Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, July 16, 2011

Posted by mykhalis On 11:33 AM 14 comments

Fakta Menarik : Perkara yang anda tak percaya untuk di sewa

Khalis nak main teka dan review..Tapi bukan minggu ni..tapi 2 minggu lagi selepas Khalis siap review semua pemenang segmen bersama Khalis. Alhamdulillah,,terima kasih banyak-banyak pada sahabat yang sudi menjoinkan diri.. Khalis bukanlah rajin join segmen..berdebar jugak sebab takut takde sambutan..

Di pagi yang ceria ini, Khalis nak kongsikan 10 fakta mengenai perkara yang anda tak ketahui boleh sewa.. Enjoy k?


Mesti korang tak percaya yang boleh sewa wife kan? Khalis dah cari dah..jumpeee..hehe(gelak kurang nakal untuk cover line)

Posted by mykhalis On 9:15 AM 8 comments

Berita Menarik: Jutawan segera selepas menang loteri RM700 juta

Mereka sudah berkahwin selama 30 tahun.Kehidupan di pinggir bandar yang sederhana. Namun sekelip mata mereka kini kaya seperti Beckham!! Dengan memenangi loteri sebanyak RM700 juta.Jika mereka simpan dalam bank..mereka akan dapat faedah tahunan sebanyak RM30juta setahun bersamaan setiap minit mereka dapat RM60.

Semuanya kerana memenangi loteri 14 angka. Segalanya beruabah.. Yerla,,siapa tak nak mengaku kawan..saudara..kekasih pertama..betul tak?Tapi ini kisah satu dalam sebillion.. menang bukannya senang..Tapi Yang menyedihkan apabila ramai orang islam yang terus menerus berjudi. Alasannya..nanti bila menang asing asingkan la duit. Duit judi wat enjoy.. duit makan minum dari sumber halal.

Inilah kediaman sekarang.


pasangan Colin dan Christine Wier bersama cek yang mereka menangi

Tabiat biasa: asal menang je bukak botol wine..main sembur-sembur

Menjadi tumpuan pihak media massa

Berharap perkahwinan yang di bina selama 30 tahun tidak musnah kerana duit

Di kedai inilah mereka membeli tiket loteri
Hmm..biasanya pemenang judi ni hidup mereka takkan tenang.. Betul ke tak?

Posted by mykhalis On 8:19 AM 7 comments

Berita Menarik : Ladang ganja terbesar ditemui di Mexico

Khalis memang bengang betul dengan dadah ni. Khalis ingat lagi semasa kena tinggal di luar kerana kolej kediaman UTM penuh, Khalis tinggal dengan beberapa orang senior.Apa yang Khalis tak tahu ialah semuanya adalah kaki ganja n syabu.

Pergh.. memang buruk perangai..kalau dah tengah khayal tu..mandi bogel pintu tak tutup.. ada sekali tu, kawan diorang datang rumah. mengisap la..tiba-tiba salah seorang bangun londehkan seluar dan kentut kat muka kawan dia..siap keluar sisa sisa tu..ape ke jadahnya perangai.

Jadi..kalau tak nak jadi bodo..janganla menghampiri dadah..sikitpun jangan..sia sia hidup..Disebabkan Khalis tak berapa berminat nak terjemahkan surat kabo mat salleh..lagipun readers bukan suka baca detail..kalau bacapun ingat seminit dua je..better Khalis begi tajuk besar ngan main point..ye tak.. nak tau lebih lanjut di sini

ladang yang dilitupi dengan jaring hitam

pemeriksaan di lakukan


kemudahan tandas disediakan

askar berkawal di dalam ladang

pemandangan ladang dari udara

askar terpaksa berjaga jaga kerana bimbang berlaku serangan balas

ketua polis menunjukkan barang rampasan

perbandingan keluasan ladang dengan rumah dan truk

ladang ganja di padang pasir mexico

Seorang pekerja yang mati dibunuh askar dalam kejadian tembak menembak
besar ooo..patutla taikun dadah mexico ni kaya raya

Posted by mykhalis On 1:01 AM 3 comments

Video Suspen : Elakkan diri dari keretapi bagaikan hero

Kali pertama tengok memang cuak sungguh,,tengok kali kedua rasa kelako la pulak..




Friday, July 15, 2011

Posted by mykhalis On 10:27 PM 18 comments

Cara mempertahankan diri sebenar dari perogol

 Sebelum korang teruskan tengok gambar ni..Khalis nak tanya kaum hawa.. apakah ilmu mempertahankan yang korang ada? Jujurla..katakan lelaki dah peluk korang, dah nak tanggalkan baju..seluar..apa yang boleh korang lakukan untuk selamatkan diri?

Soalan macam lucah..tapi hampir 90% dari perogol adalah dari golongan kenalan mangsa. Dan biasanya dalam keadaan tidak bersedia dan tak disangka sangka.Adakah dengan menjerit sahaja? Baiklah.. Inilah cara paling hardcore tau.. memang lucah sikit..tapi peratusan untuk anda selamat adalah sangat besar.

Apa yg perlu anda buat.. anda picit/tumbuk/ketuk/sepak testikal lelaki itu(bukan bahagian "tiang",ianya kurang berkesan)..Jujur ni..tengok dragon ball tak yang goku lemah kalau orang pegang ekor dia.. Camtu la lelaki..Kalau anda dapat satu pukulan padu kat testikal dia..nescaya dia takkan boleh berdiri..nak bersuarapun tak larat. Goku boleh baiki kelemahannya?? Khalis tak pernah pulak jumpa lelaki berlatih kuatkan testikal dia.. Apa itu testikal? Biji kerandut lelaki la..wahaha..(lain lain maklumat google sendiri)

Mungkin gelak sekarang..tapi simpan dalam hati tau..ingat betul2..malang tak berbau.. skil ini juga boleh digunakan pada pakwe gatal yang ajak beromen.. orang gila datang kacau..k.. yang Khalis tau la..inilah kelemahan terbesar lelaki..

Ok..dah boleh sambung tengok gambar dah..langkah kat bawah ni boleh guna jugak.






Posted by mykhalis On 4:46 PM 12 comments

Lukisan Gambar 4D: Lukisan sehingga ke luar frame

Suatu hari pemilik kedai yang Khalis sewa datang untuk kutip sewaan. Kebetulan di belakang tempat Khalis bersandar Khalis isi sebuah lukisan permandangan.. Itupun Khalis rembat mak Khalis punya kat rumah..hehe..

Dia cakap..lukisan ni ada luck.. semua elemen ada.. Tanah, air, api, angin.. Dia cakap camtu barulah Khalis perhatikan betul -betul gambar tu.. oo.. selama ni tengok sekali imbas je.. tak hayati pun.. lepas uncle tu cakap camtu..barulah Khalis rasa jiwa ini sangat berseni dan romantik.. Tapi takde la percaya.. just hiburan semata-mata.. Bak kata orang cina.. feng shui bukanlah agama..tapi kajian mereka mengenai strategik kedudukan untuk mendapatkan kawasan yang selesa..lebih mudah untuk orang masuk.. sebab itu pengaruh feng shui sangat besar bagi orang cina.

Kini, segalanya 3D..semuanya kelihatan keluar dari screen.. Tapi kalau lukisan canvas 4D pulak camne.. mestilah kita boleh sentuh kan? Dan memang menarik sungguh idea nie.. cuma kalau nak berpindah tempat susahla kot. takpun ada anak kecik.. tak dapat la nak simpan lukisan camni.








Untuk tengok hasil lain yang lebih boom boleh lawat di sini

Posted by mykhalis On 3:53 PM 8 comments

Kartun Lawak : Problem Fish?

Arghh..ternyata Khalis sangat noob pasal bahasa komputer ni.. Tekanan jiwa raga je.. Baru je tadi Khalis check email..permohonan kali kedua Khalis untuk iklan Innity diluluskan.. Thanks pada entry semalam mengenai pageview Khalis..Ianya memberi semangat untuk Khalis apply semula.

Kerana dah lulus.. dia suruh Khalis isi borang and letakkan kod la ape la.. Dan yang lucunya.. template Khalis ni adalah tak boleh diubah suai langsung.. Nampak gayanya Khalis kena ubah templates..dan Khalis takut kalau Khalis ubah templates tak kena di mata korang semua..

Jadi untuk melegakan otak Khalis..satu lagi kartun lawak..agak berjaya mengurangkan tekanan la sekejap..hehe.. enjoy.. Problem Fish??

wahahhaha..

Posted by mykhalis On 3:27 PM 34 comments

Segmen Bersama Khalis

Ini sticky post sampai Jumaat ini(entry latest ada di bawah ni)

Bersempena 2 hari lagi blog Khalis akan genap 5 bulan..Khalis berminat nak buat satu segmen yang di namakan Segmen Bersama Khalis Ini merupakan segmen pertama Khalis buat selepas 2 bulan iaitu segmen jawab dan dapat review percuma.



Tujuannya ialah Khalis merasakan blog Khalis kurang rapat dengan semua blogger..Kemungkinan readers ramai dari golongan bukan blogger. Jadi dengan segmen ini..Khalis nak promosikan blog Khalis di kalangan blogger dan jika anda terpilih Khalis akan promosikan blog anda sebagai sticky post selama sehari suntuk..(tau taujerla blog ni 8 post sehari)

Kalau rasa berminat.. dan rasa blog Khalis mampu membantu blog anda.. janganla segan nak join k?

Berikut adalah cara-caranya..

Copy Header dan letakkan tajuk sebagai "Segmen bersama Khalis." 

Sila ceritakan apa sahaja mengenai blog Khalis ni..Baik ke..buruk ke(jangan la buruk sampai Khalis sedih)
Letakkan links yang anda join di post ini..

Tarikh tutup pada hari Jumaat ini 15hb Julai 2011 sebelum jam 10 pagi.

Keputusan akan dibuat pada hari Isnin dan mulalah Khalis mereview.

Untuk meyakinkan anda join segmen Khalis ni.. Blog ini sudah ada lebih dari 1.03juta pageview dengan putara 15ribu sehari.. InsyaAllah..kalau ada rezeki..dapat la kita tambah kenalan sesama kita.. Khalis sendiri masih baru dan perlukan bantuan rakan - rakan.

Buat kali pertama ni..Khalis ingin cari 14 orang blogger untuk Khalis review dalam tempoh 2 minggu.. Sehari seorang..Jadi peluang agak besar.. Kalau tak faham boleh je tanya..Khalis harapkan ada kurang dari 20 blogger yang sudi join..segan oo kalau tak ramai join.. hehe

Posted by mykhalis On 3:07 PM 10 comments

Kartun lawak : Like an asshole

Lepas Jumaat ni mengantuk la pulak.. Pulak baru lepas makan..Burpp.. Alhamdulillah. Jadi santaikan minda anda dengan kartun dulu. Khalispun tengah ada komputer orang hantar nak mintak repair.. Jadi sedaya upaya sebelum pukul 5 ada entry masuk k? pada mereka yang nak join segmen Khalis boleh lagila.. Khalis tutup sampai tengah malam ni..



Posted by mykhalis On 12:01 PM 13 comments

Gambar Kacak : Siapakah dia

Bagi Khalis..tiada yang lagi hensome dari Neil Caffrey dari White Collar. Isteri Khalispun cakap..Udah-udahla cakap suka kat Neil..nanti orang ingat awak gay pulak..wahahaha.. Tapi sebagai lelaki mengagumi kehenseman orang lain tak salah kan?ke salah?ke tak salah?arghh..tak kira..

Ok..kembali pada gambar di bawah ni..rasa rasa kenal tak siapa nie?



Tapi cuba tengok gambar mamat ni.. tak kenal?kalau tak kenal cuba tengok kat bawah ni pulak..





hahaha..Kalau anda peminat siri Harry Potter inilah Neville(nama dalam HP) atau nama sebenarnya Matthew lewis.. Berbeza siott..dari muka kesian nerd terus jadi bad boy miami vice city.. Jadi ingatlah korang..kalau nampak nerd janganla kutuk k?

Kalau ada orang tak kenal Neil Caffrey.. ni sekeping gambar dia.. for my haters..i keep it in my wallet?problem??

awww....


Posted by mykhalis On 9:32 AM 9 comments

Lu langsi Lu Mati Liverpool..apa ni apa ni??

sabar-sabar..wa respek lu sebab tak pakai baju liverpool..tabik springgg

Khalis merupakan seorang ahli pasif dalam kelab supporter MU. Di dalam kelab ini ada beberapa orang ahli liverpool yang menjadi pemeriah suasana. Dan sebagai fan manchester united, Khalis tak pernah tengok diskriminasi terhadapa mana-mana kelab.

Tapi ini sudah lebih.. penyokong liverpool sudah melangkaui batasan. Malah Pada tahun 2008/9 semasa Chelsea datang Malaysia.. Khalis merupakan antara penyokong MU yang berdiri di kawasan VVIP(kerana menang tiket dari Maxis) dan tak pernah tengok diskriminasi camni.


patutla penyokong Liverpool kalau menang dengan MU sambutan mengalahkan menang liga.Sakit hati sangat dah ke.. Loverpool hanyalah sejarah silam beb.Sila bukak history channel untuk tengok sejarah lampau..hehe.. Kepada Liverpool semua..kita semua geng je.biasala kutuk-kutuk..tapi takkan sampai nak suruh cabut baju kut..takkan tengok logo MU dah panas badan..huk huk hukk..sian hang pa..

Posted by mykhalis On 8:21 AM 8 comments

Cerita Motivasi Songsang : Menjadi wanita tergemuk di dunia

Assalamualaikum wbt.. Segarnya badan di pagi Jumaat ni. Apa kata kita kenang sebentar apa yang kita dah buat sepanjang minggu ini..Pantasnya masa berlalu..

Dona Simpson menunjukkan demo makan 'alas perut'

Kalau dalam psikologi ada istilah reverse psikologi.. apa kata kita ambil iktibar ni.. Ketika semua orang ingin jadi kurus,, ada seorang wanita yang merupakan ibu kepada 2 orang anak bercita cita menjadi wanita yang paling gemok di dunia.

Pembantu setia: Jaqualine 4 tahun merupakan pembantu setia ibunya supaya menjadi lebih gemok

Kerana mengetahui dirinya tidak mampu kurus lagi..maka dia berhajat untuk meneruskan sahaja, Dengan syarat tambahan iaitu..sesiapa yang nak tengok dia makan kenalah bayar. Beliau mengenakan bayaran sebanyak $60 selama sebulan.

ketika membeli sedikit untuk menjadikan cita-citanya sebagai wanita gemok tercapai

Dikatakan wanita ni mampu mampu makan sebanyak 15,000 kalories setiap hari..perghh.. Camne.. jadi pengajarannya di sini.. hmmm.. tak taula..kena fikirla sendiri.. cerita versi real di dailymail

Last Call.. hari ini penutup untuk segmen bersama Khalis..Jangan segan segan nak join k?

Thursday, July 14, 2011

Posted by mykhalis On 8:47 PM 9 comments

Video Lawak : Penjual aiskrim turkey

Selamat beristerirehat di malam jumaat ini..Esok kita jumpa lagik k?



ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...