Motivasi pagi Jumaat.. Tapak Sulaiman


Kisah ini Khalis baca dah lama,,masa tu Khalis mencari bahan-bahan untuk program motivasi,, So, Khalis akan ceritakan mengikut cara Khalisla..Kalau dah ada yang dengar,, sori..

Ada seorang pendita yang duduk di dalam gua sedang bertafakur( secara ikhlas, kenapa kalau pendeta mesti duduk dalam gua atau atas gunung??)Abaikan.. nak jadikan cerita, kerana dia bosan, diapun keluar dari gua dan dia berjalan-jalan di tepi pantai.

Sedang dia berjalan-jalan tue, dia nampak seorang budak kecik sedang mencampakkan Tapak Sulaiman ke lautan semula. Memang ketika itu, ratusan ribu tapak sulaiman terdampar. Mungkin nak mati dah semuanya( Khalis minta maaf sebab tak kaji tapak sulaiman memang mati ke atas darat..cari sendiri ek?)

Pendeta ini pelik dan menghampiri orang muda, lantas bertanya.

" Apa yang sedang kamu lakukan wahai orang muda?"

Pemuda itu memandang pendeta seraya berkata

" Cuci kereta wahai orang tua"hehehe( biasanya adik-adik mesti gelak kalau Khalis cakap camni..takderla..)

Pemuda itu menjawab..( ini jawapan sebenar tau)

" Saya kesiankan tapak sulaiman ini, jadi saya ingin menyelamatkan mereka, sebab itu saya mencampakkanyya ke dalam laut semula"

Pendeta itu mengurut-ngurut janggutnya dan berkata.

" Kenapa? bukankah kau membazir masa?tengok sekeliling kau.. tak luak sedikitpun tapak sulaiman,, kau buat kerja sia-sia!! baik kau balik sahaja"

Orang muda itu terdiam.. dia terfikir,, dan dia terfikir ada betulnya kata-kata orang tua itu.

Orang muda itupun lihat sekitar, memang banyak lagi tapak sulaiman, tak mampu dia nak selamatkan semua..

Kemudian dia ambil seekor lagi tapak sulaiman untuk balingan terakhir sebelum pulang..Ketika hendak mencampakkan tapak sulaiman terakhir itu, dia terfikir..dan dia meluahkan apa yang dia rasa pada orang tua itu.

"Orang tua, aku mungkin tidak dapat menyelamatkan semua, tapi setiap tapak sulaiman yang aku telah selamatkan besar maknanya. Kerana aku orang kecil tak bermakna aku tak mampu membantu tapak sulaiman ini, selagi aku terdaya, aku akan mencampakannya. supaya ada tapak sulaiman terus selamat,tidak dibiarkan mati begitu sahaja"

Lelaki tua itu terdiam dan dia pulang ke guanya dengan perasaan malu..


Pengajarannya..Khalis sebagai blogger bukanlah sehebat tv dan radio untuk menyampaikan sesuatu, namun, bagi Khalis, andainya selama Khalis menulis dalam blog ini, ada yang terniat di hati kecilnya, walaupun sedikit untuk berubah, itu lebih baik dari khalis tak buat apa-apa. Setiap orang perlukan kata-kata semangat dalam kehidupan seharian..Jadi, kalau anda merasakan entry anda tidak meninggalkan kesan pada pembaca, anda silap.. mungkin dalam 1000 ada seorang sahaja terkesan dengan apa anda sampaikan. Cukuplah dari anda tak buat apa-apa dengan mengharap orang lain..Betul tak?

Comments

Koding said…
Batu yang keras akan lekuk juga akibat titisan air yang berterusan..

Apalagi hati batu manusia.....
Ayie said…
ini entry khalis yang ke 216.. wow.. ^_^
betol tu bro... sekurang2 nye kita cube untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada pembaca.... dalam banyak2 yang membaca, mungkin sorang akan mendapat kesannye kan...:)
~nsar~ said…
fiqah sokong statement yang bawah tu... kalau tapak sulaiman itu dapat hidup.. dia dah doakan pemuda tu.. macam mana orang yang baca penulisan kita... jika terdetik di hati dia untuk berubah.. maka dah dapat pahala buat kita..
safurara said…
betul tu bro.kadang2 kite tak perasan yg bile kite lakukan sesuatu,even perkara tu kecil but kdg2 sungguh besar maknanya.
shams said…
manusia mg takde yang sempurna..
sebab tu kita manusia saling hidup bergantungan tuk melengkapi antara satu sama lain..mengingtakan mane yang terlupa..
dan membawa kita kepada kesempurnaan dan keredhaan ALLAH..
Anonymous said…
emh!setiap org perlukan smangat..perluka motivasi..mgkin setiaphari perlu..huhu..
Anonymous said…
Setiap apa yang kita buat walaupun kecil sahaja pasti ada ganjarannya. Kalau kita buat baik dapat balasan baik begitu juga sebaliknya.
Miss Shikio said…
betul tu...

kita sudah melakukan yg terdaya biarpun mereka menganggap ia hanya perkara kecil
yuyu jannah said…
bagus betul pengajaran cerita ni..setuju sgt..
dwatyKNY said…
betul... mungkin kita bukan ikon supaya org akan terima apa yang kita sampaikan.. tp sekurang2nya dengan blog ni... kita boleh sampaikan kepada semua... pasti ada yang meninggalkan kesan pada diri...
Ora_Adzlin said…
betul betul betul :)
good advise :)
FurBall said…
hr tuh alexa ada tulis pasal palestin dan betapa kecik pon sumbangan kita, tp atleast kita ada buat sesuatu..lebih kurang apa yang khalis cuba sampaikan..tidak bermakna kita tidak dikenali maka apa yang kita buat tidak mendatangkan hasil yang besar utk semua..maaf nak cakap..tapi mostly org kita skrg nih mcm tuh..dalam diri mmg dah ada stereotype thinking yang buang masa jew wat benda yang kecil sbb tade hasil..

Popular Posts