Best tak menghina blogger/orang lain?? Perempuan Murahan??gurauan ke camni?

INI ENTRY BOLEH PUTUS SAHABAT!!

Bila kita menulis post, kita ada tujuan kita. Kebanyakan kat sini mengaku bahawa mereka blogger syok sendiri je, bukan Khalis cakap, anda yang cakap..tetapi mungkin anda tak sedar bahawa blog anda juga mendapat perhatian pembaca.Itu keistimewaan yang anda mungkin tak sedar.


idola.. tapi tak bermakna kita boleh jadi macam dia

Tapi Khalis jumpa ada segelintir melangkau batasan gurauan. Mereka mengambil langkah untuk memperkenalkan diri mereka dengan menggunakan perkataan kesat dan kasar. Khalis percaya ada effect dari budak gemuk Obefiend..siapa tak kenal? walaupun menggunakan platform blogspot. 12juta pageview..perghh..Superb..Khalis peminat bro obe dah lama dah. Dari zaman bujang, dari zaman takde blog lagi. YUp,, dia seorang blogger yang bermulut celupar, tetapi memang dia berani atas keceluraparan dia.

Khalis tengok pernah dia troll twitter PM kita. Tak berani ke tue. Dan Khalis ingat lagi dia menulis bukan untuk menganjing atau menghina orang lain. Maksudnya, dalam page fb dia, ada seorang blogger mintak dia kutuk perempuan pakai tudung tapi seksi. Dia dengan slumber jawab." NO!!".Dia takkan memilih topik yang menjatuhkan maruah orang lain secara terus terang..Ada adab la jugak dia nie.
dengki ke ape?

Tapi Khalis tengok, ada segelintir blogger merasakan mereka terlebih berani dengan mempermainkan stail dan cara orang lain. Lebih dari obifiend sendiri..Penggunaan bahasa kesat digunakan untuk menganjing orang lain supaya mereka kelihatan hebat. Kerana apa?Perlu ke perkataan sial,babi, perempuan murahan dalam perkataan supaya menjadikan diri lagend?? Tahu tak berapa ramai kawan-kawan blogger makan hati? Pada anda gurauan.. pada mereka yang terkena atau terasa apa anda rasa

Khalis tengok ramai yang menjadi pengikutnya dan mula bercakap merapu-rapu dengan menyertai segmen2 yang dia anjurkan. Serius? Khalis ada seorang sahabat blogger yang bagi Khalis memang kalau baca entry dia, dia cukup manja. Dia menyampaikan apa yang dia rasa kepada pakwe dia dan Khalis percaya pakwe dia suka.Khalis sukew kalau isteri keter bagi ayt manjew.. Ko takder jangan sentap nak bagi orang lain merasa kenikmatan bercinta..

Khalis tak pernah baca dia wat entry KHAS untuk menghina blogger yang menggunakan kata kesat. Tak pernah!! Tolonglah hormati orang lain. Kita boleh glemer so what ever.. Tapi jangan kita naik kerana hina orang dan cara orang lain. Ada cara untuk menasihati. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak..
ke terlalu berani

Yeahh.. Khalis tidak selesa mereka yang ada verification code pada komen..blog ada blink-blink..tapi perlukah kita terus-terus berkata secara kasar untuk menyedarkan orang itu.Hormati blog orang lain. Khalis kadang-kadang komen dan bagitau,kalau dia tidak mahu ubah itu memang cara mereka..sama macam lagu. Siapa yang menetapkan itu betul itu salah? Kita cuma memikirkan kesenangan kita nak mengomen, tetapi mungkin niat blogger nak tengok ada tak readers yang sanggup komen walaupun dia wat verification code. Itu cara masing-masing. Ini tulis jijikla..bodohla.. celaka anjing babila.. ape nie?
peace


Khalis menulis kerana ada sebuah entry murahan bertajuk "perempuan murahan"yang ramai blogger lelaki  post dalam blogs. Sampai Khalis tak tahu siapa pencipta sebenar..tapi makan di fast food tangkap gambar dipanggil wanita murahan?Sedih la.. MY WIFE N MY SISTER bergambar camtu.Kenangan berjalan-jalan.. itu wanita murahan??! Serius offend.. Blog Khalis hanyalah blog yang picisan sahaja..tak bermakna Khalis tak boleh luahkan perasaan keciwa Khalis sikap biadap dalam penulisan entry semakin tersebar.

Bersederhana dalam penulisan. Kita buat kawan di dunia blog ini.Kita nanti, kalau sudah dikenali,cara kita akan jadi ikutan pembaca. Macam bro obe.. ayat dia..berapa ramai gunakan.. Tapi dia tak hina orang lain.He is just big fat loser..bukan Khalis cakap..itu dia punya ayat..tak sabar tunggu buku lu bro( serius Khalis tengah bodek dia ni )


Peace no wars.Khalis emosi sebenarnya bila melibatkan entry yang tak gunakan otak. Kepada yang pernah ambil dan postkan dalam entry,itu hak anda.. Anda mungkin rasa seronok masa post. Tapi perempuan murahan adalah sluts..dan sluts lagi hina dari pelacor k?? Hari ini anda seronok.Kalau nanti ada adik anda sendiri buat,,jangan salahkan orang lain kalau mereka panggil dia perempuan murahan pulak.

Comments

adwafarahin said…
adwa sokong!

jgn la hina sesama kita,sape kite nk judge org lain,masing2 ader stail penulisan masing2 tp pliss jaga adab
jaga sama perasaan org lain
jgn sebb nk popular buat post hina org lain.

berubahlah demi kebaikan *aiceh..haha
RHI said…
akak belum lg jumpa blog macam tu, tp memang tak patut, kitakan nak cari kawan bukannya lawan...
agreed!

sesukat hati nak judge orang lain sedangkan family sendiri pon die tak tahu macam mana kelakuannya bile diluar or bukan depan mata die. masing-masing ada hak dan cara masing-masing untuk buat sesuatu dan jangan nak sempitkan pemikiran dan cakap bukan bukan pasal orang. orang macam ni la yang sebenarnya SEMPIT OTAK!.

hahhaha..ter'emo' pulak..

juz my opinion :)

peace!!
Anonymous said…
ini yang isu 25 senarai perempuan murahan yang kat fb tu ke?? O.o
x pyh nk panggil perempuan lain perempuan murahan lah kan.lelaki pn byk yg murahan.mintak duit dgn gf, layan semua perempuan mcm awek, mcm2 lg.x gitu? :)
adibah aziz said…
saya benci kalau org kutuk2 ni . siap tepek gambar lagi . even org dlm gambar tu jahat seksi , tapi tolonglah tutup mata dia . agaknya sy ni konservatif kot . :)

kita yang jadi agen buang tahi sedara sendiri .

thanks bro . nice artikel . like666
Anonymous said…
adat dunia khalis..sumetime orang gunakan blog ni sebagai diary on9..so dorang tak ak bitau pada orang terdekat dan lebih suka untuk menulis dan rasa puas dengan entri2 macam tu..so ak buat mcm manakan..
Anonymous said…
yup...sy sokong 100%.... ~
mykhalis said…
@adwafarahin yeah..masing2 ada cara..takperlu kesat dalam penyampaian,,berhemah
mykhalis said…
@yatie Awang betul tue.. lepas tue tak perlu kawan kita kenal kerana ayat kasar kita
mykhalis said…
@hanidatul shatira masing2 ada salah, ada betul, bagi pelunag untuk berubah dari kita jerit2 tengking2..tak brekesan pun
bile semua rase ape yg die wat tu btol, tu yg jd cm ni kn..
mykhalis said…
@farah
25 ke?khalis baca ada 10 je
mykhalis said…
@Muhamad Zaki Zafir betul tue..kita sendiri belum tentu betul
mykhalis said…
@adibah aziz hahaha..yup..kita sendiri menghina..sampai terududk orang tue..tak blh ke guna perli ke.. kita kan ada cara kita
mykhalis said…
@CutieIntan hahaha..betul..tapi Khalis prefer cara berhemah..bayangkan kalau budak2 mengikut cara ni dalam pertuturan seharian??
Anonymous said…
betul tu..tak suka kot baca yg macam tu.

btw, blog atien ade blink2 kat header. mesti khalis tak suka,. huu
mykhalis said…
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine kerana tidak ada orang menegur..semua rasa"oooo..boleh maki orang rupanya"
mykhalis said…
@sweet stalker tak suka..sebab khalis tak boleh fokus..hahaha.. Khalis ada marah atien ke?sori2
Anonymous said…
setuju...setuju...setuju...pernah jumpa blog macam tu...hadoyai macam sedara mara perempuan dia tak buat je...mungkin dia tak ada sedara mara perempuan kot...semua lelaki je...tu yang dia pelik sangat tu...selalu singgah blog ni tapi suke jadi silent readers
kak gojes said…
tak pernah lagi guna perkataan cam BA** ka apa...memang kurang sopan...
Akunyer said…
lepas baca entri ni buat saya terfikir...thanks..

mungkin ada orang yang buat entri tersebut terlalu ikut emosi kot...hoho selamba kata orang murahan la...apa la... haishh moga saya tak termasuk dalam golongan yang senang-senang nak menganjing orang..eheh cam kasar lak ayat saya tu... kalau ada saya tercakap / tertaip benda-benda yang tak elok do tell me ya... :)
no_answer said…
ouh , paham entri nie untuk sape .

mungkin dye x berniat nak ckp semua gadis yang bergambar di fastffood sumer tuh adalah perempuan murahan .

mungkin bg dye yang melampau-lampau .
yang terlalu gedik .
yang memang orng jijik bila tngok .
atas atas tuh pun kite boley nmpak dye cube sampaikan untuk gadis yang xterkawal pervuatan nyer .

iz bace semua entri dye , dye memang jenis cakap lepas .
memang bergaya sempoi .

dye tak cakap sume pompuan bergambar kat fast food tuh perempuan murahan .yang annoying je :D

tapela , masneg maseng ade pendapat sendiri .
Sozcyili said…
Huishh aku rasa pernah jumpa kat geng blogger. perempuan murahan. takdelah aku baca. nampak macam sensitif jer. benda2 camne kalau kita teroll dorang mao dorang attack aku di blog bertubi2. kalau maki tue mesti guna nama anom punyalah. hehehehe
dya adriza said…
uiks..wujud ke blog gitu khalis.. cecite.. cecite..
Encik MamaT said…
bahasa yang sempoi dan bahasa yang perasa best tu lain.. hehe.. tu la.. semua tu trik nak bg trafik tinggi je tu.. teknik murahan.. haha
hah, mmg setuju.
klw nak tegur, tegur la cara elok2.
kdg2 tu kemain kuang hajar.
bagus entri ne, ada input.
=)
Unknown said…
ehh.. ade he.. tak tahu pon Yana.. haha... (nampak sangat tak menjelajah ke blog lain..) hahah..
btol la.. tak baik kita kate orang tu cam murahan or ape ke.. nanti terpalit kat hidung sendiri.. (Yana pon takot gak ni.. kot2 ade ke bahasa yang kasar penah Yana post..)
Puan Kutu said…
perempuan murahan?kesian..
Fyqa said…
*alamak..nape ye. sy pon tak tau ape sbb cik khalis xleh komen kat shoutbox.huhu...
safurara said…
bro ada ke blogger cm ni?xpenah tgk pon.kt mana?hmm sy sokong yg bab verifycation tu.mcm menyusahkan je.
Miss Shikio said…
Miss Shikio dah lama tungu post mcm ni. Kita sebagai manusia x berhak menilai orang. Plez lah, walau sebesar mana dosa dia pon, bukan hak kita nak nilai dia masuk neraka ka apa ka. Itu urusan Allah, kita tidak boleh masuk campur. Setiap manusia ada perasaan, plez respect prasaan tu.
Cik Bambam said…
sy pon ada entry pasal bnda nie juga..teguran dalam makian.. tp auto publish petang nnt..hahahah..

siyes x setuju.. kenapa makian digunakan dalam teguran?
mykhalis said…
@yuN Kaer tapi khais perasan yuk kaer..kadang2 ada jugak komen kan?
mykhalis said…
@Eryati sangat2 tak senonoh
mykhalis said…
@~~Ticer Wann~~ ini bukan isu esmosi.. kecelaruan identiti mungkin
Cik TeN10 said…
emm bila ade bnda2 mcm ni rsa mcm sedihnye.. blog ni salah satu medium yg bagus utk berkongsi cerita di alam maya.. medium yg baik utk berkarya dgn cara masing2.. maybe org2 tersebut tak sedar penulisan diorg mengguris hati org lain.. harap2 mereka berubah.. :)

thanks khalis sudi jenguk blog seposen sy tu.. kl ada silap tegur ea.. bg sy teguran yg berhemah itu boleh buat sy jd lebih baik.. so kpd semua tegurlah dgn cara yg berhemah :)
mykhalis said…
@no_answer yeah..untuk semua yang terasa.. for me.. nak buat ayat kena terang.. jangan ada persoalan boleh timbul..
~nsar~ said…
fiqah selalu lambat baca entry khalis.. tengok dah 34 comments.. hehe.. okeh...
balik kepada tajuk sbenar... fiqah penah keluarkan entry ni dulu.. kenpa dikondem perempuan yang tak cantik... fiqah penah baca satu blog.. lepas tu ada plak yang folow back entry dia di blog memasing.. macam backup la.. fiqah ngaku fiqah tak lawa... mcm langit dengan bumi la kalau dengan yang lawa-lawa diluar sana... tapi boleh ke dia cakap suka hati kat perempuan yang tak lawa... bagi stmt yang tak patut.. bagi gelaran yang sangat menyentap jiwa... boleh nangis kalau tak kuat...

baik sangat ke kita ni nak kondem orang..
bagus sangat ke kita ni nak buruk sana buruk sini.
kita ni ada sifat nabi ke sampai nak humban segala mak nenek kat orang lain.. tak guna akal betul...
mykhalis said…
@@AmenoWorld haha.. aku tak kesah punorang guna anon.. ini suma loser.. kalau dalam blogpun guna anin..depan mata??? ini betul2 amenoworld ke?wahahaha
mykhalis said…
@dya adriza yup..memang ada.. tak lama lagi jadi glemr kerana bahasa kesat je
mykhalis said…
@Encik MamaT betul tue..itu semua cara tak reti bahasa,, takde cara nak meluahkan pendapat..
mykhalis said…
@Fyqa
tak tau..dia kata khalis salah guna nama..asyik error je
me n myself said…
udah follow ur blog, harap follow n komen juga ya

tenkiu

;)
mykhalis said…
@Miss Shikio dan post ni dah muncul kan? Khalis suka kalau nak menasihati..tapi kalau guna perkataan kesat..itu nak cari gadoh namanya!!
mykhalis said…
@b a m b a m ' s petang nnt khalis baca..hehe
mykhalis said…
@Cik TeN10 itulah yang sebaiknya.. kalau di alam maya nipun ada timbul gangsterisme..hmm
mykhalis said…
@~nsar~ itu yang kita tak mahu..perkataan yang kita anggap gurauan tanpa sedar kita dah guris perasaan orang lain.. sabar la ek
cik gege said…
pelik2 perangai manusia ni. macam-macam ragam betol...

http://gegeriuhgegeombak.blogspot.com/2011/04/bercakap-pakai-otak-bukan-pakai-kepala.html
mykhalis said…
@me n myself heheh..boleh..khalis memang kunjung pengomen di blog ni
mykhalis said…
@cik gege kan? tak pikir orang lain betul
Far8 budak baik said…
first time sampay sini...
blog aku kalau dari pandangan kau ok tak???
aku tak guna sgt pekataan x bgus mcm tu..kdg aku tertulis..
main lepas je..meh ke blog
Diyanieee said…
terasa ada emosi di entry nie..
khalis, heran..
dulu kan pernah femes isu psal sorg ppuan d fb ni yg dia menghina Nabi Muhammad S.A.W, maybe la.. dian pn nda ingt jua tp ramai yg buat post pasal tu.. then bila tgk komen dorg, rata2 semua komen berbaur keji n cacian.. means, dorg pn ikut2 memaki org yg buat fb mcm tue..

nda perlu lah kan nak memaki just harap org tu nda buat lagi mcm tu..

tp sedih, sbb ramai yg komen ntah apa dkat fb org tu.. mcm 2x 5 jak sama..

sama dgn entry khalis.. cara menegur tu slh, tp bkn nda blh menegur kan..

:)


erm.. ni pndapat dian jak :)
Koding said…
saya mmg x respek blogger yang mulut xde insuran...
x takkan folo walau sehebat manapun dia sebagai blogger...
Dlm islam pun menegur ada cara yang berhemah dan tidak menyentuh hati sesiapa....
Cik Taring said…
sokong khalis! obe sangat seksi atas keceluparan mulut dia ahahahahah
Anonymous said…
@mykhalis ada jugak la...kadang2....huhu...kalo mood malas datang takat baca je...malas nak taip le maknanya tu...
Farhana Jafri said…
dh bce dh entri yg psal prmpuan murahan tu.. agak krg ajar la sbb ada bnda yg xlogik mcm brgmbar d rstoran tu dianggap prmpuan murahan sbb klau pg mne2 mmng brgmbar.. hope pasni dh xjd bnda mcm ni..

jemput singgah ANASAURUS :)
Pdud said…
si obe tu memang la radikal sikit,tapi tak bermakna dia jahat,betul??yang jahatnya orang-orang yang tak tahu boundary berbloging ni,yang tak tahu boundary humanity,habis semua orang nak dipangkah nak dihina.hoho..modalnya mengutuk and then mula la bercakar,tunjuk kat viewer semua.buat malu ja.
mykhalis said…
@Far8 budak baik wahh..cam kisah malam pertama la pulak..hehe..nnt aku jengah beb
mykhalis said…
@MiSzy DiaN yup Khalis memang emosi sikit.. sebab kHali tak biasa dengan dunia cakap kasar. nak perli ke kutuk ok..tapi nak cakap keji? pls.. khalis terima pendapat dian dengan hati terbuka
mykhalis said…
@Koding takde makna kita respek mereka yang tak tahu nak respek orang sekeliling mereka
mykhalis said…
@Cik Taring yup..walaupun bdan dia seksa
mykhalis said…
@yuN Kaer ha3..kan betul..terima kasih sebab sudi singgah selalu
mykhalis said…
@Farhana Jafri yup.. tengah hangat entry ni sekarang.. dan ramai pulak yang setuju.. so,,ramai gadis melayu, wanita melayu dah jadi sluts skrang
mykhalis said…
@Pendekar Laut kagum sebab dia open dah blh ditegur.pernah tengok dia ada perang konfrontasi dengan nara n amenoworld..tapi memang kagum cara mereka selesaikan
Anonymous said…
Nak tegur boleh tapi cara yang berpendidikan laa sikit. Kenapa perlu guna bahasa-bahasa kesat. Tak elok macam tu. KEna letak fakta pada teguran. Yang lain terpulang pada mereka nak berubah atau tidak. MAsing-masing ada cara masing-masingkan. Be humble. Tak salah pun kalau buat macam tu. :)
mykhalis said…
@Miss Tira kata orang kalau teguran lembutpun susah naka berubah, ini pulak nak maki hamun.. yup.. be humble.. supaya kita tak terkenal kerana keceluparan
Aslina said…
ahahaha... maybe kalo yang over sangat kot dier kutuk...

btw, tak payah aa nak kutuk2 kan... sebab kadang2 kami pun buat bende yang sama... ye la bergambar dekat fastfood. selalu jugak buat. lebih2 lagi ngan kawan2 yang 7-8 tahun tak jumpa dan kebetulan appointment kat fastood. nak tanak bergambar je la kat situ. hehe...

dia nak kutuk lebih2, baik dia pegi kutuk2 orang2 yang jenis sosial habes dalam pergaulan dan banyak kali terlanjur tapi takde hati nak insaf...

or orang yang melawan cakap mak ayah atau buang mak ayah kat umah orang tua2 ke... baru la kena dengan gaya...
mykhalis said…
@Aslina yupp.biar kena pada ayatnya.. tapi kerana hal cam remeh temeh di jadikan ayat kutukan sangat2 tak baik
Akunyer said…
@mykhalis dah baca entri pasal tu...sangat tak patut...penggunaan bahasa yang membuatkan kita sakit hati...nak tegur guna bahasa elok la.. bukan hentam sesedap rasa adabi jer.. haishhh...
mOon EyEzS said…
Entri yang bgs untuk semua tmbh2 blogger baru mcm mOon...

BlOg mOon banyak blink2...x suka? x kisah la...mOon suka...
mykhalis said…
@~~Ticer Wann~~ itulah yang sepatutnya..bukan main mencaci je
mykhalis said…
@mOon jOhari hahaha..khalis takde maki moon kan?
[sutera kasih] said…
entri yg baik..harap mampu membuka mata kpd smua pihak huhu..skrg ni, byk isu yg agk tidak mengambil berat keadaan sekeliling..bila berkata tu, tak pernah nk fikir hati org..rasa mcm dirinya shaja yg betul huhu..elok la tu menegur tp ada caranya..perlu ke kalau nk tegur sesuatu, kena sebar gambar org (walaupun telah disensored) huhu..tp, kalau diperhatikan, kdg2 entri tu blh diterima, tapi org2 yg bg komen, masyaAllah over huhu
mykhalis said…
@[sutera kasih] kenapa boleh jadi camtue?sebab blogger yang buat entry ni membuatkan readers beliau rasa lagi hina dan lagi jijik perkataan akan dapat perhatian.bayangkan kalau ini tersebar?
alongxp said…
bagus bro wat entri camni,kalau andai kate ko baca blog aku,ada yang cam tak patut,ko sound la ye,kalau ko xnk komen ko dipublish ke,bgtau ar... aku sedia menerima teguran... peace no war
Noor FazLiena said…
skenye entry nie..thanx ye bro khalis..rmai sgt org mcm nie..nk tgur org tp xkne cre..bt org skt rt..pas2 siap mention nme2..truk sgt..klu la org 2 xdimaafkn smpai mati,mne dy nk cri balik org yg dy mntion td kt pdg masyar nti..
mykhalis said…
@alongxp wahahaha.. aku ni bukanlah seorang pengkritik..hehe
mykhalis said…
@Tulip Putih sama-sama.. itulah yang kita harapkan agar takdela berkembang orang macam nie
qllmjd218 :D said…
khalis, jgn emosi. chill ^___^
btw, congrates sebab blog khalis dah popular skg. follower ramai, comment pon, kalau dulu sy jd org yg atas2 komen, skrg dah bawah2 dah. tehee. congrates!!
mykhalis said…
@Noor Aqillah Majid =)teremosi sebab geram,,qilah yg lambat komen..sebab tu last..takde glemr lagik blog ni
Mischelle said…
@~nsar~

tell them : siapa mereka untuk menghina ciptaan Tuhan? Kalau mrk hina apa yg Tuhan cipta, maknanya mereka hina Penciptanya.

Takper, ada pepatah kami yang katakan tak payah berdebat dengan orang bebal, sebab nanti kita sama saja dengan mereka. :)
Ora_Adzlin said…
blog mana yg tulis psl prempuan murahan tu? tringin gak nak baca..
Ora_Adzlin said…
rasa nya da dpt ni yg 25 senarai perempuan murahan tu eh.. sngt2 offense. thah2 dia buat tu dedicate kt ex gf dia kot..
mykhalis said…
@Mischelle yeahh..dan khalis kongsikan kat sini kerana tidak mahu ramai orang anggap ini prkara biasa
mykhalis said…
@Ora_Adzlin yang itulah.. kemungkinan la kot.. tu yg frust sangat tue
mizan said…
haha.xtau nak kata apa,tp khalis ni jenis yg lemah lembut gaya pnulisan.aku pnah jmp memcm blog,tmasuk blog politik pun dlm 2 memang penuh makian,tp dri blog khalis ckp ni aku rasa khalis tesentap dgn bloger 2 pny ayat event dia just buat dialog menegur kpd yg berkenaan.mcm pepatah melayu,sapa mkn cili,dia yg rasa pdas,kan? Kalau mkn gula,kencing manis. Gua rasa lu memang berkwn dgn kwn2 yg xpnah maki2 atau lu cuba jadi org lain dlm penulisan lu.
mykhalis said…
@Encik Amie kepada encik amie,, lu baca tak post gua nie?lu dengar sini..memang wa sentap.. wa dah tulis kat atas la.. ada kena pada isteri dan adik pompuan wa.. lu tak baca ke buta hati nak faham??wa leh maki orang brader.. tapi wa maki orang bangkai tak nak membaca betul2..sentapla beb
mizan said…
bg kat gua dia pnya link brader.gua slalu masuk blog yg memang ayat menyentap sapa saja ni,maybe gua slh blog td.
Hafiz said…
Betul2,

Kite kene serisu macam mamat Obe tu hehe

New HTC Phone Codename After Royal Wedding? - http://apitzhnu.blogspot.com
imuranzo87 said…
hadei..tula aku pon x suka..orang2 bagi kata2 kesat bajet legend ni...
apadaa....wat malu blogger yang baik can aku..:)

Popular Posts