Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, April 23, 2011

Posted by mykhalis On 11:52 PM 48 comments

Seandainya Khalis jadi surirumah

OK ok..Hari ni banyak bebel..Jangan marah arrr.. Khalis nak kongsi ke kreatifan seorang lelaki. Yerla.. Korang selalu kata lelaki suka ambil mudah..Betul tak?

Kalau mak Khalis kata,orang ambil mudah ni orang pemalas.. Yeke?

Jom tengok kemungkinan kalau Khalis jadi surirumah..Khalis tak cakap KHalis buat..tapi cam berkesan je..hehe

almari lama tak muat tv baru?kita potong aje..

Bukan lelaki selalu wat camni ke?hehe

Heater rosak..panaskan guna streaka..ape susah

Anak malas nak menyusu?Lelaki.kreatif

Mujur dapat anak lelaki..hehe..sian Sayf kot..
Hehehhe..So,kalau isteri Khalis baca ni,mesti dua suruh Khalis kerja je,Biau dia duduk kat rumah..Ahaks

Posted by mykhalis On 8:52 PM 45 comments

Isu couple untuk cop dan kahwin grand menyusahkan.. jawapan..

Cuba anda tengok screenshot di bawah, Khalis ambil dari bahagian komen dalam entry Khalis ini.
Khalis harap Zaki tak marah tau..sebab Khalis tau ada jugak yg terfikir camnie.. Dan sebagai orang dah selamat berkahwin, Khalis nak kongsikanlah jawapan. Ini bukan jawapan rahsia kekalkan rumah tangga..itu kena tanya lagi otai.. Khalispun masih belajar ilmu rumahtangga nie..Tapi kalau bab kapel,ngorat, boleh aje kongsi..

Ada kapel elok..kalau adala cam Zaki cakap Alhamdulillah.. yerla..khalis faham..Khalis sendiri ada jugak masa dulu kapel stock kahwin.Maknanya Khalis akan jaga dan didik dia,Bila tiba masanya.Kami dah kerja,kami kahwin je..

Adakah semudah itu?Bila nama kapel..Akan ada rasa sayang, rindu dan cinta,, kalau bab sayang dan cinta ok.. Yang payah bab kapel ni bab rindu.. AllahuAkbar.. Sungguh!! Kalau datang rindu kat buah hati ni,, memang tersenyum sorang diri. Baca msg yang sama berulang kali. Pejam mata nampak dia senyum. Bau clorox kalau sama jenis dia pakaipun humang aiiiiihhh..wangi sungguh dapat bau clorox nie..

Ada tak kapel tak rindu? Bila rindu wat ape agak2nye lah.. Kalau zaman tok kadok surat.. zaman khalis koling koling,, zaman sekarang? tak 3g..video conference.. Apa berlaku?melibatkan suara mendayu dayu..

Bila dah mendayu apa rasa? Rasa stim betul tak? Bila dah rasa stim apa berlaku? Mulalah tanya yang merepek-repek.. Dah mandi belum, pakai sabun ape..rambut panjang ke pendek, pakai ape tue..

Ok..katakan situasi kat atas tidak berlaku..atau ianya berlaku..ianya akan membawa kepada situasi seterusnya..Iaitu ajak berjumpa..

Bila dah tak tahan..ajak jumpaaa...ishh pikir ape haaa??? Bila jumpa tue ok la.. ikutlah cam Zaki cakap.. suruh dia labuhkan tudung, ajak dia sembahyang bila masuk waktunya,tak pegang tangan.. Nice.. Tapi agaknya apa yang orang nampak perempuan camni? Khalis nampak camni..

Khalis jalan dengan wife-wife dan anak-anak.. pergi KLCC..tempat terbuka nie.. Kamipun pergi makan KFC.. Chicken Chop spicy.. Lepas tu khalis ternampak seorang lelaki dan perempuan bertudung labuh sedangmakan KFC.. laki tue buat lawak dan perempuan tue gelak-gelak cover..
"OOO..budak-budak kapel..tudung labuh tue,,keluar berdua-duaan" Pasangan tue ada wat salah tak? takdepun.. Mereka just berbual di tempat awam, dan untuk memeriahkan suasana.. Mereka berguraulah senda.. Bukan salah.

Memang tak salah.. Dari 100 orang yang tengok situasi anda.. ada 2/3 orang sahaja fikir sama cam Khalis.. Apa kesannya? Mereka ini ada risiko bawa mulut dan cerita pulak kat orang lain apa yang dia nampak.

Tapi kesian kat siapa? Orang tak tuduh lelaki.. Orang akan tuduh perempuan..

a)   Tak padan dengan tudung labuh, pergi tengok wayang berduaan..
b)   Tak padan dengan tudung labuh,pergi berjalan berdua-duaan.

yang jatuh mertabat di sini wanita yang sempurna di mata di hati anda.. Anda selamat,kerana anda lelaki..Manusia tidak suka fitnah lelaki..Mereka suka fitnah wanita bertudung..Terutama wanita tudung labuh..Yang seksi meksi ni manusia tidak peduli..

Kalau anda seorang lelaki.. Anda patut pertahankan maruah dia dengan elakkan dia dapat fitnah dunia.. Itu tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang mencintai seorang wanita kerana Allah...

Khalis dah gagal kat situ.. Khalis gagal melindungi maruah mereka yang pernah percayakan Khalis dengan bawa mereka pada risiko fitnah dunia. Khalis dedahkan mereka pada umpatan cerca nista..

So, Zaki..Harap jawapan Khalis hanya boleh berkongsi pengalaman. Kita nak cop sebenarnya ada cara. Kalau dah berkenan sangat ada caranya nak cop. Nantila pulak Khalis kongsikan..
Untuk soalan kedua... tunggu sambungan kalau ada yang lain sudi nak baca..

Amboii..Khalis dah jadi pakar cinta la pulak..ada soalan?boleh kemukakan di alongmesra@gmail.com  
Kalau tak mau identiti didedahkan,sila bagi nama samaran.

Posted by mykhalis On 4:18 PM 21 comments

Iklan yang kreatif berjaya tarik minat


Iklan umpama mencuci minda kita supaya percaya pada produk mereka. Macam iklan yang dipamerkan atas bas, yerla.. hari-hari kalau kita nampak iklan macam ini, automatik otak kita akan percaya. Tapi kalau salah letak iklan juga akan mengundang bahaya..macam di sini.. Yerla.. kalau iklan dah best.. tapi strategi perletakannya tak betul.. tak akan menarik perhatian orang.. Tak macam iklan ini, kalau kita tengokpun kita berminat nak guna.

Iklan sekarang dan dahulu lain, cuba tengok iklan pakaian dalam dulu-dulu, berbeza sungguh dengan iklan Nike nie.. antara segan dan penuh keberanian.

Kalau iklan berjuta-juta kerajaan buat namanya kempen.. Mungkin kempen di negara kita takde kesanpun.. Cuba mintak kerajaan bentangkan hasil juta-juta dikeluarkan untuk kempen tidak merokok..kemalangan jalan raya.. ada penurunan tak??Tapi cuba tengok iklan Jalan raya yang ini.. serius..mesti terkesan jugak dalam diri.. Betul tak?

Pergh..penatnya masukkan links nie,,wahahaha.. banyak jugak rupanya post khalis pasal iklan nie.. Jom layan lain2 lain iklan yang best dan kreatif












kalau tak terangkan pun dah faham kan?hehe

Posted by mykhalis On 1:59 PM 40 comments

Hari cuti.. Masa mengajak barua menemani anda berdating..Takut Dosa la tue

Gila baban tajuk punye panjang. Khalis sebenar ada sebut pasal orang ketiga yang jadi peneman nie.. Semalam dalam entry Khalis  Andai lelaki tidak berminat dengan seks. Tapi la kan? Kenapa Khalis suka cari pasal dengan orang yang sedang hangat dilamun cinta nie ek? Taula dah kahwin.. tapi biarkan jerla mereka yang bercinta nie merasa dulu nikmat cinta.. Jangan kerana Khalis dah selamat..Khalis dengki kat orang lain.
inikah alim-alim kucing?

OK,, Khalis tak alimpun, sikitpun tak alim. Kalau ada kawan-kawan Khalis baca, masa di U dulu, kalau Khalis keluar berjalan di kotaraya KL.. mereka mesti syak Khalis berdating je kerjanya.. Takde kerja lain.. Kemonnn la..kemonnn.. ( Khalis sokong Jambu k untuk maharaja lawak) Khalis pergi MPH..baca majalah n novel free kat sanala.. Mana suka dating-dating nie..heh
wooww..twinkle khanna tau namanya

Khalis nak kongsikanla satu cerita, masa mula-mula Khalis mengorat budak dalam kelas Khalis kat UTM dulu.. Dia orang K. Trengganu. Kalau Khalis tengok cerita Baadshah,mesti Khalis teringat.. wahahha..


Nak jadikan cerita, Khalis nak ajak la gi dating nie.. Biasala.. Kalau namanya budak UTM..mesti pergi petrosains..Sebab rasa nak jadi bijak..Wahahaha..

OK.. dia setuju.. Lepas tue dia kata nak bawak kawan-kawan.. Khalis kata ok jela..Maklumla..Mungkin dia segan nak keluar berdua je. So hujung minggu dinantikan tiba. Sebagai budak2 hingusan yang takde kenderaan. Kami akan naik bas.. lrt sahaja.. Khalis janji nak tunggu dia di bus stop depan kolej kediaman kami.
Power Rangers ni ada 6 orang..

Tunggu punya tunggu.. Diapun sampai.. memang dia bawak kawan..seramai 5 orang tue..Amboiii.. terbeliak mata Khalis..Tapi kerana nak tahan hensem, takut rambut yg di gel kemas jadi serabut. Khalis senyum je.. Bukan sorang, bukan berdua,, bukan berempat  tapi berlima tak termasuk dia yang Khalis nak ngorat nie.. 6 orang tak termasuk Khalis maknanya 7 orang..

Lepas tue dia tegur.." Khalis belanjakan semua orang?"

Khalis kompom cakap.." sori arr..baikk sikit..sorang bolehla.. ini sampai 5 orang!!!"Khalis cakap dengan yakin dalam hati.

Tapi mulut Khalis memang terlatih untuk berkata menyedapkan hati orang bukan hati sendiri berkata  "Boleh aje.. kita tunggu bas kita pergi KLCC k?"

Nampak tak betapa badigol mulut Khalis.. Malas arr cerita panjang,, tapi masa dekat-dekat clash dulu, Khalis terungkit jugak pasal kawan Power Rangers yang menemani kami masa 1st date.. Serius serik dah,,, Tapi hati tengah nak mengorat..semua setujukan ajeee....

Jadi awek2 kat luar sana.. kalau ada orang ajak keluar.. Bawak je 5 6 orang sekali.. jangan biarkan kisah ini terjadi pada Khalis seorang je.. k?

Selamat berdating.. Miss Shikio dalam blogsnya pernah menulis.. Kalau rasa takut dosa nak pergi dating bawak kawan.. jangan pergi terus!! dah tentu-tentu tak dapat dosa..

Tips Khalis pada wanita.. Kali pertama anda dating , anda akan bawak kawan, kali kedua anda tak bawak.. kenapa? Kerana lelaki akan berkata..

" kesian kawan awak sorang-sorang je temankan kita berjalan.. takyah la bawak kawan lepas ni.. lagipun kita bukan nak pergi mana..nak tengok wayang je.. I tak kesah kalau dia nak ikut.. tapi yerla.. kesiaaannn dia tengok je kita berborak nanti"

Dan anda akan terpikir.. yer jugak... Maka bermulalah anda berdating berdua-dua-an.. dan seterusnya ke babak pegang tangan.. kan????

Selamat Berhujung minggu....

Posted by mykhalis On 11:59 AM 27 comments

Jom tengok logo teksi di Tokyo

Khalis tak pernah ke Jepun pun. Masa tahun 2 di UTM, dapatla peluang untuk pergi ke Jepun dalam program anak angkat selamat 2 minggu kat sana. Tapi sebab Khalis putus cinta masa sem tue, hilang fokus pada pelajaran dan pointer jatuh, tambah lagi perangai jadi gila hantu mengorat ke hulu ke mari nama Khalis di dropkan.. Tau tak? sedih sangat sebab masa tu Khalis seorang je pelajar tahun 2 yang terpilih. Yang lain semua senior final year.. Cinta cinta cinta..
Setiap malam dengar lagu KRU ( sayang ) sambil layan feeling.. Study semua hancus.. kelas tak pergi.. ish ish ishh

Itu baru kisah nak ke Jepun.. Tapi Khalis nak tanyala kot-kot ada orang pernah pergi Jepun terutamanya Tokyo..betul ke lambang teksi kat sana tak tetap?Maknanya setiap pemandu bebas nak guna logo masing-masing.. Khalis jumpa tadi koleksi logo teksi di Jepun. Bagus jugak sebenarnya,, ada identiti.. Nanti boleh tau lambang teksi mana yang cekik darah..hehehe..Kalau ada sape sape tau bagitaula ek? Khalis kongsikan lambang logo teksi yang pelbagai di Jepun


















kan?macam-macam adaaa.. hhe..

Posted by mykhalis On 10:48 AM 39 comments

Gile benci dengan lawak Jambu Maharaja Lawak

Khalis memang benci ngan diorang.. Korang tengoklah sendiri. Kalau tak kerana iman yg sedikit ni ada menahan diri Khalis dari undi diorang. Memang rasanya dapat diorang 10 undi dari Khalis. Janganla buat camni setiap minggu.. Seksa oooo nak gelak sampai keluar air mata..

Kenapa ada orang marah Khalis cakap lambang Maharaja Lawak lambang kebanggaan Yahudi ek?

Sempoi arrr

Posted by mykhalis On 2:45 AM 20 comments

Tahukah anda??

Kali ni tak main-main..Betul-betul punye derrr













Selalu sangat mengenakan orang,, hari nak jadi baik ahh..hhe

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...