1,000,000 Juta Pageview yang pertama..hoooreyy
Alhamdulillah |
Alhamdulillah, lagi 4 hari genap 5 bulan Khalis berblogging, Khalis dah dapat 1 juta yang pertama.. Semakin hari semakin bersemangat untuk berbogging.. Walupun pernah satu ketika rasa tensen sehingga nak delete blog ini.
Masa nak menantikan angka naik memang menyeksakan. malahan kali pertama Khalis buat blog ternyata ianya blog yang memberi Khalis pengajaran..Iaitu jangan syok sendiri. Di saat kita rasa kita ada cerita best..kelakar..sedih..setiap orang juga merasakan sebegitu.
Seandainya kita tak hargai cerita orang lain.. begitu juga orang lain takkan hargai kita.. Khalis ucapkan ratusan ribu terima kasih kerana terus buka blog ni. Khalis terima pelbagai respon dan Khalis hargai..
InsyaAllah.. my next target 5 juta pulak.. bila?Khalis tak tahu..tapi selagi berdaya..jari ini akan terus menaip untuk bercerita..
tq tq tq
Comments