Berita Ngeri : Bagi anak bermain ular kerana tidak mampu beli mainan

Maafkan Khalis kerana tidak dapat wat sambungan entry sebelum ini iaitu mengenai "bagaimana nak tahu bila kita jatuh cinta", Bukan tidak mahu sambung,tapi mood agak tak romantik malam ini.huuu.. Nanti dah dapat roh romantik lagi best..hehe

Sidhi Siddharth Sinune sedang bermain dengan ular

Kita tinggalkan dulu sementara, jom kita pergi ke India.. Sepasang suami isteri yang kerjanya petani tidak mampu membelikan anak perempuan mereka mainan. jadi kerana kasihankan anak mereka, mereka cuba mencari jalan supaya anaknya tidak kesepian.


Mendapat sahaja ilham, si ayah telah menemui penangkap ular bertanyakan jika ada ular "kosong" untuk dipinjam. Dan apabila sudah dapat si ayah membawa balik seekor ular tedung buat anak kecilnya.


Jadi, apabila mereka pergi bertani, anak mereka ditemani si ular. Semakin hari ular dan budak kecil itu semakin rapat, malah si ular membenarkan si anak menggigit badannya. Melihat keadaan anaknya, si ayah meng'upgrade'kan lagi ular untuk bersama anaknya. Iaitu ular sawa.


Tengoklah negara orang..punyala tak mampu, sampai bagi anak main ular..

Ohh.. lupa..terima kasih kepada Saudari Blogger Farah kerana menghadiahkan Sayf Muslim 2 ekor teddy bear.. comel sangat.. Khalis tertinggal kat rumah mak mentua hari tue.. baru je ambik semula.. kalau ada sesiapa nak sedekah mainan budak lelaki kat Khalis kabola..memang tak malu muka nak terima..hehe


Comments

arituarini said…
cuak aku bro..alah bisa..lama2 jd biasa..kih kih kih
Unknown said…
kesiannyer budak nie...
MFI said…
saya tak mampu nak beli mainan untuk bagi kat sayf muslim, nnt saya tangkap ular je la yer..
Unknown said…
huaaa..sgt xleh trime alat permainan ni..adoi2..
lisa lis said…
ni dpanggil gila..xlama lagi ular tu ngap anak dia... huhuhuhuhuhu..kesian tul la anak tu...~

Popular Posts