Khalis merepek malam ini.


Facebook memang mengelirukan.. Mana tidaknya.. kan best kalau zaman MIrC dulu.. leh chat ngan sesiapa sahaja.. tak kenalpun takpe.. Ingat lagi, kalau ada nama awek balas,, soalan biasa yang di tanya ialah

asl plsss.. yang membawa makna age, sex, location.. kalau budak2 bar nak belajar chatting mesti jawab tempat lahir la apala..  kalau nama yang paling Khalis suka guna ialah Haqriq Iqbal dan Irwan Shah ( tak sangka nama ni terkenal kemudian hari).. biasala..budak2.. mesti tipu punye umur... takkan nak ngaku 15 tahun.. mestila 21 satu.. pekerjaan? takkan PMR.. belajar sambil bekerja.. tempat..KL la.. wahahaha.. tapi kalau satu malam tu nak dapat 10 no tel dalam tangan la.. silap2 satu malam dah declare couple.. best oo zaman dulu..

SEKURANG2nya ini nama sebenar.. dia tak tipu

Tapi sekarang? kalau yang tak hensem tu gunala gambar pakwe korea..takpun gambar naruto..kalau yang tak comel..gunala gambar bunga, gambar hello kitty..Sori? tak baik kata orang tak lawa dan tak cantik? Kalau dia yakin dengan pemberian tuhan..at least gunakanlah gambar sebenar..sekeping pun cukup la.. Lagi satu tak berkenan nama samaran.. ini semua budak myspace la ni.. Kalau asal dari friendster mesti guna nama sebenar.. panas bontot ke? wahaha.. sukati la nak mengutuk malam ni..

Bukan apa.. korang guna nama samaran..lepas tu add orang.. komen orang.. like status orang lain.. kan tak beradab tu.. sama la cam perasaan korang berblog kena kutuk dengan anon.. marah tak? marah sebab anon yang kutuk tu takde batu.. tak berani tunjuk muka.. begitu jga dengan FB.. kalau masuk group tu maki maki orang .. cakap benda tak senonoh dan rasakan diri cam hero.. sedangkan muka sendiri tak pernah tunjuk..At least Khalis kalau nak kemukakan pendapatpun guna gambar sendiri.. bukan menyembunyikan sebalik gambar dan nama lain.

Khalis sebenarnya nak bagitau.. bahan untuk posting entry malam ni ada kat rumah.. sayangnya kerana orang yang kerja ngan Khalis demam.. maka Khalis masih di kedai dan tak larat nak cari bahan lain,, so Khalis melepaskan perasaan.. amcam.. ada yang marah tak? Khalis bukan apa.. paling benci kena tegor dengan manusia penakut yang sembunyikan diri.. ini kata kata untuk pengecut takde batu yang suka maki orang lain  (yang tak memaki jangat terasa la pulak tau )


PERGI MAM DENGAN KOMEN KORANG!!

yang perasan bagus pergi blah!! sebelum nak condem orang tunjuk muka dan nama sendiri..tak payah berlagak hero!!

Khalis tujukan pada semua bacol bacol pernah memaki hamun sesiapa sahaja di blog, di fan page, di forum yang merasakan diri mereka hebat..hero.. raja trololollll la konon.. tunjuk muka wehh.. 

mesti ada kawan yang terasa ni.. tapi Khalis marah kat orang yang tangan jahat je.. yang fake pic dan fake name tapi tak pernah kacau hidup orang dimaafkan..heh.. ada yang PANAS KE??


Comments

MFI said…
tp kadang2 best jugak bce komen yg trololol ni..hehe..rindu zaman mirc dulu..macam2 watak berlakon masa tu..hahaha
fAreL... said…
hik hik..tul2..wlaupun time chat kat mirc time tu zaman kecik2 skola rendah g tp bez..sgt tak ske ngn anonymous..semak kat blog org tp tak nak bgtau die sape..setuju2..
Koding said…
Dengan adanya fungsi delete, maka kita pon delete komen-komen yang tak beretika tersebut ...
huhu.. sabor2 bro.. baru lepas kena maki ke.. cnfirm ngah panas ni kan.. biasa la bro.. bukan senang nk wat sume orang slesa ngan kita kn.. lagi kalau dh berjaya cm ik khalis ni... lg la ramai musuh kn :)
RHI said…
entahlah khalis, zaman sekarangkan

kakak pun tak letak gambar sbb tak cantik hihi
vampire's lovex said…
garang nye....takut..

sabar khalis... hehe
Akunyer said…
Orang yang suka kondem orang lain tapi tak tunjuk muka tu memang pengecut.. tak semua orang puas hati ngan kita... ada yang dengki.. biasala tu... dengki sebab tak leh jadi cam kita.. :)

Mirc? memang kenangan la time sekolah dulu... nak jadi bebudak balik bleh? ahaks!
lisa lis said…
hahaha..khalis.. dulu kita pun suka wat kerja jahat...la ni dah cuci tangan hahahahaha~
Anonymous said…
ada sesetengah x nak letak gambo sbb menghormati agama..lagi2 pmpn..x elok pmpn menonjolkan diri di khalayak ramai..takot2 gambo tu melebihi batasan dan sebagainya..so, nak sng..letak gambo beruang or tapir je...hehehe..

Popular Posts