AC Mizal masuk parti UMNO


AC Mizal hari ini dikatakan menyerahkan borang keahlian kepada UMNO.. Menurut AC Mizal,, dia dapat tawaran dari parti pembangkang,tapi tak serasi dengan perjuangan, maka UMNOlah tempat dia menawarkan diri.

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...

"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

- Bernama


Sumber di sini




 dengan skandal beli gelang puluh ringgit je dia beli di China dan jual di Malaysia sampai ribu-ribu, Kes nafkah anak yang liat nak bayar.. hmm.. UMNO memang tempat yang sesuai.. Kalau tersingkir je Jambu dari Maharaja Lawak.. takde dah nak tengok!!

Comments

Akunyer said…
cayalah AC.. dulu,kini dan selamanya
cik ayin said…
biase la tu..

mungkin UMNO je yg serasi dgn AC..

pk baik je le..

;p
Miss Shikio said…
bidang politik pulak...

apa2 pun, Perak adalah tempat kami berdua.. wahhh! caya lah..

hahaha~
Ms.ze said…
dulu, kini dan selamanya..
kucar takkan faham apa itu politik ==''
Unknown said…
masuk umno ke masuk pembangkang ke x kisahlah janji jgn terkangkang udah lah!!
amny said…
tertidur baca entry niii..zZZzZZz
Nurul Shaheedah said…
gelang tipu ke ? haih. politik2. bior le dia nak masuk parti mana pun.


dulu, kini dan selamanya.
peace (^_^)
mOon EyEzS said…
mmg sesuai sgt la dgn dia...bgs3...
alaa...mesti ada sebab politik tu

Popular Posts