by mykhalis On 3:21 PM 4 comments



Gambar Nad Zainal pakai Kostum Catwoman | Mungkin masih ramai yang tidak kenal Nad Zainal. Nad Zainal merupakan pelakon wanita berusia 22 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama “Bukan Bidadari”.
Nad Zainal dikatakan telah upload beberapa gambarnya memakai kostum Catwoman ke laman facebooknya. Comel sebenarnya Nad Zainal ni. :D .
Nad zainal kostum catwoman

Posted by mykhalis On 1:56 PM 4 comments

Pengundi Kali Pertama ? Tips Terbaik Untuk Anda


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin nak berkongsi tips bagi pengundi yang akan mengundi kali pertama.Admin pun adalah pengundi kali pertama jugalah.Sebelum ini admin pernah bertugas dengan SPR bagi pilihan raya yang lalu dan pernah merasa menjadi Ketua Pusat Mengundi dan juga Kerani Tempat Mengundi dan proses pengundian admin ketika itu melalui undian pos. Namun untuk kali ini,admin ingin merasa suasana mengundi sebenar.

Jadi,di sini admin menyeru sesiapa saja yang layak mengundi,ambillah peluang balik ini mengundi.Bagi yang mengundi di kampung halaman sendiri yakni jauh dari tempat kerja.Ambillah cuti tambahan memandangkan tarikh mengundi jatuh hari Ahad pada 5 Mei 2013.Admin tidak pasti kenapa SPR tetapkan hari Ahad sedangkan hari Sabtu lebih baik.Apa apa pun tindakan SPR itu,janganlah ianya jadi penghalang bagi anda menggunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia untuk memilih parti bagi membentuk kerajaan Persekutuan.Ingatlah undi adalah satu tanggungjawab.

Jadi bagi anda yang kali pertama hendak membuang undi, ada beberapa yang anda perlu tahu.


1. Buat Semak di laman web SPR.
Mudah sangat nak semak daftar pemilih. Pergi terus ke daftarj.spr.gov.my dan masukkan No. KP. Kenal pasti lokasi  DUN dan Parlimen anda. Harus diingatkan kedua-dua lain orang. DUN untuk tentukan Kerajaan Negeri. Parlimen untuk tentukan Kerjaan Persekutuan.Pastikan tempat mengundi. Tempat mengundi dan kawasan mengundi adalah 2 perkara berbeza.Di dalam semakan SPR yang terbaru sudah diterangkan tempat mengundi anda.

2. Datanglah awal pada hari mengundi.
Kalau datang lambat kena beratur tengah panas. Boleh jadi 2-3 jam. Kalau datang pagi, tak payah tunggu pakai payung. Tetapi dinasihatkan bawak kipas elektronik atau tangan, air dan penutup telinga. Kadang-kadang penyokong parti bersorak bagai gila di luar dewan.


3. Buang undi dengan bijak.
Undilah mengikut kesesuaian calon. Jika anda tidak pasti siapa nak undi, jangan menyusahkan orang dengan merosakkan undi (pangkah 2 calon, tidak pangkah etc). Tak payah datang terus lagi baik.


Ingatlah, undi adalah rahsia.


BAGI YANG ANDA YANG MASIH RAGU-RAGU ATAU BERBELAH BAGI UNTUK BALIK MENGUNDI.BACA DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN MASAK-MASAK.
PS: Sila "share" jika maklumat ini membantu anda.Terima kasih

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...