Pages

Support Penaja

Thursday, March 1, 2012

Demi Wang , ramai bakal doktor melacur

Posted by mykhalis On 8:32 AM 3 comments

Kos sara hidup semakin lama semakin tinggi. Tekanan semakin memuncak. para pelajar bertungkus lumus untuk berjaya dlam pelajaran supaya mendapat pekerjaan yang diimpikan. Betul tak?

gambar tiada kaitan..
LONDON: Lebih ramai pelajar perubatan di Britain beralih kepada pelacuran untuk membiayai pengajian mereka di universiti.
Seorang daripada 10 bakal doktor mempunyai rakan yang menjual tubuh mereka untuk menangani kos pengajian dan kehidupan yang semakin meningkat.

Ia meningkat daripada hanya empat peratus pada 2000 dan enam peratus pada 2006.
Jurnal Pelajar Perubatan Britain bimbang pelajar tertarik kepada kehidupan melacur menerusi rancangan televisyen ITV2 oleh Billie Piper, Secret Diary of a Call Girl, yang mengisahkan mengenai kehidupan glamor dan canggih pelacur kelas atasan.

Pelajar muda tidak mempeduilkan kesan pelacuran ketika mereka bergelut dengan hutang berjumlah antara RM150,000 hingga RM250,000 untuk pengajian lima tahun.

Beban itu mungkin meningkat kepada RM350,000 apabila yuran pengajian meningkat.

Pelajar perubatan di Universiti Birmingham, Jodi Dixon dalam artikel untuk jurnal itu menulis: “Bagi pelajar yang berpendapat mereka tidak ada pilihan kecuali melacur adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sarah Walker dari Badan Kebajikan Untuk Pekerja Seks berkata: “Pekerjaan di kedai dan pub semakin sukar dan gajinya kecil.
“Semakin ramai yang menimbang untuk melacur atau yang sudahpun terlibat menghubungi kami.” - DM
 Bayangkan kitapun hantarla saudara kita berubat.. rupanya doktor yang jaga saudara kita tu bekas pelacur?ehhhhh!!

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...