Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Thursday, September 20, 2012

Posted by NzmXI On 12:35 PM 1 comments

Beckham & Ronaldo bersaing bida kereta James Bond

19 Sep – Bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham dan Cristiano Ronaldo sememangnya mempunyai minat yang sama iaitu mempunyai koleksi kereta mewah, dan baru-baru ini mereka dikatakan mahu membeli kereta Aston Martin DBS yang digunakan aktor Daniel Craig di dalam filem James Bond "Quantum Of Salace".

Kereta tersebut adalah sebahagian daripada barang yang akan dilelong untuk tujuan amal. Kereta tersebut dijangkakan bakal dijual dengan harga bidaan bermula £100 ribu atau sekitar (RM497 ribu).

Salah seorang sumber memberitahu akhbar Daily Star, "Becks sememangnya seorang peminat Bond dan dia memang mahu memiliki kereta yang digunakan di dalam filem tersebut," kata sumber itu.

Walaubagaimanapun, bukan Becks sahaja yang menginginkan kereta tersebut. Bintang bola sepak sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo turut mempunyai keinginan untuk membeli kereta yang sama.

"Ronaldo juga mempunyai minat yang sama dengan Beckham, jadi pastinya kedua-dua mereka akan berperang dalam membida kereta tersebut," tambah sumber itu.

Hasil jualan kereta tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan amal di Barnando. Bekas kapten England sebelum ini telah mempunyai koleksi-koleksi kereta mewahnya seperti Cadillac, Porsche, Range Rover, Bentley's dan Hummer.




Posted by NzmXI On 12:24 PM 0 comments

Alyah kian pulih dari kecederaan ditimpa lampu

19 Sep – Penyanyi Alyah yang mengalami kemalangan ketika menghadiri rumah terbuka Hot FM pada 14 September yang lalu selepas ditimpa lampu 'spotlight', kini sudah pulih sebanyak 50 peratus.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, menurut pengurus peribadi Alyah, Shuib, dia yang sedang dirawat di Hospital KPJ Damansara, sudah pun berada di dalam keadaan yang stabil.

"Alhamdulillah, Alyah berada dalam keadaan yang stabil dan tiada apa yang serius. Cuma dia perlukan rawatan selanjutnya untuk tisu otot di bahagian belakangnya yang ditimpa lampu.

"Malah, doktor telah memberitahu bahawa Alyah sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisioterapi," kata Shuib.

Dalam pada itu, Shuib yang ditanya lebih terperinci mengenai keadaan Alyah enggan memberikan maklumat lanjut kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas membuat perjanjian dengan pihak Media Prima.


Posted by NzmXI On 10:01 AM 1 comments

Shaheizy Sam rancang tamat zaman bujang 2014

19 Sep – Pasti ramai yang perasan apabila melihat poster yang dipacakkan di kebanyakkan panggung wayang tidak lagi dipenuhi dengan wajah pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam.

Memang sengaja mahu berehat di dalam bidang lakonan, Shaheizy Sam menyatakan niatnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2014 jika dipertemukan jodoh.

"Saya memang sengaja mengambil cuti untuk berehat seketika. Takut peminat bosan pula jika acapkali melihat muka saya di layar perak."

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Shaheizy memberitahu dia mensasarkan bakal menamatkan zaman bujang untuk tempoh dua tahun lagi iaitu sekitar tahun 2014.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, hanya tersenyum memberi 1001 persoalan ketika ditanya sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam kini sudah memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Cats and Kids Entertainment dan bukan dikongsi bersama kakaknya.

"Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures.

Shaheizy Sam rancang tamat zaman bujang 2014


Posted by NzmXI On 10:00 AM 0 comments

Rekaan iPhone 5 yang menarik dengan kos yang agak tinggi





Posted by NzmXI On 9:59 AM 0 comments

Risiko minyak wangi kepada pengguna

19 Sep – Memang tidak dinafikan, kita semua sukakan bau wangi, sehinggakan kereta dan kamar tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang kita tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa padah terhadap kesihatan.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan keletihan, kesakitan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak. Selain itu, produk wangian turut boleh mendatangkan kesan terhadap nafsu seks.

Mereka yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun shampu.

Baru-baru ini, kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.

Posted by NzmXI On 9:57 AM 0 comments

Ariel Peterpan vs Noah

Selepas hampir dua bulan dibebaskan daripada Penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia, vokalis Peterpan, Ariel atau nama  sebenarnya Nazriel Irham membuat kemunculan perdana di Malaysia.

Tampil dengan penuh bertenaga dan tampak sihat, Ariel hadir ke Malaysia bersama grup lamanya, Peterpan yang kini sedang dalam penjenamaan semula dengan nama Noah. Mereka hadir dalam siri jelajah 5 negara menerusi Konsert Tentang Bahtera.

Membuat persembahan di KL Live, Kuala Lumpur pada 16 September lalu, pihak media bagaimanapun gagal menemu bual Ariel dan Noah kerana jangka waktu yang begitu singkat.

Bagaimanapun Ariel sewaktu membuat persembahan sekali gus memperkenalkan single pertama Noah yang berjudul Separuh Aku berjanji untuk kembali ke Malaysia bagi mempromosi grup tersebut.

"Kami terburu-buru kerana konsert lima negara ini, tetapi kami akan kembali apabila Noah mempunyai lagu yang cukup untuk dikongsi bersama peminat," ujar Ariel yang masih ligat menyanyi dan bermain alat muzik.

Selain memperkenalkan single Separuh Aku, Ariel turut mendendangkan lagu-lagu hit Peterpan sebelum ini termasuk Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti dan Tak Bisakah.

Sebelum tiba di Malaysia, Noah terlebih dahulu membuat persembahan di Australia sebelum bertemu peminat mereka di Hong Kong. Sebaik menyudahkan konsert sejam di Malaysia, mereka bergegas ke Singapura sebelum menamatkan marathon lima buah negara konsert dalam tempoh 24 jam di Jakarta, Indonesia.

Ariel sebelum ini telah disumbat ke dalam penjara  pada 23 Jun 2010  selepas didapati terlibat dalam kes penyebaran video porno  dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari. Dia telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bagaimanapun dibebaskan secara bersyarat selepas lebih setahun menjalani hukuman kerana berkelakuan baik.

Posted by NzmXI On 9:54 AM 1 comments

Shila Amzah berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave

18 Sep - Tahniah diucapkan kepada penyanyi cantik, Shila Amzah atau nama sebenar Nur Shahila binti Amir Amzah diatas kejayaan meletakkan namanya di dalam senarai pendek peringkat akhir bagi pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai baru – baru ini.

Pertandingan yang cukup sengit ini turut disertai penyanyi dari seluruh Asia seperti Thailand, China, Jepun dan juga Korea.

Daripada 30 peserta hanya 12 finalis dipilih. Boleh dikira Shila Amzah antara penyanyi yang berbakat di dalam bidang nyanyian apabila suaranya diiktiraf pihak luar.

Gadis yang berusia 22 tahun ini turut dilihat antara penyanyi kegemaran pihak juri di sepanjang pertandingan apabila menyanyikan lagu kegemarannya "Set Fire To The Rain" nyanyian asal dari Adele. Shila menerima tepukan gemuruh dari juri dan juga penonton yang nyata amat meminatnya.

Pertandingan akhir bermula pada 20 September ini, semoga berjaya diucapkan kepada Shila Amzah yang kini tampak manis apabila bertudung.


Wednesday, September 19, 2012

Posted by NzmXI On 8:18 AM 0 comments

Siri DNA-TeAM Distrupt – “Dengan Digital Malaysia , adakah MDeC masih relevan?”

Selepas beberapa lama terlena, ekosistem teknologi di Lembah Klang bakal menyaksikan kebangkitan kembali himpunan bagi mengajar, memupuk dan berkongsi bulanan yang dinamakan siri DNA-TeAM Distrupt.

Dianjurkan bersama oleh peberbit teknologi perniagaan, Digital News Asia Sdn Bhd yang menguruskan www.digitalnewsasia.com dan Technoprenerus Association of Malaysia (TeAM) yang sudah lama ditubuhkan, perhimpunan bulanan ini mempunyai hanya satu objektif, untuk menarik minat sesiapa yang mempunyai semangat bagi teknologi untuk berkongsi, belajar, membuat kawan baru dan mengakrabkan hubungan untuk dua jam. Dan ya, kamu mungkin mempunyai 500 kenalan pada LinkedIn dan lebih 500 kawan di media sosial tapi masa yang dilaburkan setiap bulan pada siri Distrupt akan memberi kamu lebih peluang untuk menjadikan impian kamu untuk membuat perniagaan berasaskan teknologi menjadi kenyataan.
Format adalah dua penceramah yang akan bercakap dengan maksima 25 minit bersama seorang moderator yang akan menyelaraskan dialog interaktif diantara penceramah dan penonton. Pandangan berbeza amat dialu — alukan!

Topik akan berubah setiap bulan dan topik pertama mempertanyakan: Adakah MdeC masih relevan dengan pencapaian Malaysia Digital.

Datuk Badlisham Ghazali telah dijemput untuk berucap bagi pihak MDeC dengan Ganesh Kumah Bangah mencari penceramah seorang lagi. Patut diingatkan yang Ganesh telah membina MOL Global menjadi satu pembekal bayaran untuk permainan yang terbesar di dunia. Berapa banyakkan kejayaannya dipengaruhi oleh MSC dan MDeC?

Adakah Malaysia Digital dan pelbagai Projek Pintu Masuk (EPP-Entry Point Projects) yang diperkenalkannya adalah apa yang perlu bagi melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)? Apatah lagi sekarang kita di dalam fasa ke tiga bagi visi MSC (2011-2020). Di mana Fasa kedua adalah untuk mencipta ekonomi berskala, fasa tiga adalah untuk memperkasakan negara dan memperbaiki sektor ICT untuk mencapai matlamat negara yang mempunyai pendapatan tinggi dan membangun menjelang 2020 selari dengan Model Ekonomi Baru (NEM).

"Kami mahukan penggunaan ICT yang lebih meluas dengan  kesan ekonomi yang lebih besar. Strategi kami adalah tiga tunjang utama (Multimedia Kreatif, Perkongsian Sumber Luar dan Infotek)" yang telah disusun semula untuk memberi lebih tumpuan bagi penciptaan harta dan pelaburan bernilai tinggi" kata Badlisham pada fasa ketiga tahun lepas.

Adakah Malaysia Digital kesan dari penyusunan semula yang disebut oleh Badlisham? Bolehkan syarikat di Malaysia menjadi pemacu bagi pelbagai EPP Malaysia Digital yang akan diumumkan atau adakah mereka akan diketuai oleh syarikat Multinasional?

Jawapannya, atau mungkin lebih banyak persoalan lagi akan diketahui pada Distrupt yang pertama pada 19 september 2012 dari jam 5:30pm hingga 7:30pm di Plug & Play Technologi Garden di dalam The Gardens South Tower, Mid Valley.

Siri DNA-TeAM Distrupt dianjurkan oleh DNA dan TeAM, dan disokong oleh IBM Malaysia dan Plug and Play Technology Garden, bersama dengan Amanz.my, BFM89.9, Big Orange, lowyat.net, Majalah Tech, Malaysia SME, mobile88.com dan PC.Com Malaysia sebagai rakan Media. Pergi ke www.team.net.my bagi maklumat lanjut.

Posted by NzmXI On 8:08 AM 0 comments

Lynas: Sisa nadir bumi dieksport kerana ketakutan yang ‘tidak perlu’

Oleh Ida Lim


KUALA LUMPUR, 19 Sept — Sisa yang dihasilkan dari loji kontroversi penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Kuantan adalah “selamat” dan mempunyai kegunaan komersil luas, akan tetapi tetap akan dieksport keluar dari Malaysia kerana ketakutan awam “yang tidak perlu”, kata pelombong Australia tersebut.

Sisa-sisa, juga dikenali sebagai ko-produk, tidak jatuh di bawah kategori “sisa radioaktif”, kata Lynas kepada The Malaysian Insider, dan menambah ia boleh dikitar semula dan tidak semestinya akan dihantar pulang ke Australia di bawah syarat yang terdapat dalam lesen.

“Terdapat kempen serius maklumat yang salah tentang Sisa Bahan Loji Lynas (LAMP) dan telah menyebabkan ketakutan dan keresahan awam yang tidak perlu,” kata seorang jurucakap Lynas.
“Oleh itu, Lynas telah secara sukarela melaksanakan eksport produk bersama LAMP, walaupun ianya selamat, boleh digunakan dan mempunyai permintaan pasaran di Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) baru-baru ini mengeluarkan lesen operasi sementara (TOL) selama dua tahun kepada Lynas walaupun protes meluas, tetapi berkata pelombong Australia itu terikat di sisi undang-undang untuk menghapuskan sisa daripada kilang berharga RM2.5 bilion itu.
Walau bagaimanapun, Lynas mengulangi penegasan bahawa “selamat, berharga dan mapan” produk–bersama dari kilang penapisan mempunyai” pelbagai aplikasi komersial meluas “termasuk sebagai bahan binaan, baja, dan asas bagi pembuatan jalan yang tahan lama”.

Ia menjelaskan bahawa loji Kuantan “akan menghasilkan tiga sisa pepejal” yang akan dikitar semula untuk kegunaan komersial sebagai gipsum sintetik, magnesium kaya gipsum sintetik dan agregat sintetik”.
Selepas memproses terus sisa pepejal kitar semula, produk-bersama yang boleh digunakan dengan selamat untuk tujuan komersil akan dihasilkan, katanya lagi.

Lynas berkata ketiga-tiga produk-bersama “tidak dikelaskan sebagai barangan berbahaya di bawah piawaian pengangkutan antarabangsa, mahupun mereka dikelaskan sebagai “sisa radioaktif”.
Ia berkata bahawa ini adalah disebabkan oleh tahap rendah produk-bersama “biasanya mempunyai bahan radioaktif" (NORM), ciri biasa kebanyakkan produk seperti bitumen — bahan yang sering digunakan untuk membuat jalan raya.

“Setiap produk-bersama akan menjalani analisis kimia dan pensijilan kastam antarabangsa sebelum dieksport dari Malaysia — yang merupakan satu lagi masyarakat dan perlindungan kesihatan alam sekitar.
“Ini adalah amalan standard industri antarabangsa.”

Jumaat lepas, seorang diplomat Australia memberitahu The Malaysian Insider bahawa Lynas telah memohon untuk “mengimport bahan” ke Australia, walaupun Canberra mempunyai dasar menolak sisa radioaktif.

Tetapi Lynas menjelaskan bahawa permohonan yang dilaporkan sebenarnya “permohonan lama” yang telah diletakkan dibawah kategori “ditangguh”.

“Pembangunan penyelesaian komersial untuk produk-bersama diproses dari LAMP bermakna Lynas mampu untuk meletakkan ke status ditangguh keatas permohonan sebelumnya kepada Agensi Perlindungan Sinaran dan eselamatan Nuklear Australia untuk mengimport produk- bersama ke Australia.”
Isnin lepas, kumpulan alam sekitar tempatan telah meminta agar Lynas menunjukkan pelan pengurusan sisa dengan terperinci atau berhadapan risiko “perlawanan hingga akhir”.

TOL yang Lynas terima dua minggu lalu daripada pihak berkuasa Malaysia membuka jalan bagi loji nadir bumi itu untuk memulakan operasi walaupun bantahan awam meluas terhadap keselamatan dan alam sekitar.
Lynas berkata bahawa ia akan mula mengangkut dan melengkapkan semua langkah menyediakan dan memperkayakan bijih nadir bumi yang dilombong di Australia pada Oktober.

TOL membolehkan Lynas untuk beroperasi untuk tempoh dua tahun mulai 3 September. Syarikat itu telah berkata ia akan mengambil kira-kira 300 orang bagi kemudahan yang telah menerima pengecualian cukai selama 12 tahun.

AELB telah menekankan bahawa Lynas mesti mematuhi semua keperluan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh kementerian sains, teknologi dan inovasi melalui Akta Perlesenan Tenaga Atom.

Dua minggu lalu, lima penduduk Kuantan diberikan Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar keputusan  menteri sains, teknologi dan inovasi untuk menganugerahkan TOL kepada pelombong Australia itu.
Minggu lepas, Gabungan Hentikan Lynas gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk ulasan berasingan keputusan kehakiman AELB untuk memberikan TOL kepada Lynas.

Posted by NzmXI On 8:02 AM 0 comments

Yuna tercalon dalam European Music Awards 2012

Oleh Mohd Farhan Darwis


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Yunalis Zarai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, yang popular dengan lagu “Terukir Di Bintang” sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dicalonkan dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sebelum ini turut dicalonkan dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards.

Yuna akan merebut gelaran juara untuk “Best Asian Act” di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang cukup popular seperti Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai.

Pemenang kategori “Best Asian Act” ini akan mewakili Asia dalam voting “Best Act” di seluruh dunia.
Undian yang hanya boleh dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov nanti.

Yuna sekarang ini turut aktif di Amerika Syarikat dan dijemput untuk membuat persembahan dalam rancangan-rancangan ternama.

Yuna turut merakamkan semula lagu kumpulan popular Nirvana yang bertajuk “Come As You Are”.

Posted by NzmXI On 7:50 AM 0 comments

'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit

SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ''nikah batin'' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.

"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya. 

 "Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.

Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.

Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...