Wanita dan elemen mereka

Filem yang meruntun jiwa ragaku.. 200 pounds beauty
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.


My wife anak ketiga, adik perempuan anak ketiga, mak Khalis? anak keempat


kesimpulannya.. Suka suka je entry nie,.,.yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan..

Comments

Unknown said…
Yana api ke..? hahaha.. memang bertuah sapa dapat Yana ni.. ekekeke..
amny said…
amni air??? ye kee..xcaya rr..hehe
MFI said…
untuk lelaki xder ke?? nak tau jugak lelaki yg mcm mane..
tips yang baik untuk cari bin yang sesuai..... hehe
Nurul Shaheedah said…
saya air! boleh tolong siram org time terbako. ekekekeke
Miss Shikio said…
angin..!

pandai memujuk rayu lah konon..

hehehe
adan said…
tanah dan angin best.. hehehe.. pernah mengenali pompuan anak pertama.. angin belum pernah lagi..
wah ! atiey yang pertama . tanah . untuk lelaki tak ada ?
athirahzaki said…
saye tanah la ni?
tapi saye pemarah,
huhuhuhu
dill said…
kenapekah saye tidak seperti di atas? haha!

Miss Dill^^
Anonymous said…
Api !!! perghh !
blog-tips-kurus said…
'tanah' rupanya... bagaimana dengan ciri-ciri negatifnya?

* sarap ape pagi ni? nasi berlemak atau roti dicanai? hihi..
mOon EyEzS said…
suka entri ni...sgt suka...
npk nya mOon akan jd isteri yang pandai dan cekap menguruskan hal rumahtangga...yeahhhh...
chentaNUYU said…
angin! untung en.Honey haha
Ayie said…
wah.. buah hati teman dipengaruhi angin.. untung le teman.. HAHAHA
RHI said…
akak anak ke 6, setakat ini adalah kena sedikit...hahaha
Fyqa said…
err.klo yg belum kawen ni mcm mna pulak. utk sape.hehe
Anonymous said…
mungkin ada kebetulan.. nak amik jadi pegangan mmg tak boleh kan...
Akunyer said…
anak 1st... tapi cam tak dak yang betul pun... ngeee
KUKUMALU said…
im da 4th..angin..ewwW~
lalink7 said…
kiter airrrrrrr....best2...
:: cikNuurul :: said…
@adan best ek adan?,.kih3,..sy unsur tanah,.huhu,..sje2 je suke2 kan khalis?,.hurmm,.
terulung said…
mak metua kite cakap, susunan dia tanah-api-air-angin. suami saya tanah. saya air. tanah xle jumpe tanah nanti gempa bumi. air ngan air nnt banjir. api ngan api nnt kebakaran. angin n angin nnt puting beliung. lbh kurg la
Azura Mendezz said…
Im pisces..tp i anak sulung..
canner erk??
hahahaahhh!! =P
Anonymous said…
suka la entry suka2 ni :)
Anonymous said…
salam. saya mohon nak share ye? nti sy link kan kt blog ni. :)
Anonymous said…
thanks! :)

Popular Posts