Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia




Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaKatanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

- Bernama

sumber dari malaysiakini.com 

Kita? dia? arghhh..semoga Allah merahmati ke atas semua muslimin dan muslimat..

Comments

Akunyer said…
speechless.. tak tau nak respon camna..Kuasa Allah menandingi kuasa manusia... siapa kita untuk melawan kuasa-Nya..apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya... al-fatihah
deeya said…
subhanallah ! tiada yg lebih berkuasa selain Allah . Hanya Allah yang layak menghakiminya . Apepun semoga arwah tenang di sana . al-fatihah buat arwah =(
Syarni Farida said…
kKesian juga kat die, tapi tukar jantina mmg salah ;0

speechless ;(

Al-Fatihah, semoga arwah tenang.
RHI said…
kakak pun tak tahu nak cakap apa, semuanya telah ditentukan-NYA, Al-fatihah buat arwah
cik sakdi said…
terkejut gak,baru hari tu heboh pasal cerita tu. huhu
Areen said…
innalilah,dh meninggal ye?coz bc dlm paper juz dimasukkan icu
Unknown said…
Bermulalah sudah soal siasat para malaikat ke atasnya. Entah bagaimana nasibnya. Nasib kita juga.
Nurul Shaheedah said…
laa. dah meninggal ke dia ni? innalillah.

Popular Posts