Pages

Support Penaja

Friday, April 29, 2011

Sembahyang dan alasan

Posted by mykhalis On 11:41 PM 27 comments


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai??

Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!

Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?

Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?

Boss : Naper?

Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Mat Peon : tima kacih Boss!!!


Pss// cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa terutama suami yang isterinya sedang berpantang,, ini hanyalah rekaan semata-mata

27 comments:

haha.. xbleh blah... tu balek bukan nak sembahyang.. tu nak beromen namenye :)

wahahaha.. tapi ada alsan sembahyang..

ok..aku cuba berfikiran positif..dia nak solat jemaag dengan isteri dia..da seminggu dia solat sorang2..

*dalam hati,Tuhan saja yang tau..hehehe

bahahaa..2 in 1 la tu.blh smbhyg sama2, blh geli sama2 dh. :D

haha, mcm ngek je alasan yg paling last tu. tapi yg tulah yg diterima. haha

Sorang lagi staf x nk balik lepas waktu pejabat walau dah larut malam..

Boss pun tanya "Napa tak balik"

Jawab staf "Isteri cuti sembahyang"

hahaha... Yana hanya mampu gelak...

khalis..soe taw lme xsinggah..nty amni singgah smle..nak tw knpe...bcelahh latest entry amnii..^^

hahahaha..
double meaning rupanya~ :)

hahaha..
cam xleh blah je alasan die..

Baik betul boss tu ye dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Haha.

ha ha ha.. pandai mat peon carik alasan ye.. kih3

aduh,peon kena cuti seminggu eh :p

haha ntah apa2..yg last tu alasan best ok..boss pun faham

haha .tak bole bla punya alasan ~

isk2..alasan terakhir tu bahh..adoyaiii hehe

bos yang memahami.bos macam ni lah disayangi pekerja.haha

Aaa... LUcah.. hahaha

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...