Ada kesah??!!Gambit Saifullah kecewa dengan peminat seni.Mau berehat.


Pergi blah la Gambit. Ko takde dalam dunia hiburan ni takde kesan langsung. Selain kontroversi video klip ala-ala lucah dan filem karipap-karipap cinta. memang aku tak tahu apa lagi kerja seni mamat ni.

Berikut petikan dari mstar

PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah nekad membuat keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan gara-gara berasa kecewa dengan cara kerja industri tempatan.
Gambit berkata, selepas filem lakonannya yang terakhir, Karipap-Karipap Cinta pada tahun lalu, dia menolak banyak tawaran yang diterimanya.
"Diakui, banyak tawaran lakonan yang saya tolak sejak kebelakangan ini. Bukannya apa, saya kecewa dengan cara kerja sesetengah produksi yang dilihat seperti kurang berminat untuk berkarya.
"Yelah, apabila kita bersungguh-sungguh dalam kerja, daln orang lain tidak, ia membuatkan hasil kerja akan kurang memuaskan.
"Selain itu, saya juga mula memilih skrip. Cukuplah dengan apa yang saya buat selama ini, kini saya lebih selektif," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Bagaimanapun tambah Gambit, ini tidak bermakna dia berhenti terus daripada dunia lakonan dan berharap penerbit-penerbit tidak menganggap dirinya terus hilang dari persada seni tanah air.
Memandangkan pelakon ini berehat seketika, dia sedang sibuk dengan penerbitan rancangan pelancongan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sementara itu, ditanya adakah dirinya masih lagi meletakkan harga yang tinggi jika ditawarkan berlakon memandangkan dia sering dikontroversikan dengan masalah harga, Gambit masih lagi dengan pendiriannya yang mempunyai harga yang tersendiri.
"Saya mempunyai prinsip yang tersendiri dan rasanya tidak salah untuk seorang pelakon 'demand'.
"Tetapi biarlah ia berbaloi dengan hasil kerja yang diberikan. Saya faham ada sesetengah artis yang tidak kisah dengan tawaran yang diterima.
"Bagi saya, biarlah seorang pelakon mempunyai standard harga, sesuai dengan kerja yang dilakukan," ujarnya.
lagi satu.. kalau dah heboh nak berehat tu.. senyap je.. hilangkan diri.. tak payah nak tiru Rozita Che Wan.. bezanya.. Rozita ni MILF.. ramai orang suka .ko ape??

Comments

mas saari said…
memang tak suka dia ni..
mra said…
milf skang lebih dikenali sebagai cougar!
mykhalis said…
mra

MILF- kita nak dia
Cougar- dia nak kita

heh

Popular Posts