Video Menarik : Sotong hidup semula selepas dihidangkan?
Kalau biasa tengok makanan pelik dari Jepun memang tak hairan.. Tapi yang bestnya sotong ni senyap je mas di hidangkan. Tapi bila dicurahkan dengan sos, dia macam seronok dan menari nari( atau menggelupur kepanasan?)
Dan agaknya yang menangkap gambar ni dah biasa dengan sotong hidup sebab kelihatan dia tak gelipun. Kalau Khalisla maunya hilang selera makan. Khalis ingat lagi masa kecik dulu, pernah ada kenduri yang menumbangkan beberapa ekor lembu. Tengah khalis main dengan daging yang panas tu.. Tiba tiba ada satu ketul daging ni bergerak gerak macam bernyawa.. ERkkk
Makanan ini diberi nama Odori Don yang membawa makna sotong menari nari atas sepinggan nasi. Sotong yang dihidangkan akan dicabut badannya terlebih dahulu kemudian bahagian kepalanya akan diletakkan atau kepulan nasi. Sotong yang dihidangkan mestilah sangat segar supaya dapat rasa kemanisannya apabila bergaul dengan sos.
Makanan ini biasa dihidangkan untuk makan malam dan ianya berharga hampir 2000 yen ataupun RM 90.00 satu hidangan.Makanan ini merupakan resipi istimewa dari chef Ikkatei Tabiji, di Hakodate, Japan. Hehehe.. jangan nak cuba buat masa berbuka puasa nanti udahla.
Comments
apa maknanya tue?
mne leh seksa binatang klu nak makan....
klu hukum sembelihan pn kne guna alatan yang tajam mcm pisau parang dan sewaktudgnnya....