Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, June 9, 2012

Posted by mykhalis On 10:07 PM 1 comments

Mee Segera? Mane satu pilihan Anda?



                                   Antara Pilihan Mee Segera Yang Berada Pada Pasaran Malaysia


   Bile bercakap sal makanan segere nie..lebey2 ag mee segere..kompem2 pilihan aku adalah megi..
mane taknye..dari kecik dah kenal mende alah nie...senang dimasak lak tu..takyah mak tolong pown da boley masak sendri..puas pown puas..walau kadang2 ade kenyang ade yang tak..

   Sekarang nie da macam2 pilihan mee segere yang ade dalam pasaran Malaysia..n yet still popular mee megi..berdasarkan pengalaman sendiri..asal da sengkek je..megi jugak la yang menjadi sasaran..so kalau pegi kedai je banyak yang luak megi je..aku tengok mee segere yang banyak luak..yang len bertimbun-timbun ag..weyyhhh..takde org yang suke ke mee2 segere yang len nie..dan..kalau pegi kedai makan pon.. mee maggi jugak yang disediakan..belom pernah lagi aku nampak mamee slurrpp ke..mee cintan ke..mee sedap ke..i wonder why? takut tak sedap erk..sebab tekak dari kecik makan megi je kan..

                                                                       Pilihan hatiku~~

 Tapi kalau bab2 nak wat mee segere goreng...tadaa..of coz la mee sedap segere aku nie...perghh..sedap beb..perut kalau tengah kenyang pown lau budak2 umah masak mee sedap nie..kompem ley wat lapar balik..sedap yang x terkate..last2 beli satu kotak je trus..ade 8 bungkus sume skali..dalam 8 tu ade 5..so 8x5=40..tapi..2 mggu je da abiz..haha




  Jadi malam ni aku saje je nak bercakap sal mee segere nie...setiap orang ade selere masing2...mungkin tak same dengan aku nie..cume nak menyampaikan pendapat sendiri je..tapi kan..iklan sahizi sam tu (aku x tau eje name dye..malaz nak google) membuatkan aku berselere je cam nak try lak produk tu..ok la..selamat malam..taa~~

Posted by mykhalis On 5:21 PM 2 comments

Diceroboh Tanpa Belas Kasihan!!

                                                        Yeeeaaaaaaa---Haaaaaaaaa!!!!

Perhatian...blog ni telah diambil alih sepenuhnye oleh aku..CyberPop ( 5 minit aku pikir name nie )..hahaha...puas ati aku..x sia2 aku blaja hack2 nie selame 2 mggu setengah..sori r followers2 blog nie..mulai skang...aku jahanamkan blog nie dengan segale kuase kude yang aku ade...HAHAHAHAHA ( org jahat mmg gelak camnie Ok )

Ok x Jadi lawak aku kali nie..dye skali je jadi bile m@m@ yang wat..Bile aku wat nampak cam budak tak pandai plak..ok la..salam perkenalan sekalian..malu r nak cakap..aku adik kepada bro Khalis nie..sori la..malaz nak wat ACC sendiri so rembat je la dye punye..wahahaha..aku mmg hacker rupenye..boley panggil aku Jijul @ Gjul..mane2 je la..( tu pon kalau korg nak pggil aku la kan ).

Aku sebenarnye x bape nak pandai sangat berblog2 nie..hasilnye penulisan aku kompem2 tak same ngan my bro..aku bace je pandai walaupown time umo 9 tahun baru fasih membace..jadi..aku akan sedaye upaya untuk mengupdate blog beliau memandangkan beliau amat sibuk di tapak pembinaan.. ( did i mention x yang dye skang da macam org afrika...hahaha )

Jadi..jika ade salah silap ketika berblog..harap ditegur kesilapan ini ok..
"buah cempedak di luar pagar,
  amik galah tolong jolokkan,
  saya budak baru belajar,
  kalau salah tolong tunjukkan,"

yeahhhhhhh !!






Posted by mykhalis On 4:56 PM 0 comments

Fuhhh...Penyamun Pun Nak Rogol Nenek

                                                            Sekadar Gambar Hiasan

BENTONG: Seorang nenek berusia 73 tahun nyaris dirogol dalam satu kejadian samun oleh seorang lelaki bersenjatakan senapang patah di rumahnya di Kampung Ulu Perting di sini malam tadi.  

Mangsa turut pengsan selepas lehernya dijerut dengan tali oleh penyamun itu, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohamad Mansor Mohd Nor. 

"Polis percaya penyamun itu adalah suspek yang sama terbabit dalam kes seorang mangsa samun mati akibat ditembak dengan senapang patah dalam kejadian 29 Mei lalu di Kampung Kemansor di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 11 malam tadi itu, nenek terbabit sedang menonton televisyen sendirian di ruang tamu manakala suaminya yang berumur 73 tahun tidur di dalam bilik. 

"Suspek yang memakai baju celoreng mengacukan senapang patah ke muka wanita itu, suspek dipercayai cuba merogol mangsa....mangsa merayu supaya tidak dirogol sebelum suspek bertindak menjerut leher mangsa. 

"Selepas mendapati mangsa pengsan, suspek bertindak menyimbah sebaldi air ke muka mangsa dan kemudiannya menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga sebelum melarikan diri," katanya sambil menambah jumlah kerugian yang dialami pasangan warga emas itu sedang disiasat. 

Wanita itu kemudian mengejutkan suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bentong. Mohamad Mansor berkata, polis kini mempertingkatkan gerakan memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Balai Polis Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Dalam kejadian 9.30 malam, 29 Mei lalu, Wong Kum Chuan, 63, maut ditembak seorang lelaki ketika bergelut untuk menyelamatkan dirinya dalam kejadian samun di Kampung Kemansor. 

Wong meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan di Hospital Bentong. - BERNAMA
 P/S : Nasib baik dia tak bunuh makcik tu. Ish, tak bermoral langsung!

Thursday, June 7, 2012

Posted by NzmXI On 12:17 PM 0 comments

Abang tau tak?

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/04/aac3_bukan_cakap_besar.gif 

p/s: skadar gurauan...xde kena mengena dgn mereka yg dh kenduri or bru nk kenduri...hehehe

Posted by NzmXI On 12:13 PM 0 comments

Pesan Cikgu

 Memandangkan musim peksa lambat lg, so saje je nk share pesanan dr cikgu...hehe

http://keluarga82.files.wordpress.com/2011/03/130508.jpg 

p/s: jgn marah aa...

Posted by NzmXI On 12:05 PM 0 comments

Aku budak Jahat...ye ke?

 
p/s: btol jugak cakap kartunis ubi ni...

Posted by mykhalis On 12:01 PM 0 comments

Kayu Hokiku di Mukamu

                                                                   Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Akibat perselisihan faham, seorang wanita berusia 40-an lebam pada beberapa bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu hoki oleh suaminya yang gagal mengawal kemarahannya di Jalan Alor Mengkudu, di sini, Isnin lalu.


Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila suami wanita itu yang berusia 40-an membenarkan isteri dan dua anaknya masuk semula ke dalam rumah selepas mengunci mereka di luar selepas berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit.


Difahamkan, selepas dibenarkan masuk, pertengkaran antara mangsa dan suaminya semakin teruk sebelum lelaki itu dikatakan hilang sabar lalu berlari ke belakang rumah mereka dan mengambil kayu hoki yang disimpan di dalam stor.


Sumber berkata, sejurus itu, lelaki berkenaan datang menghampiri isterinya dengan memegang kayu hoki di tangan dan pada mulanya bertindak mengacah untuk memukul sebelum mengheret mangsa ke dalam bilik tidur mereka.


“Lelaki itu lebih ganas apabila mengheret isterinya ke dalam bilik sebelum memukul wanita itu bertubi-tubi menggunakan kayu hoki yang diambil di dalam stor sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan menanggung kesakitan dengan tindakan suaminya, wanita berkenaan menjerit sekuat hati dan menghalau lelaki itu yang kemudian bergegas keluar untuk melarikan diri.

Difahamkan, wanita berkenaan mengalami lebam di bahagian peha dan belakang termasuk bengkak di muka akibat pergaduhan dengan suaminya.


Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, kelmarin berikutan bimbang dengan keselamatan dirinya serta takut suaminya akan bertindak dengan lebih ganas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata berdasarkan maklumat, pihak polis sudah menahan lelaki itu di sekitar bandar raya, pagi semalam.


“Kami akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu,” katanya. – HMetroOnline

Posted by mykhalis On 11:49 AM 1 comments

Ingin cantik seperti Rozita Che Wan??

Tidak lupa untuk membersihkan wajah selepas seharian bahagian itu disaluti bahan solekan, mengamalkan petua lama, tidak boleh hidup tanpa nasi, selalu membuat senaman tekan tubi, bermain badminton dan futsal adalah perkara yang perlu diketahui mengenai pelakon cantik, Rozita Che Wan.

Ramai yang menyangka dia bukan wanita aktif namun kenyataannya memang berbeza. Waktu lapangnya selain digunakan untuk berehat, turut diisi dengan aktiviti sukan.

Daripada segi pemakanan, dia tidak boleh meninggalkan nasi walaupun sehari kerana itulah sumber tenaganya. Bahkan jika hanya mendapat nasi putih dengan kicap dan berlaukkan telur goreng, ia sudah memadai. 

“Saya tiada pantang dalam pengambilan makanan. Nasi, ulam-ulaman dan ikan antara menu harian malah ia menjadi kegemaran. Saya ambil nasi dua kali sehari, pastikan makan sampai kenyang tetapi jarang menambah nasi. 

“Namun, selepas itu saya mesti bersenam dan sekurang-kurangnya lakukan tekan tubi sebanyak 50 kali. Wajah pula dibersihkan menggunakan air sejuk dan disusuli dengan produk kecantikan yang lain,” katanya pada sesi Bingkisan Emas Rozita bersama Safi Rania Gold di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

Posted by NzmXI On 10:04 AM 0 comments

nak kahwin tapi...


http://4.bp.blogspot.com/_rRKfWO7Vnsw/SMnk6qnKmdI/AAAAAAAAAT8/inZTvj8f3zE/s400/hantaran.jpg

pernah x korang alami situasi ini?

Posted by NzmXI On 9:46 AM 2 comments

selamat pagi wahai sahabat semua!!!

http://dbgreetings.com/wp-content/uploads/2012/03/good-morning-with-smile.gif

Mulakan hari ni dengan Bismillah & Alhamdulillah. Kita diberikan sehari lagi utk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Utk memperbaiki diri dan menambah lagi amalan kita utk bekalan akan datang. Mana la tau, kalu hari ni sekadar hari terakhir kita di dunia ini. InsyaAllah, doakan yg terbaik utk dri kita & org sekeliling kita. Semoga segalanya dipermudahkan urusan untuk anda semua. yg baik itu dtgnya dari Allah, & yg kurang itu dr kelemahan sy sendiri. sekian

p/s: xtau nk update pe..hope tazkirah pg ni boley dikongsi bersama. renung-renungkn dan slamat beramal (tagline pn pinjam)...hehehe

Posted by NzmXI On 9:31 AM 0 comments

6 tips kempiskan perut




Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan.

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.

Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

p/s: tips ini ditujukn khas utk khalis...hahaha...(abesla aku pasni kena band)

Posted by NzmXI On 9:28 AM 0 comments

nape x update ea?


http://4.bp.blogspot.com/_M3j6gGiEtEk/TLCfvB5NmAI/AAAAAAAAApA/AMemR9dnIRo/s1600/151+No+idea.jpg

p/s: hehe..no reason for no update actually...tp boley pakai la alasan kt atas tu...(sori khalis...)

Posted by NzmXI On 9:24 AM 0 comments

Cara pemakaian hijab yang betul

 

Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.


Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.


Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:


Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut

Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepat

Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaian

Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggul

Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher

Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala

Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam

Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

sumber: yahoo.com

Tuesday, June 5, 2012

Posted by NzmXI On 12:20 PM 2 comments

Cara Membantu Harian Metro Memilih Muka Depan

Posted by NzmXI On 12:01 PM 2 comments

Solat Berlakon




sumber: comicstriper

p/s: hehehehe...terkenang msa kecik2...

Posted by NzmXI On 11:57 AM 1 comments

Ramalan Facebook

Posted by NzmXI On 11:20 AM 0 comments

Transit Planet Zuhrah (Venus) 6 Jun 2012

Satu lagi keajaiban alam semesta akan berlaku pada 6 Jun 2012 nanti, iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.

Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.

Transit Zuhrah 2012
Transit Zuhrah 2012

Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Transit Zuhrah - Venus
Gambar Tansit Zuhrah yang diambil pada 8 Jun 2004. CREDIT: Paul Hyndman

Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.
Fenomena Transit Zuhrah 2012
Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
  • Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
  • Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
  • Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
  • Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
  • Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman Falak Online. Kredit gambar: Space.com

Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...