Pages

Support Penaja

Selamat Datang ke blogslucumenarik

Terima Kasih.. Datang dan hebahkan pada kawan-kawan anda

Hiburan

yang terkini lagi sensasi

Lawak dan Jenaka

Ada banyak cerita dan gambar yang mencuit hati

Politik

Mungkin memanaskan hati siapa yang tidak mengerti maksud sebenar

Ngeri dan Seram

Perghh..bikin serun je.. sabo je la ek?

Tuesday, July 24, 2012

Posted by NzmXI On 10:20 AM 0 comments

Wings kini bernaung dibawah KRU

Syarikat rakaman KRU Music yakin dengan penerimaan pendengar terhadap muzik rock yang dibawa oleh kumpulan rock lagenda yang kini berusia 25 tahun iaitu Wings untuk merakamankan album terbaru dibawah naungannya. 

Bertempat di Hard Rock CafĂ©, Kuala Lumpur pada hari Jumaat yang lalu telah berlangsungnya majlis perasmian memperkenalkan Wings sebagai artis baru dibawah naungan KRU Music. Ini adalah antara kepercayaan yang diberikan oleh kumpulan lagenda itu dalam proses mengeluarkan album terbaru berjudul "Menakluk Kosmos". 

Ujar Norman Abd. Halim selaku Presiden Eksekutif KRU Studio, dia amat teruja dalam melaksanakan projek ini kerana Wings bukanlah sebuah kumpulan biasa namun populariti yang dikecapi hingga kini memungkinkan KRU sanggup berlabur besar untuk album yang bakal diterbitkan nanti. 

"Bukan mudah untuk mengajak mereka bernaung dibawah syarikat kami, lagi-lagi mereka sudah banyak pengalaman dengan syarikat rakaman sebelum ini. Namun perjanjian dan juga kontrak telah dipersetujui semua setelah memakan masa hampir 2 bulan untuk mendapat kata putus dari kedua-dua belah pihak. Akhinya semuanya berjaya dan saya serahkan semua proses pembikinan album dan juga material kepada pihak mereka kerana percaya dengan kebolehan mereka sebagai artis lama di dalam industri hiburan ini." 

Norman turut menambah, sekarang dia telah memberikan kepercayaan penuh kepada artis dibawah naungannya untuk berkarya tanpa batasan. 

"Kesemuanya saya serahkan kepada mereka dari segi pembikinan album namun dari segi publisiti dan juga pembikinan video klip saya rasa kami sudah memiliki kepakaran yang cukup hebat." 

Selepas lebih kurang 10 tahun tidak menghasilkan album , Awie selaku jurucakap kumpulan memberitahu bahawa projek ini boleh dikatakan sebagai sebuah projek saudara dimana dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari KRU disebabkan oleh mereka adalah orang tempatan. 

"Saya berasa terpanggil untuk menerima tawaran mereka setelah melihat kontrak yang diberikan. Saya berpuas hati dan juga apa yang boleh saya cakapkan disini adalah, saya mahu kami sesama saudara saling bantu-membantu. Saya yakin dengan tenaga kerja pihak mereka terutamanya di bahagian promosi dan jualan mampu untuk menaikkan kembali nama Wings seperti dahulu." 

"Menakluk Kosmos" adalah album studio Wings yang ke 10 dimana ia akan memuatkan beberapa lagu baru dan juga rentak yang dimainkan juga akan lebih mengikut peredaran semasa. 

Antara artis lain yang bernaung dibawah syarikat rakaman KRU Music adalah kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia.


Posted by NzmXI On 10:13 AM 0 comments

10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia part 2

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha 

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.

Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi un

Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

 Masjid an-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haj. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

Posted by NzmXI On 9:58 AM 0 comments

10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia part 1

Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.


 Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina balik satu dekad kemudian. Ia antara masjid yang pa

Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.


Masjid Taj Ul di Bhopal antara masjid yang paling besar di benua Asia.

Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.

 
Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

 Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

 p/s: bersambung laa...

Posted by NzmXI On 9:46 AM 3 comments

Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal

Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri. 

Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. 

Pada hari Selasa yang lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat. 

Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?" 

Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi

Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
Famous hina bro RT@ bashrafi: Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung.
 
Aida Amyra Khapez @aidaamyra
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.:/ 

feeqa?areen @feeqanadia
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg.. 

Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat. 

Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin berkongsi sebab ingin tahu apa alas an mereka. Macam saya dulu, saya ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak bertudung). 

"Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif? Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan pengguna lain. 

Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada mendalami ilmu agama itu sendiri. 

Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?"


Posted by NzmXI On 9:38 AM 0 comments

Penganjur konsert terbuka Siti diberi amaran

22 Jul – Ekoran kehadiran penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang telah mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu, Kerajaan Negeri Kelantan akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.

Takiyuddin yang ditemui sejurus selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam, Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, di sini Selasa turut mengingatkan penganjur atau individu termasuklah ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

"Sebelum ini kita menerima maklumat daripada penganjur program tersebut memaklumkan bahawa ia adalah program motivasi. Namun di sebalik majlis itu, mereka membawa penyanyi wanita terkenal menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka. 

"Ia memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang," ujarnya lagi. 

Tambahnya lagi, pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. 

Sabtu lalu, majlis sambutan hari guru yang diadakan di Kompleks Sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab yang dihiburkan oleh diva no.1 Negara itu mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

 

Posted by NzmXI On 9:28 AM 1 comments

Yang Biasa...Yang Luar Biasa nyer?

Sembahyang
Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih “Better late than never” menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.

Sedekah
Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.

Berjaga malam
Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

Kerja
Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang “Luar Biasa” kepada Allah SWT… Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya… InsyaAllah… Aminnn….

Posted by NzmXI On 9:23 AM 0 comments

Tips di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua pebaca blogslucumenarik...camne perjalanan Ramadhan anda semua,? harap berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang kemudharatan...jadi di bulan ramadhan ini, saya nak share sikit tips untuk dikongsi bersama...
http://muharikah.com/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan.jpgp/s: jangan korang puasa yang yok ye..walupon x sempat nak bersahor....hehehe

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...