Tips untuk blogger dan pembaca ingat Blog kita ( Pengenalan )
Kalau dalam bahagian pertama Tips untuk blogger dan pembaca ingat Blog kita, Khalis ada kongsikan 4 teknik. Dan teknik yang Khalis kongsikan adalah mengikut kesesuaian. Macam Khalis ada bagitau, kita tak mungkin dapat praktiskan kesemuanya, tapi dapatkan 1 dan amalkan, InsyaAllah..
Bagi bahagian ke dua ini, Khalis nak kongsikan tips yang agak berat sikit, tentunya mengikut kesesuaian follower, reader, pageview anda. Kalau anda berblog suka-suka, apa kata gunakan teknik di bahagian pertama dahulu. Bila sudah ada sahabat blogger yang baik dan kamceng, serta reader yang tidak berkurangan, teknik berikut sesuai digunakan.
Baiklah, pendapat Khalis, ada 3 jenis blogger. Khalis akan kelaskan teknik ini mengikut kumpulan dan anda sendiri tahu di mana anda berada..
Pertama Blog yang terkenal di kalangan blogger sahaja
Golongan ini biasanya tidak ada interaksi dengan readers bukan dari golongan blogger. Di dalam postnya akan ada tips cara berblog yang baik, segmen, review dan GA, cerita-cerita peribadi dan paling penting kalau readers luar terbaca blogs dia akan pening sebab tak faham. Blogger ini mempunyai hubungan yang erat sesama blogger, mereka akan rajin ziarah n komen antara 1 sama lain. Kalau kita lihat, blogger ini hangat di kalangan blogger tapi suam suam kuku kepada readers luar. Jadi jangan pelik kalau blogger ini mempunyai komen yang banyak kerana mereka rapat antara satusama lain.
Contoh terkenal: A.Ben
gambar hiasan rehat minda |
Kedua Blog yang dikenali oleh blogger dan juga readers luar.
Blogger ini biasanya mengamalkan teknik pikat dan tawan. Mereka menyediakan entry-entry yang membuatkan readers dan bloggers seronok untuk tahu. Dalam jenis ini juga ialah blogger yang memberikan tips keibubapaan, agama, fakta-fakta menarik dan pelajaran. Samada bloggers mahupun readers rasa terbabit dalam setiap post yang mereka kongsikan. Kebiasannya komen yang meraka dapat tidaklah banyak kerana readers bukan blogger sangat malas untuk mengomen.Kecuali blogger jenis ini rapat dengan blogger lain, mereka akan dapat komen yang banyak jugak.
Ketiga Blog yang terkenal dikalangan readers luar dan tak peduli pasal bloggers n followers
Blogger ini memang jenis otai dan mereka tak perlukan bantuan bloggers untuk mempromosikan mereka. Tumpuan utama mereka ialah kepada readers luar. Blogger jenis ni takkan Khalis nak ajar pulak..Diorang punya rating biasanya dah cecah puluh-puluh ribu pageview. Dan jenis ketiga ni biasanya takkan bacapun post nie..Hehe. Bagi dah cecai level otai, komen yang mereka dapat beratus-ratus kerana readers merasakan diri mereka sebahagian dari blog ini.
Contoh terkenal: Blog serius. Ohmedia
gambar hiasan rehat minda |
ok..sekarang masing-masing dah tau jenis blog masing-masing? Khalis akan teruskan pada entry seterusnya untuk mengelakkan terlalu panjang. Tujuan Khalis agar readers tidak memandang mudah pada dunia blogging ini.
Kalau jenis pertama, andalah yang menghidupkan komuniti blogger. Anda membuatkan semua blogger bersatu dan saling support antara satu sama lain. Untuk menjadi blogger jenis kedua mahupun ketiga, sokongan dari golongan blogger adalah amat penting. Malah golongan pertama ini sangat rajin mengklik iklan..
Kalau jenis kedua. Teguhkan semangat, supaya hasil tulisan kita sampai kesemua orang. Kalau kita ingin menyampaikan apa jua fakta, ilmu mahupun cerita, biar apa yang kita tulis semua orang dapat selami. Jangan kerana kita merasakan blog kita tidak glemer, kita buat sambil lewa. Citarasa setiap manusia berlainan. Masing-masing ada minat masing-masing. Tingkatkan level blog anda kepada tahap lebih proesional.
Disebabkan ini adalah babak pengenalan, nanti dalam bahagian seterusnya, Khalis akan kongsikan sedikit pengalaman yang Khalis ada dengan anda. Kalau sudi sila tunggu dan Khalis akan berikan tips kepada blogger jenis pertama dahulu. Walaupun Khalis bukan jenis pertama, tapi ramai sahabat blogger Khalis merupakan contoh terbaik untuk kita kongsi.
Comments
tapi Miss Shikio xtaw lah Miss Shikio punya blog kategori mana..
hahaha~
Blogger Syok Sendiri....
taktahu dalam kategori mane..
x dikenalii..hahah..
hanya suka merapu..kih3
;p
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/risiko-risiko-bila-jadi-cikgu.html
tapi info ni sangat menarik, tenks! ;)
chii ske baca tips2 camni..thanks :D