Syarifah Aleya DJ Hot fm bercerai
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio popular Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 30, mengakui sudah bercerai dengan suaminya, pemuzik, Muhammad Ashraf Aasimudin (Ashraf), 32, Rabu lalu.
Pasangan itu berpisah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan. Muhammad Ashraf melafazkan cerai talak satu terhadap Leya di Mahkamah Syariah Subang Suria, Subang. Bagaimanapun, ketika dihubungi semalam, pasangan ini enggan mengulas punca perceraian mereka kerana ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia.
“Saya tidak boleh ulas perkara ini kerana ia terlalu peribadi, cukuplah saya katakan yang kami bukan lagi suami isteri,” katanya. Sementara itu, Ashraf berkata, dia menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan komited dengan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anaknya.
Justeru itu dari awal dia dan Leya memilih menyelesaikan perkara ini dalam keadaan tenang malah tidak wujud istilah bermasam muka kerana perpisahan ini atas persetujuan bersama.
“Kami bergilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dengan Leya manakala giliran saya dari Khamis hingga Ahad.
“Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung, anak masih tanggungjawab saya. Mereka masih kecil dan sebagai bapa saya pastikan mereka dapat kasih sayang secukupnya dan membesar dalam suasana sihat.
“Kami bergilir-gilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dengan Leya manakala giliran saya pula dari Khamis hinggalah Ahad. “Baik saya mahupun Leya tiada masalah bawa anak keluar berjalan-jalan seperti sebelum ini cuma buat masa ini belum boleh kerana dia masih dalam edah. Saya tidak mahu orang keliru dengan status kami,” katanya.
Komposer muda yang kini bertugas sebagai pegawai Artis dan Repotua (A&R) Life Records itu berkata, seboleh mungkin dia tidak mahu perkara ini disensasikan kerana ia membabitkan nama baik keluarga.
Bagaimanapun apabila media sudah menghidu perkara ini dia perlu jelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau timbul kontroversi yang bukan-bukan.
Comments