Pahlawan sakit


Seperti yang Khalis janjikan, Khalis akan ceritakan sebuah kisah dalam sebujah buku motivasi terbaik wat Khalis..Berani Gagal..

Kisah bermula dari seorang pemuda kampung yang mempunyai fizikal yang kelihatan sempurna namun dia kerap-kerap sakit. Maka satu hari dia sudah tak tahan, diapun pergi berubat dengan seorang dukun. Namun berita yang diterimanya adalah sangat sedih kerana dukun itu memaklumkan bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan tiada cara untuk mengubatinya.

Pemuda ini sungguh rasa keciwa,, dia rasa hidupnya tidak bermakna. Namun nak jadikan cerita,, negeri pemuda ini sedang berperang kerana diserang oleh negeri jiran. Pemuda yang terdengar khabar itu terus berjumpa dengan panglima perang dan menawarkan khidmatnya. Alasannya.. biarlah dia mati dalam peperangan dari hidup bersedih sahaja.

Panglima perang yang tidak tahu penyakit pemuda ini meletakkannya di barisan hadapan sekali. Kebiasaannya, tentera barisan hadapan adalah korban pertama.

Maka peperangan bersambung semula.. pemuda ini begitu berkobar-kobar harap dia berjaya menetak seorang dua pihak lawan. Tiada rasa gentar mahupun takut yang ada dalam dirinya. Kerana dia tahu..kalau dia tak buat betul-betul dia tetap akan mati.Baik dia terus sahaja menyerang.

Bila pihak musuh menyerbu ke barisan hadapan.. pemuda ini tanpa rasa takut mati,, terus mengamok macam orang gila.. mengibas ke ke kiri ke kanan.. melompak menunduk umpama tiada limit tenaga.. Baginya.. dia akan wat segalanya..

Nak dijadikan cerita.. panglima perang ternampak keberanian pemuda ini. dan kerana kemenangan secara total menyebabkan panglima memanggil pemuda itu..

Panglima memaklumlan kepada raja tentang keberanian pemuda ini. Raja sendiri kagum kerana dengan keberanian luar biasa pemuda itu, tentera baginda berjaya mematahkan serangan. Ketika raja mengumumkan untuk menaikkan pangkat pemuda itu kepada pahlawan negara.. Pemuda itu menangis.. Raja pelik dan bertanya sebabnya.. Pemuda itu memaklumkan tiada maknanya pangkat yang diberikan kerana dia akan mati juga.

Raja yang terkejut mendengar bera itu itu telah memerintahkan semua tabib dan dukun di dalam negara mencari penawar penyakit pemuda itu. Maka berjayalah pemuda itu diubati.. Malah fiziakal pemuda itu semakin tegap dan lebih terpancar karismanya sebagai seorang pahlawan.

Tidak lama selepas pahlawan kembali pulih, terdengarlah ura-ura bahawa negeri jiran akan kembali datang menyerang. Raja memanggil pahlawan dan menitahkannya supaya berdiri di barisan hadapan seperti sebelum ini. Pahlawan itu mengangguk perlahan..

Apa yang terjadi semasa peperangan amat mengejutkan.. Pahlawan itu menjadi sangat penakut dan hanya berselindung di sebalik askar-askar lain. Raja yang murka memanggil pahlawan itu..sambil terketar-ketar..pahlawan itu menjawab..

" Dulu saya nak mati..jadi saya tak takut akan kematian.. sebab itu saya tiada kerugian andainya saya mati, namun, kini saya dah kembali sihat..dan saya sangat takut kalau saya mati"

Pengajarannya.. kita selalu hidup dalam keselesaan, sebab itu kita tidak berani mencuba buat sesuatu yang kita rasakan sukar.. Ianya sama dengan pendatang asing yang berani menanggung risiko bersusah payah datang ke negara kita.. tapi pada masa yang sama mereka mampu menyara keluarga di kampung halaman..
Semoga dapat pengajaran serba sedikit.. cerita ni khalis dah ubahsuai ikut kesedapan sendiri..hehe

Comments

~nsar~ said…
sokong.. kita dah biasa hidup dalam keselesaan.. bila ada ujian yang mendatang kita lupa terus.. kita salah kan orang lain.. mlah juga salahkan Allah...
arituarini said…
btul bro..ada org ckp pagar tu bleh dilompat bila kita dikejar anjing.. tp klau situasi biasa tk mampu rasanya..
Daniel Ihsan said…
menarik ceita ni...bagus2..memberi pengajaran...

9 Benda Jijik Tapi Menghairahkan...
bagus cita ne. bagus pngajarannya. =)
cerita yang best... bisa la..bile dalam terdesak, kita akn cuba sedaya upaya untuk mengatasinye kn :)
cik gege said…
nice story.. sifat manusia takut akan sesuatu bila rasa diri dia da sempurna...
Azura Mendezz said…
Bila mati itu semakin pasti..kebanyakan kita menjadi nekad..
hakikatnya..semua org xmahu mati apabila tenggelam dgn kekayaaan dunia..
Ms.ze said…
best wo citer ni..
cik sakdi said…
tol jugak tu kan?? bagus r cter ni, mcm terkene batang idong sendiri. hahahah

Popular Posts