Berita Menarik : Buat panggilan bom palsu kerana ingin menelaah pelajaran


Macam best je kan? Biasanya kalau kes bom ni sebab tak nak pergi sekolah atau nak main main sebab takde kerja. Tapi ini benar benar dilakukan oleh seorang pelajar berusia 19 tahun, Alexxis Anthony kerana mahu menelaah pelajaran berbanding duduk dalam kelas belajar.

Alexxis yang akan menghadapi peperiksaan penting untuk memastikan dia dapat biasiswa melanjutkan pelajaran melakukan panggilan palsu itu bersama rakannya Theron K Brown jr. Ugutan bomnya ini bukan kali pertama malah ini sudah kali ketiga dilakukannya terhadap Polk State College di katakan mengalami kerugian lebih dari USD 130 ribu kerana semua kelas yang dibatalkan.

Pegawai polis berkata, pihaknya terpaksa melakukan pemeriksaan rapi kerana panggilan ancaman bom merupakan kecemasan utama dan mesti diberi perhatian penuh. Seandainya Alexxis di dapati bersalah, dia akan dihukum denda sebanyak USD 16 ribu.

Inilah yang berlaku kalau tekanan perasaan.. apa sahaja sanggup dilakukan.. menipu, mencuri, membunuh.. segalanya..

Comments

adwafarahin said…
lerrr?? mcm nie pon ade? kang x pasal2 kene saman haishhh!!
arituarini said…
cuak aku bro.. kih kih kih
mykhalis said…
@adwafarahin memang dah kena saman pun
Areen said…
senang citer toksah bt keje gila~
Lea Isnawi said…
hoho..boleh pulak menipu cmtu
kang betul2 ada bom baru taw
mykhalis said…
@ArulchelseA camla perasaan dia ugut bom kan?
mykhalis said…
@Areen nk wat camne.. tertekan punya pasal
mykhalis said…
@Lea IsNaw! hahha.. kalau betul ada takde peperiksaan la kot
vampire's lovex said…
takde study week ke sampai jadi cmtu..hohhhh...x canggih langsung collge dia hahaha "P
mykhalis said…
@vampire's lovex tak taula sistem diorang camne

Popular Posts