Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Sunday, September 30, 2012

Posted by NzmXI On 12:10 PM 3 comments

Kisah Berahi Anak, Bapa dan Orang Gaji



Naz dan ayah beliau sangat rapat.,mereka sering menjamu selera bersama..., perangai Naz yang tak pernah buang ialah banyak bertanya..,

Pada suatu malam sedang mereka enak menjamu selera bersama  tiba-tiba Naz dengan perangainya bertanya kepada ayah kesayangannya

***********

Lokasi : Rumah Teres
Masa : 10 malam 

Naz : ayah.. adakah hantu itu wujud?

ayah : tak.. hantu tak pernah wujud..

Naz : tapi orang gaji kita cakap hantu itu wujud?

ayah: anak, kemas semua barang kamu.

Naz : kenapa ayah?

ayah: kita tak ada orang gaji..

Naz : OMG!

***********

orang gaji.


Sekian..Peace (~_^)


18 SG kan..., untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja...heee

Kepada yang sakit jantung jangan marah ek...hahahaha, jangan tengok cermin dengan tingkap ok., nak pergi toilet tu jaga-jaga gak..
Sekian...Peace (~_^)v - azfar9897

Posted by NzmXI On 11:37 AM 0 comments

Rumah kartun Dialam Realiti

1. Rumah The Simpsons

Rumah ini dihasilkan oleh seorang peminat fanatik. Ia bukan sahaja sama di bahagian luar malah hiasan dalamannya juga seperti dalam kartun. Rumah ini terletak di Henderson, Nevada.

2. Rumah Seperti Flinstones

Rumah batu ini hampir sama dengan rumah dalam The Flinstones. Walaupun bentuknya agak luar biasa namun hiasan dalamannya mempunyai gaya kontemporari. Rumah ini mempunyai pintu masuk, beberapa buah tingkap dan bumbung. Ia terletak di Nas Montanhas de Fafe di Portugal.

3. Rumah Barbie

Rumah moden ini dihasikan oleh pereka dalaman Jonathan Adler sempena ulang tahun Barbie yang ke-50. Ia seluas 3,500 kaki persegi dan menghadap Lautan Pasifik. The Barbie’s Real Life Malibu Dream House ini terletak di Malibu, California.

4. Rumah Minnie Mouse

Rumah ini bukan sahaja nampak comel dari luaran tetapi juga mempunyai kelengkapan penuh di dalamnya. Ia termasuk mesin menjawab telefon (anda boleh mendengar suara Mickey dan Goofy), oven yang sedang membakar kek dan ketuhar gelombang yang memasak popcorn! Rumah ini terletak di Mickey’s Toontown Fair, Orlando, Florida.

5. Rumah Snoopy

Rumah Snoopy versi besar ini digunakan sebagai kiosk informasi bagi kompleks padang besbol, sebahagian dari Muzium Charles M.Schulz di Santa Rosa, California.

6. Rumah Hobbit

Rumah Hobbit ini dibina oleh Simon Dale walaupun dia bukan seorang arkitek mahupun kontraktor. Ia dibina bersama bapa mertuanya selama 4 bulan dengan kos sebanyak 3 ribu pound.

7. Rumah Hello Kitty(akak berkenan ngan umah ni..cantik..)

Rumah comel berwarna merah jambu ini diinspirasi 100% dari sejarah kucing yang popular ini. The Hello Kitty Villa ini terletak di Taipei, Taiwan.

8. Rumah Heidi


Bukan sahaja rumah ini sama seperti rumah datuk Heidi, malah pemandangannya juga serupa.

9. Rumah Batman

Rumah misteri yang agak luar biasa ini hampir sama seperti rumah yang terkenal di Gotham City. Lihatlah cahaya merah pada gambar tersebut. Mungkin Batmobile baru saja lalu?

10. Rumah Inspirasi Dari Star Wars

Rumah ini dibinapada 1970 oleh Claude King selepas mendapat inspirasi dari Neil Armstrong yang baru sahaja menjejakkan kaki ke bulan. Rumah berbentuk UFO ini terletak di Chattanooga, Tennesse. Ia seolah0-olah diinspirasi dari Star Wars namun filem tersebut hanya dihasilkan 7 tahun selepas rumah ini dibina.

Posted by NzmXI On 10:00 AM 0 comments

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Posted by NzmXI On 9:49 AM 0 comments

Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri!

Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.

Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.

Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.
Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.

Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.






Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.

Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.

Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

SUmber 

Posted by NzmXI On 9:43 AM 2 comments

Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!

Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.

Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.

 Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.


“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.

Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.

Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.
Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.

Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.

Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta.

Posted by NzmXI On 9:41 AM 0 comments

Ular Terbesar Dunia, Titanoboa Kembali Mengganas !



FLORIDA – Ular terbesar dunia sepanjang 14.63 meter, Titanoboa, muncul kembali untuk tontonan umum.
Institusi Kaji Selidik dan Pusat Pendidikan Smithsonian, Washington merakamkan Titanoboa untuk mengupas persoalan yang sering bermain diminda para saintis.

Smithsonian Channel mempamerkan Titanoboa seberat 1,134 kilogram yang pernah menghuni Bumi 60 juta tahun lalu melalui ukiran asal di Grand Central New York.

Paleontologi, kurator Muzium dan Sejarah Asal Florida, Dr Jonathan Bloch berkata, ular vertebrata itu dipercayai menghuni kawasan hutan hujan sejak zaman Paleosen.

“Titanoboa merupakan pemangsa terbesar atas tanah selepas kepupusan dinasour bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 juta tahun atau mungkin lebih lama, jasadnya yang hampir hancur ditemui dalam sebuah lombong di Cerrejon, Colombia bersama fosil penyu dan beberapa ekor buaya.

-Sinar Harian-

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...