Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Saturday, November 12, 2011

Posted by mykhalis On 5:25 PM 3 comments

18sx : Sebuah permintaan

sila jangan percaya

Posted by mykhalis On 5:22 PM 5 comments

Yang pernah terfikir masa budak2 dulu

agak2 adik2 yang lahir tahun 2000 ke atas layan tak dragon Ball ek?


Cartoon Logic


Posted by mykhalis On 5:19 PM 2 comments

Berpossing dengan gaya yang sama

2D-face girl

Posted by mykhalis On 11:57 AM 7 comments

Mencari glemer dengan cium 100 lelaki tidak dikenali



- Yang Ya-ching (gambar), seorang blogger warganegara Taiwan memiliki misi untuk mencium 100 lelaki yang tidak dikenali di Paris. Dia berumur 27 tahun dan sedang menuntut di sana. Dengan hasrat untuk mengenang memorinya sepanjang berada di sana, dia memulakan misi nya dengan mencium salah seorang pekerja advertising yang sedang memasang papan iklan.


Tindakan blogger tersebut menimbulkan kontroversi di blog peribadinya. Menurut Taipei Times, lelaki Taiwan agak cemburu dan menyesal dengan tindakannya itu kerana misi tersebut dijalankan di Paris dan bukannya di Taiwan. Ada sesetengah berpendapat bahawa misi tersebut dijalankan adalah untuk mencium golongan jejaka tampan di Paris.


Menurut Yang, selepas sahaja misi ini selesai, dia berniat untuk menulis pengalamannya itu dan merehatkan bibirnya.


















maafla.. kalau muka pecah rabak..takdenye orang kat sana nak kis.. betul tak?

Posted by mykhalis On 11:54 AM 5 comments

Pesta Skodeng oleh mat Bangla di Singapore

Mat Bangla.. kalau Khalis.. mereka adalah golongan yang paling gila seks.. Walaupun Khalis pernah bekerja dengan beberapa orang kawan dari bangladesh .. tapi memang kebanyakan diorang gersang lain macam je.. boleh perhatikan kalau orang bangla naik LRT ke.. Bas ke.. mesti nak menyendeng dengan awek2.. bukan awek je.. mak orang pun diorang sendeng..

kalau tak malu sila berbikini
Tapi di Singapura, mamat Bangla punya aktiviti yang lebih menyeronokkan yang tiada di Bangladesh.  Dorang ramai-ramai akan pergi ke Sentosa untuk menonton aweks berbikini yang sedang sunbathing.
Bukan setakat  tonton, mereka juga mengambil gambar menggunakan handphone tanpa segan silu.  Dan ini membuatkan pelancong di sana amat menyampah dan bengang dengan Mat Bangla jakun ini.
semua pakat tengok ramai ramai
gila tensen nak rilek2 orang dok pakat perati
\
macam negara diorang dah

Posted by mykhalis On 11:37 AM 1 comments

65000 Gambar separuh bogel tersebar diinternet kerana keseronokan masa lampau

Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita. Dikala kita bercerita pada orang betapa bahagianya sebuah perhubungan.. betapa indah dan sucinya percintaan.. Betapa gila gilanya sikap kita di masa itu.. tapi di masa akan datang?? pengajarannya seperti berlaku pada Angie Varona.

Kini dia menyesal.  Perempuan ini bukanlah ratu porn tetapi akibat dari kenaifannya semasa remaja ia kini menjadi sex simbol di internet.
Nama Angie Varona, 18 tahun amat popular di internet sehingga jika di google ia mengeluarkan hampir sejumlah 65,000 gambar dirinya yang kebanyakannya berbikini.



Apabila akaunnya digodam, gambarnya itu mula tersebar di internet.  Bukan setakat itu, terdapat juga begitu banyak akaun palsu Facebook, Twitter, Youtube di bawah namanya.  Satu daripada akaun FB palsu beliau mempunyai lebih 41,000 likes.  Terdapat juga gambar beliau yang telah di Photoshop.
Ambil iktibar darinya.  Hidupnya menderita dan musnah akibat kesilapan masa lampau.

Friday, November 11, 2011

Posted by mykhalis On 8:46 PM 0 comments

Gambar Pernikahan (Ke2) Lan A To Z dan Siti Nur Ain(Apple Qiss)-11.11.11

Pasangan Norazlan Abdul Aziz dan Siti Nur Ain telah selamat disatukan di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 November 2011 pada pukul 11 pagi tadi.

Lan A To Z dan Ain selamat menjadi suami isteri
Hadiahkan Emas sebagai Hantaran untuk yang Tersayang
Siti Nur Ain(Apple Qiss)

Majlis persandingan dilakukan pada keesokan harinya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, Rawang Selangor bermula pukul 11 pagi.
Hanya sekali lafaz Lan A To Z dan Ain sah menjadi suami isteri

Posted by mykhalis On 8:44 PM 1 comments

Gambar Majlis Pernikahan Dira Zahar(pengacara Melodi) dan Mohd Helmi-11.11.11

Majlis pernikahan Dira,27, atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Yusof,33, berlangsung di kampung halaman Dira di Merlimau, Melaka pada 11 November 2011 selepas solat Jumaat.

Dira dan Helmi sah menjadi suami isteri
Konsep majlisnya cenderung kepada konsep tradisional kotemporari dengan kombinasi warna kuning, emas dan putih.

Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.
Majlis pernikahan Dira dan Helmi dilangsungkan pada 11.11.11
Untuk pelamin dan dekorasi daripada Qarmasutra Weddings and Event. Perancangan perkahwinan pula oleh Afeeq Abd Wahab. Untuk busana perkahwinan dan majlis sanding di Melaka, Datin Lynda Rahim manakala bagi majlis akad nikah dan resepsi tugas itu diserahkan kepada Anizam Yusof.

Dira mula mengenali Helmi sejak 2010. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS(Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari aralah Afdlin Shauki.
 Dira menerima mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin
Dira sebelum ini pernah berkahwin dengan Tengku Shafiz Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash yang juga menceburi bidang seni. Perkahwinan Dira dan Ash, kira-kira tiga tahun tempohnya dikurniakan Tengku Anggun Deandra.
Selamat Pengantin Baru Dira dan Helmi
Seterusnya pada 13 November, akan berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Pelancongan Malaysia(MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis itu nanti lebih moden dengan ilham warna hitam putih. Difahamkan, kedua pengantin tiba di lokasi persandingan dengan menaiki motosikal

sumber

Posted by mykhalis On 8:03 PM 5 comments

Angry Birds Menurut Pandangan Islam

Khalis terbaca artikel ni..dan Khalis rasa suka sangat nak kongsi ngan korang semua.. Maklumlah.. sejak layan Dragon Ball balik ni.. Khalis rasa betapa pentingnya berfikiran positif. Ye tak?

Khalis bagi kredit ni kepada penulis asal..http://www.izzuddinyussof.com




Angry Birds

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple

yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal

semuanya suka bermain game ini




tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka




sedar x kita...

jawapannya sebab....

Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah







1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad



segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas




"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)




2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu




3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?



sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"




4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu



maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu



dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat





5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan


pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas




6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara




seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka


kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam



tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka



begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam




"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)



sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna






semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds


tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Posted by mykhalis On 7:47 PM 1 comments

Suasana perarakan Penganut Hindu

Rempuhan membunuh 16 penganut Hindu  dan mencederakan kira-kira 50 orang,semasa majlis agama 8 Nov 2011 di tebing Sungai Ganges di utara India.


Posted by mykhalis On 2:58 PM 4 comments

Lelaki menari2 dengan menghayunkan kucing di ekornya


RAMSGATE - Rakaman kamera CCTV menunjukkan seorang lelaki yang menari-nari di jalan sambil menggenggam ekor dan memutar-mutar kucing yang dipegang olehnya.

Kucing malang yang diputar-putar olehlelaki itu hampir menghentam kereta yang diparking di samping jalanan. Seorang pejalan kaki pun nampak menghadang lelaki itu di Ramsgate, Inggris. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Khamis (10/11/2011).

Polis langsung bergerak untuk menangkaplelaki itu setelah pemilik bar di Ramsgate mengirimkan rakaman video lelaki tersebut ke The Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA). Kucing hitam yang bernama Mowgli itu lepas dan lari ke pemiliknya yang tinggal di dalam bar tersebut dalam keadaan tertekan.

"Pemilik kucing itu nampak sedih ketika melihat rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki memutar-mutar Mogwli dengan memegang ekornya. Kami berharap siapapun yang kenal dengan lelaki ini langsung memberitahu kami, sehingga kami dapat melakukan penyelidikan terhadap kes ini," ujar Inspektur RSPCA Caroline Doe.

Caroline juga mengatakan insiden ini merupakan kekerasan yang sadis terhadap haiwan dan tidak dapat dibiarkan begitu saja

Posted by mykhalis On 2:35 PM 1 comments

Cucu Amuk nenek tutup suis komputer

hiasan

KUALA LUMPUR : Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.

Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu. “Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.

Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.


http://www.bharian.com.my/bharian/ar...n4roda/Article


Posted by mykhalis On 2:29 PM 4 comments

nGERI betul!! : Imej Dadah 1 Kilo Di Dalam Perut

Anda tentu biasa mendengar bagaimana penyeludup dadah menelan dadah dalam bentuk beg untuk di seludup keluar. Tetapi pernahkah anda melihat bagaimana keadaan dadah tersebut di dalam perut?

Tentu sekali tidak kan!



Apa korang rasa tengok dadah ni?

Imej di atas adalah imej yang di scan dari perut seorang penyeludup berbangsa Irish berumur 20 tahun, dikenali sebagai P.B.B yang cuba menyeludup keluar 72 beg berisi dadah kokain seberat 1 kilo. Dianggarkan nilai dadah tersebut di pasaran adalah sekitar 150,000 euros.

Penyeludup ini ditahan di lapangan terbang Sao Paolo Brazil ketika dia cuba balik ke Eropah dari "bercuti".

Nota : Dadah ditelan ke dalam perut, berakkan, masuk ke dalam jamban, basuh serba sedikit dan dipasarkan ke penagih. Memang dadah tu taik.

Sumber : Dailymail.uk.co

Posted by mykhalis On 10:26 AM 4 comments

Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus.. Suami Nabila

kenangan....zaidi dan nabila

 “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet. Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu. Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih. Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian.

Posted by mykhalis On 10:24 AM 2 comments

Anak Ahmad Dhani(Dewa 19) minum arak

Gambar remaja yang sedang memegang botol arak itu ialah Ahmad Al Ghazoli anak kepada Ahmad Dhani bersama Maia Estianty. Gambar tersebut diambil pada pesta halloween yang disambutnya bersama rakan-rakan wanita yang telah tesebar di internet.  Beliau lebih mesra di panggil Al baru berusia 14 tahun itu dilihat merokok dan meminum arak semasa pesta itu berlangsung.
Pada kebiasaanya setiap tahun pesta halloween ini akan disambut di rumah ibunya, Maia Estianty di Jati Padang, Pasar Minggu, Jakarta Selatan. Gambar Maia juga dijadikan bukti bahawa ibunya turut ada disekitar parti tersebut.
Media Indonesia menyatakan Ahmad Dhani menyalahkan Maia Estianty. Tapi Media Malaysia menerusi Harian Metro menyatakan Maia pula yang salahkan Ahmad Dhani. Siapa yang salah sebenarnya ni? 



Posted by mykhalis On 10:18 AM 4 comments

11.11.11 : apa bestnya?

Apakah istimewanya tarikh 11-11-2011 Hari Jumaat pada tahun ini. Adakah lebih istimewanya kita beramal ibadah dari melakukan perkara yang boleh memesongkan akidah. Mencipta satu kenangan hidup semata-mata di dunia sehingga boleh melalai kita.

Adakah kita semua ada terfikir dan perasan beberapa kejadian PELIK dan kejadian yang sehingga boleh melalaikan kita pada hari JUMAAT ?...

Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT akan terjadi pada hari JUMAAT. Cuma tiada sesiapa yang mengetahuinya hanya melainkan Allah SWT.

Sekadar perkongsian dan untuk renungan kita bersama, antara kejadian yang berlaku pada hari JUMAAT sebagai contoh hari perayaan. Semua orang akan menyambut perayaan dengan perasaan gembira sekali.

~ 27-11-2009 = Hari Raya Aidiladha "Hari Jumaat"
~ 18-12-2009 = Tahun Baru Hijrah "Hari Jumaat"
~ 25-12-2009 = Hari Krismas "Hari Jumaat"
~ 01-01-2010 = Tahun Baru "Hari Jumaat"
~ 26-02-2010 = Maulidur Rasul "Hari Jumaat"
~ 02-04-2010 = Good Friday "Hari Jumaat"
~ 28-05-2010 = Hari Wesak "Hari Jumaat" 
~ 27-08-2010 = Nuzul Al-Quran "Hari Jumaat"
~ 10-09-2010 = Hari Raya Aidilfitri "Hari Jumaat" 
~ 05-11-2010 = Depavali "hari Jumaat"
~ 22-04-2011 = Good Friday "Hari Jumaat"
~ 16-09-2011 = Hari Malaysia "Hari Jumaat"

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir 
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ). 

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 

12. Kawan yang baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. 

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 

Oleh itu, banyak-banyak kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa-dosa kita diampunkan Allah. Amin. Pesanan ini adalah untuk diriku.

Thursday, November 10, 2011

Posted by mykhalis On 8:06 PM 0 comments

Iklan kereta proton saga 1986


Pergh.. bila tengok iklan ni..baru Khalis tau kenapa proton saga masih banyak di jalan raya..setakat nak lintas Inspira anytime je.. tengokla.. camne ujian manual di lakukan..

Lawak gile arr

camne?jom pakat cari proton saga lama balik..heh

Posted by mykhalis On 8:05 PM 3 comments

Lagi gambar beauty and the beast(kali ni benar2 berbulu)!!

Yu Zhenhuan adalah antara manusia yang paling berbulu di dunia. Untuk hidup normal.. dia boleh menjalani rawatan laser.. tapi yang pasti ianya menyakitkan..

Namun, dengan semangat yang diberikan oleh isterinya, Khalis percaya dia akan jadi lebih bersemangat.. tengoklah..pada gambar rumah ni takdela kaya mana sangat.. tapi apa yang membuatkan perempuan jatuh cinta dengan seseorang itu? semestinya.. hati yang tulus dan suci..tak caya tanya isteri2.. kalau tak kerana hati suci takdenya dia nak terima lelaki tu jadi pasangannya..


ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...