Menghantar kemewahan pada si mati: Festifal Qingming

Masa kecik-kecik dulu, ayah Khalis bekerja dengan Alam Flora dan menjadi pemandu lori sampah.. Jadi banyak jugakla barangan terpakai yang dibuang oleh orang-orang kaya yang ayah Khalis bawa balik.. Pernah ayah Khalis bawa balik 1 set kayu golf siap dengan beg dan kayunya sekali.. Tapi mak Khalis syak ayah yang beli sebab lepas tu ayah jadi pemain golf tegar.. Sampai pernah dapat naib johan di daerah.. haha.. jangan tak percaya driver lori sampah main golf..

Pernah juga satu hari ayah bawa balik satu beg duit kertas..tapi duit kertas tu tulisan cina dan semuanya nombor dan bentuk yang sama.. Siasat punya siasat,rupanya duit kertas itu adalah dalam pekej yang biasanya orang cina akan bakar untuk hantarkan pada si mati..

So, Khalis terjumpa la beberapa jenis barang yang di buat dan dijual untuk membolehkan pewaris membelinya dan membakarnya.. Kalau tak silap, barang yang di bakar ini akan sampai pada si mati.. Sebab tu adakala Khalis tengok dalam filem Hong Kong.. mereka bakar telifon bimbit betul-betulpun ada.. Khalis respek akan kepercayaan setiap bangsa dan agama.. peace no war








Comments

Jahidih Saili said…
kesian dgn diorang..
cik sakdi said…
bro.. hari tu kite jalan2 n lalu kedai cina, dia ada jual kereta kertas besar ooo. besar mcm orang. dia gantung. harga mahall. siap ada lambang mecedis lg tau. kekekeh
hmm itu kepercayaan mereka.. jangan ada plak org islam nak duk percaya udah lerr kan..
b a m b a m ' s said…
kalau nak hantar 'orang' minta teman..kena bakar org lar kan???errrr..ekekkekeke...
aTy _faRed~ said…
pernah terbace.... derang tanam mayat sekali ngan kereta betul2... kereta mewah pulak tu..katenye supaye kat sane tak payah beli kereta dah..senang nak gi mane2..
Puan Kutu said…
itu kepercayaan mereka..hormati hak agamaok jer.peace no war jugak!kihkih
nelly said…
Kita kena hormati ~

Popular Posts