Internet perlahan.. apa korang buat?

Ini adalah pengalaman Khalis berhadapan internet perlahan. Dan tindakan yang Khalis lakukan..Cerita yang agak panjang,,tapi kalau rasa ianya akan membantu, sila baca..

Ketika Khalis mula mula menyewa bangunan untuk buka pusat komputer.. KHalis mendapati bahawa bangunan ini tiada line telipon.Kalau takde telipon camne kita nak pasang streamyx. Kalau takde streamyx camne pusat komputer Khalis nak beroperasi?takkan nak main game je..betul tak?
Inilah rupa broadband yang Khalis ambil
 Jadi Khalis terdengar bahawa Celcom ada broadband untuk kompeni.Bermakna broadband ini mampu membri internet kepada 4-6 bijik komputer pada satu satu masa. Kerana Khalis baru sahaja berniaga..Khalis ambil 2 biji pekej 1mbs dengan harga bulanan RM170 sebulan bagi 5g download dan satu lagi Unlimited pekej dengan harga RM350 sebulan..Maknanya untuk internet sahaja Khalis terpaksa menanggung sebanyak RM650 sahaja.. Berat sungguh..tapi ianya membolehkan Khalis memulakan perniagaan.

marah ni marah!!

Selepas beberapa bulan..internet terputus-putus..perlahan dan menimbulkan kemarahan pelangggan Khalis.Bangunan kedai Khalis terletak di bandar dan jaraknya dengan stesen penerima Celcom hanya 100-200 meter sahaja. Kerana bimbang Khalis sentiasa talipon untuk membuat setting dan aduan. Boleh dikatan setiap HARI!!

Kerana tak tahan lagi kelembapan internet.. Khalis bagi kata putus pada operator untuk hantar technician. Kalau dia tak hantar Khalis takkan bayar bil dan akan report pada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi. Dengar macam diorang tak layan kan?Tapi Khalis mintak nama operator..passingkan pada bos bertugas untuk kompom kan.. dan Khalis rasa bersalah kerana menengking operator tu sampai menangis dibuatnya. Waktu itu perasaan marah terhadap Celcom tak dapat dibendung lagi.

Technician sedang buat pemeriksaan

Tak sampai satu minggu, 3 orang technician dia datang ke kedai Khalis..buat 'tembakan' line la..apa la..Dia kata biasalah internet perlahan kalau ramai orang.Khalis balas balik..Dah tu.. kalau dah ramai tak reti nak update ke? orang bayar nak dapat 1mbps.. ini dapat 300kbps.. terputus-putus.. berlawan cakap jugakla..Dan diorang mintak selama 2 minggu untuk settlekan..

Nak jadikan cerita.. Line telipon sudah boleh dipasang dan mulalah Khalis pasang telipon pulak. Apply streamyx pun macam pungkok jugak..dekat sebulan lebih baru pasang. Dan Khalis hanya bayar bil Celcom yang unlimited pekej je..yang berharga RM350 sebulan. Bil lagi dua Khalis sangkut dah..tak bayar.. kiranya, bil tertunggak setiap satu RM300(bil 2 bulan) dan pecah kontrak Rm1400(700) setiap satu.

2 x 5..tapi ok sikitla dari broadband

Bila streamyx dah siap pasang.. Khalis menggunakannya untuk pusat komputer dan pekej unlimited untuk download.. Pada masa sama surat peguam dah mula datang dah..suruh bayar.. sedangkan selepas dua minggu tiada perubahan pada perkhidmatan celcom. Jadi tertunggakla jugak yang unlimited pekej RM700(bil dua bulan tertunda) dan pecah kontrak RM700. Nilai hutang Khalis pada celcom? RM3100.. banyak tu..untuk perkhidmatan yang sangat bangang.

Hampir setiap minggu dapat surat warna merah..belum masuk panggilan telipon dan agensi kutip hutang lagi. Kerana Khalis tak tahan dengan gangguan.Khalis pergi ke Celcom Centre di Kuantan dan pergi nak bayar bil..(garang tapi agak bongong di sini) sampai di kauter tiba-tiba je datang perasaan marah sebab rasanya mangsa di sini adalah Khalis..bukan Celcom.

Ini Marion Counter..bukan akak jaga kaunter

Jadi Khalis mintak dekat akak kaunter tu untuk semak balik panggilan aduan.. no report yang beratus ratus. Dia tengok macam terkejut je.Kemudian dia tanya..ada technician datang tak?Khalis cakap "Ada.. tapi cuba akak tengok..lepas tu ada tak saya buat aduan lagi perkara sama. Saya tau saya orang kampung.takde peguam..saya bodoh.. tapi apa salah saya..Saya percaya pada iklan celcom kak..cakap No 1 di Malaysia.. laju.. tapi bila dah slow takkan saya nak guna..takkan nak bayar."

Akak tu print kan semula report dan dia suruh Khalis tunggu dan dia bawak dokumen ke tingkat atas. Selepas 20 minit..dia turun balik ke bawah..dan cakap.

"Kami pihak Celcom mintak maaf dan kami beri En Khalis rebet RM3100 yang mana En tak perlu bayar semua bil. Kami faham situasi En."

Dapppnyeeee

Fullamak..Biar betik nie?? Dapat jimat RM3100 tue,,wahahha.. Khalis tak berani cakap banyak dan terus ucapkan terima kasih dan pergi Secret Recepi meraikan selamatnya duit 3100..

Nampak tak hak kita sebagai pengguna? Langkah yang perlu anda ambil jika internet perlahan

Ambil perhatian!!

A) sentiasa adukan pada operator.. setiap masa takpe..masa bercakap sila serius..mintak nama operator dan catat no report anda.

B) setelah maintainence di buat.. pihak telco akan menalifon anda untuk tutup case.Jangan terima dulu..Mintak tempoh seminggu lagi..kerana kebiasaannya, lepas repair internet akan pulih sekejap dan ianya akan kembali teruk

C) Jangan takut untuk mengemukakan bukti report bila nak buat bayaran bil. Anda berhak mendapat nilai yang setimpal dengan harga dan pekej. Bukan bermakna bila ambil pekej RM50 anda redha sahaja kalau internet macam siput.. Pertahankan hak anda

D) Jangan cuba taknak bayar hutang.. Hutang dituntut oo,, tapi kalau ada rezeki dapatla rebet. Tiada pekerja di mana-mana telco boleh memandang rendah terhadap diri anda.. Anda mesti tegas..

Bila berjanji tunaikan..bila berniaga amanah..Kalau janji dapat 1mbps..1mbps la.. jangan alasan waktu puncak ke.. penyelengaraan tak henti2 sepanjang tahun ke..Baru berkat berniaga.. orang takde maki maki..

Jadi Khalis tak tahu ini dapat membantu atau tidak..tapi inilah pengalaman Khalis..gila kentang panjang,.tak taula korang baca ke tidak.kalau semua pengguna broadband tegas,,InsyaAllah..pihak telco akan terbuka juga mata melabur membaiki perkhidmatan..bukan melabur iklan tak henti-henti.

Comments

cacah said…
ni sama gak la kes i ngan p1wimax dulu. servis takde pastu i tak bayar dia marah. last2 i bawak modem dia yang petak2 tu gi service centre diorang suh diorang cek, rupanya benda tu yang rosak tu pasal tak leh dapat signal. so i dapatlah kurangkan sikit bayaran i...
dem kan. tapi i pun salah gak sebab tunggu beberapa bulan baru nak gi service centre dia. pastu la ni dia buat pulak, offer macam2 anta yang prepaid la apa la yang broadband la... tapi takleh guna gak... pastu suh i bayar... last2 i kol2 jugak sampai la i ugut kata nak terminate (lepas da abis kontrak) dan i tak bayar dua bulan... malas i nak bayar untuk benda yang i tak guna... last2 i kol nak tanya berapa tertunggak, diorang kira yang i betul2 pakai jer... nasib baik... so sekarang i guna je la.. bayar rm50 je sebulan... cakap je buleh pakai seluruh malaysia... tapi kat penang pun cam ada takde... apa lagi kat kampung i di kelantan.. sekarang ni i tak tau la da ada lum kat kelantan...

(sorry khalis, banyak lak cerita i)
ArulchelseA said…
slow buat tk tau je..aku pkai strmix..kalu tk de baru call TM..kdg2 bnyk kali call..buat laporan je keja...kih kih.. ambik kau TM..sapa suh line tk de..ingt aku tk bayar bil ke..kih kihk ih
melody mocker said…
marahnya.. huu. tapi khalis kena la tau, perniagaan internet nih adalah best effort service which is xde guarantee quality of service..

dorang memang la kempen macam² sebab dorang berniaga kan.. tapi kalu kita faham beza best effort dan quality guaranteed, mesti kita paham kenapa internet ni kadang² slow.. tapi kalo selalu sangat tu masalah lain la tu.. hoho. kami x salahkan customer, they should get what they pay kan? hee.. i am streamyx man yang selalu dimaki. haha! maaf untuk service yang kurang memuaskan tapi dont worry, anda boleh mengadu setiap masalah berkaitan streamyx melalui customer service tm. chill eaa..:) boleh baca pasal ni kat sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Best_effort_delivery
~nsar~ said…
waa terbaik la mykhalis... haha
mykhalis said…
@cacah takpe. khalis faham..inilah masanya meluahkan rasa
mykhalis said…
@arulchelsea itu la pasal.. selagi tak dapat selagi tu je kol memanjang
mykhalis said…
@melody mocker sorila..ini luahan hati je..tapi skrang pakai office in a box 4mbps..terbaikk
mykhalis said…
@nsar terima kasih..
Far8 budak baik said…
kau aku terus ketok
rooter kat rumah ni..
hahahahahahaha
pastu maleh nk on9
trus tgk tb.
agagagaga
mykhalis said…
@far8 ganah mu boh..wahahha
nyonyacyber said…
bila broadband tak leh connect.. atau pun bila dah leh connect ijau jer signal nyer.. adoii nak tgk blog pun payah.. geram oo bila cenggitu..
melody mocker said…
jangan salah paham khalis, nak share je.. dan ianya penjelasan untuk masalah internet 'kadang²' slow.. hee. maaf lah, komen tu bukan nak blame sape². company customer oriented mcm pengendali broadband memang kena dengar luahan macam nih. at least dorang kena pikir solution terbaik untuk customer dorang.

just jangan takut untuk bersuara dan kita kena tau, kita dilindungi oleh akta perlindungan pengguna, kami pon pengguna seperti anda.:)
Wanie Affandi said…
alhamdulillah setakat ni saya punya tak pernah lembap lagi..=D terima kasih kongsi khalis!!
mykhalis said…
@nyonyacyber itu yg keciwa jiwa raga tue,, tengah2 mood nak BW internet takde lagik la tertekan
mykhalis said…
@melody Khalis stuju.. dan Khalis harap kita semua dapat nilai terbaik denagn apa kita bayar
mykhalis said…
@wanie jeles arr.. mesti ddk betul2 kat bandar nie..tol tak?
Anonymous said…
streamyx gak yg ok kan2...hehehhe
CN gune stemekxx,..hehe,..bgus la khalis ni,brani,.tkut operator tu,.hehe
cik sakdi said…
bro.. yeke? hari tu kite kene saman rm170++ dari celcom untuk broadband yang kite dah cancelkan. bile nampak je surat lawyer, terus bayar. takot ooo. abah pon bukan nak bekap gua. dimarahnye hambe.. haha
mykhalis said…
@pt yup..tapi putus2 gak la..
mykhalis said…
@cn kalau tak beranipun kena berani jugak..
mykhalis said…
@Cs betul.. tapi kena berani lawan cakap la.. hehe
Aslina said…
celcom memangggg...

dulu dekat 700 kot kene bayar walaupon tak gune sangat... dah terminate pon tapi still datang bil. wat keje termination pon lembab.

bayar je ah malas nak komplen lebih2. pastu sampai skang tak gune celcom dah. cume haritu je kecemasan maka no fon family adalah celcom, terpaksa la guna sekejap.

skang da pakai digi. ahahahah... maxis mahal nak mampos. tapi quite better la sikit dari celcom dalam kawasan penang ni...

Popular Posts