Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Friday, July 13, 2012

Posted by mykhalis On 6:55 PM 0 comments

Situasi Bekerja Yang Paling @#$@%

  Camne la ngan perasan orang-orang yang berkerja tapi time ngah wat keje..banyak risiko yang perlu dihadapi..bukan skit2 punye risiko..ade risiko hilang kerja..ade plak risiko sampai boley hilang nyawa...woooo....seram gak la rasenye

camano la nak handle mende2 camni eh?


P/s : serius beb aku x pandai nak edit gambo ni jadi beso..huuu..maap2

Posted by mykhalis On 6:49 PM 0 comments

Korang Pernah Tak?

    Waktu kecik-kecik dulu memang aku suke wat mende nie..ntah la..bukan time kecik je..even skang pon masih lagi wat mende ni..maklum la..nak taste yg real punye memang tak la kan..kite org Islam kan..walaupon masih ade org Islam yang bangge bergmbar ngan minuman2 setan nie..hee

best woo rase feeling tu..ala2 mafia beb..hahaha

Posted by mykhalis On 6:38 PM 1 comments

Salah Satu Contoh Kebodohan Manusia..hmmm

  Setiap manusia ade care hidup masing-masing...yeahh..masing-masing ade pilihan hidup sendri samada yang betul ataupon salah..tetapi tetap ramai lagi yg masih memilih cara hidup yang salah.. *ehh..asal penulisan aku ni agak formal..haha.. lantak r

  So aku nak share something kat korang..enjoy bebeyy


agak2 betul atau x ni..hehe


p/s : sori r geng..memang agak lame since post aku yang last..biase la..new semester da start..fokus tu fokus..
       sori skali ag lau gambar kecik..aku tak pandai nak kasi bagi beso..


Posted by mykhalis On 6:30 PM 0 comments

Korang Akan Setuju Atau Tidak?

waa...sudah lame gua tidak update sama ini blog maa...so aku ade something nak share ngan korang..agak-agak akan terjadi pada korang tak suatu mase nanti..kui3






    Ape-ape pon no komen la ye..aku ni masih dalam kategori belom menemui cinta sejati lagi..esok2 dah kawin maybe la kot..


Thursday, July 12, 2012

Posted by NzmXI On 8:37 AM 0 comments

Menyingkap Kehidupan Harian Rasulullah S.A.W

  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
  • Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ” Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
  • Pernah baginda bersabda "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
  • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? "Baginda menjawab "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar ." Lantas Sayidina Umar bertanya lagi "Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…" desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, ” Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
  • Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
  • Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
  • Rasulullah s. a. w. bersabda , "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat."

Dipetik dari : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/07/06/11-perkara-menyingkap-kehidupan-harian-rasulullah-saw/

Wednesday, July 11, 2012

Posted by NzmXI On 4:54 PM 0 comments

Petua Untuk Memujuk Org Yg Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Kenapa Merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:

1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.

3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana Nak Pujuk?
1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia..

2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.

4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


p/s: dah sah2 copy & paste jer...

Sunday, July 8, 2012

Posted by NzmXI On 9:40 PM 0 comments

bacalah


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad


 

Posted by NzmXI On 9:24 PM 0 comments

Apa mood anda hari ini?

Posted by NzmXI On 4:58 PM 0 comments

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Posted by NzmXI On 4:57 PM 0 comments

Rumah Ella ‘Blackout’ Selama 2 Jam Menjelang Akad Nikah



Majlis akad nikah Ratu Rock Ella pada malam tadi berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin GUA kongsikan bersama:-

1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.

2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.

5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.

7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai)sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi bebbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.

9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin. (Gua.com.my)

Corat –Coret : Rumah Pengantin Bergelap Selama 2 Jam

Posted by NzmXI On 12:56 PM 0 comments

Makanan Kegemaran Rasululah S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Posted by NzmXI On 12:49 PM 0 comments

Rambut Sihat Dalam Balutan Hijab

Berhijab bukanlah alasan untuk anda mengabaikan penjagaan rambut. Apatah lagi jika rambut itu tertutup melebihi 6 ke 12 jam sehari. Sesungguhnya, rambut ialah mahkota berharga bagi wanita. Rambut yang sihat menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang wanita itu.

Jika diabaikan, rambut akan mudah rosak dan berkelemumur. Maka, apakah yang harus anda lakukan?


JENIS RAMBUT
Adakah rambut anda jenis normal, berminyak atau kering? Ketigatiganya mudah mengalami masalah kelemumur. Setelah anda mengenali jenis rambut, pilih syampu yang sesuai. Rambut yang berminyak perlu menggunakan syampu yang berasaskan oil control. Rambut kering boleh dilengkapi dengan perapi untuk melembutkan rambut. Sekiranya anda gemar mewarna, mengeriting atau rebonding, anda memerlukan perawatan yang khusus untuk rambut.

KENALI AKTIVITI
Adakah anda seorang yang aktif atau sering terdedah dengan persekitaran? Dengan mengenali dan menyedari aktiviti anda sehari-hari, anda boleh memilih jenis hijab yang sesuai serta mudah menyerap peluh dengan baik. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kesihatan rambut anda


MENCUCI RAMBUT
Menurut pakar, rutin terbaik untuk mencuci rambut ialah sekali dalam 2-3 hari. Pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Tidak seharusnya mahal, asalkan ia sesuai dengan anda seterusnya menjadikan kulit kepala terasa bersih, segar, lembut, lurus, lebat, bebas kelemumur serta terlindung daripada sinaran UV.

MANJAKAN RAMBUT
Sekali sekala berikan perawatan ekstra buat rambut anda. Contohnya menggunakan creambath di salun pilihan. Namun, jika anda seorang yang sibuk dan tiada masa untuk ke salun, usah bimbang. Kini, terdapat pelbagai syampu yang lengkap dengan rangkaian perawatannya, bermula dari syampu hinggalah ke perapi. Setelah mencuci rambut, sapukan perapi kemudian bersihkan dengan air bersih. Gunakan syampu dan perapi secara berasingan kerana fungsi syampu ialah membersihkan helaian rambut dan kulit kepala. Sementara perapi untuk melembutkan saja.

TERDEDAH KOTORAN
Rambut boleh menjadi punca kepada pelbagai kuman dan debu. Sekiranya rambut anda tidak bersih kerana kurang penjagaan, elakkan menyentuh bahagian tubuh yang lain seperti wajah terutama ketika basah. Kuman dari rambut yang anda sentuh akan mudah dipindahkan ke wajah. lebih parah jika kulit wajah anda jenis berminyak dan berjerawat. Maka, jagalah kebersihan rambut anda sebaik-baiknya. Cara lain ialah gantikan sarung bantal secara kerap kerana segala kotoran yang terlekat pada sarung bantal akan menyebabkan jerawat.

PILIH TUDUNG
Pastikan anda memilih tudung yang ‘mesra’ dengan rambut serta sesuai dengan keadaan. Contohnya ialah jika ke tempat kerja, pilihlah yang berfabrik lembut dan tipis bagi memudahkan peredaran udara keluar masuk.

GANTI TUDUNG SETIAP HARI
Pastikan anda tidak mengulangi tudung yang sama secara kerap. Ini kerana tudung tersebut pastinya sudah terserap peluh dan kotoran sewaktu anda memakainya. Disarankan supaya anda menganginkan terlebih dahulu tudung yang telah anda pakai sebelum mencucinya. Namun, jika anda memakainya dalam tempoh yang singkat contohnya ke kedai berhampiran, ia bolehlah digantung dan dipakai kembali. Namun, elakkan memakainya untuk ke tempat kerja.

DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Anda boleh mendapatkan nasihat pakar farmasi untuk syampu yang sesuai. Perlu diingat, masalah rambut kadangkala bukan disebabkan cara anda menjaga dan mengendalikanya. Mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendiri jika anda tidak mencari penyelesaiannya.


ELAK GOSOK RAMBUT TERLALU KASAR
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, lurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Jangan gosok rambut dengan kasar.

SIKAT RAMBUT APABILA PERLU SAHAJA
Namun, jangan biarkan sampai tidak terurus. Jika selalu sangat menyikat rambut, menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak berlebihan.

ELAK GUNA PENGERING RAMBUT
Supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih pengering rambut, gunakan pada suhu tinggi kerana suhu rendah akan mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut. Risikonya, rambut lebih mudah rosak.

Posted by NzmXI On 12:48 PM 0 comments

Info Syarikat Ubat Kesihatan Yang Mendapat Sijil Halal

Kategori Suplemen Kesihatan:

1. Nutri-Home Pharmaceutical Industries Sdn Bhd
2. Hong Kong Ban Kah Chai Madical Factory Sdn Bhd
3. Biofact Life Sdn Bhd
4. J.B Pharmacy group Sdn Bhd
5. Len Fa Madical Supplies (M) Sdn Bhd

6. DXN Pharmaceutical
7. Eunet Pharmaceutical
8. Healwell Pharmaceutical Sdn Bhd
9. White Heron Pharmaceutical Sdn Bhd
10. CCM Pharmaceutical

11. HOE Pharmaceutical
12. Madical Pharmaceutical
13. Kotra Pharma
14. Duo Pharma Sdn Bhd
15. Nature Pharma

16. Orient Laboratories
17. Herbal Sciece Sdn Bhd
18. Cerebos (M) Sdn Bhd
19. Scanlab Sdn Bhd
20. Nova Laboratories


Kategori Ubat Tradisional

1. F.A Herbs Sdn Bhd
2. Sari Tani Desa Sdn Bhd
3. Multi Herbs Pharmaceutical
4. CS Progryms Pharmaceutical Sdn Bhd
5. Major Interest

6. NM Natural Madical Manufacturing
7. Hong Yang Hoo Pharmaceutical
8. Thoyyib Pharma Industries
9. Kin Herbs Pharma
10. Hovid Berhad

11. Orga Pharma Manufacturing
12. Chik Lim Ginseng Sole retail Shop
13. Toko Tenaga Keluarga Sdn Bhd
14. The Origin Foods 


sumber: salin & tampal

Posted by NzmXI On 12:34 PM 0 comments

Karangan Budak Darjah 3 Yang Paling Ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

THE END...

Posted by NzmXI On 12:33 PM 1 comments

Mamat Jiwang Versus Minah Brutal

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar&hellip
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu... ~*~

Posted by NzmXI On 12:29 PM 0 comments

Kisah Sebuah Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yg tinggal di dalam hutan. Rumah diorng ni dibina di atas pokok, 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi memburu atau memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.

Suatu hri, si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mecari-cari, tiba2 dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehingga suatu hari si isteri menjadi pelik melitah telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut beruk dia masuk je bilik tu dia ternampak cermin suaminya..Oleh kerana si isteri ni xtau cermin tu apa, so dia ingat orang dlm cermin tu memang perempuan simpanan suaminya…Apa lagi, habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia ingin melihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu…Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut..Kemudain dia keluar sambil ketawa terbahak-bahak…

Isteri: Apsal mak ketawa…
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu..kalau ye pun nak kawin lain..carik la perempuan yang elok sikit..
Ini tak..aku tgk perempuan kat bilik tu dah la tua!! Hodoh plak tuu!! Xlalu makan tgk muke dia..

MORAL OF THE STORY: CERMIN2KAN LAH DIRI KITA SEBELUM CERMINKAN DIRI ORG LAIN

Posted by NzmXI On 10:26 AM 0 comments

wanita itu unik

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...